Bab 43- melepaskanmu

Romance Completed 248237

.

Sampai sahaja dipintu bilik, Jep buka pintu luas-luas. Sakit betul hati dia dengan perangai mendesak orang-orang dalam SK Holding ini. Dipersilakan masing-masing tengok. Check lah nak check pun. Lepas puas hati, sila berambus!

Jep bengang. Dalam hati dia dah membulat tekad untuk paksa Sarah berhenti kerja dan tinggalkan orang-orang perangai haram seperti yang ada disekeliling Sarah sekarang.

"Dah puas tengok kan? Ada tak orang yang korang cari tu? Kalau tak ada, tak reti-reti lagi ke nak blah?" perlian Jep dibalas dengan bisunya mulut masing-masing yang terkunci kaku.

Jep gundah. Kenapa mereka tak cakap apa-apa? Kaku bagaikan tak percaya dengan sesuatu. Jep menapak masuk, memaksikan pandangan dengan kenyataan depan mata.

Sarah! Luluh hati Jep. Dua tubuh itu sedang lena tidur berpelukan di atas katil. Pakaian ditubuh Sarah sangat-sangat meruntun jiwanya. Itu baju tidur yang aku belikan untuk kau! Kenapa kau tontonkan pada yg tak berhak?

Ya Tuhan, ambil sajalah nyawa aku.. . Rintih Jep pilu. Hatinya berkecai melihat kecurangan seorang Sarah Hayla.

Ini kejutan kau Sarah? Kau hancurkan hati aku dengan sedahsyat ini? Kau jatuhkan maruah aku seteruk ini? Sampai hati kau Sarah. Apa salah aku? Kenapa kau kejam sangat? Jep menangis dalam hati yang parah dipermainkan. Wajahnya kosong pandang perbuatan isteri yang selingkuh.

Alina yang melihat selingkuhan sang suami tercinta bagaikan orang gila meluru ke arah ZArul. Tubuh itu dipukul kuat. Jam satu pagi, bilik itu bising dengan suara histeria Alina.

"Zarul you jahat! Sampai hati you buat macam ni dekat I!"

Tak cukup zarul, Sarah pun ikut dapat penangan dari Alina. Rambut Sarah, Alina tarik kuat. Lebih sakit hatinya bila kelihatan tanda memerah di leher perempuan itu.

Kau kurang ajar! Satu penampar melekat kuat di pipi Sarah.

Menjerit Sarah. Dia masih terpinga-pinga setelah terjaga dari lena tadi. Zarul pun sama. Dia pandang sekeliling.

Merona merah mukanya bila ditangkap dan dihakimi oleh orang ramai yang tak asing baginya. Zarul speechless. Dia tak tahu nak buat apa. Dia terkejut dengan apa yang berlaku. Sarah!

"kau memang jantan tak guna, Zarul! Kau pun sama, betina sundal! Sampai hati korang tipu aku hidup-hidup macam ni!.

Aku takkan maafkan korang! Aku akan ingat penghinaan ini. Sampai mati pun aku takkan maafkan. Korang boleh pergi mati!" Jerit Alina kuat. Tangan masih ligat melanyak ZArul. Jantan tak guna!

"Apa dah jadi ni? Bising lah! Tak nampak orang tidur?! "

Tanya Sarah garang. Celik saja mata tengok orang berkerumun dalam biliknya dan Jep. Apa kes? Takkan hal privasi aku pun korang nak menyibuk? Melebih lah tu..

"Apa korang buat dekat sini? Menyibuk lah. Berambus!"

berang nada Sarah. Orang nak tidur pun kacau. Macam tak pernah tengok laki bini tidur sekali. Alina pula apa kes? Meroyan macam lah aku tidur dengan laki dia. Aku pantang betul lah orang cari pasal dengan aku bila aku baru bangun tidur ni!

"Jep halau diaorang!" Sarah kembali bawa tubuh baring. Sumpah dia mengantuk gila. tak ada masa nak melayan kerenah orang.

Tak lama Sarah pejamkan mata. Matanya membulat dengan tiba-tiba. Aku macam nampak suami aku dekat pintu bilik tadi. Sarah pandang ke pintu untuk kepastian.

Berkerut dahi Sarah melihat raut terluka Jep dimuka pintu. Walau Jep sudah berubah imejnya namun Sarah tetap tahu bahawa itu suaminya.

Kalau disitu suami aku, siapa pula di sebelah aku sekarang? Wajah dibawa ketepi.

"Zarul? Apa you buat disini?" Tengok muka Zarul, tengok pula keadaan mereka, sarah jerit terkejut. Pantas selimut dibawa naik ke atas menutup tubuhnya yang seksi dan terdedah. Gila! Dia cuma berani pakai baju ini untuk tatapan mata Jep sahaja. Untuk malam-malam hangatnya bersama Jep!

Apa kejadahnya Zarul ada disini?

"Kau memang sengaja nak perangkap laki aku kan? Jangan nak buat muka terkejut lah! Perempuan sundal! Aku benci kau! Mulai hari ini kita putus sahabat. Zarul, ceraikan I!" Kepala Sarah ditunjal kuat sepenuh hati sebelum dia mengorak langkah keluar dari situ. Terluka dengan aksi selingkuh dan jijik dua manusia yang disayanginya.

Muka Sarah tiba-tiba jadi pucat. Dia panik. Sarah menggeleng laju. Aku tak sundal! Wajah Jep dicari.

Sarah tak kisah orang lain pandang serong. Tapi dia tak mahu Jep salah sangka. Tak mahu! Jep suami aku!

"Jep.. aku tak buat! Kau kena percaya aku. Aku tak buat semua ini. Aku tak curang. Aku tunggu kau tadi, Aku dengan Zarul tak ada apa-apa hubungan. Sumpah. Demi Allah Jep. Kau kena percayakan aku.."Sarah kalut. Tangannya menggigil ketakutan. Berat musibah yang menimpa kini.

Lebih kalut bila nampak riak kesal dan kecewa Jep.

"Korang boleh keluar tak? Aku nak berbincang dengan sarah." Jep yang dari tadi diam kaku kini mula bersuara.

"Buat apa nak keluar? Dah kantoi dah pun, settle teruslah! Betina macam ni patut ditalak tiga je. Kau boleh ceraikan dia sekarang. Biar kami jadi saksi." Sinis Mira dan disokong pula dengan suara lain.

Jijik benar nak pandang muka Sarah sekarang. Pendosa ! Encik Zarul pun sama naik. Gatal! Berzina tak ingat dosa. Masing-masing mencebik benci. Hilang terus rasa hormat mereka pada dua pendosa itu.

"keluar." kata Jep tegas namun masih terkawal nadanya.

Masing -masing enggan. Buat-buat tak tahu kecuali Zarul yang nampak bergerak sedikit setelah meraup wajahnya kesal dan serabut. Kau perangkap aku Sarah? Betullah kata Alina. Kau ni ular! Pembelit! Dia pandang muka Sarah lama. Tak puas hati.

"Aku cakap keluar!! Zarul lebih baik kau blah sebelum pecah muka kau. Keluar aku cakap!!!!" satu tumbukan dilepaskan ke pintu.

Kuatnya suara Jep buat semua terkedu. Muka Jep tak payah cakap lah. Hilang semua riak tenang dan bersahajanya selama ini.

"Zana, jaga anak aku kejap. Aku nak settle dengan Sarah." Zana tak banyak kerenah hanya mengangguk. Sempat lihat Sarah yang tak terurus diatas katil sebelum melangkah pergi memimpin Awe. Dia seorang saja yang tenang. Mulut Zana sikit pun tak berbunyi dari tadi. Selesa jadi penonton.

" korang tunggu apa lagi? Berambuslah!!" Hambur Jep kasar .Ditolak sahaja tubuh-tubuh yang liat untuk keluar dan tinggalkan mereka berdua. Pintu bilik dihempas kuat.

"Kau!" Belum sempat jep luah marah dan rasa yang terkumpul dijiwa, Sarah cepat-cepat bangun mendapatkan Jep. Baru kini dia berani keluar dari selimut dek pakaiannya yang menjolok mata.

"Aku tak curang Jep.. Aku tak buat , sumpah!"Tangannya naik lagak bersumpah.

"Apa lagi yang tak cukup Sarah? Apa lagi yang tak cukup?!"

Jep benar-benar marah. Suaranya dah tinggi sangat. Tak pernah Sarah dengar pitch Jep setinggi itu. Sarah kecut perut. Tak tahu nak buat apa.

"Aku bagi kau semua! Cinta aku, perhatian aku, kesabaran aku. Jiwa, raga bahkan nyawa pun aku sanggup bagi pada kau. Kenapa kau buat aku macam ni?"

Sarah geleng. Dia tak buat. Dia sudah merasa cukup dengan apa yang Jep beri. Tangisan Sarah pecah. Entah kenapa Sarah sukar nak terang dan tenangkan Jep yang sedang marah supaya jep berpihak padanya. Sarah jadi tak tahu macam mana nak jernihkan keadaan. Dia tak tahu! Dia buntu nak pertahankan diri.

Buat pertama kali Sarah rasa takut untuk mengatur kata. Takut andai keadaan bertambah buruk!

Tangan Sarah yang memaut tangannya mahu memujuk ditepis. Jep memang benar-benar marah.

" Apa lagi yang tak cukup? Kau nak apa dari aku? Apa lagi yang aku tak bagi pada kau sampai kau injak maruah aku sampai macam ni. Apa lagi yang tak cukup, Sarah Hayla?! Apa? Cakap!!"

Bahu Sarah ditunjal sakit hati. Kebelakang Sarah jadinya. Sarah cuba pegang tangan Jep. Empangan matanya makin pecah.

"Tolong la percayakan aku Jep. Sekali ni aje. percayakan aku. Aku akan buktikan yang aku tak bersalah." rayu Sarah sesungguh hati.

"Cukuplah kau tipu aku selama ini Sarah. Cukup lah. Jangan jerat aku dalam cinta palsu dan cinta bodoh kau lagi. Cukup lah selama ini kau bodohkan aku. Cukup. Kau nak cerai kan? Kau tak bahagia dengan aku kan? Kau nak aku lepaskan kau kan??" jep mengangguk menerima keinginan Sarah. Dia faham sangat keinginan si isteri.

Dari Sarah terus buat dosa, baik aku turutkan Sarah. Aku turutkan!

Sarah menggeleng laju. Air mata makin deras menuruni wajahnya. Taknak! Tak pernah terlintas pun dalam otak aku. Jangan jep! Jangan buat aku macam ni. Percayakan aku Jep. Kau selalu percayakan aku, kenapa kali ini kau enggan? Tolong lah jangan..

"Ini mesej yang kau hantar pada aku. Ini surprise untuk aku, Sarah? Surprise dengan sajikan kecurangan ini dan meminta cerai dari aku? Kau sangat hebat dalam menghancurkan jiwa aku, Sarah. Sangat hebat! ."

Telefon bimbitnya disua pada Sarah. Menggeletar tangan Sarah baca bait-bait kata yang ditaip disitu. Bila aku minta cerai?

Sarah meraung minta ampun. Bukan aku Jep! Bukan aku!!!!

****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience