Bab 16- lunch date

Romance Completed 248237

Tak lawak lah Jep!

Automatik rasa bengang bila mengenangkan perangai Jep. Memalukan. Dasar orang kampung! Mana aku nak sorok muka sekarang? Bukan sikit tau mata yang memandang. Banyak! Sah-sah aku kena bahan lagi lepas ni. Sarah tunjuk muka cemberut. Ini yang kau panggil lunch date?

Jep ketawa. Suka Sarah tunjuk muka tak puas hati. Kan elok buat muka macam ni dari buang air mata. Ini baru betul Sarah aku!

"Kau patut bersyukur tau dapat suami se'sweet' sour macam aku ni. One in a million. Orang tu hanya mampu bukakan pintu kereta untuk isteri. Aku ni siap masak, bawa bekal lunch untuk kau, bentang tikar mengkuang bagai bawah pokok macam ni untuk kau.. Another level sangat aku punya sweet. Macam drama melayu. Boleh dah rasanya kau slow-slow belajar bersyukur bersuamikan lelaki edisi terhad ini."

Jep lap mulut Awe yang comot dengan tisu.

" Bencilah kau ni!" Tupperware berisi nasi berlauk daging masak kicap itu Sarah letak kasar di atas tikar. Muka bengang habis.

"Eh eh.. Boleh pula dia main benci-benci. Aku tak kira. Makan sampai habis. Selagi tak habis jangan harap aku bagi kau angkat punggung dari tikar mengkuang baru beli milik aku ini. Titik."

Aku ingat dia nak ajak makan kat mana lah tadi. Alih-alih dia tarik aku duduk dekat tikar mengkuang yang dihamparkan di mini landscape betul-betul depan building Sk Holding. Memang lah tempat ni cantik macam taman, tapi agak-agak lah. Mana pernah orang makan sini!

Sumpah kecil besar kecil besar je Sarah tengok mamat seorang ini.

" Susah ke nak makan? Nak aku suap? Baru bertambah hot gossip budak-budak office kau. Aku tak kisah, aku suka digosip."

" Kenapa kita makan dekat sini? Macam orang bodoh je. Mana ada orang makan sini lainlah kalau makan dekat taman yang betul-betul tu."

"Kalau pergi taman tu makan masa. Port ni best apa. Sia-sia big boss kau buat taman mini sikit punya lawa begini tapi tak digunakan oleh pekerjaya. Nak juga tunggu orang kampung macam aku ni memanfaatkannya. Orang acah bandar macam kau ni kolot. Nak malu apa? Tumpang berteduh untuk makan je pun. Seronok apa berkelah macam ni. Kan Awe?"

Awe angguk laju. Tak ambil pusing. Dia dengan makanan tak dapat dipisahkan. Dari tadi fokus makan. Hawa memang budak yang tak banyak kerenah. Hantu pun selamba diajak berkawan, masalah orang dewasa apa ada hal? Palarkan sahaja.

Sarah mencebik. Kau memang Jep, dasar muka tak tahu malu.

"Kejap lagi aku nak pinjam kereta kau. Nanti pukul lima aku datang jemput kau balik ."

"Nak pergi mana?"

"Cari kerja. Takkan nak mengharapkan duit bini pula. Jatuhlah saham hero Malaya macam aku ni." RAmbut yang sedikit panjang diselak macho ke belakang.

"Minyak kereta tu dah guna nanti isi balik."

"Alah kedekut betul."

"Kata taknak harap duit bini?"

"Itu lepas aku dapat kerja. sekarang kau wajib tanggung aku."

Sarah julingkan mata ke atas. " macam mana lah aku tak meroyan sebab tak dapat Zarul? Ini semua sebab kau. Beza korang ini bagai langit dengan bumi!"

"Bumi tak bumi. Satu masa nanti kau akan bersyukur gila sebab aku yang jadi laki kau bukan si Zarul tu. Mark my words."

Sempat SArah buat muka bila ucapan itu meniti bibir Jep. eiiyuuueww mark my words lah sangat. Penyembang!

"Nah! aku dah sudah makan. Licin. Boleh aku masuk kerja sekarang? Boleh biarkan aku hidup dengan tenang tanpa gangguan kau? " Sengaja bekas yang kosong itu diketuk-ketuk dengan sudu di depan Jep. Macam budak kecil!

"Bagus. Sekarang kau boleh berambus pergi kerja." Kata Jep sambil memasukkan bekas makanan ke dalam bakul.

Sarah mencebik tak puas hati mendengar kata-kata Jep. Dia halau aku macan tu je? Mamat ni memang lah. Suka hati dia je nak buat seenak rasa. Tadi paksa sangat kita makan , sekarang menghalau macam halau anak ayam. Tak romatik langsung!

*****************

" Bekas kekasih bawa bini pergi makan dekat hotel. Laki sendiri hanga mampu bawa makan bawah pokok je? Opps..."

Kan aku dah kata.. Mesti kena bahan punya! Bersahaja Sarah jalan ke mejanya.

"Tak sangka sungguh kan. Sarah the Vass berjodoh dengan hero kampung yang serabai macam tu. Selekeh! Entah-entah dia yang tanggung laki dia. Kesiannya the Pretty Sarah.."

Makin Sarah diam, makin galak pula pihak sana mengenakannya. Sarah the pretty ? Selama ni depa tak puas hati dengan aku sebab aku cantik ke? Sebab Zarul pandang aku dari korang?Oh.. alkisahnya begitu.. Sarah mencebik suka. Motif cemburu rupanya!

"Susan! You nak air tak? Panaslah dekat sini. Haus pula rasa tekak."

Amoi cina yang duduk dekat dengan mejanya ditegur. Aku suka budak cina ni. Bagus. Dari dulu tak masuk campur hal orang. Buat kerja dia je. Memang layak dapat anugerah pekerja contoh.

"You nak buatkan untuk I ke? Cun! Cun! Kasi yang paling sedap ya!" Susan membalas gembira.

"Of course lah sedap! Dulu big boss rasa sekali je air I terus jatuh hati. Terus dia upgrade I jadi orang penting dia." Sarah bawa langkah ke pantry.

Aku rasa watak baik, sedih-sedih ni tak sesuailah dengan diri aku. Rasa macam slow sangat jarum jam bergerak. Hidup tak gempak. Silap orang lah korang nak ajak bermusuh. Korang tak kenal lagi the real Sarah Hayla. Jangan ingat orang yang diam tak banyak bunyi macam aku tak berbisa tau!

Elok saja mug diletak di meja susan, mulut orang disana kembali membedil. Susan pula yang rasa sakit hati. Dah lama dia tahan telinga dengar budak berdua itu sibuk memerli Sarah. Tak habis-habis.

"Dah upgrade lepastu downgrade balik. Tak terasa degrade ke?"

Pedas mulut Zana. Mira ikut gelak. Mentertawakan nasib malang Sarah.

"It doesnt matter soal downgrade ke apa tu. At least Susan, I ni pernah lah merasa saat di awang-awangan bercinta dengan big boss. Di fasa upgrade dulu, I pernah rasa orang tu suap I makan, pernah rasa dihargai dan menjadi orang penting dalam hidup dia. Orang tu tak pernah missed wish good night dekat I setiap malam sebelum tidur, tell me that I am everything for him. Pernah holding hands together , selalu pergi shopping, tengok wayang, bercuti luar negara...

And the most important part is pernah dengar orang tu cakap he loves me so so sooo much!" Sarah cakap sambil mempamer muka menang pad Zana dan Mira yang bengang.

"Seriously Sarah? wahh untung you."

" of course! I nak tanya you lah Susan. You rasa kan.. orang yang sibuk mengata macam tak puas hati sangat dengan I tu, pernah ke merasa semua tu? You rasa, dia orang pernah rasa apa yang i rasa ke?"

"No. Tak pernah. Dalam mimpi pun tak pernah lorh!" Balas Susan kuat.

"Thank you for your great answer. Jom start kerja. Pangkat takkan di upgrade sendiri kalau kerja sambil lewa. Even i jadi girlfriend boss pun I amanah dalam buat kerja. I buktikan yang I memang layak terima job promotion itu. I banyak cari tender dan projek mega untuk company. Sila cermin diri dulu kalau nak iri dengan orang."

Setepek Sarah bagi sebelum dia fokus pada kerjanya.

"Setuju! Thank you for the marvelous coffee."

"Most welcome sweety."

Puas hati Sarah dapat diamkan orang disana. Kelu seribu bahasa! Padan muka.

***********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience