Bab 49 - Anak siapa?

Romance Completed 248237

Duduk!

Sarah akur. Riaknya masih sama. Tegang.

"Apa semua ni Jep? Siapa kau? Kejadah pula tiba-tiba berdato' bagai? Kau buat apa sampai jadi Dato'? Empat bulan je pun, benda apalah sangat yang kau contribute pada negara sampai boleh dapat Dato'? "

"Apa Jep, Jep? Siapa kau untuk panggil aku Jep sahaja? Aku Dato' Jep Zafrel.Dekat sini semua orang panggil aku Dato'."

Kata Jep dengan angkuh. Kecil saja Sarah dipandangan matanya. Sarah hanya diam. Dia masih lagi terkejut.

"Aku bukan lagi mamat sengkek yang kau boleh suka-suka tipu dan permainkan macam dulu. Aku tak pernah bangga dengan apa yang aku ada selama ini. Kekayaan ini buat aku jadi muak. Tapi perempuan mata duitan macam kau buat aku selesa bertuankan pangkat dan darjat. Kenalkan suami kau Sarah. Dato' H. The most successful person in Malaysia."

Sarah masih diam. The most successful person lah sangat. So?

" Show me some respect. Jangan nak membentak tak tentu pasal. Ingat sikit, orang macam kau ini hanya ibarat kuman dalam hidup aku. Bila-bila masa sahaja aku boleh musnahkan karier dan angan-angan indah kau di SK Holding. Bukan satu benda yang mustahil untuk aku lingkupkan syarikat cabuk Zarul itu."

Sarah diam lama kemudian kembali bersuara. Kau nak berlagak dengan aku? Jangan mimpi lah.

"Maafkan saya Dato'. Saya akan ingat pesan dan amaran Dato' itu. Saya harap apa yang jadi antara kita tak melibatkan langsung hal kerja. We are profesional enough to handle this. Shall we start now?" Sarah senyum tenang.

Sarah sudah on suisnya dalam mood bekerja. Goodbye hal peribadi. Sekarang masanya untuk kita fokus bekerja.

"Anak siapa yang kau kandungkan tu?"

Wajah Jep serius. There is no business discussion for today. Sumpah dia terkejut bila dikhabarkan Sarah sedang sarat mengandung. Tak puas hati, siap disuruh pembantunya itu tangkap gambar Sarah sewaktu wanita itu tertidur menunggu.

Memang pada awalnya Jep berniat untuk permainkan Sarah. Hari ini memang Jep mahu Sarah menunggunya sampai perempuan itu naik radang.

Jep tak berniat untuk berjumpa dengan Sarah pun. Dia hanya mahu susahkan dan mainkan Sarah sahaja. Tapi keadaan diri Sarah hari ini mengejutkan Jep yang punyai seribu misi menjahanamkan serta menyakitkan hati Sarah Hayla.

Jep hilang rasional. Dari tadi Jep tak senang duduk memikirkan status mereka. Habis menjunam kelaut perjumpaan Jep dengan client Jepunnya. Tak boleh fokus langsung! Otak dan benaknya hanya tertumpu pada perut Sarah yang memboyot. Anak aku ke? Tak habis-habis dia mempersoal diri.

Kalau Sarah mengandung bermakna talak masih belum jatuh pada wanita itu selagi anak itu tidak lahir ke dunia. Dan Jep sangat terkejut akan hakikat Sarah Hayla masih isterinya yang sah! Talak hanya jatuh jika anak itu selamat dilahirkan dan tempoh rujuk mereka masih berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Bukan telah habis seperti yang disangkanya selama ini.

Begitu susah dia nak hadap perpisahannya, menghitung hari sampai tiga bulan, rupa-rupanya masih ada takdir indah yang Allah pertontonkan untuknya. Apakah makna disebalij rahsia takdir ini Tuhan?

"jawablah! Anak siapa tu?! Kenapa diam?!"

"Saya rasa Dato' dah melangkau sempadan Dato'. Hal peribadi saya rasanya tak perlu untuk Dato masuk campur. Ini proposal yang dah saya siapkan. Boleh saya mula buat presentation?"

Satu proposal ditolak cermat pada Jep. Dengan lagak tenang, Sarah buka laptopnya pula. Bersedia untuk buat perbentangan tentang projek mega mereka.

" Jangan buat aku marah, Sarah. Kau tak tahu siapa Dato H. Kau hanya kenal Jep Zafrel, mamat kampung yang cintakan kau. Kau tak kenal langsung lelaki yang diselaputi dengan rasa benci yang tinggi di dalam diri untuk kau kini. Katakan sesuatu yang aku nak tahu. Jangan berani untuk menipu aku. Anak siapa itu!"

Jep masih mahu bibir itu mempertahankan sesuatu. Tapi beratnya bibir itu memberi kerjasama buat Jep naik radang.

" Anak Zarul. Lelaki yang paling saya cinta di dunia ini. Puas? Boleh saya mulakan?" mata Sarah kembali fokus pada laptopnya yang sudah elok terpasang.

Sarah kalau bab menyakitkan hati orang, memang dia lah championnya. Dengan riak muka sekali dia bagi. Menggelegak hati Jep jadinya.

Sarah melopong mulut. Habis laptop dan proposalnya di lontar jauh oleh Jep. Berkecai. Menggigil tangan Sarah menahan marah. Melampau lah ni!

Apa masalah kau? Kau sengaja nak provok aku kan? Sorry lah. Aku takkan kalah dengan jantan tak guna macam kau. Dasar penipu. Kau ingat aku akan melutut depan kau sekarang hanya semata-mata kau kaya? Piiirahhhhh!

Kalau kau kaya, aku akan pastikan aku pun berjaya lah. Dengan usaha aku sendiri. Kau nak bagi title Datin pada aku? Tak payah! Tak ingin! Aku boleh jadi Dato' Sarah kalau aku tetap berdiri di atas kaki aku sendiri!

"saya rasa saya tak boleh berkerjasama dengan Dato' kalau perangai Dato macam ni. Maafkan saya, tapi saya terpaksa pergi. Banyak lagi urusan penting yang perlu saya buat selain menghadap kegilaan Dato poyo macam awak. Please excuse me."

Dengan payah bersama perut memboyot, Sarah bangun dan mengemas semula barang-barangnya.

Dia mencangkung mengambil laptop yang mendarat elok di lantai. Sah-sah dah innalillah. Saat itu dia nampak kaki Jep tiba-tiba menapak di atas laptopnya. Sarah mengeluh. Tak jadi dia ambil benda alah itu. Dia bangun dan berniat untuk berlalu. Lantak lah laptop tu. Aku boleh beli sepuluh yang baru!

Jep merentap tangan Sarah sedikit kasar. Sarah yang memang sedia bengang jadi bertambah berang bila lelaki itu sampai cuba mengasarinya. Kau siapa?!

Tergerak badannya ke belakang sikit mengikut rentapan Jep, satu penampar di hadiahkan di pipi lelaki itu. Ini makan dia. Tak cukup penampar, satu tumbukan padu mengenai dada Jep. Berkasar lagi dengan aku! Rasakan. Hati aku tengah menggelegak ni!

"tolong sopan sikit. Jangan nak berkasar dengan saya. Have some manners!" ujar Sarah tegas. Jep tersengih senget penuh ego.

"kau yang tak ada manners. Selalu berjaya sakitkan hati aku. Anak Zarul? Dalam mimpi boleh lah. Kalau betul ini anak Zarul, aku akan pastikan Zarul bukan siapa-siapa lagi dalam dunia business ini. Balasan untuk dia sebab rampas hak aku. Zarul bukan tandingan aku. Dia cuma ikan bilis!

Fikir sekali lagi Sarah, anak siapa ini? Masa depan Zarul dalam genggaman aku, dan kata-kata dari kau yang akan menentukan nasib Zarul selepas ini."

Sarah tepis kedua tangan yang memegang kejap di lengannya. Tak suka disentuh oleh Dato itu. Namun Jep tetap menguatkan pegangannya di lengan Sarah yang makin berisi.

" kau bukan Tuhan yang menentukan rezeki dan kehidupan orang. Kau tanya seribu kali pun, anak ini tetap anak Zarul sampai dia mati. Faham?

Lepaskan aku. Aku nak blah. Terkenan perangai buruk kau pada anak aku nanti, susah pula. Lepaslah!"

Dilepaskan bebas yang Sarah minta, namun dibalas dengan pelukan erat pula oleh Jep. Dengan payah dan senak perut yang membesar, Sarah sedaya boleh tolak tubuh Jep menjauh. Dia jijik dipeluk oleh lelaki itu. Dah persoalkan status anak aku, ada hati nak peluk aku. Pigii dahhh!!

Jep melepaskan pelukan tapi tidak pegangannya ditubuh itu. Tangan masih melingkar di pinggang Sarah yang kelihatan makin seksi. Kembang semacam.

"kita dah rujuk. Sampai mampus pun kau hanya milik aku seorang. Mimpi lah kau untuk kandungkan benih Zarul. Anak aku, cukup."

"kau merepek apa? Siapa bagi hak pada kau untuk rujuk? Aku tak sudi! Lepas budak ini lahir, kau dan aku bukan sesiapa lagi!"

"kau akan tetap jadi isteri aku, walau dah aku lafazkan talak sekali. Hak itu Allah yang bagi. Itu lah, masa belajar agama kau ponteng kelas. Sekarang tak perlu kau persoalkan status kau. Kita masih suami isteri. Disebabkan kau belum melahirkan ditambah aku rujuk kau dengan pelukan tadi, kau kekal jadi isteri aku sampai bila-bila."

"apa maksud kau? Kau dah lafazkan talak. Kau lupa ke?"

"ye, talak satu dah pun terlafaz antara kita. Tapi aku dah rujuk kau kembali ."

"bila masa kita rujuk?! Aku tak ingin!"

"kita dah rujuk dah pun. Tadi aku peluk kau dengan niat untuk rujuk dan kekalkan kau sebagai isteri aku sampai bila-bila."

"banyak cantik muka kau, peluk je dah rujuk. Aku tak sudi."

"itulah indahnya islam. Allah jadikan lelaki sebagai pemimpin dan Allah beri kuasa talak dan rujuk pada suami. Aku boleh rujuk dengan kau bila-bila masa selagi kau masih dalam tempoh edah walaupun kau enggan dan tak sudi. Sebab itu hak aku. Aku boleh rujuk dengan kau hanya dengan satu pelukan atau satu ayat yang menyatakan kesungguhan aku untuk rujuk kau atau kita berhubungan intim suami isteri.

Kalau tak tahu, lepas ni boleh buka buku. Tapi jangan persoalkan hak aku pada kau. Kini kau milik aku semula. Tiada lagi soal perpisahan. Kau masih isteri aku. So respect me."

" kepala otak kau lah. Jangan nak spoilkan mood aku. Ke tepi, selagi aku masih boleh kawal diri. Tolong ke tepi. Aku nak balik! "

" kalau aku tak bagi kau balik, kau nak buat apa?"

" kau jangan sampai kaki aku naik bagi penerajang dekat muka kau, tau. Aku dah lama tahan sabar, jangan menguji aku sangat! Lepaslah! Aku nak balik!"

Jep tak pedulikan Sarah. Dengan sedikit tegas, tangan Sarah dituntun ke satu arah bilik rehatnya. Connecting room dengan officenya. Tubuh Sarah ditolak jatuh di atas katil. Menjerit Sarah.

" kau nak buat apa?! Dasar gila! "

Jep buat bodoh. Dia turut jatuhkan tubuhnya disisi Sarah yang panas hati. Tubuh itu dipeluk erat. Libang-libu hatinya bila perut memboyot itu turut ada dalam pelukannya.

"tidur Sarah. Aku penat. Aku tahu kau pun penat. Lets us take a nap first."

"kau ingat aku ada masa ke untuk tidur sekarang ini? Let me go! Aku nak balik. Aku tak sudi jadi bini kau! Tak sudi dipeluk kau! Aku jiji.."

Mulut Sarah dikunci Jep kemas. Banyak sangat bunyi itu makan dia! Sarah protes. Dia tak mahu! Muka Jep ditolak menjauh darinya tapi sudah namanya Jep, tidak sesekali dia lepaskan haknya. Cukup sekali. Jangan mimpi Sarah boleh pergi dari hidupnya lagi. Antara ego dan rasa cinta yang tak pernah hilang, Jep menuntut hak sepenuhnya dibibir itu.

Penat melawan, Sarah kaku terus. Dalam hati menyimpan seribu lahar.

Ciuman yang tadinya sedikit kasar kerana bergelut dengan penolakan Sarah, kini lembut sahaja perlakuannya. Jep tak peduli kalau Sarah tak membalas permainan bibirnya. Dia mahu tebus semula tempoh empat bulan yang disia-siakan. Aku rindu kau sarah. Tak pernah sekali pun aku lupakan kau. Makin aku cuba untuk benci kau, makin menebal rasa cinta dan rindu dijiwa aku. Kau jahat! Kau dera perasaan aku seteruk ini!

Jep lepaskan bibir itu. Dahi Sarah dikucup lama.

"aku minta maaf. I love you. Kita buka buku baru untuk anak ini, please.. Will you forgive me?"

Dia berbisik perlahan ditelinga Sarah yang pejam mata dari tadi. Tubuh itu pun dikeraskan saja sepanjang dalam pelukannya. Tahu sangat yang si isteri sedang protes hebat. Jep tak peduli!

" never! Tubuh aku mungkin kau dapat miliki kembali, tapi tidak hati aku."

Jep cium pipi Sarah pula. Its okey. Take your time.

"lembutkan lah sikit badan ni. Aku bukan nak buat apa pun. Aku cuma nak kau rehat, tidur. Kau mesti penat dengan drama ni. Dengan nak bawa perut lagi. Just rilek, kau tidur ye. Aku temankan." jep mula menepuk dan mendodoi isterinya sama seperti yang selalu dia lakukan dulu.

Sarah yang selalu saja kalah bila tubuh menyentuh katil, sudah berjaya dijemput lena. Dia memang letih. Sangat letih.

Jep lepaskan kelegaan bila Sarah tidur dengan lena. Dada itu berombak perlahanvdan tenang. Tubuh Sarah juga tidak lagi keras seperti tadi.

Jep buka tudung yang melilit kepala Sarah dengan cermat. Rambut wangi Sarah dicium lama. Maafkan aku kerana tak ambil tahu pasal kau dalam tempoh empat bulan ini. Aku terlalu taksub ingin melupakan kau dan buat hidup kau sengsara sehingga aku terlepas pandang keadaan kau yang membawa nyawa kecil kita ini. Maafkan aku.. Aku akan betulkan semula perhubungan dan keadaan kita.

Perut Sarah yang memboyot disentuhnya. Aku yakin ini anak aku. Makin sarah nafi, makin aku percaya ini adalah anak aku. Perut itu dicium pula. Lama Jep mencium perut Sarah. Makin erat Sarah dibawa ke dalam pelukan. I need my 'bantal busuk'. Tidurnya tak pernah lena sepanjang Sarah tiada disisi.

Jep yang dah dapat bantal hikmatnya turut tenang dibawa lena. Sedikit pun dia tidak lepaskan tubuh mekar si isteri. Hanyut dibawa lena pasangan suami isteri itu.

Mampukah terlakarnya episod indah untuk mereka berdua untuk hari yang akan mendatang?

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience