Bab 18- simbol cinta

Romance Completed 248237

Bosan! Hari minggu tak tahu nak buat apa. Kalau dulu, hari minggu pun Sarah tak pernah lekat di rumah. Sibuk mengekor Zarul yang terlalu busy dengan rutin kerjanya yang sentiasa padat.

Bukan sengaja mengada nak ikut, tapi memnag Zarul mengharapkannya selalu di sisi. Sarah orang penting Zarul.

Sesuai sangat mereka berdua. Masing-masing gila kerja. Ngam teruk, serasi bersama. Tapi apa boleh buat, rahsia takdir. Terpisah juga dua belangkas itu membawa haluan yang jauh berbeza bersama pasngan masing-masing. Walau susah nak terima, Sarah telan jua.

Tercongok macam orang yang tak ada matlamat hidup. Dari bilik, Sarah tercari-cari kelibat si anak dan Jep. Sunyi aje tak nampak batang hidung. Kaki dibawa menapak ke ruang tamu. There you are! Jep sedang santai melayan HBO.

Sengaja cari pasal, bersahaja Sarah duduk di tepi Jep sambil kaki mendarat elok di paha Jep dengan riak tak bersalah. Santai. Jep sekarang dah hilang taring, dah tak macam gangster sesat dah. Dah boleh buat geng.

"Kenapa? Sakit kaki ke?"

"Tolong picit. Syurga anak kau tu."

Tak banyak cakap, Jep memulakan picitan di tapak kaki Sarah. Mata masih terhala di TV. Sarah pula tercari-cari kelibat si Hawa Najwa. Ke mana pula perginya budak bertuah itu?

"Cari apa?"

"Anak mana?"

"Ada dekat gua, bermain-main bersama Jaddam."

Sarah menjeling. Orang serius dia main-main pula. Jep pantas beri jawapan yang betul bila Sarah buat muka.

"Aku hantar rumah pengasuh dia."

"Ini kan hari cuti, buat apa hantar rumah pengasuh?"

"Pengasuh dia tak kisah. Lagipun dia sunyi memang nak buat Awe jadi peneman. Budak kecil tu pula menggedik suka nak duduk rumah Nanny dia. Aku ikutkan je lah. Untung boleh dating dengan kau."

Jep explain panjang lebar bila saja nampak si isteri tak setuju dia tinggalkan Awe dengan orang lain tika mereka ada sahaja santai di rumah. Kalau hari kerja tak jadi masalah. Hari cuti pun nak hantar anak dekat rumah pengasuh, agak- agak lah..

Sarah buat muka jijik bila Jep dah tersengih-sengih macam kerang busuk sambil angkat-angkat kening. Geli! Apa lah agaknya yang ada dalam otak si sengal yang gatal ini? Pervert!

"Tak payah nak buat muka jijik sangat. Aku dah bagi masa sepanjang weekday untuk kau pikat kekasih kau. Sekarang, weekend masa untuk aku pikat kau pula. So, are you ready sayang ? Aku nak aktifkan mood memikat aku ni."

" Nak pikat aku kena jadi CEO dulu. Baru lepas."

"Tak habis-habis dengan pangkat dan darjat. Dasar mata duitan!"

"Mestilah! Berbulan-bulan hidup dengan aku takkan kau tak tahu lagi dalam mata aku ni ada simbil duit? Tak nampak?"

" Mana? Tak perasan pun. Meh nak tengok lagi sekali." Pinta Jep. Muka Sarah dibawa rapat ke mukanya. Mata yang galak itu ditenungnya lama. Jep fokus mencari simbol duit dalam mata si isteri. Sengaja melayan.

"Betul lah. Ada simbol duit! Tapi ada sau lagi simbol yang kau tak tahu wujud dalam diri kau."

"Simbol apa?"

"Simbol cinta. Dekat sini dan sini." Laju bibirnya di tekap di mata Sarah dan di bibir munggil itu. Terlalu pantas sampai Sarah terbata-bata. Tak menyangka yang Jep akan mencuri ciumnya begitu.

Cepat Sarah sengkeh kepala Jep. Tergelak puas Jep. Dia kembali duduk santai tak menempel macam tadi pada Sarah.

"Macam mana proses memikat hati bekas kekasih kau tu?"

Sarah mencebik bibir. Keruh mukanya tiba- tiba.

"Menemui jalan buntu. Aku dah tukar department. Agak susah untuk aku lancarkan apa-apa plan. Lagipun Alina selalu ada dengan Zarul."

"Apa kata kau lupakan niat kau untuk pikat dia. Cuba kau alih target pada aku pula. Cinta aku kau dapat, pahala apatah lagi. Apa kata anda?"

Sarah ketawa. Ok, tang berhenti pikat Zarul tu aku setuju tapi tang pikat kau, aku rasa tak perlu kot. Kau macam dah terpikat dalam diam. Kau suka aku kan? Jep suka aku kan?

Sarah mengaku sekarang dia sudah agak ngam dengan Jep. Dari kampung lagi sebenarnya mereka dah tak berantam macam anjing dan kucing seperti dahulu kala. Tapi untuk jadi isteri Jep yang sebetul-betulnya nak kena taat dan setia bagai, rasanya Sarah tak mampu. Dia tak ada feel itu!

"Kenapa senyap? Tak sudi nak pikat suami sendiri?" Tanya Jep tak puas hati.

"Geli lah Jep. Rasa nak muntah."

"Ok fine. Kalau tak nak pikat aku tak apa. Biar aku yang pikat kau.Jep sengih nakal sambil mendekati Sarah.

"Jep .. kau nak buat apa ni? Turunkan aku Jep!" Sarah sudah mula menjerit bila Jep mengendong tubuhnya tinggi.

"Jangan bising. Aku nak pikat kau ni."

"Jep!!!!" Jeritan Sarah senyap bila tubuh itu sudah selamat didaratkan di atas katil. Bibir Jep dah mengambil peranannya dan sedang tangkas buat kerjanya mendiamkan seorang Sarah Hayla yang malu tapi mahu.

**************
.

Tak faham. Sumpah Sarah tak faham apa yang dia rasa kini. Bekas-bekas merah di lehernya dibelek buat kesekian kalinya. Sarah tak suka Jep sangat, tak pernah anggap Jep macam suami tetapi kenapa Sarah tetap melayan juga kalau Jep ingin bermesra dan menuntut haknya? Kenapa aku tak berkeras menolak? Aku dah mula suka Jep ke?

"Menung apa tu Puan Sarah?" tegur Jep yang baru keluar dari bilik air. Dari tadi dia nampak SArah telek diri di hadapan cermin. Jep senyum,kelihatan jelas cop mohornya melata di leher yang putih dan jinjang itu.

"Marah ke cop mohor aku ada dekat situ?" Tubuh Sarah dipeluk dari belakang. Sarah macam candu! Selalu buat Jep ketagih. Serasa tak puas bersama dengan Sarah. Dia selalu menginginkan detik-detik bersama dengan Sarah.

"Kenapa tinggalkan kesan? Malu lah kalau orang tengok."

"Apa susah? Tutuplah dengan tudung."

"Jep, kau tahu aku tak pakai tudung."

"Pakailah tudung. Kau dapat pahala, dalam masa yang sama kau kurangkan dosa aku. Kesian dekat aku, senget bahu aku nak menanggung dosa-dosa kau. Aku bukan berkira tak sanggup tanggung dosa kau sebagai suami, tapi neraka Allah itu benar. Alangkan orang dalam kubur tu kalau boleh hidup semula, semua nak bertaubat dan buat amal baik, ini kan pula orang yang nak dicampakkan ke neraka azab Allah yang paling perit. Seksa sayang..tak tertanggung azabnya."

"Banyak bunyi lah kau." Sarah menjeling. Hatinya tersentuh dengan bicara Jep tapi sengaja tak nak ditunjukkan depan Jep. Ego!

"Pakailah tudung.. Boleh sorok lovebite, pahala pun kau dapat. Selesai masalah."

"Senang lepas tangan? Balik-balik aku juga yang kena cover. Orang yang pandai buat seronok sendiri."

"Cakap elok-elok sikit. Mana ada aku lepaskan tangan aku. My hands are still on your body." Tangan yang tadinya hanya melingkar di pinggang Sarah kian merayap ke serata tubuh itu. Muka Jep juga sudah terbenam di leher Sarah.

"Sudah Jep! Jangan melebih. Tak cukup lagi ke?" Sarah cuba mengelak.

Jep pusingkan tubuh Sarah menghadapnya. Dahi Sarah dicium lama.

"Dengan kau aku tak pernah rasa cukup. Aku kecanduan. I want you more and more." Bibir Sarah dipagut sedikit ganas. Menjerit Sarah terkejut dengan perlakuan Jep yang lari ritma.

Lama bibir nakal itu mengepung bibir Sarah sehingga wanita itu turut hilang pertimbangan. Zarul boleh pergi berambus jauh dah rasanya. Yang ada kini hanya Jep Zafrel sahaja.

Bila tubuh langsingnya dihimpit tubuh sasa Jep diatas katil, Sarah nak menyesal pun dah tak ada guna. Pasrah saja dia dibuli oleh Jep lagi dan lagi sehingga lelaki itu puas.

Sarah cuba buka hatinya. Terima. Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak, aku pun tak ingin. Perlukah diucapkan selamat tinggal pada Zarul?

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience