Bab 36- pulangkan

Romance Completed 248233

.

Kurang ajar! Sarah dah berasap telinga.

"sayang kenapa you simbah Sarah?" Zarul yang terkejut dengan kejadian depan mata mula bersuara. Macam mana pula Alina boleh ada disini? Kusut betul.

"kenapa i tak boleh simbah? Sayang sangat ke you pada dia, sampai air pun jadi masalah besar? Ini air je, bukan asid pun! " bentak Alina garang. Zarul terdiam.

"Kenapa you tipu I? Ini lah meeting yang penting sangat tu? Zarul, berapa kali you nak tipu i? You sanggup tepikan hak I semata-mata nak jumpa betina garik ni?"

Sarah masih diam. Kecil besar kecil besar sahaja dipandang Alina saat ini. Sejak bila mulut Alina jadi biadab seperti itu? Dia betinakan aku? Kau makin melampau Alina!

Zarul juga bagai mati kutu nak hadap Alina versi ini. Dia tak biasa dengan mulut lancang seperti itu. Sarah walau mulutnya berbisa tapi tak pernah nak memaki hamun orang begitu. Isterinya? Zarul lepas keluhan yang paling berat.

" Kalau you tergilakan dan sayang sangat dengan betina gatal ni, you ceraikan i! Ceraikan I dengan talak tiga. Lepas tu sila pergi berambus dengan dia! Mati pun tak apa. I jijik dengan you. I muak dengan permainan bodoh macam ni! You nak tengok i gila dulu, baru you puas hati ke? " Alina pandang Zarul garang sambil menghambur marah.

" sayang you cakap apa ni?"

" Kenapa masa korang datang sini tadi tak mati je kena langgar lori? Hidup menyakitkan hati orang, baik mati lah!"

" Alina you jangan melampau!"

" sekarang you nak cakap i melampau? Siapa yang melampau? Siapa yang mainkan hati siapa? Syed Zarul, bukan i yang terhegeh-hegeh untuk jadi isteri you. You yang datang melamar i, minta i gantikan tempat Sarah. I did everything for you tapi kenapa bila perempuan bangsat ni muncul semula, you lupa janji you pada i? Kenapa you buat i jadi macam perempuan bodoh?!

You masih nak layan lagi perempuan yang tak pernah puas dengan apa yang dia ada ni? Kenapa i yang melampau kalau semuanya berpunca dari dia! I hate her! Dia perempuan paling celaka yang pernah i jumpa. Anak kita mati pun sebab dia. Sekarang dia nak rampas you dari i pula.

Apa masalah kau perempuan? Apa yang kau dendam sangat dengan aku?"

Alina pandang Sarah dengan pandangan terluka sebelum wajahnya menyinga mendapatkan Sarah yang hanya diam memandangnya dari tadi. Kau suka tengok aku meroyan macam ni kan? Kau boleh tenang disitu sedangkan aku separuh gila tengok kau goda laki aku.

" Hei perempuan! Aku dah banyak bersabar dengan kau. Dah cukup baik aku simbah kau dengan air. Kalau ikutkan hati aku yang sakit ni, nak je aku simbah asid!

Aku menyesal terima hati kau. Ambil balik hati kau ni. Hati busuk, bangkai! Kalau aku tahu hati kau sebusuk ini, aku lebih rela mati dari hidup menanggung budi yang tak aku hadap. Dasar betina tak ada akhlak, tahu nak menggatal dengan laki orang je! Kenapa kau tak pernah cukup dengan satu jantan? Zarul kau nak, jep kau nak. Semua jantan dalam dunia ni kau nak. Kau dari dulu memang selalu cari pasal dengan aku. Kau memang suka busuk hati dengan aku kan?! "

Hamun Alina seenak rasa. Sarah genggam lagi tangannya yang sudah bergetar hebat. Jangan terlalu menguji aku Alina.

" aku benci kau Sarah. Kalau kau kemaruk sangat dengan laki aku, kau ambik! Aku dah penat dengan masalah cinta tiga segi ini. Kau menang Sarah. Selamanya kau akan sentiasa ada diatas aku. Puas hati kau sekarang tengok sekali lagi aku mengalah dengan kehendak kau? Satu yang perlu kau tahu Sarah. We are over. Terputusnya hubungan aku dan Zarul, maka putuslah segala hubungan kita. Pergi mampus lah dengan istilah sahabat. Jijik aku mendengarnya. Kalau aku diberi peluang kembali ke masa lalu, benda pertama yang aku akan buat adalah tolak hati kau! Lebih baik aku mati dari terima hati kau yang hitam menjadi darah daging aku. Aku benci, aku jijik !! Kau keturunan tak elok! "

Belum puas menghambur rasa, Alina terlopong bila mukanya pula basah disimbah Sarah. Belum sempat mulut tertutup, sekali lagi dia disimbah dengan gelas yang kedua. Sarah dah naik gila. Kesabarannya pada Alina dah habis. Dia hampir-hampir menghentakkan gelas kaca itu di kepala Alina. Mujur dihalang oleh Zarul.

Zarul tak senang duduk. Berusaha untuk selamatkan keadaan.

" kau diam Zarul. Ini urusan aku dengan Alina. Kau jangan masuk campur!"

Sarah berbunyi garang. Hilang terus I dan you nya. Tubuh Zarul ditolak kuat ke tepi. Zarul angkat tangan tanda mengerti.

"kau cakap aku apa ? Betina? Kau nak simbah muka aku dengan asid? Berani betul kau sekarang. Mulut ni tolong ulang sekali lagi apa yang kau cakap tadi. Aku perempuan celaka? Aku keturunan tak elok? Ulanglah! Cakap! Kau diam kenapa?" kepala Alina dah ditolak kasar berkali-kali.

Berganjak je belakang Alina bila Sarah menapak dekat dan menolak bahunya kuat.

"jangan berani cakap je Alina. Buat la kalau kau berani! Mana asid kau tu? Mana? Simbahlah dekat muka aku ni. Kau mengundur kenapa? Simbah lah!

Kau menyesal terima hati aku yang busuk dan bangkai ni kan? Baik Alina, baik. Pulangkan semula hati aku. Aku nak hati aku sekarang!

Aku tak pernah cakap kosong Alina. Setiap apa yang aku cakap aku akan buat. Dan kau tahu apa yang aku nak buat pada kau sekarang?

Aku nak hati aku balik. Kalau kau tak sudi menerima aku pun tak bodoh nak tersua-sua. Aku rela meringkuk dalam penjara dan berakhir ke tali gantung kalau menamatkan nyawa kau boleh redakan sakit hati aku.

Kau tahu apa yang aku rasa sekarang Alina? Aku menyesal pernah berkorban untuk kau. Aku pertaruhkan nyawa aku untuk kau tapi ini balasan kau pada aku? Hutang nyawa dibalas dengan nyawa, Alina. Kau ikut aku. Kita akhiri semua benda bodoh ini. Lepas ni kau boleh bertepuk tangan di alam kubur dan aku boleh berpuas hati di tali gantung."

Serentak dengan itu sanggul Alina yang diselindungi tudung dipegang kemas. Kepala Alina ditariknya. Kasar perlakuan Sarah mengheret temannya ke dapur restauran mewah itu. Siapa yang boleh kawal Sarah bila sudah dirasuk setan begitu. Zarul pun kalah. Semua dah panik. Semua tertanya-tanya apa yang ingin wnaita cantik itu lakukan pada temannya itu.

Dia benar-benar nak ambil hatinya kembali kah? Dia nak cari pisau ke didapur itu?

Alina melawan. Tubuh sarah ditolak menjauh. Sarah yang bengang dengan tingkah melawan Alina, dengan sebal menolak kepala perempuan biadab itu di pintu dapur. Alina tekup dahi yang perit bertemu permukaan pintu. Suasana jadi gamat.

"kau cakap aku betina tak ada akhlak kan? Sekarang aku tunjuk apa maksud tak ada akhlak. Makin lama perangai kau makin melampau. Ini makan dia! Kau tengok bila betina tak ada akhlak ini jadi hilang akal. "

"berapa kali aku cakap dengan kau jangan sebab jantan kita bergaduh. Tapi sebab jantan juga kau nak bermusuh dengan aku. Kalau aku tak lanyak kau secukupnya hari ini jangan panggil aku Sarah Hayla. Aku dah banyak makan hati dan dah banyak aku beralah dengan kau."

Mereka dah bergumpal di atas lantai pula. Kepala Alina dihentak kuat ke lantai . Orang ramai dah berkerumun cuba meleraikan pergelutan antara dua manusia itu. Teruk juga Sarah tibai Alina. Lembik minah itu digustinya.

Alina pun tak kurang juga. Dia pun sama naik juga tapi tak boleh lawan tahap extreme Sarah. Kalau masuk WWE mesti jadi favourite ramai.

" Kenapa kau melawan? Aku cuma nak hati aku semula. Kau pun bukan hargai hati aku, bukan kau terdesak pun nak bertuankan hati aku. Kenapa bila aku nak ambil, kau cuba melawan pula? Pulangkan lah!!" bagai dirasuk setan yang menyemarakkan api permusuhan, Sarah makin hilang kawalan mengerjakan si teman.

Alina yang pada awal juga melawan kini cuma pasrah dilanyak si Sarah.

" Sarah Hayla, stop it."

"I say stop it, Sarah! Kau nak jadi pembunuh ke?"

Jep tarik tubuh Sarah dari duduk atas tubuh Alina yang sudah melemah. Lembik Alina. Tubuh si isteri, jep bawa ke dalam pelukan. Kemas.

"aku benci dia Jep! Aku sanggup korbankan nyawa aku, dermakan separuh hati aku untuk dia semata-mata sebab aku sayangkan dia macam keluarga aku sendiri! Dia sahabat aku. Tapi dia rela mati sebab jijik dengan pengorbanan aku dan dia sanggup doakan aku mati hanya kerana seorang jantan! Aku benci dia Jep. Aku nak bunuh dia. Pulangkan hati aku balik! Pulangkan!"

Walau tubuh sudah dalam pelukan Jep tapi kakinya masih sempat menendang liar kaki Alina yang masih terbaring dalam kesakitan. Zarul mendapatkan isterinya dengan riak cemas. Memang dia marah dengan kata-kata lancang Alina, tapi melihat keadaan isterinya tika itu, Zarul rawan! Isteri aku...

Dia sendiri terkejut dengan tingkah Sarah yang naik hantu dengan teruk. Semuanya berlaku dnegan pantas tanpa dapat sesiapa cegah dan kawal situasi yang berubah gawat dengan tiba-tiba. Nasib baik pisau yang di dalam pegangan Sarah sempat dicuri dan dibawa lari oleh ketua chef disitu. Kalau tidak, mahu benar-benar tamat hayat seorang Alina.

Zarul segera cempung tubuh Alina. Laju dia bawa tubuh itu keluar dari lokasi kejadian.

Dalam kendongan Zarul, Alina yang lemah tiba-tiba ketawa sendiri. Perlahan tapi cukup membuatkan Zarul gusar sendiri. Apa kena pula dengan bini aku kini? Zarul memanjat doa yang panjang dalam hati, moga segalanya baik-baik sahaja.

Jangan cakap bini aku dah gila!

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience