Bab 51- great winner

Romance Completed 248233

Berasap kepala!

Sarah tarik nafas sehabis dalam. Melampau! Dia yang baru nak berangkat ke tempat kerja terus terpotong mood bila melihat keadaan kereta yang dah hilang keempat-empat tayar ! Lebih sakit hati bila Sarah tahu sangat siapakah gerangan pelakunya.

Tak lain dan tak bukan. Mesti malaun sesat tu!

Jep kelihatan elok menyandar tubuh di kereta yang diparking di luar pagar. Selamba dan santai melipat tangan ke dada bagai tiada apa yang berlaku. Sengihannya lebar. Menyapa Sarah dipagi hari. Pagi-pagi buta dah terpacak depan rumah orang. Tak ada keje ke?

Ini boleh mendatangkan marah! Tak kelakar, Jep!

Berang dipermainkan, Sarah hempas kasar tas tangan ke lantai. Dek terlalu bengang, badan kereta hitamnya itu ditendang berkali-kali melempias rasa amarah. Membayangkan kaki ini dapat lanyak si mangkuk ayun itu sepenuh hati. Tak dapat kau, kereta ni pun boleh makan penerajang aku. Aku peduli apa, asal aku puas.

Jep yang tengok pula gerun. Marah sangat tu! Tak padan dengan perut membulat macam bola, ganasnya ya ampun.. Sarah dan dirasuk setan, berpisah tiada. Dah nak jadi emak orang pun sikap baran itu langsung tak boleh dibawa bincang!

Cepat Jep menapak ke isterinya dan bahu itu ditarik sedikit menjauh dari kereta.

"Jangan sentuh aku! Lepaskan aku. Aku tendang kereta aku, bukan kereta kau! Aku tengah marah ni! Lepas!!! Lebam biji mata kau karang. Lepas! "

"sabar sayang! .. bawa bersabar. Jangan lah marah-marah dan mengamuk macam ini. Abang minta maaf. Jom, abang hantar sayang pergi office. Calm down okey. Nanti abang upah orang pasang semula tayar sayang ni." Jep cuba memujuk. Bibirnya diketap erat bila satu penampar hinggap dipipi bersihnya.

" i want it now! Pasang sekarang! Stop cari pasal dengan aku! Aku penat. Kau nak budak ni mati ke?"

Sarah teriak kuat bersama nafas yang masih berombak dalam marah. Kaki Jep pula ditendang kuat.

Istighfar panjang Jep dengan kata-kata ugutan Sarah. Makin dia cuba memujuk, makin galak kakinya di sepak-sepak oleh wanita itu.

"Dah? Puas dah? Dah selamat bagi berdas-das pada aku. Jom kita gerak sekarang."

"Aku belum puas! Hati aku masih sakit! Kau pasang balik tayar kereta aku!!"

"nanti lepas sayang beranak baru abang pasangkan semula."

"i want it now!"

"No way, sayang! Abang tak boleh benarkan sayang drive. Abang risau, sayang dah sarat sangat dah ni. Let me be your driver okey?"

Sarah naik radang. Tak semena satu lagi tendangan kuat dilepaskan di pintu kereta belah pemandu. Bergoyang juga kereta dibuatnya.

Kenapa tiba-tiba sibuk nak atur hidup aku? Selama ni pun aku memboyot juga. Tak ada pula kau ambil kisah. Baru sekarang nak acah caring? Boleh berambus lah!

Jep yang tahu Sarah masih menyimpan marah, menyuakan pipinya agar dikerjakan lagi oleh sang isteri. Pasrah je lah Jep. Serah diri je.. Dah memang kau salah pun..

Tak tunggu lama, Sarah ambil kesempatan dan peluang yang diberi. Merah pipi Jep makan penampar padu dari Sarah. Tak cukup penampar, telinga itu juga dipiat geram. Begitu juga dengan rambut Jep. Ditarik kuat. Menjerit Jep menerima asakan mengganas Sarah Hayla. Amboi! Memang lepaskan perasaaan betul ni.

Dalam hati, Jep berdoa agar tiada siapa yang nampak perlakuan Sarah padanya. Aku dah tak ada beza dah dengan ahli mensyuarat tingkap zaman cerita P. Ramlee yang kena tarik telinga tu daaa.. Kalau orang tahu Ceo The Helang dipiat begini mesti masuk muka depan berita sensasi!

Ya Allah! Jep hanya mampu ketap bibir bila gigi tajam itu menggigit kuat lengannya pula. Ini macam gigit nak bagi putus je ni.

Jep tak tahan dengan perlakuan diluar kotak Sarah itu, namun mana mungkin dimarahi isterinya. Sarah tak buat aksi bahu sejuknya yang mogok bersuara pun dah besar Rahmat.

Jep rapatkan tubuh dan tarik kepala Sarah masuk dalam pelukan. Cuba melawan kesakitan dengan memeluk tubuh itu. Kepala yang bertudung kemas itu dicium lama sambil menahan kesakitan yang dihadiahkan oleh si isteri. Sarah yang benar-benar naik hantu, tak menghiraukan aksi lembut dan penuh sabar seorang Jep. Dia kuatkan gigitan sehingga puas.

Setelah puas menyakitkan Jep dengan kuasa gigitan kalah buaya, baru lah dilepaskan lengan sasa itu pergi. Tubuh Jep yang memeluknya dengan longgar, ditolak menjauh.

Jep mendesah perlahan sambil lap peluh didahi. Lengan yang sakit dibelek perlahan. Kerana baju kemejanya berlengan panjang, Jep tak tahu bagaimana keadaan lengannya saat itu. Tapi sumpah, sakitnya tak tertanggung!

Ini bukan gigitan manja. Sungguh ini gigitan kemarahan! Kemeja putih Jep tiba-tiba dinodai dengan warna merah yang makin banyak dibahagian gigitan Sarah tadi. Boleh tahan lukanya.

Sarah yang nampak tompokan merah itu hanya beriak selamba.

"Aku dah lambat." katanya dengan muka masih kekwat. Menapak ke kereta Jep dengan wajah tanpa rasa bersalah. Jep cuma mampu pasrah. Cobaan..

Ya Allah.. tingkatkan tahap kesabaran aku demi melayan perangai dan amukan makhluk pelik ciptaanmu ini. Jadikan aku seorang suami yang kaya dengan rasa sabar dan cinta pada satu-satunya isteriku. Jep memanjat doa dalam hati. Bukan senang nak hadap gilanya seorang Sarah Hayla ni oiii..

**************

"Kau tak serik ke? Nak kena lagi ke?"

Jep buat tak dengar. Tangan Sarah masih dalam genggaman tangannya. Sebelah lagi tangan memegang kemas steering. Dia memandu dengan santai.

"nak pandu kereta, pandulah elok-elok. Tangan tak payah merayap!" Tak semena Sarah jentik kuat dahi Jep Zafrel yang gatal. Melampau lah. tadi pegang tangan sekarang dah melarat ke peha pula!

"pegang isteri sendiri pun tak boleh. Kedekut!"

"Isteri kau takkan buat perangai kedekut kalau kau tak pernah talakkan dia!"

"Ok fine. salah aku. Aku jantan tak guna. Aku suami dungu, tak percaya pada isteri sendiri, mudah tertipu, mudah terpedaya. I am so sorry. Can you please forgive me? Im willing to do anything for you asalkan hubungan kita kekal macam dulu. Just tell me anything. I will do it for you." tangan Sarah dicium perlahan.

Everything? Sarah diam. Muka mengharap Jep dijeling sekilas sebelum dia bawa pandang ke luar tingkap. Keras memandang ke luar.

Ya Allah.. dia diam pulak.. Jep raup muka.

Setelah beberapa ketika baru Jep mula buka bicara. Jangan biarkan keadaan sunyi terlalu lama. Masa itu emas. Pujuk dia Jep! Pujuk sampai cair.

"Kenapa tak pernah bagitau aku yang kau mengandung?"

"Buat apa aku bagitau? Kau bukan nak ambil tahu pun pasal aku."

"at least bagitau aku. Aku dah bazirkan empat bulan masa untuk bersama dengan anak aku."

"Kalau kau kisah pasal aku, dulu lagi kau dah tahu pasal anak ni. Aku bukan boleh sorok pun perut aku. Nampak sangat kau terus buang aku dari hidup kau. Tak pernah sekali pun datang jenguk, datang cari aku. Kau memang dah tak sayang aku. Kau dah tak nampak dah cinta aku, pengorbanan aku selama ini.

Kalau tak disebabkan aku mengandungkan anak kau, kau rasa kau nak hadap ke muka aku sekarang? I don't think so! Silap hari bulan kau buat aku macam kucing kurap. Kesana kemari mencari ehsan orang. "

Jep melepas nafas berat. Tahu lah dia kini apa yang membuatkan isterinya terlalu terasa hati.

"Maafkan abang. Abang khilaf. Abang janji abang takkan buat sayang macam tu lagi. Sayang suruh lah abang lepaskan sayang seberapa banyak kali pun,sayang cakap lah sayang bencikan abang macam mana teruk pun. Abang akan tetap disisi sayang. i will always love you. Tolong lah maafkan abang. Abang janji abang takkan tinggalkan sayang , takkan kecewakan sayang lagi. Promise.. ."

"kau persoalkan anak siapa dalam kandungan ni....kau tetap fikir aku curang dan perempuan tak bermaruah. ."

"abang tak persoalkan pada sayang. Abang persoalkan diri abang sendiri. Mana abang pergi. kenapa abang sanggup tinggalkan sayang dengan our baby. Abang marahkan diri sendiri sebab terlalu bodoh persiakan isteri baik macam sayang dan bertindak zalim pada zuriat abang sendiri. Sorry sayang, abang janji tak buat lagi." tangannya dibawa ke perut Sarah. Sebak memikirkan ke'bangsat'an sendiri. Abang sumpah demi anak ini.

"Aku lah perempuan paling bodoh kalau aku terima kau semula."

Jep menggeleng. Menidakkan.

"sayang akan jadi lebih bodoh kalau tak terima abang. I got all. Abang adalah tiket terbesar untuk sayang jadi a great winner. Sayang dah berjaya kalahkan Alina bahkan semua perempuan dia muka bumi ini.

You are the only shining diamond, sparkling in the ocean. You got all sayang. Your are unbeatable."

Sarah ukir senyum senget. Definitely . I am unbeatable.

Dalam hati, Sarah mengucap syukur. Suami penyabar aku dah muncul semula. Saja je test sakitkan dia tadi, nasib baik aku tak diberi makan penampar. Mujur laki aku namanya Jep Zafrel, agaknya kalau orang lain yang jadi laki aku, memang masak aku jadinya kalau buat perangai entah apa-apa seperti tadi.

Agaknya kau memang boleh sabar dengan perangai aku. Tapi kau tak boleh sabar bila diasak oleh orang lain macam kes hari tu. Betul tak? Betul kot. Sebab selama ni memang kau selalu je sabar dengan aku. Tak naik radang pun.. Macam tadi..

Okey lah Jep. Cincai lah. Aku tak marah dah.. Aku action je lebih.. Aku marah-marah manja je.. Esok aku maafkan kau..

Kenapa esok? Kenapa tak harini je?

Eh suka hati aku lah.. Kemaafan tu datang dari hati aku. Yang kau sibuk kenapa? Itu laki aku, bukan laki kau. Kau nak cepat-cepat maafkan laki kau, itu kau punya hal lah. Jep zafrel, laki aku! Menyibuk je!

*****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience