Bab 21- my chef

Romance Completed 248233

Zarul berkeras mahu menghantar Sarah pulang setelah selesai kerja di Putrajaya. Jam sudah menginjak lebih dari pukul enam petang. Sempat Zarul singgah di kedai coklat sebelum menghantar Sarah.

Sarah hanya menunggu di dalam kereta. Zarul kembali dengan dua beg plastik yang penuh. Satu dari plastik itu disuakan pada Sarah.

"For what?"

"A token of appreciation sebab dah jadi my second hand for today. I'm so thankful. Susah hidup I tanpa you and Alina. Thanks to God both of you are perfectly completed me." Kereta kembali bergerak.

"You bagi chocolate dekat I, Alina punya ada tak?"

"Of course lah ada. Kalau tak ada, muncungnya panjang sampai boleh sangkut hanger. You tahu kan kawan you tu hantu coklat. Time berbadan dua ni lagilah nafsu makan dia makin menggila. Pening kepala I nak melayan. Chocolate all the time!"

Tanpa sedar, becok mulut Zarul bercerita tentang isterinya. Lupa terus hakikat siapa yang berada di tepinya saat itu. Sarah cepat-cepat buang rasa sakit dan iri yanh cuba menyelit masuk dalam hatinya. Hati, behave!

"I tahu you sayang bini tapi jangan terlalu ikutkan sangat kehendak dia. Nanti tak pasal-pasal dapat diabetes. Alina memang kena ada orang control, kalau tidak memang dia mencekik tak ingat dunia."

"Tu lah.. I risau juga pasal pemakanan dia tapi I selalu sangat kalah kalau dia start buat drama air mata. Kalah teruk I." Zarul ketawa sambil menggeleng kepala. Terasa lucu pula bila ingat kembali kalutnya dia mencari apa yang diingini si isteri bila Alina sudah teresak menangis. Memang haru!

Sarah juga tergelak sama. Tahu benar Sarah dengan kelemahan Zarul yang satu itu. Zarul sentiasa kalah dengan air mata wanita yang dia sayang.

"You still duduk rumah yang sama ke?"

"Yes. I sayang rumah tu. Banyak sangat kenangan."

Zarul angguk faham. Saat kereta diberhentikan di depan rumah, Zarul membuang pandang seketika. Tak ada banyak yang berubah.

"Where is your husband?"

"Kerja."

"He uses your car?"

"yup. Sekarang Jep yang hantar dan ambil I. Syukur juga, you know me so well kan? I memang malas nak drive redah jammed semua. Kira I ni macam orang mengantuk disorongkan bantal juga lah."

Seketika kemudian Sarah kalut. Dia baru teringatkan sesuatu.

"Oh God! Macam mana I boleh lupa?" Kalut Sarah keluarkan telefonnya dari handbag. Mati? Alamak...

"Why Sarah?"

"Jep! I lupa nak cakap dekat dia yang I balik sendiri. Mesti dia tunggu. Phone I pula mati. I masuk dulu. Thanks hantarkan I balik and thanks too for this chocolate. I masuk dulu, tata."

Sarah berlari anak masuk ke dalam rumah mencari kepala charger.

Zarul yang melihat hanya menggeleng. Sarah.. Sarah .. kalau dah kalut apa pun tak ingat. Cuai.

Terpandang pintu rumah yang terbuka luas tanpa ditutup oleh wanita yang pernah bertahta di hatinya, Zarul turun dari kereta. Pintu rumah itu dituju. Ditarik dan dikunci tombol pintu itu dari dalam sebelum dittutup kemas. Pintu pagar pun ditutup rapat.

Selalu sangat masuk rumah lupa tutup pintu. Safety langsung tak jaga. Malang itu tidak berbau. Dah banyak kali pesan pun tetap begitulah tabiat Sarah. Kalut! Careless!

Setelah berpuas hati dan rasa selamat dengan keadaan rumah Sarah, barulah Zarul beransur pergi meninggalkan teratak Sarah yang sememangnya tidak asing buatnya. Dulu dia yang jadi tukang driver Sarah, kini jawatan itu sudah berganti dengan Jep pula.

Cepat Sarah mendail nombor telefon Jep sebaik telefon dihidupkan.

"Jep .. kau dekat mana?"

"Depan office kau."

"Jep, aku dah ada dekat rumah. Aku balik dengan Zarul tadi, terlupa nak bagitau kau. Telefon aku habis bateri. Sorry Jep."

"Ok."

Sarah jadi tak sedap hati pula dengar nada suara Jep. Marahkah lelaki itu? Tapi nadanya hanya senada sahaja.

Tak lama selepas itu kedengaran bunyi kereta masuk parking. Eh? Cepatnya. Sarah mengintai. Tombol pintu dipulas. Berlari menapak masuk si Awe memeluk kaki Sarah seperti biasa. Sarah mencangkung membawa si anak ke dalam pelukan.

"Anak ibu dah balik? Rindunya ibu pada jantung hati ibu ni..." Pipi Awe yang montel dicium berkali-kali. Geram! Rindu! Awe mengekek suka.

"Awe un induu ibu! Muah!!" Pipi Sarah pula dicium si anak. Jep yang baru tutup pintu kereta sambil menjinjing beg pakaian dan kelengkapan anak dan beg kerjanya hanya melihat. Nak masuk rumah sudah disekat dengan aksi cumbu-cumbuan antara Sarah dan Awe yang menutup laluan masuk ke dalam. Dia hanya menunggu tanpa berniat untuk join sekaki.

"Jom masuk ,mandi sayang. Kejap lagi kita dinner sama-sama. Baba masak." Sarah pimpin tangan Awe ke bilik, Jep hanya senyap masuk ke dalam dan mengunci pintu rumah.

*********

Sarah tak senang duduk. Tubuh Jep yang berbaring ditepi dengan tenang sambil menghadap phone dipandang sekilas.

Serious nau mamat sebelah ni haa.. Jep hanya senyap dari balik tadi. Langsung tak menegur, tak menyakat , tak menyakitkan hatinya macam biasa . Masa makan malam tadi pun Jep hanya diam.

"Marah aku ke? Sorry.. aku betul-betul terlupa." Sarah mengiring, menghadap ke arah Jep. Jep diam lagi.

"Jep.. Sorry.. Aku dah minta maaf kan? Janganlah buat bodoh macam ni. At least say something." Lengan sasa Jep dicuit-cuit minta perhatian.

"Jep..."

"Kau melampau. "

"Janganlah marah sangat. Aku tak sengaja."

"Tak sengaja? Aku tahu aku ni bukan sesiapa untuk kau. Tak penting, tak disayangi apatah lagi dicintai. Tapi perlu ke kau perbodohkan aku?"

Sarah diam. Tahu yang Jep berhak marah.

"Tahu tak, apa perasaan aku tunggu kau dari pukul lima sampai nak dekat pukul tujuh tapi kau tak muncul langsung? Aku risau! Call tak dapat , mesej tak reply. Macam orang bodoh tau aku tunggu kau tadi." Tajam pandangan mata Jep pada Sarah .

"Sorry.."

"Kenapa bagi lelaki lain masuk dalam rumah? Aku izinkan kau pikat hati dia bukan bermakna aku beri can untuk kau buat benda yang tak senonoh! Tergamak kau pijak- pijak maruah aku? Aku ni masih suami kau! "

Dari baring Jep sudah duduk tegak. Mukanya makin ketat pandang si isteri. Itu yang membangkitkan rasa amarahnya. Hal Sarah yang buat dia tertunggu berjam-jam, tak berbekas pun di hatinya. Tapi tang lelaki masuk rumah saat dia tiada, itu sangat melampau!

Sarah ikut duduk. Dia tak faham apa yang cuba Jep sampaikan.

"Jangan buat muka tak bersalah. Aku nampak Zarul keluar dari rumah ni. Siap tolong tutupkan, kuncikan pintu rumah dan tutup pintu pagar lagi. Aku nampak semua tu. Kau sangat melampau kalau guna taktik kotor itu untuk rampas dia dari Alina."

"kau nak cakap aku menjalang ke, Jep?"

Jep diam. Hanya rahangnya saja yang nampak bergerak tanda dia sedanv menahan dirinya dari menutur sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Salah ke Zarul tolong tutupkan pintu rumah ni? Jadi satu kesalahan jenayah ke?"

"You must be kidding, Sarah. Kau jangan melampau. Jangan berniat untuk tipu aku pula. "

"Apa yang melampau dengan tutup pintu? Apa yang kau nampak itu lah yang jadi. Dia cuma tolong kuncikan pintu dan tutupkan pagar rumah ni sebab dia tahu tahap careless aku memang mengundang masalah.

Zarul tak masuk pun dalam rumah! Mungkin situasi tu nampak mencurigakan tapi sumpah yang aku tak pernah buat kerja tak bermoral. Aku tak murah. Aku pun tak kebulur lah dengan suami orang. Laki sendiri dah ada, buat apa nak caras laki Alina?

Tadi aku tergesa-gesa masuk dalam rumah untuk charge phone nak contact kau, nak maklumkan yang aku dah balik. Aku nak cepat sangat sampai terlupa tutup pintu.

Sini black area Jep, banyak kes curi dan samun. Zarul takut kecuaian aku memudaratkan keselamatan aku sendiri, jadi dia tolong.

He was just being concerned. A simple help daripada orang yang memang dari dulu jaga keselamatan aku."

Sarah juling mata ke atas. Kes kecil sahaja rupanya. Ingatkan ada masalah dunia tadi.

"Kau tak tipu?" Jep inginkan kepastian.

"Buat apa nak tipu kalau aku boleh jujur?"

Lama Jep pandang muka Sarah bagi mencari kebenaran. Akhirnya dia nampak kejujuran yang terpeta. Dia melepaskan keluhan

"Teman aku makan. Lapar ."

"tadi dah makan?"

"Tadi tak kira. Aku tak ada selera. Makan sambil tahan hati memang tak nikmat. Kena pula dengan ayam merapu kau tu, entah apa-apa rasa pun aku tak tahu, seksa nak telan sampai habis "

"Kau kutuk masakan aku?" Sarah cekak pinggang sambil tunjuk muka garang. Dah tahu aku tak pandai masak, yang kau mogok tiba-tiba tak nak masak tadi kenapa? Tanggung lah!

"Memang layak dikutuk. Dah berbulan kahwin pun, memasak masih lagi failed teruk. Kalau betul jadi bini Zarul agaknya mahu sekejap je kahwin, kau dah pegang title janda."

Langkah Sarah yang menuruni tangga terhenti. Sungguh dia sentap. Perlu ke cakap macam tu?

Jep yang perasan mood swing Sarah, pantas merangkul leher si isteri . Tubuh Sarah ditolak ke dapur.

"Gurau je.. Kau memang loser hal dapur, tapi bab atas katil kau juara." Ibu jari diangkat tinggi.

Pelepek! Jep mengaduh bila dahinya dijentik kuat oleh Sarah. Geram! Cakap lagi benda yang merepek. Itu makan dia!!

"Aku tak nak masak seminggu. Kau masak!"

"Eleh.. acah merajuk konon. Selama ini pun aku je yang masuk dapur, kau tahu mencekik je. Baru sehari masuk dapur dah action macam dia yang selalu masak. Tapi tolong lah sayang, masakan kau teruk sangat. Do something please.."

Sarah geleng kepala. Taknak! Aku lebih rela tak pandai masak sampai tua. I hate cooking! Aku tak nak lakukan sesuatu pun. Kau kan ada.. Apa guna aku kahwin dengan kau kalau nak bagi aku makan pun tak mampu?

Biar kau tak kaya asal boleh ringankan beban isteri. Bukankah rumah tangga itu perlu salinv melengkapi kelemahan sesama pasangan?

Jep akan tetap jadi chef aku sampai bila-bila. Sarah pasang niat dan tekad tanpa perlu Jep tahu akan hal itu.

Tak susah pun nak pikat hati aku Jep. Kau cuma perlu layan aku macam sekarang. Memang orang tahu aku gila duit, tapi ada perkara yang orang tak tahu.

Aku suka bila disayangi, dihargai dan dilindungi. Duit berada ditangga yang ke empat. Cukup kau ada tiga benda ini, hatiku mudah saja kau takluki. Soal duit, kita boleh berusaha bersama. Janji dengan aku yang aku akan tetap berada di carta hati kau yang paling utama.

"ye aku janji.."

Sarah pandang jep sekilas. Dia dengar ke apa yang aku cakap?

"tengok muka kau berkerut itu pun aku tahu kau tengah bermonolog sendiri. So yeah.. Apa saja yang kau nak, aku akan tunaikan. Sekarang, dengan hormatnya isteriku, sila tengok cara aku masak. Lepas ni dah boleh cuba masak sendiri.

Sebelum tu, cium dulu pipi aku. Upah untuk kasi aku bersemangat lebih nak masak masakan yang semestinya seratus kali ganda lebih sedap dari ayam entah apa-apa, resepi merapu Puan Sarah Hayla . Jangan nak mengelak cium aku, jangan lupa kau buat salah pada aku harini."

Malas nak dengar Jep membebel panjang, Sarah pantas mencium pipi yang penuh sawang itu. Macam beruk! Shave lah! Aku suka lelaki clean bebas jambang! Apa-apa pun thank you my chef.. Sila relakan dirimu untuk sentiasa dibuli olehku.

******

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-03-14 01:48:13 

episod kelakar


NovelPlus Premium

The best ads free experience