Bab 52- perhitungan

Romance Completed 248233

"Kenapa matikan enjin kereta?" Sarah pelik tengok tingkah Jep.

" Aku ada perhitungan dengan Zarul tak guna tu."

"Perhitungan apa? Jangan nak merepek eh! "

"Aku nak tanya depan muka dia sendiri. kenapa dia perangkap kau."

"Tak payah! Zarul tak salah pun. Jangan nak mengada cari pasal. Kau pergi office kau sekarang. Jangan nak buat semak dekat sini."

Halau Sarah garang. Jep buat tak tahu. Menonong dia keluar dari kereta dan menapak masuk ke arah pintu utama.

"Jep! Jangan nak tunjuk perangai sakai dan gangster lah. Pergi balik!" Dengan bersusah payah berjalan menyamai langkah laju Jep, Sarah tarik lengan sasa itu. Tubuh tegap Jep cuba ditolak keluar dari SK Holding. Agak bergelut.

"Jangan tolak-tolak. Jatuh nanti, sayang!" Mak buyung ni kemain lagi tak sedar diri. Dia lupa agaknya dia tu membawa perut. Kalau bab bergusti dan bergelut tolak menolak memang dia lah ratunya. Jep kerisauan dengan tingkah Sarah.

"Pergi sebelum aku telefon polis!"

"Abang cuma nak jumpa Zarul. Man to man talks. Bukan nak bertumbuk pun. Tengok orang lah.. Laki kau ni gentleman. Tak main lah serang tak tentu pasal. This is Dato' H ! Memalukan je kalau bercakaran kerana perempuan." rungut Jep sambil perbetulkan blazer di tubuh.

Eleh. Gentleman lah sangat!

" Sila ke tepi sayang.. abang tak sabar nak jumpa madu abang."

" sayang please.. Kita nak hidup aman bahagia kan? Let me settle everything with him. "

"Janji jangan cari pasal. Jangan sesekali berniat nak tumbuk or buat apa-apa pada Zarul."

"Ye.. janji.. takut sangat kita lesing pakwe dia." Huh!

Sarah tepis perut Jep kuat. Menyampah dengan kata-kata seperti itu. Tak habis-habis nak cakap Zarul pakwe aku. Buatnya termasin mulut Jep, baru ada akai!

Tenang mereka berdua dalam lif. Masing-masing sedang berfikir. Jep tersenyum nakal. Otaknya terjumpa idea untuk mengusik 'bunga'nya. Untung tak ada orang lain dalam lif.

"Sarah..."

Jep senyum kambing bila Sarah sedekah pandangan tajam. Kau nak apa? Bahasa muka Sarah dapat dibaca dengan mudah.

"Kalau kau taknak aku buat kecoh dan tumbuk bos kau, apa kata kau cium aku sekarang. Line clear ni." Pipi kanan disua dekat dengan Sarah.

Sarah tolak pipi itu menjauh darinya. Malas nak layan. Dasar sewel!

"Ok fine. Tak nak cium aku. Ok fine.. Sumpah aku tumbuk dia!"

Jep kepal penumbuk lagak tak sabar nak sentuh pipi seteru, si Zarul bedebah. Dia berpura-pura lepaskan penumbuk ke angin. Berkali-kali. Practice make perfect! Lebam biji mata kau, Zarul!

"please jangan menyesal tau, sayang. You know me very well. Aku tak pernah tak buat apa yang aku cakap.. Siaplah Zarul.. Aku memang dah lama berbulu dengan kau.. "

Sarah yang melihat sudah juling mata ke atas. Kolar kemeja putih Jep ditarik ganas padanya. Satu ciuman geram ditepek di pipi Jep.

Nak sangat? Ambik! Itu lah, dulu buang kita. Sekarang dah buat perangai lapar perhatian. Dahaga kasih sayang. Dulu ikut sangat rasa amarah. Padan muka. Dasar sakai!

"Adoi mak aiii.. ganasnya!" Ujar Jep sambil mengurut sedikit bahunya yang sengal tertolak ke dinding lif sebaik Sarah menolak tubuhnya kasar selepas menghadiahkan ciuman yang tidak ikhlas langsung itu.

Jep pandang atas. Takut aksi mereka dicuri lihat oleh CCTV. Malu oiii .. Cium tu tak malu, yang malu bila Sarah tolak dia kuat selepas memberi ciuman. Habis melekat dan terperosok juga ke dinding Jep dibuatnya sebentar tadi. Gila ganas. Tak padan dengan berbadan dua, aura gangster masih belum luntur.

Ting! Pintu lif terbuka. Laju Jep menonong keluar mendapatkan Zarul. Sarah langsung ditinggalkan di belakang. Lagak gangster, Jep meluru ke arah Zarul yang sedang berdiri memberi penerangan pada si isteri dimeja berhadapan biliknya.

Bahu Zarul ditepuk. Tumbukan diangkat tinggi dan laju menuju ke arah Zarul. Zarul yang tak biasa bergaduh, menutup muka. Takut benar tumbukan jantan Jep singgah di muka kacaknya.

Lama mata dipejam, tiada pula tumbukan yang menyinggah. Zarul alih tangan yang melindung wajah. Terkedu tengok Jep bersandar di meja sambil tangan di poket seluar.

"Kau nak apa?" tanya ZArul yang belum habis cuak.

"Explain. Siapa yang pedajal bini aku?"

Pap! Sarah yang baru sampai , memukul bahu Jep dengan fail yang diambil diatas meja. Tak kena tempat Jep nak tunjuk perangai gangster kampungnya disini. Jangan nak malukan aku! Jep sengih saja mendapatkan isterinya yang baru sampai itu. Lambat betul! Bahu Sarah dipeluk lembut.

"Gurau je lah sayang.. Mana ada aku sakitkan pakwe kesayangan kau pun.." Ujar Jep bersahaja.

"Helloo.. siapa pakwe kesayangan Sarah? Ini laki aku tau! Langkah mayat aku dulu sebelum terfikir nak wakafkan pada Sarah!" sampuk Alina tak puas hati. Lengan Zarul disauk kemas.

Jep angkat kening. Wow..

"Sorry bro, bini aku dah jadi over protective sekarang. Lets go. We need a man to man talk. Over here, bro. Dalam bilik aku. Please, come in.." Jep angguk. Dia menapak tenang.

Sarah dan Alina buang pandang sesama sendiri sambil berisyarat mata dan bahu. Apa lah yang jadi nanti.

Boleh percaya ke Jep takkan sentuh Zarul?

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience