Bab 3 - first kiss

Romance Completed 248233

Dari jendela bilik, Sarah buang pandang ke luar. Semua orang sedang sibuk mengemas. Gelak ketawa usik mengusik sanak saudara jelas kedengaran. Tak kurang juga si kenit itu kemain lagi sakan bergelak ketawa berlari-lari dengan kawan-kawan seusianya.

Kalau diikutkan rasa hati memang Sarah nak sangat bersama mereka, Tapi Sarah tahu dia tak kuat. Kalau sedang sibuk sental bontot kuali tiba-tiba dia menangis macam mana? Tak ke haru? Aku masih belum percaya tentang pelamin anganku yang musnah. aku tak boleh terima. Zarul hak aku!

Tubuh kembali baring di atas katil. Tidur lah , mana tahu bangun-bangun nanti semuanya akan berubah. Sekejap sahaja pejam mata, Sarah dah hanyut. Penat juga kahwin ni.

Apa yang penat? Kau tak menyumbang tenaga apa pun. Daripada A sampai Z semua orang lain yang uruskan.

Eh, aku penat lah! Penat berperang denngan perasaan aku, kemahuan aku, impian aku. Kau apa tahu?

"uwarggghhhhhhh!!! ibu.. baba..." bunyi tangisan kuat itu bagai masuk tak masuk je dalam deria telinga Sarah. Kantuk disambung lagi.

Bunyi yang tadinya sayup-sayup sahaja kini jelas kedengaran. sangat kuat! Terus tercelik mata bulat sarah. Dah kenapa pula budak bertuah tu?

"ibu.. akit.. Kaki awe akit angat.." belum sempat Sarah bangun dari baring, tubuhnya sudah dihempap kuat oleh satu tubuh kecil. Erat Awe memeluk batang tubuh Sarah. Mukanya disembam di dada si ibu . Tangisan awe belum reda. Dah tersedu-sedan. Sarah tepuk belakang Awe. Memujuk.

"sayang... Mari sini baba isi ubat. Biar cepat baik."

"nanak! Ubat akit!" rangkulan Awe pada sarah makin dikemaskan.

Tak selesa berbaring dengan kedudukan Jep berdiri disisi dekat sangat, Sarah cuba duduk. Namun dia kembali merebah tubuh bila bibir kecil itu nyaring menjerit. Kus semangat.. Anak kau ke ni Zara?

"jangan bangun Sarah. Budak ni memang manja. Kalau dah sorok muka macam tu, tak boleh buat apa dah. Letak je lah ubatnya."

Sarah akur dengan kata-kata si emak.

"tunggu apa lagi jep? Bersihkan lah kaki anak tu. Isi ubat luka tu cepat-cepat. Lepas tu tidurkan dia. Sakan sangat main harini sampai tak ingat dunia. Dapat penyakit baru pandai cari ibunya."

Menceceh Mak Minah sambil menapak keluar. Banyak lagi kerja nak kena buat. Pinggan mangkuk surau tak pulang lagi.

Sarah yang masih baring serba tak kena bila Jep sentuh kaki si anak. Berhati-hati sekali dia lunaskan kerjanya. Kejung Sarah seketika. Dah kalau anaknya atas aku, kau rasa tangan si bapaknya tak tersentuh badan aku? Pulak tu posisi jep kemain dekat lagi.

"janganlah sentuh perut aku!"

"sorry.. Tersentuh."

"gatal!"

Terhenti seketika tangan yang membalut kaki Awe sebelum dia meneruskan kembali kerjanya. Kedengaran rengusan kecil Jep . Sarah tahu lama Jep pandangnya tadi tak puas hati. Bengang lah tu.

"awe bangun sayang. Baba nak letak ubat dekat dahi tu."

"Na nak!" mulut kecil itu membalas. Hailah anak. Ikut perangai siapalah yang keras kepala tu. Jep ketap bibir.

Malas Jep nak cakap lebih, kotak first aid segera dikemas. Nanti bila muka Awe dah tak menempel di dada si singa itu barulah Jep berniat untuk sapu ubat. Nak rawat sekarang? Memang tak lah! Tersentuh perut sikit pun dah memekak gatal, ini kan pula dada. Kirim salam je lah.

"woii nak pergi mana? Dahi dia tak isi ubat lagi."

"kejap lagi bila keadaan dah sesuai baru aku taruh ubat."

"kepala otak kau. Kuman ni kena cuci. Kau ni memang sejenis tak sayang anak ke? Buat anak je reti. Jaga anak simple macam ni pun bebal berkilo."

Sarah tahu Jep bengang dengan mulut lancangnya. Tapi ada dia kisah?

Kotak first aid tadi dihempas kasar atas katil. Beberapa perkakas dikeluarkan semula. Jep ambil tempat dekat dengan Sarah. Mukanya serius usah ditegur.

Wajah Awe yang masih melekap elok di dada Sarah ditolak cermat. Dah tertidur dah pun budak bertuah ini. Namun begitu, cengkaman tangannya yang memeluk tubuh Sarah masih kemas. Sesekali dengar rengekannya bila lukanya dicuci.

Ditiup perlahan dahi Awe. Bagaikan memujuk. Sarah kaku dalam posisi. Baru sedar debarannya. Beberapa kali tangan Jep tersentuh aset dadanya. Rasa nak menjerit tapi tahu itu salahnya sendiri. Kenapa kau lembab sangat sarah?

"mulut kau diam. Tadi aku cakap tunggu keadaan sesuai tapi mulut cap lancang kau ni sibuk nak berbunyi. Sekarang kau diam. Biar aku habiskan kerja aku." sound Jep padu.

"kalau aku tak diam kau nak buat apa?" dah namanya sarah, memang ego. Sengaja mencabar. Acah-acah berani tapi sumpah dah lama Jep tak keluarkan aura samseng taik kucingnya. Hari ini terserlah sungguh karakter lamanya itu.

Lama jep pandang muka sarah. Sarah membalas berani. Jep tak menjawab. Tangannya tangkas saja merawat dahi Awe. Hampir siap. Tinggal melekatkan hansaplast saja.

"kalau aku tak diam kau nak buat apa? Nak belasah aku? Cuba lah kau buat. Sikit pun aku tak takut"

"Diam. aku cium kau nanti.."

Sarah gelak. "dalam mimpi boleh la kau..."

Bulat mata Sarah. Kalut menolak wajah Jep agar menjauh. Kuat tolakan sarah namun cengkaman dan pautan bibir Jep di bibirnya terlalu kemas. Saat Sarah kelemasan tak mampu bernafas barulah Jep mencipta jarak.

"jangan cabar aku. Aku boleh buat lebih dari ini." jep berdiri sambil tangan diselup dalam kocek seluar. Pandangannya cukup sinis. Persis jep yang dulu. Jep yang sering menyakitkan hati seorang Sarah.

"tak guna kau Jep! Dasar jantan tak guna!"

"Diamlah! Kalau anak aku terjaga dari tidur, siap kau aku kerjakan cukup-cukup. Aku kisah apa kau rela ke tidak. Kau hak aku. Jangan cabar aku." Bersama muka jahat, jep keluar dari bilik. Meninggalkan Awe yang masih terlena dan sarah yang sedang meluap dalam api kemarahan.

Jep ukir senyum yanv hanya dia saja tahu makna senyuman ngerinya. SARAH... I AM BACK !

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience