Jep kemalangan!
Hati Sarah sakit tengok keadaan Jep begitu. Itu lah, degil! Aku cakap cuti, berehat dekat rumah, tak mahu! Sibuk nak cari duit. Sekarang bila terlepek macam ni, lagi susah. Boleh ke cari duit kalau dah jadi macam ni? Sarah marah. Kalau Jep dengar cakap Sarah tadi kan senang. Tak ada kemalangan bagai!
Sarah risau. Tengok lagak Jep yang berjalan dengan tidak bermaya buat dia tak sedap hati. Jep yang baru menghidupkan enjin kereta dipandang lagi.
"Jep, kau tak sihat ni. Ambil cuti ye harini?" Tangan Jep yang baru ingin menurunkan handbreak disentuh perlahan. Berbahang.
"Sikit je ni. Lepas hantar kau, aku singgah farmasi kejap lepas tu kerja macam biasa. Kau jangan risau lah."
Sarah menggeleng. Sarah bertindak mematikan enjin kereta. Kunci digenggam dalam pegangan. Tak membenarkan Jep menghantarnya ke pejabat.
"Aku tak nak pergi kerja dan aku tak benarkan kau keluar pergi kerja hari ini. Stay at home with me."
Jep mengeluh perlahan. Kunci ditangan Sarah diambil lembut. Sarah enggan menyerahkan kunci itu namun bila kekuranya disentuh dan dicium lembut oleh si suami lagak meminta dengan memujuk. Banyak kali kekura itu dikucup tanpa henti sampai Sarah mengalah. Kunci bertukar tangan. Riak risaunya jelas terpeta.
"Hari ini aku masih kuli. Kuli tak boleh cuti sesuka hati. Impian kita besar kan? Aku tak boleh manja. Sakit ni sikit je kalau nak dibandingkan dengan keterujaan dan semangat yang berkobar dalam dada dan jiwa aku untuk baiki taraf kehidupan kita. Aku nak kau hidup senang.
Kalau sakit yang sikit ni pun aku tak boleh nak tanggung, macam mana aku nak hadap masalah yang akan datang bila aku bina empayar aku sendiri?" pujuk Jep lembut.
Sarah hampir menitiskan air mata. Pantas tangan Jep ditarik dan dicium hormat. Kali kedua Sarah cium tangan itu setelah akad mereka.
"Aku minta maaf Jep, aku isteri yang terlalu membebankan kau dengan sesuatu yang sangat sulit untuk kau. Aku janji aku akan jadi isteri yang setia dan menyenangkan hati kau. Aku janji."
Jep gelak sambil usap kepala Sarah yang sudah elok bertudung. Sejuknya hati seorang Jep melihat si isteri berinya kejutan pagi tadi. Manis.
Ucapan syukur meniti di bibir. Aku akan kaya dan limpahkan hidup kau dengan kemewahan yang kau impikan. Itu janji aku.
Tadi memang Sarah rasa terharu tapi kini diganti dengan perasaan geram pula. Tengok lah! Dah berdarah-darah macam ni. Ingat aku senang hati ke?
Orang suruh rehat sehari je pun. Itu pun tak boleh nak dengar kata. Daripada kena cuti sehari, sekarang dah jadi berhari-hari. Sarah jeling Jep. Sakit hati bila kegusarannya pagi tadi langsung tak diambil peduli oleh sang suami. Sekarang nasi dah jadi bubur.
"Kau marah aku sebab jahanamkan kereta kau ke? Aku minta maaf, tadi tiba-tiba aku lost control. Aku pun tak sedar macam mana kemalangan tu boleh berlaku. Sorry.. Nanti aku bayar duit baiki kereta."
Tangan Sarah digapai. Tubuh itu berdiri tegak ditepinya dengan riak yang menahan rasa. Marah lah tu, aku jahanamkan kereta dia.
Apa lah nasib, kereta lagi yang dikisahkan dari kita. Dear encik hati, sila sadokan keadaan anda, Kita tak boleh terasa hati, perjalanan kita untuk memikat Puan Sarah masih lagi jauh. Stay cool dan perkasa ye.
"Kau memang tak sayang aku kan?"
Jep terbata. Kenapa muncul soal itu pula? Jep kerut dahi tak tahu nak jawab apa.
"Kenapa kau rasa aku lebihkan kereta tu dari keadaan kau? Kau ke kereta tu suami aku?" Ujar Sarah garang. Jep tercengang. Kau memang betul-betul dah sayang aku ke?
Tengok Jep tekebil-kebil buat Sarah mula kendurkan riaknya. Kau ni tak patut betul sarah! Orang tu dah la sakit accident tadi, kau nak layan amuk kau pula.
"Aku settle Awe dulu. Kau pergi mandi, baju kau ada kesan darah tu."
Sarah menapak keluar berpimpin tangan dengan Awe yang dari tadi merengek dahaga nak susunya. Ini lagi seorang, umur dah empat tahun pun masih minum dalam botol susu! Tak faham! Patut cakap pun tak berapa nak betul, pelat!
Sarah menapak ke dapur pula berniat untuk masakkan bubur untuk Jep. Kasihan suami aku kelaparan dari pagi tadi tak makan apa. Nasib baik aku terniat untuk telefon tadi, kalau tidak sampai ke petang lah dua beranak itu kelaparan.
Awe yang mengangkat telefon Jep tadi dah menangis teresak kerana tahan dahaga tak dapat susu dari pagi. Susah sangat ke Jep nak maklumkan yang dia kemalangan selepas hantar aku ke office pagi tadi? Susah sangat ke? Aku tak penting ke?
"Jep.. bangunlah. Dah pukul tiga petang. Kau belum solat zohor kan? Teruk juga luka dekat dahi kau ni. Kita pergi klinik Jep?"
Jep diam. Masih pejam mata.
"Bangunlah.. aku masakkan kau bubur, kau makanlah. Aku tak suka tengok kau lemah macam ni. Bangun Jep, mandi. Biar kebah sikit demam kau. Kita cuci sekali luka di dahi ni."
"Aku tak larat nak buka mata."
"Larat.. Kau kan kuat. Bangun mandi, segarkan diri."
Jep hanya menggeleng. Sumpah kepalanya memusing dari tadi. Bukan sengaja dia taknak bangun. Memang dia tak larat.
Tak berputus asa. Tubuh Jep, Sarah tarik dan papah ke bilik air. Jep hanya mengeluh tak rela namun terpaksa pasrah. Berani ke nak lawan harimau jadian itu sekarang ? Kemain garang lagi dia hari ini. Mentang-mentang kita ada buat salah hari ni..
"Keluar lah. Aku nak mandi." Halau Jep lemah bila Sarah masih tercongok dalam bilik air. Masih tak lepaskan pegangannya dari lengan Jep.
"Biar aku tolong kau mandi. Kau macam nak tumbang je."
"Tak payah mengarut! Aku boleh mandi sendiri. Kau keluar."
Sarah gelak bila terlihat jelas wajah Jep yang sudah memerah menahan malu. Lah.. tahu malu suami sakai aku seorang ini..
Woi!! Jep blushing oii!! Sarah bantai gelak tak ingat dunia. Dengan gaya brutal, dipaksa Jep ikut kehendaknya.
Baju lelaki itu ditanggalkan dengan cermat. Ini lah nama nya adil dan saksama. Apa yang kau pernah buat dekat aku, aku buat balik.
"Sejak bila kau pandai blushing Jep?"
"Diamlah!"
Sekali lagi Sarah lepas gelak besarnya.
"Lihatlah dunia.. Tubuhnya yang seksi, mukanya yang blushing..Jep, aku minta izin sabun badan kau ye? Kalau aku tersentuh tempat sensitif, itu bukan sexual harassment tau tapi kerja kebajikan." Sarah sengih menyakat Jep.
"Shut up!"
Sumpah Jep malu. Entah apa yang dimalukan sangat pun dia tak tahu. Padahal antara dia dan sarah mana ada sempadan dan rahsia pun.
Tapi entah, Jep malu bila isteri yang patut dilindungi pula yang menguruskannya. Jep tak rela, egonya bagaikan roboh sembam ke bumi.. Mana nak letak muka aku yang macho ni? Aduh...dah lah sikit punya baik minah tu giat aku! Dia memang ejek aku habis kaw! Ko tunggu minah... Ko tunggu..
*********
Share this novel