Bab 23- lebih kaya

Romance Completed 248233

Jep pantas belek muka si isteri sebaik sahaja Sarah menapak masuk dalam kereta. Dagu Sarah dipegang. Muka itu ditolak ke kiri dan kanan. Sarah diam, tiada mood.

"Am I that hot? Pipi merah ni sebab blushing jumpa aku atau sebab kau bergaduh? Kenapa ni?"

"Alina tampar aku." Jawabnya senada. Terjongket kening Jep.

"Kiri dan kanan kau makan pelempang Alina? Dahsyat!"

"Belah kiri je. Yang kanan ni Zana bodoh tak guna tu yang menambah. Celaka punya perempuan."

Selepas berperang dengan Alina, Sarah berantam
dengan Zana pula. Entah apa masalah perempuan itu pun Sarah tak tahu. Tak habis-habis cari pasal. Orang tengah panas hati, lagi nak diacukan api ke bara, memang menyala jadinya. Teruk juga dia bergustu dengan Zana tadi. Stress. AAARGHHHHHHHHHH!!!!

Jep tekup telinga. MasyaAllah isteri aku punya high pitch! Kalah tarzan betina di hutan. Stress sangat nampaknya tu!

"Do you want a hug?" Jep kembangkan tangannya. Lama Sarah berdiam melihat sahaja sebelum membawa tubuh ke dalam pelukan melindungi dan menenangkan milik Jep.

"Aku benci Alina! Benci Zana! Benci Zarul!"

Adu Sarah marah dalam pelukan Jep. Jep terkejut. Kenapa pula nak benci Zarul? Dulu sayang sangat.

Belakang tubuh Sarah digosok lembut seakan memujuk dan cuba membuang jauh amarah yang masih berkampung dihati itu.

"Aku sumpah aku akan tumbuk Alina bila dia dah selamat bersalin nanti dan aku nak tarik balik janji yang pernah aku buat dengan dia dulu. Nanti aku takkan benarkan anak aku kahwin dengan dia. Aku taknak berbesan dengan dia. Tak ingin!"

"ok kalau macam tu, aku janji aku pula akan tumbuk Zarul untuk kau." Jep menyambung cepat.

"Pastikan kau tumbuk dia kuat-kuat. Biar dia ingat tumbukan kau seumur hidup."

"Aku janji."

Jep angguk kepala sambil buat muka habis tekad. Hilanglah kekacakan kau Zarul kalau dah mendapat penumbuk aku nanti. Aku memang dah lama simpan niat dan penumbuk ini untuk kau. Siap kau. Kau tunggu dan lihat je lah saat penumbuk anak kampung ni melekat khas untuk kau.

"Bagus! Jep.. Aku panas, haus. Nak minum cendol, boleh?"

"Ok. Jom pekena cendol." putus si Jep cepat.

"Aku nak pizza."

"ok. kita beli pizza."

"Nak aikrim jugak."

"ye.. ye,, Apa sahaja yang kau nak, aku beli untuk kau. Puas?"

"Ada satu lagi yang paling penting dari yang aku minta tadi. Aku nak suami kaya. Alina ejek aku tak boleh move on sebab kau tak sehebat Zarul. "

Terdiam sambil membulat mata Jep. Aduh.. permintaan dia.. Jep telan liur tapi dia bulatkan hati untuk senangkan hati dan tunaikan permintaan si isteri.

"Aku akan kaya Sarah. Kalau itu yang boleh buat kau bahagia. Aku janji dengan tulang empat kerat aku ni. Suami Sarah Hayla akan kaya."

"Kau boleh kaya ke Jep?"

Tubuhnya dijarakkan dari tubuh Jep. Wajah pasrah Jep dipandang lama . Bagikan tak percaya pada Jep yang berani berjanji sesuatu diluar kemampuan lelaki itu.

"InsyaAllah boleh. Demi kau, isteri yang diamanahkan oleh Allah untuk aku, aku akan usaha, usaha dan usaha sampai aku dapat tunaikan setiap impian, kemahuan dan kehendak kau. Kalau kaya boleh buat kau bahagia, aku akan usahakan hingga ke titisan keringat aku yang terakhir."

Sarah terus lempar tubuh pada Jep. Kalut Jep menerima pelukan mengejut dari si isteri. Terharu ke Sarah? Manis kan mulut aku menanam tebu di bibir?

"Pastikan kau lebih kaya dari Zarul. Kali ini aku tak nak kalah dengan Alina. Biadab sangat mulut dia mengata aku" Sarah mula demand.

"Ye baiklah. Aku yang menurut perintah.."

"Aku nak kau punya syarikat yang lebih besar dan gah daripada syarikat cabuk Zarul ni.."

"Baik Sarahku.."

"Jangan ambil Zana jadi pekerja kau."

Jep tergelak sedikit. Lawak permintaan Sarah kali ini. Namun begitu, Jep sedia menurut kemahuan si isteri yang sudah mula menampakkan riak wajah yang cerah dari tadi yang serba mendung.

"Kau kena layan aku macam tuan puteri. Kau kena lebih gentleman dari Zarul. Dalam apa-apa hal aku nak kau lebihkan aku. Aku nak kau bahagiakan aku lebih dari bahagia yang Zarul bagi pada Alina. Boleh?"

"Boleh tu memang boleh, tapi pukul berapa nak habis ni? Asyik minta itu ini, Awe pun tak ambil lagi dari rumah pengasuh dia. Melalak pula anak aku nanti. Bini melalak, anak melalak. Aku melalak juga nanti baru kau tahu apa maksud haru. Nak tengok aku melalak?

Cup!

Jep kaget. Pertama kali bibirnya dicuri Sarah. Buang tebiat nak mampus agaknya. Riak muka tak faham jelas terpamer di wajah kacak Jep.

"Upah dan hadiah perangsang semangat dari aku sebab kau sanggup berjanji dan berusaha untuk jadi kaya dan cuba bahagiakan aku."

Jep senyum malu. Pertama kali Sarah menzahirkan rasa dihatinya, buat Jep Kekok tak biasa.

"Thanks Sarah. Aku akan usaha dengan lebih keras tanpa berputus asa. Tapi janji dengan aku satu perkara. Sayang aku seorang je. No more Zarul. Janji?"

"Janji! Tapi kau kena kaya. Aku akan support kau fizikal dan mental untuk terus berusaha sampai impian kita tercapai. Deal?"

"Deal." Jari kelingking bertaut. Terpatri sebuah janji antara mereka.

Sarah senyum lebar. Puas hati. Jep yang tengok hanya mampu geleng kepala. Pasrah. Apa jenis makhluklah yang jadi jodoh aku ini? Manusia pelik! Degil tapi manja. Demanding!

Perlahan kereta Sarah menyusuri jalan raya meninggalkan SK Holding jauh di belakang.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience