Bab 6- kawan awe

Romance Completed 248237

bab 6

Ini lah masalah perempuan. Pantang sakit hati sikit sibuk nak balik rumah mak. Sekangkang kera pun tetap ada hati acah-acah nak lari rumah bagai bersama beg-beg pakaian. Mulut memuncung masuk rumah mak minah.

"Dah kenapa pulak???" mak minah menegur.

"mak.. tolonglah bantu anakmu yang malang ini.. orang tak boleh hidup dengan dia. Naik gila orang dengan perangai samseng tak jadi tu. Setiap hari orang sakit hati sakit jiwa mak.. orang nak duduk sini mak. Sikit masa lagi orang yang mati mak.."

Sarah goncang tangan Mak Minah . Dia merengek tak sudah. Sengaja minta mak serabut sama.

Mana aci aku serabut sendirian berhad. Ayuh kita serabut berjemaah. Ini semua mak punya pasal, sibuk sangat nak haramkan susu dia!

"jangan nak mengada duduk bawah ketiak mak. Dah ada suami duduk dengan suami. Jangan balik rumah mak kalau suami tak izinkan. Ni mesti keluar tak minta izin pun, pakai keluar je. Dah! mak tak nak bersubahat. pergi balik rumah kamu!"

"tolong lah mak.. orang nak duduk sini. kat sana orang kena buli. jep suruh orang masak. orang mana pandai masak mak!"

"kalau tak pandai belajar.. apa susah? zara dulu tak pandai juga masa mula-mula. tapi tengok sekarang,suruhlah masak apa pun mesti mudah aje dia siapkan. Pokok pangkalnya bukan reti tak reti, usaha tu yang penting. kalau malas sampai ke tua lah tak pandai masak."

alamak.. panas pula telinga sarah kena bebel. ini semua salah jep. eh tiber...

"mak masak apa hari ini?" tukar topik.

"masak gulai labu dengan ikan cencaru bakar. nak kemana pula tu Sarah ? tolong mak masak sambil-sambil tu boleh belajar. Esok lusa dah boleh masakkan untuk suami dan anak-anak."

"orang nak tengok anak orang kejap mak. senyap je dari tadi entah-entah main dengan hantu."

Balas sarah mudah sambil kaki dibawa laju ke ruang tamu mencari si anak. Suara mak minah membebel di dapur sarah buat tak endah. sungguh aku tak minat memasak!

"jangan duduk detat citu, nanti baba Awe marah."

Sarah telek anak daranya dari pintu bilik yang sedikit terbuka. Main apa lah budak ini seorang diri.

"jangan yah menangis.. Awe tan dah ajak awak main ame-ame.." awe cakap sendiri sambil menyikat rambut anak patung barbienya.

Aku dah cakap.. budak ni tak ada kerja lain. Pantang lepa sikit mesti dia main dengan kawan hantunya. Mak dengan anak sama je. Balik balik aku juga yang nak kena jaga. Cuma bezanya Zara penakut. Asal nampak hantu mesti keras je badan dia. Awe pula lain. Siap boleh buat kawan bagai! Jenis tak takut langsung.

"awe.. cakap dengan siapa tu?"

awe terkejut. dia menggeleng laju.

"tak dek cape.."

ooo nak sorok ye.. macam lah aku tak tahu.

"boleh tak awe cakap dekat kawan Awe suruh dia balik rumah dia? Awe suruh dia kawan dengan kawan-kawan yang sama dengan dia. Tak pun suruh dia kawan dengan mak dia macam Awe kawan dengan ibu."

Mulut Awe memuncung. Dia keberatan tapi setelah Sarah ugut untuk pulang ke Kuala Lumpur, lekas sahaja dia menghalau kawannya itu pergi.

Tubuh kecilnya Sarah peluk. Tak semena Awe menangis. Sedih mungkin.

"jangan menangis Awe. Budak bijak tak menangis. Now show me your bright smile.. "

" nanti Awe tak ada tawan." jebik mulutnya.

"ibu boleh jadi kawan Awe . Tak payah kawan dengan hantu. Kita tak tahu dia baik ke jahat. Kalau kawan dengan ibu, dah sahih dah ibu ni baik orangnya. Jadi kawan dengan ibu je. Awe ajak je ibu main, nak main barbie pun ibu ikutkan je. ok? Boleh?"

Awe yang masih dalam pelukan sarah mengangguk cepat. Makin erat dia membalas pelukan si ibu. Sayang benar lagaknya.

hai lah anak.. macam -macam lah perangai kau..

" Awe pun boleh kawan dengan baba. Baba pun boleh main barbie dengan Awe dan ibu."

Entah datang dari mana si jep zafrel, tiba-tiba datang mencelah sambil turut memeluk dua insan kesayangannya.

Sarah yang tak suka langsung berada dalam pelukan jep, cepat saja menolak tubuh itu menjauh tapi jep sikit pun tak melonggarkan pelukan malah makin erat dia bawa Sarah dan Awe ke dadanya sampai menjerit Awe rimas. Sakit budak itu tersepit antara tubuh si ibu dan babanya yang sengal dan penyibuk.

Tanpa mereka sedar ada satu mata yang memerhati. Senyuman lebar terukir di bibir tua itu. Mak Minah melangkah semula ke dapur. Sampai di dapur, mulutnya kembali menceceh marahkan perangai si anak yang culas memasak. Tak habis lagi bebelannya dari tadi. Susah kalau ada anak perangai puteri ni!! Bentaknya geram.

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience