Bab 42- mesej

Romance Completed 248237

.

"Baba encem lah! Awe suka!" puji Awe buat yang ke seribu kali.

Dari tadi itu sahaja yang diratib si anak. Pastu Tersengih-sengih gedik macam mak dia. Mak dengan anak sama gatal, pantang nampak yang hellok sikit mesti menggeletis. Jep menggeleng. Habis semua ikut perangai sengal Sarah. Rosak anak aku!

Jep simpan senyum. Ini baru reaksi si anak, belum lagi ibunya. Mesti Sarah tengok aku sampai jatuh rahang ke bawah. Paling extreme, Sarah terkejut tergolek-tergolek mati, Innalillah bila tengok wajah aku yang rupawan laksana bulan ini.

Jep berangan. Enjin kereta dimatikan. Bersedia untuk berjumpa si ratu hati. Janji sudah kita ukir, takkan mungkin ku mungkir.. Bernyanyi senang Jep sesenang hatinya merosakkan lirik lagu yang sedang popular kini.

Cermin dipandang sekilas. Membetulkan rambut barunya agar nampak lagi kemas. Untuk tatapan mata isteri tercinta kok!

Jep senyum. Kacak bergaya. Puas hati.

Jenuh juga dia mencari kedai gunting rambut yang masih dibuka di sekitar itu. Semua dah tutup. Mujur Jep jumpa seorang brother burger yang pandai gunting rambut. Sembang punya sembang rupanya brother burger ada solusi daaa.

Di situ juga Jep suruh brother itu gunting rambutnya. Gaya mestilah yang terbaik dari ladang. Sumpah Sarah mesti meleleh air liur tengok penambilan aku sekarang. Dengan muka cleannya lagi. Habis lah kau Sarah. Melutut merayulah kau lepas ni. Confirm lah!

"Let's go Awe. Jom surprise ibu!" tangan Awe dipimpin menuju ke lobby hotel. Senyum panjang dia saat menerima satu mesej dari Sarah. Dah ready kot bini aku ni.

Namun tak lama, senyumannya mati serta-merta.

Ini ke kejutan kau Sarah?! Jep bagai nak mati. Berderau jantungnya membaca setiap bait kata yang ditaip Sarah. Hatinya tersiat teruk. Sarah!

"Ceraikan aku! Aku tak nak tipu hati aku lagi. Aku tak bahagia dengan kau. Aku nak lelaki sehebat Zarul!"

Jep tak tahu perasaannya kini. Nak meluruh atau terus cekal? Tak mungkin ini kejutan yang Sarah mahu berikan padanya. Tak mungkin! Sarah pastinya hanya bergurau. Sarah kan sengal. Dia pasti bercanda. Pasti sangat!

Jep menyangkal selagi boleh. Enggan percaya dengan semua ini. Namun begitu, matanya sudah sedikit merah. Takut andai itu lah kenyataan benar yang perlu dia hadap. Tapi kenapa, sarah?

Melangkah masuk saja di lobby hotel, beberapa wajah cemas menerpanya.

"Jep, mana Sarah?" pertanyaan gopoh Delaila buat Jep terbata.

"Saya tak tahu. Saya keluar dengan Awe tadi. Kenapa ni? Apa dah jadi?"

"Sarah dan Encik Zarul, dua-dua dah hilang! Dah puas kami cari di pelusuk hotel ini. Tapi langsung bayang pun tak nampak. Encik zarul menyelinap keluar bila Puan Alina dah nyenyak. Sampai sekarang tak nampak batang hidung."

"Jangan main-main Laila.. Ke mana pula mereka pergi?" Jep dah cemas semula.

Rasa tak sedap hati ditambah pula dengan isi mesej yang dia dapat sebentar tadi bagai ada kesinambungan sahaja.

Sarah lari dengan Zarul ke? Tak mungkin! Tak mungkin! Sarah takkan buat aku macam tu. Dia takkan hina aku begitu. Tak mungkin! Muka Alina yang sugul dipandang seketika. Suram, kelam, pasrah dan terluka. Aku? Lagi parah! Cuma tak tunjuk. Aku tak percaya Sarah akan buat macam tu. Tak percaya!

"Satu tempat je kami belum cari."

Jep pandang muka Delaila. Mana?

"Bilik Jep dan Sarah."

"what? Mengarutlah. Korang teruskan dulu cari mereka. Saya hantar Awe masuk bilik dulu, sekejap lagi saya turun dan kita cari mereka bersama sampai jumpa. " putus Jep.

Zana hanya senyum meleret melihat sketsa di depan mata. Nampak semuanya berjalan dengan lancar. Dia geleng kepala dalam diam. Dasar hati busuk!

" kami nak ikut. " pinta perempuan-perempuan itu. Siapa lagi kalau bukan Mira, Latifah, Julia termasuk Delaila sekali. Zana hanya diam sebagai pemerhati. Aku nak tengok serancak dan sehebat mana permainan ini. Dia senyum sinis.

"nak buat apa?"

"spotcheck lah!"

"Mengarut!" pintu lif terbuka.

"Tak salah pun kalau kami ikut. Kalau salah dan terbukti mereka tiada disitu, kami cari ditempat lain pula. Tolong jangan nak back up bini sangat. Bacul je jadi suami kalau biarkan isteri sendiri main kayu tiga dengan jantan lain." jep sakit hati dengar suara sinis Mira.

Mira pula kisah apa? Siaplah kau lepas ni Sarah. Kau takkan terlepas. Sampai ke lubang cacing kami cari! Cukup lah Hakim je yang jadi mangsa ketamakkan kau, tak perlu kau nak pergunakan jantan lain lagi untuk kepentingan diri kau sendiri!

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience