Bab 35- zarul

Romance Completed 248237

.

"Maafkan I Sarah."

Sarah angguk sedikit. Dia maafkan kesalahan Zarul. Tutup buku. Zarul bukan lagi sesiapa yang meninggalkan kesan mendalam padanya.

Jika memaafkan boleh buat Sarah lebih bahagia dengan kehidupannya kini, kenapa Sarah menolak?

Memaafkan orang kan amalan mulia. Cukup lah dulu dia keraskan hati untuk tegar memusuhi Jep. Pengkakhirannya Jep juga yang selalu ada dengannya. Sarah belajar dari pengalaman.

"Makan Zarul. I temankan you. Badan you nampak susut. You skip makan kan?"

Begitu lah Zarul. Dia lelaki yang tak boleh ada masalah. Kalau ada yang tak kena pasti jadual makannya jadi tak menentu.

Wajah Zarul berubah. Setiap benda tentangnya Sarah pasti tahu dan kenal sangat.

Tak semena Zarul teringat kenangan dulu bila dia tak lalu makan kerana bebanan kerja yang melampau. Sarah yang akan pastikan dia makan jua nasi yang ditapau gadis itu walau Zarul langsung tak berselera. Sanggup Sarah berdiri disisinya yang sedang tekun buat kerja semata-mata untuk suapnya makan.

Bolehkah lagi moment itu berulang? Sumpah dia rindu. Sarah terlalu bijak melengkapi sisi lemahnya.

"Makan Zarul. I am sorry, i dah tak boleh suap you macam dulu. Menjaga hati dan maruah Jep adalah keutamaan I kini. You tak boleh biarkan emosi you kawal diri you. You kena kuat, sabar untuk pertahankan rumah tangga you. Tolong Jaga makan, nanti you sakit. You tak boleh selfish, masih ramai pekerja you yang bergantung harap pada you. Stay fokus untuk kerjaya you."

Zarul menunduk. Wajahnya merah menahan air mata dari jatuh. Luarannya nampak gagah, hanya Sarah tahu siapa seorang Zarul.

Dalam sebak, sesudu nasi dibawa kemulut. Dia makan perlahan. Sarah melepaskan keluhan dengan pandangan kosong dari Zarul.

"Apa yang patut I buat Sarah? I dah tak boleh fikir dengan rasional. You decide untuk I. Apa pun keputusan you, I akan ikut. I dah tak nak fikir. Walaupun terpaksa melepaskan Alina, I sanggup. I just could not handle this anymore."

"Jangan tinggalkan Alina."

Zarul menguis nasinya.

"I jantan dayus kan? Betul kata Jep, I lelaki yang gagal. I am a loser."

"You akan jadi lebih loser dan dayus kalau you lepaskan perempuan sebaik Alina. Isteri ini cerminan suami. Bimbinglah dia untuk jadi isteri yang terbaik. Dia berubah mesti bersebab.

Trust is the main key in a relationship. Jep tak pernah hilang kepercayaan pada I, Jep selalu dahulukan perasaan I melebihi perasaan dia sendiri. Jep sanggup korbankan apa sahaja untuk I. I never love him, but I tak buta menilai kasih sayangnya yang tulus dan ikhlas. I respect Jep sebab diri jep sendiri, benda tu yang buat I terima dia selayaknya sebagai seorang suami. You pun patut buat benda yang sama."

"Apa maksud you?"

"I tahu sangat perangai you. You hanya akan kisahkan benda yang you rasa penting. I tahu setiap kali Alina curiga tentang kita, you hanya diam, diam dan diam tanpa berniat untuk pujuk, tenangkan dan terangkan pada Alina situasi sebenar. That is not the correct method to handle a women. You tak boleh samakan dan layan Alina macam mana you layan I. We are totally a different women.

Handling a women is like you are taking care a baby. Jep layan I macam baby. You boleh bayangkan tak? I jenis yang keras hati ni pun suka dilayan macam tu, apatah lagi Alina yang memang jenis lemah-lembut.

I tahu you lelaki yang bertanggungjawab tapi rasanya kalau you layan Alina dengan sepenuh jiwa, i yakin Alina akan buang semua prasangka buruk dia pada you. Relationship is about completing each other. Alina bukan mata duitan macam I. I lebih kepada kebendaan, tapi Alina sukakan perhatian. So give her yours! Bagi sebanyak mungkin perhatian you pada Alina."

"tolong jadi bestfriend Alina semula? Please.." pinta Zarul.

"I masih anggap Alina bestfriend I. Bergaduh tu benda biasa. One fine day, kami akan berbaik juga. Alina mana boleh hidup tanpa I."

"Bantu kami selesaikan masaah kami. Tolong bagitau dia yang kita memang dah tak ada apa-apa hubungan melainkan rakan kerja dan sahabat. I sayang dia."

"I will definitely help you. tapi dengan izin Jep lah. Kalau Jep kata no, sorry je lah yang mampu ku tuturkan."

"Tolong I Sarah. Alina tak nak bagi ruang langsung untuk i bercakap."

Sarah angguk faham.

"Habiskan makan you, Zarul. I need to go."

Bagai anak kecil, Zarul pantas menurut. Sarah melepaskan keluhan kelegaan. Dalam hati dia mengucap syukur. Sekarang dia dah nampak hikmah jodohnya dengan Jep. Jep takkan mungkin selemah ini.

Sarah simpan senyum bila teringatkan akal si suami kalau benda sebegini yang melanda bahtera mereka. Sekelip mata Jep selesaikan kemelut mereka. Jep punya 1001 cara untuk memenangi hati isteri sendiri.

"Thank you Sarah. Thank you sebab sudi dengar masalah I, sudi temankan I makan."

"Most welcome. Jadi suami ni kita kena tegas. Bukan dalam soal kerja sahaja perlu tegas. Jangan pernah biarkan isteri yang ambil alih tugas suami. Zarul, you leader dalam rumah tangga you, bentuk Alina sebaik mungkin. You pasti akan bahagia. I masuk kerja dulu. Jaga diri, jaga makan, jaga emosi. Thanks belanja i hari ini. Got to go."

splashhhh!!

Baru pamit nak pergi, wajahnya basah disimbah air minuman. What ?! Sarah terlopong tak percaya. Darahnya menggelegak. Kotor tudung barunya! Sudahlah susah payah dia merengek pada Jep untuk belikan tudung ini untuknya.

Kurang ajar betul!

Nak gaduh ke?! Sarah genggam tangan tak puas hati. Tudung ni mahal tau tak?!

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience