Bab 55- nyonya mansor

Romance Completed 248237

"Kau tahu tak kenapa aku tak suka kau?"

Sarah yang terleka, tersentap teruk dengan kedatangan tiba-tiba bonda ditepinya. Habis terjatuh terus sebalang makanan ikan yang dipegang ditangan. Sarah melopong. Si ibu mertua pun sama kaget. Matilah ikan aku!

"Mat!!!! saup makanan ikan yang tumpah ni!!!!"

kuat bonda menempik memanggil tukang kebun. Dia melangkah pergi dari situ tanpa menghiraukan Sarah yang sedang menuturkan kata maaf. Sarah kesal. Sudah lah orang itu baru buka mukadimah tentang hal suka tak suka, kini Sarah makin menambah lagi list buruknya. Kenapa kau cuai sangat Sarah??

Sarah yang memang mudah sensitif sejak mengandung, sudah menangis teresak. Entah mengapa hatinya terasa dan terlalu sedih.

Dia tekup muka sambil duduk di kerusi cantik di teratak yang berada betul-betul di atas kolam ikan. Pak mat yang sedang menyaup itu pula tak betah tengok wanita itu bersedih. Mencicit dia lari mendapatkan puan majikan. Rasanya dah boleh stop kot drama antara mertua dan menantu ini. Puan pun bergurau kasar sangat dengan menantu. Sikit-sikit sudah lah.

"Ibu akit? Baby wat ibu angis?" entah bila munculnya Awe ditepi, memujuk sambil pegang perut si ibu.

Sarah yang sedang menangis, makin meraung bila ada yang cuba memujuk. Aku nak Jep!! Jep baliklah.. Aku tak nak duduk sini. Bawa aku pergi Jep. Aku nak balik rumah aku..

" ibu.. Dont cry. Baby.. Dont notty! Kakak ubit nanti!" Awe bercakap pula dengan perut Sarah.

Lagaknya bercampur antara lembut nak memujuk si ibu dan garang memarahi si adik yang difikir menakal di dalam perut dan telah menyakiti ibunya sehingga menitiskan air mata.

"tok onda.. Tengok, ibu Awe crying.. Tok onda pujuk lah!" Awe kalut menyuruh neneknya yang datang berdiri dekat dengannya untuk ikut menenangkan ibu Sarah.

Bonda Razita duduk disebelah Sarah. Bahu Sarah ditarik dekat dengannya. Bergurau lagi. Tengok dah sentap ibu hamil ni kau kerjakan! Marah suara hatinya.

Belakang tubuh Sarah digosok perlahan lagak memujuk. Razita meminta agar wanita itu tak terlalu beremosi. Tak bagus untuk kesihatan dan baby.

"Sarah minta maaf. Sarah tak sengaja tumpahkan makanan ikan tu. Sarah terkejut bonda tiba-tiba ada dekat tepi. Sarah minta maaf bonda.. Sarah minta maaf kalau bonda tak suka Sarah jadi menantu bonda. Nanti Sarah minta Jep hantar Sarah balik ke rumah Sarah semula. Sarah takkan ganggu bonda dan keluarga bonda lagi.." dalam sendu, Sarah menutur kata.

Entah kenapa hatinya terlalu beremosi kini.

" shhh.. Stop crying. Jangan terasa hati dengan tingkah dan kata-kata bonda. Bonda yang patut minta maaf. Maafkan bonda. Bonda bergurau tak kena cara."

Sarah diam. Dia keliru. Apa maksud bonda bergurau tak kena cara? Ini bergurau ke?

"Bonda acah je jadi Nyonya Mansor 2.0. Sengaja nak menyakit dan bergurau kasar dengan menantu gangster bonda ni. Jep tak pernah sunyi bercerita pasal kamu. Dari kecil sampai besar, asyik nama kamu je yang meniti di bibir. Penat bonda nak dengar olah dan cerita pasal kamu yang pelik-pelik." kepala Sarah pula diusap lembut. Sumpah dia sayangkan jantung hati Jep Zafrel ini. Kesayangan Jep pastinya akan jadi kesayangan Razita kerana Jep semestinya satu-satunya buah hati kesayangan pengarang jantungnya.

" Bonda sentiasa restu dan doakan kebahagian anak menantu dan cucu-cucu bonda. Jangan menangis lagi. Bonda berlakon je konon tak suka kamu. Saja nak panas line. Kamu menantu kesayangan bonda. Jangan bersedih lagi. Lap air mata tu. Jep nak balik kerja dah ni. Kalau dia nampak kamu menangis nanti dia ingat bonda buli kamu lagi. Bonda dah insaf dah.. Tak nak kenakan kamu lagi. Tak sangka menantu bonda hati tisu. "

Sarah terbata dalam pelukan lembut bonda. Biar betul? Aku kena prank dengan mak mertua? Gila lah! Serius lah?

" betul bonda bukan Nyonya Mansor?"

" betul lah.. Adoi mak budak ini keliru pula.." Razita bahan lepas gelak.

Tang mana gangsternya bini kamu ni Jep? Baru test sikit dah melalak. Kau propa je lebih kan selama ini? Kau kan kaki sembang, Jep.. Sarah the kaki langgar, gengster konon! Nan hado. Indah khabar dari rupa. Hati tisu..

Mati-mati Razita ingat Sarah akan melawannya dengan seribu satu cara. Alih-alih, menangis!

Ini bukan ratu gangster macam yang kau gebangkan Jep.. Ini ratu cengeng!

"kenapa tadi bonda cakap bonda benci Sarah? Bonda macam nak bagi sebab. Boleh Sarah tahu, bonda nak cakap sebabnya apa ?"

"sebab kamu buat Jep jatuh cinta dengan teruk."

Sarah terkejut. Jadi masalah ke? Mak mertua aku cemburu? SalahkahJep jatuh cinta pada isterinya sendiri?

"bonda terpaksa berpisah dengan Jep bila dia tetapkan keputusan dan ikut angin gilanya untuk tinggal di kampung bersama ayah bonda, Atok Deraman. Jep, budak bandar yang tak pernah suka balik kampung, tiba-tiba putuskan untuk tinggal dan bersekolah di kampung semata-mata kerana kamu. Semestinya itu tamparan yang hebat untuk seorang ibu. Bonda kalah pada kamu masa umur kamu masih sangat mentah. Jep pilih untuk dekat dengan bunganya daripada bondanya sendiri. Sadis kan? "

" tapi bonda faham. Bonda sayangkan Jep. Bonda turutkan kemahuannya. Bonda tahu jep akan jadi manusia yang boleh bonda banggakan kerana jep ada matlamat yang jelas akan kemahuannya tentang kehidupan. Bonda setuju atok besarkan Jep. Bonda tak pernah salah. Jep tumbuh menjadi lelaki yang lebih baik dari papanya sendiri. Bonda suka."

Sarah terkejut. Apa semua ini?

" atok Deraman tu ayah Bonda? Bonda memang dah kaya ke masa tu?"

Razita angguk kepala. Aku kahwin dengan The Legendary Zahiril kot. Mestilah kaya!

" tapi kenapa Atok Deraman hidup macam tak gaya ada anak yang kaya raya pun? Tengok lah rumah atok tu macam mana. Orang lain tandas dah ada dalam rumah, atok punya masih diluar. Masih guna telaga lagi."

"kamu nak cakap yang kehidupan atok tu sangat daif?"

Sarah angguk. Terpaksa jujur. Memang itu yang dia nampak. Rumah atok macam dah nak roboh. Sebab tu Sarah fikir Jep miskin!

"orang tua, Sarah.. Dia lebih suka hidup cara zaman jepunnya. Penat bonda pujuk untuk buat rumah baru tapi dia berdegil. Katanya lebih selesa begitu. Lebih rela rumahnya roboh dulu baru bina rumah yang lain. Atok tak suka orang tahu anaknya kaya, menantunya kaya. Setiap kali pulang ke kampung, kami kena sewa kereta biasa tau. Kalau tidak, bapak bertuah bonda itu tak nak bagi kami jejakkan kaki pun ke tanah dia. Apa punya pesen pun bonda tak faham." Razita menggeleng.

" kenapa selama ini Sarah tak pernah nampak bonda? Masa kahwin Zara dan Sarah, bonda tak datang ke? Sarah ingat Jep memang anak yatim piatu."

Bonda geleng kepala. Jep bukan yatim piatu. Dia punya keluarga yang hebat. Dan memang benar, Razita tu tak pernah sekali pun hadirkan diri di majlid perkahwinan anak tunggalnya. Jep yang tak mahu.

Jep sedar tanggungjawab ibunya lebih besar pada si ayah kalau nak dibandingkan dengan majlis yang hanya berlangsung beberapa jam sahaja. Jep anak yang sangat memahami. Tak pernah sekali Razita terasa beban melahirkan Jep ke dunia. Jep anak yang membuatkan kantung perutnya sentiasa sejuk. Jep anak bertuahnya.

" kenapa?"

"Bonda tak boleh tinggalkan papa. Papa Jep sakit dan warded di London. Bonda memang menetap disana. Kami buat keputusan untuk stay sana selepas setahun Jep putuskan untuk tinggal di kampung. Rezeki papa dapat bina empayar yg gah dan hebat di negara orang. Begitulah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Bila papa dah meninggal, barulah bonda pulang semula ke tanah air. Jep janji nak jaga bonda."

Bonda lap air mata yang cuba membasahi pipi. Tak semena ingatannya tumpah pada suami tercinta. Kanda.. Dinda rindu kanda..

Oooo begitu ceritanya.. Jadi jep memang asalnya memang kaya lah? Tok Deraman pun kaya tapi tak suka menunjuk tahap senangnya. Patut Jep pun ikut perangai atoknya. Dasar aneh. Kaya raya tapi bertingkah tak punya apa. Sarah beriak taknpuad hati. Dah kaya tu kaya je lah! Sarah Jep sebab berlakon jadi lelaki biasa.

Memang patut lah Sarah tak pandang pun Jep selama ini. Tengok rumah jamban luar milik Tok Deraman pun Sarah dah campak Jep dalam bakul blacklist. Jep terkeluar awal dari calon targetnya. Gila ke nak hidup susah semata-mata kerana cinta? Memang tak dinafikan Jep lelaki paling kacak di kampung, tapi kacak bukan boleh penuhkan tembolok dan nafsunya yang kuat berbelanja.

Dari kecil Sarah memang terkenal dengan sikap bermewah-mewahan. Mana mungkin dia mahu hidup susah bersama lelaki seperti Jep. Kerana itu Sarah tergilakan Haziq. Rumah Haziq paling besar! Ayah Haziq juga merupakan tok penghulu.

"Jep cintakan kamu sejak kamu masih kecil, sarah. Kamu cinta pandang pertama dia."

Sarah terlopong. Betul ke?

"Jep sanggup tinggalkan semua yang dia ada. Kekayaan, status dan kemewahan hanya untuk budak kampung bermata duitan macam kamu. Kamu percaya tak, Sarah?"

Sarah menggeleng. Susah nak hadam. Jep tahu aku memang suka orang kaya dari kecil tapi kenapa dia nak hidup susah? Lebih baik dari awal kenalkan diri yang dia ialah anak jutawan.

Sumpah tak perlu susah payah tarik perhatianya. Sarah sendiri yang akan pergi menyorat Jep seperti mana dia tak jemu kacau kehidupan Haziq sehinggalah lelaki itu tangkap cintan padanya.

"Jep tak nak kamu terima dia kerana harta. Dia nak kamu cintakan dia kerana cintanya yang besar pada kamu. He truly loves you. Untung Sarah dapat pancing hati Jep tanpa kamu sendiri sedar akan hal itu. The more you tolak Jep, the more he cares and loves you."

Sarah terbata. Tak sangka! Cinta memang buta! Sentimental juga seorang Jep Zafrel. Nak bersama dengan wanita yang dipuja atas nama cinta. Bukan berpaksikan harta semata.

" bonda pernah gelakkan Jep. Ejek yang dia takkan mampu memiliki kamu hanya kerana cinta agung yang dipersembahkan. Tapi dia balas dengan rasa sangat yakin bahawa Sarah akan jatuh cinta berkali-kali dengannya walaupun sarah tahu pekerjaan Jep hanya lah seorang despatch mahupun cleanser. Jep percaya yang kekal itu adalah kasih sayang dan perhatian, bukan lambakan harta yang memesongkan paksi kewarasan dan insani."

Sarah terharu. Sebesar itu cinta Jep? Aku nak suami aku!!! Sarah tak mampu tahan rasa yang mencengkam dalam hati. Husband.. I love you! I need you! I want you now! Jeritnya dalam hati.

" bonda buli isteri Jep lagi ke?"

Jep yang baru menapak dekat ke arah tiga insan kesayangannya sudah mencekak pinggang. Bonda tak habis-habis lagi menyakat Sarah.

Tubuh dibawa duduk ke sisi Sarah. Sarah yang memang mahukan Jep, segera sembam muka di dada itu. Dia menangis sedih di dalam pelukan Jep yang nyata masih terkejut dengan tingkah sedih si isteri. Bondaaa... Dia bulatkan mata pada si ibu.

"bonda tak buli isteri kamu lah! Kamu yang buat dia sedih."

"sayang.. Kenapa ni? Abang buat apa sampai sayang menangis macam ni?"

Teresak-esak Sarah. Sukar menutur kata. Jep sabar memujuk. Tubuh Sarah ditenangkan lagi dalam pelukan. Dia main mata dengan bonda. Masing-masing bercakap dengan isyarat mata dan memek muka.

bonda sakitkan hati isteri Jep?

Mana ada! Tanya Awe kalau tak percaya.

Sudah-sudah lah berlakon tak suka pada Sarah. Kalau dia lari nanti, sasau jep jadinya..

Dia takkan lari. Bonda dah kunci kakinya dengan rasa terharu kelas satu.

Ye lah tu..

Percaya lah kata-kata seorang ibu yang melahirkanmu.. Jep akan bahagia dengan Sarah dan anak-anak.

Harap-harapnya begitu la.

Sarah pandang muka Jep. Kedua pipi Jep dipegang. Sarah dekatkan dahinya ke bibir Jep. Buat sendiri! Jep kaku dengan angin isteri yang tiba-tiba berubah begitu. I love you Jep. Thank you for loving me.

Dengan dahi yang masih ditekap di bibir Jep yang tak tahu nak bertingkah macam mana, sarah bersuara.

"mana istana cinta aku Jep? Mana sportcar aku? Aku nak tuntut hak aku dan aku nak jadi isteri kau sampai hujung nyawa aku. I love you Jep Zafrel!" sarah pandang muka Jep lama. Suka tengok Jep tercengang.

Tak lama tercengang, Jep berdiri dan pantas tubuh itu di angkat dalam dukungan. Menjerit Sarah. Jep membawanya pergi.

Bonda Razita yang menjadi saksi perlakuan dan pemandangan aksi bahagia dua merpati sejoli itu sudah menggeleng kepala. Kalau bab romantis, anak dengan bapak tak mahu kalah. Dua-dua romantik tahap overdosed!

Aku yang tengok, aku pula yang jealous. Apa cerita? Razita melepas keluh perlahan. Jep.. Jep.. Tak menyempat. Suka sangat lah tu, bini dah meleset macam kucing parsi.

Kanda.. Dinda rindu.. Dinda pun mahu dimanja kanda bagai dulu.. Dinda hanya mampu sandarkan pada kenangan. Tapi Sarah sedang meniti bahagia yang pernah dinda lalui dulu. Anak kita seorang budiman, kanda. Saling tak tumpah macam kanda. Cintanya cukup hanya satu. Like father, like son.

Dinda doa kanda tenang disana. Dinda love you so much! Terima kasih jadi suami yang terbaik untuk dinda..

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience