Bab 58- private land

Romance Completed 248233

Sarah jalan berpimpin tangan dengan Jep. Tenang sahaja menyusuri pantai yang dihempas ombak manjah. Semanjah Sarah yang manjah lagi pengen dimanjah. Pengen berduaan dengan diri Jep saja..

Pinggang Jep dipeluk gedik sambil Jep merangkul bahu Sarah. Pasrah sahaja Jep ikutkan kemahuan Sarah yang mahu ambil angin di persisiran pantai itu.

Mentang-mentang lah ini private land dia, tak menyempat nak check kawasan. Jep senang hati tengok Sarah bahagia. Bukan susah nak buat Sarah senyum sampai ke telinga, manjakan sahaja dia dengan kasih sayang dan kekayaan. Melentok habis kepala itu di dada Jep sampai ke pagi. Langsung tak mahu berenggang.

Tak pasal-pasal Jep terpaksa cuti lagi dek mengikut kemahuan si isteri yang teringin nak berhoneymoon di pantai mereka.

Semenjak masuk ke pejabat dan identitinya bukan lagi satu misteri, Jep makin sibuk. macam pisang goreng panas. Semua sibuk nak ada usaha sama dengannya. Jep juga banyak mendapat jemputan memberi talk kepada generasi muda bagi melakar nama yang gah di persada dunia.

"I love you abang. Thanks for this awesome present! Sayang suka sangat! How i wish i am your wife since the bening ging ging. In the beninging ging." Sarah gelak dengan lawaknya sendiri. Jep tak gelak pun.

Dia cuma menikmati pemandangan yang indah di depan mata. Cukup tengok isterinya gelak pada lawak sendiri, Jep dah rasa penuh di hati. Sukanya bila dia ceria! Perut Jep disiku Sarah.

"Gelak lah! Orang buat lawak kan?" Sarah menjeling tak puas hati. Tiba-tiba terasa bodoh pula gelak seorang pada lawak sendiri.

Jep gelak. Nak gelak pun kena paksa. Masak aku macam ni,

"Kaki Sarah lenguh lah abang.."Sarah berhenti melangkah. Dia suakan kaki yang sudah membengkak pada Jep. Cepat-cepat Jep ajaknya melabuh duduk.

"Tapi Sarah nak duduk tepi laut ni.."

"Ok, jom kita duduk dekat pasir yang kering sana."

Ajak Jep sambil tarik tangan Sarah ke arah yang dimaksudkan. Jep dah bawa duduk tapi Sarah masih keras berdiri. Kenapa?

"Tak nak duduk atas pasir ni.."Dia merengek mengada.

"Ok. Kita cari kerusi dekat sana."

Sarah menggeleng. Jep pula terkebil. Isteri aku nak apa? Melihat senyuman terukir di bibir Sarah, Jep macam dapat tangkap apa mahunya si Sarah sengal itu.

"Sarah nak duduk atas riba abang ke?"

Sarah gelak dan mengangguk cepat, berkali-kali. Jep geleng kepala. Namun disambut juga tubuh Sarah yang mendarat di ribaannya. Ya Allah .. Puan SArah kalau nak bermanja memang tak kira tempat. Nasib baik lah ini kawasan persendirian. Kalau tidak, pasti dikutuk orang.

Jep sabar melayan manjanya si sarah. Tangan Sarah melingkar di lehernya. Belakang Sarah, Jep usap lembut. Sering sangat Sarah mengadu sakit belakang. Sesekali kaki sarah turut diurutnya lembut. Kesian Sarah. Pasti penat membawa kandungan.

"Can I ask you something, dear husband?"

"You can ask me anything ."

Sarah senyum. Dia yang dari tadi hanya melepek kepala di bahu dan leher Jep, kini fokus pandang wajah idaman kalbunya itu. Sempat pipi Jep dicium sekilas. Suka bila diberi keizinan untuk mengorek rahsia hidup yang menjadi rahsia Jep selama ini.

"Who are you?"

"Me? I am your husband, your lover and your everything." jep senyum kacak. Lagak bangga.

Sarah jelingkan mata. Betul-betullah jawab tu!

"Sejak bila abang jadi Dato'? Takkan dalam masa empat bulan je dah dapat title Dato'? Abang siapa?"

Jep buang gelak. Baru sekarang nak tanya?

" Kenapa sayang rasa abang baru dapat title tu? Sebab abang kerja despatch dan cleaner?"

Sarah diam. Dia pun tak tahu. Kenapa.

" Lama dah abang dapat title tu. Datin Zara tak pernah cerita dekat sayang ke?"

Sarah geleng. Zara memang tahu Jep orang 'have-have' ke? Mak? Ayah? Aku je tak tahu? Orang kampung?

"Memang sejak dulu abang dah kaya?"

Jep angguk. Sejak dalam perut lagi Sarah oii..

"sayang nak tahu something?" Jep rasa sudah tiba masanya dia buka cerita pada Sarah.

Kalau boleh, jep mahu tiada lagi rahsia antara mereka tentang siapa dirinya dan kisah cintanya pada Sarah selama ini.

"tell me everything abang. Sarah nak tahu semuanya. Dah tak sanggup jadi orang bodoh tertanya-tanya sendiri. Kenapa abang nak jadi budak kampung perangai lanun kalau abang sebenarnya pewaris tunggal The Legendary Zahiril?

Kenapa abang suka kacau Sarah? Kenapa abang pura-pura miskin? Kenapa jadi despatch, cleaner semua tu? Kenapa sarah tak pernah tahu pun abang manage syarikat besar selama ni? Macam mana abang buat?"

Terlalu banyak soalan yang Sarah perlukan jawapan. Jep tergelak. Amboii banyaknya soalan. Nak jawab yang mana satu ni?

" mesti sayang ingat abang manusia pelik kan sebab tolak semua benda yang abang ada selama ini dan hidup di luar kotak kehidupan abang. Don't you think so?"

Sarah angguk. Sangat pelik. Kalau aku, mati hidup semula pun takkan gila nak hidup miskin kalau memang dilahirkan dalam dulang emas.

" Abang macam orang lain juga, sayang. Tak adalah gila sangat sampai nak suka tempat yang tak selesa. Kalau sayang rasa abang suka jadi miskin dan jatuh cinta sangat dekat kampung tu, sayang salah. Abang tak pernah suka kampung. Atuk dan nenek, orang kampung sejati. Walaupun papa mampu je buat rumah paling cantik untuk mereka dalam kampung tu, tapi rumah buruk dan pusaka itu juga tetap jadi pilihan.

Tak ada air condition, tak ada shower, kena mandi air sejuk, Jamban dekat luar, rumah macam nak roboh... Omg, abang memang tak boleh brain dengan atuk dan nenek punya perangai pelik. Sayang rasa budak kaya macam abang suka ke hidup macam tu?"

Sarah turut mengiakan soalan Jep. Rumah nenek dan atuk Jep sangat klasik. Dengan mandi pakai telaga bagai. Kalau aku pun memang tak lah nak suka. Tengok rumah sahaja, Sarah terus cop Jep budak kampung biasa-biasa saja. Bukan biasa. Tapi miskin!

Kalau kau tak suka, kenapa kau beria tinggal di kampung? Sebab aku? Aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Aku tahu tentang rahsia hati kau dari bonda. Tapi aku akan lebih puas kalau kau mengaku sendiri. Sarah senyum simpul sendiri. Tak sabar dengar episod cinta seorang Jep Zafrel padanya. Macam mana cinta itu berputik?

"abang selalu protes dengan bonda sebab sebulan sekali mesti bonda paksa abang balik kampung untuk jenguk atuk dan nenek. Abang tak suka! Dah lah kami kena sewa kereta lain untuk balik kampung. Abang memang tak suka. Bagi abang, atuk kolot! Sebab tak suka duduk dalam rumah panas tu, Abang pergi tenangkan diri di sungai. Sayang tahu tak apa abang jumpa di sana?"

"Katak? " teka Sarah

Jep menggeleng.

"Hantu?"

Jep gelak. ingat abang Awe ke boleh nampak hantu? Dia geleng lagi. Sarah angkat bahu.

"abang jumpa bidadari nakal. It's you. "

Sarah tunjuk diri sendiri. Aku? Aku buat apa dekat sungai masa tu?

"Abang nampak seorang budak perempuan, mandi dengan tujuh budak lelaki. Yang paling tak tahan, sayang paling kecil tapi sayang paling agresif. Dari tebing, sayang buat terjunan tiga kali lipatan sebelum masuk dalam air. Sayang bersuka ria dalam air tu macam sayang feeling duyung! Lepas tu abang nampak ayah perambat sayang dengan parang ."

Sarah gelak. Dia ingat tentang peristiwa itu, Zaman dia sedang menakal.

" Abang tak tahu sebab apa, tapi abang tertarik nak tengok sayang . Dua hari duduk dekat kampung, abang asyik nak tahu pasal sayang je.

Dah balik bandar pun abang asyik fikir pasal sayang. sampailah abang minta pada bonda untuk tinggal di kampung. Sayang ingat tak sayang pernah selamatkan abang dari lemas?"

Sarah geleng. Kenapa memori aku ni macam banyak sangat makan semut? Tak ingat pun.

Jep mencebik. Apa je yang kau ingat pasal suami kau ni sarah?

"sayang dah curi ciuman pertama abang."

Eh? Sumpah sarah tak ingat. Entah-entah Zara. Tapi suaminya tertukar. Aku tak pernah selamatkan orang! Aku kan pentingkan diri sendiri. Bukan suka buat baik pun..

"it is you. Bukan Zara. Zara langsung tak tahu pasal ni. I knew it was you. Abang suka Sarah, mestilah abang tahu bezakan Sarah dan Zara walaupun korang kembar seiras. Mungkin sayang tak ingat sebab lepas Sarah selamatkan abang, sarah terus pergi kayuh basikal balik rumah. Sayang tinggal je abang kat situ. Sikit pun sayang tak tanya kenapa abang lemas? siapa abang? Sampai hati sayang.

Sayang kalut sebab Sayang dah lambat nak pergi tunggu Haziq balik tuisyen petang itu. Sarah kan nakal, mengorat anak teruna orang setiap masa macam Sarip Dol ganggu Cik salmah pulang kerja.

Sarah gelak kuat. Ya Allah.. Teruknya aku punya gigih mengorat anak ketua kampung..

"dah lama abang suka sayang. Tapi sikit pun sayang tak perasankan abang. Asyik Haziq.. Haziq, haziq!"

"Dah dia je yang Sarah nampak kaya dalam kampung tu. Mestilah Sarah aim dia. Siapa suruh abang berlakon macam tak ada apa-apa?"

"abang pernah cakap dekat sayang yang abang kaya. Tapi sayang tak percaya. Sayang gelak cakap abang sembang. Masa tu sayang dah darjah empat. Dua tahun sayang palaukan abang. Tahu tak yang kes sayang mandi sungai tu masa sayang darjah dua? Bukan sekejap tau abang suka sayang. Lama sangat sampai abang pernah putus asa dan pasrah satu ketika dulu."

"ok fine. Tapi kalau betul abang suka sayang, kenapa abang selalu cari pasal? Selalu sangat sakitkan hati sarah."

"sebab sayang buat bodoh pada abang! Mata sayang tu tak pernah pandang abang. Abang buat baik, sayang tak nampak. Abang cuba nak rapat dengan sayang, sayang buat bodoh. Itu yang abang sakitkan hati sayang. Abang puas hati gila bila sayang asyik sebut nama abang. Pantang abang kacau sarah mesti sayang mengamuk panggil nama abang kuat-kuat. Abang suka sangat. Rasa cinta abang dibalas. Sayang tahu tak? "

Teruknya laki aku..

Siapa lagi teruk? Jep ke kau, sarah? Kau lah yang teruk. Tahu orang tu tak menepati ciri idaman kau, kau buat dia macam tak wujud. Padan muka kau kena kacau. Kena khianat oleh si jep yang dilabel senior paling jahat. Level nakal Jep macam Ali Setan. Setiap masa Sarah menempik nama lelaki itu. Seteru hebat mereka bila makin menginjak dewasa.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience