Bab 26- Kerengga

Romance Completed 248237

15 tahun dulu..

Tangan digenggam kuat. Jep pandang satu kumpulan budak perempuan yang sibuk berbincang sesuatu. Dia mencebik sakit hati.

Semangat ye kau perempuan.. Demi jantan nama Haziq tu beria kau buat pakatan bagai. Tak sedar diri baru berumur 11 tahun. Gatal!

Ini Jep Zafrel lah. Aku takkan biarkan kau jumpa Haziq lagi. Haziq, haziq, haziq! Tak habis-habis dengan Haziq. Bila kau nak nampak aku? Aku Jep Zafrel, lelaki paling kacak di kampung ini. Kenapa kau tak pandang aku, hah ?!

Sarah Hayla.. Kau memang sengaja cari nahas. Kau fikir sesenang itu boleh bersama dengan Haziq? Jangan mimpi. Kau tahu lah nasib kau. Bersama sengihan jahat, Jep menapak pergi dengan lagak samsengnya.

Hari yang dinanti sudah tiba. Sarah keriangan. Akhirnya.. Setelah berbulan-bulan tak jumpa si kekasih hati, akhirnya penantian ku berakhir jua. Haziq, tunggu Sarah datang! Dia menggeletik tak sabar tunggu ketibaan bas yang akan membawa mereka ke kota.

"Hah! Korang nak pergi mana?!"

Jerkahan ketua kampung dan ahli-ahli surau buat Sarah dan gengnya pandang sesama sendiri tak percaya. Alamak masak! Kantoi busuk. Apa lagi? Cabut lari oiiiii!! Selamatkan diri!

Masing-masing berlari tak cukup tanah. Habis lah mereka kalau tertangkap hari ini. Bukan tak tahu yang ketua kampung mereka ni memang tegas orangnya. Bala.. Bala..

"Jangan lari anak Karim!"

makin laju Sarah buka langkah. Macam mana boleh pecah lubang? Siapa yang kasi report? Rosak plan dating aku!

Walau satu kampung mereka lari, tetap juga tertangkap. Bukan satu dua yang perambat, satu komuniti JKK terus!

Tubuhnya diikat ke sebatang pokok. Anak pakcik Mokhtar merangkap kawan baik Sarah dan beberapa ahli geng mereka yang lain turut diikat sama.

Mati kutu Sarah. Nak minta tolong dengan siapa? Haziq? Biasanya mamat itu yang baik hati tolong lepaskan mereka kalau mereka didenda oleh tok ketua yang garang macam harimau tu.

Tapi sekarang Haziq sudah bersekolah asrama di bandar. Mereka buat pakatan untuk melawat Haziq lah sambil - sambil cuci mata di ibu kota. Sekali, tertambat macam lembu di pokok ini.

Haziq!! Tolong Sarah!! Nama haziq, lelaki yang tua dua tahun darinya merangkap cinta monyet sarah, dipanggil.

"Apa nak jadi dengan kamu ni Sarah? Berapa kali tok cakap, jangan buat perangai! Benda yang pelik aje yang kamu nak buat. Kusut kepala tok ni dengan geng kamu. Asyik buat masalah aje. Kecil-kecil dah pandai buat pakatan nak berdating bagai."

bebel Tok Ketua sambil berlalu pergi. Budak bertuah ni memang wajib diajar, perangai nakal kalah budak jantan. Dia menggeleng kepalanya. Dari dulu dia tahu Sarah tergilakan cucunya. Ingatkan bila Haziq dah belajar jauh di bandar, Sarah tidak lagi berhubungan dengan cucu kesayangannya, rupanya seorang Sarah memang tak terjangkau akalnya. Hiperbola!

Matahari semakin terbenam. Mereka masih terikat dipokok getah. Seorang satu pokok. Berusaha keras Sarah melepaskan diri. Tapi tak boleh!

"Sarah.. Dah nak malam ni. Zara tak boleh tolong kita ke? Takkan kita nak tidur sini?" Panggil anak Mokhtar. Sarah merengus kuat.

"zara tu penakut. Dia tak akan masuk dalam ladang waktu senja merambang." sarah berdecit.

Kerat jari lah kalau adiknya itu datang ke tempat begini. Sakit pula hati aku dengan Tok Ketua. Sumpah esok aku pancitkan tayar motor dia. Angin betul rasa.

"jep!! Tolong kami. Oiii Jep! Sini!!" Sally jerit minta tolong saat ternampak kelibat Jep melalui jalan itu. Jep mendekat dengan tangan dimasukkan dalam poket seluar. Gaya poyonya.

"tolong apa?"

"lepaskan kami.."

"boleh..." Jep mendekat ke setiap pokok yang berpenghuni. Dengan baik hati dia melepaskan anak mokhtar, Sally, Sabihah dan Rahimah. Cuma tinggal Sarah je yang masih terikat.

"eh.. Nak pergi mana? Biarkan Sarah dalam posisi dia. Aku bawa peneman untuk Sarah. Korang pergi balik!"

satu botol plastik yang diselit di celah pinggangnya dikeluarkan.

Semua yang memandang dah melopong mulut. Jep.. Kenapa jahat sangat?

"korang berambus sebelum aku susahkan korang. Untuk pengetahuan, aku yang report aktiviti tak bermoral korang ni dekat Tok. Haa.. Korang nak cakap apa? Berani cari masalah dengan aku?" ujar Jep kerek.

"Tunggu apa lagi..berambuslah!!" halau Jep pula lagak samseng kampung si Sarip Dol.

Masing-masing menapak pergi. Surrender tak mahu cari pasal dengan Jep. Siapa tak kenal Jep? Sorry lah Sarah.. Pandai-pandai kau lah nak hidup. Jep lebih tua dari Haziq dan Jep paling samseng di kalangan budak kampung. Kira abang kawasan lah. Semua budak takut nak cari pasal dengan Jep sebab Jep punya otak lain macam level dia.

" woii! Takkan tinggalkan aku dengan mangkuk ni. Oiii!! Panggil mak aku sini !! Oiii!!! " sarah jerit bengang. Mereka blah? Dasar kawan tak boleh pakai.

Jep tersenyum nakal. Botol berisi sebotol penuh kerengga itu diketuk ke pokok yang mengunci pergerakan Sarah.

Kerengga? Menempik kuat Sarah.

" Jep stop! Jangan weh. Adui ! Setan kau Jep!"

Sarah terpekik terlolong minta bantuan. Minta-minta ada yang terdengar jeritannya. Jep gelak jahat sambil bertepuk tangan memadankan muka Sarah. Kau gatal lagi.. Sibuk sangat dengan Haziq tu. Ini makan dia..

"Tolong!!!! Tolong!!!"

Sarah yang dah diserang kerengga menyumpah Jep habis-habisan. Tolong!!!!! Sarah jerit sampai nak tercabut anak tekak. Dalam hati sejuta kata-kata sumpah seranah diberi pada Jep.

"Ya Allah, anak aku!" terkocoh-kocoh Pak Karim dan tok ketua dapatkan Sarah yang masih terikat. Jep awal-awal lagi dah buka langkah sebaik nampak kelibat Tok.

"ayah! Sarah benci kampung ni! Benci tok! Benci Jep! Benci semua!!!" jerit Sarah kuat dalam tangisan.

"mana budak Jep? Aku suruh dia lepaskan kamu sebelum asar tadi lagi. Kenapa kamu masih dekat sini?" Tok ketua dah kalut.

"sarah benci Tok!" jerit sarah lagi sambil hentak kaki pulang ke rumah. Tok ketua dan Pak Karim tercengang. Pandang sesama sendiri.

Sampai saja dirumah, sarah hempas semua yang ada. Tekadnya dia tak mahu lagi duduk di kampung. Aku benci kau Jep! Mulai harini kau musuh aku. Aku benci! Benci!!!!

****

Jep berguling menahan perit ditubuhnya dikerjakan oleh Sarah. Habis memerah tubuhnya dicubit ganas oleh si isteri. Bukan biasa-biasa cubitannya. Confirm lebam satu tubuh. Cubitan berbisa lebih bisa dari gigitan kerengga.

Sarah puas hati. Ditumbuk pula perut Jep sebagai penutup acara membalas dendam. Puas hati aku! Kita seri Jep. kosong-kosong! Perit masa aku kena gigit dengan kerengga dulu dah berbalas. Puas hati aku.

"ibu.. Cian baba akit.." Awe jatuh kasihan melihat babanya yang teruk dikerjakan oleh si ibu.

"biar padan muka baba. Nakal sangat buat ibu!"

"biasaaaaaa diaa!!" sambung Awe pula.

Sarah yang tadi masih dalam mood sakit hati kini terlepas tawa pula melihat sikap lalang si anak. Tadi konon kesian pada babanya kini masuk pakatan ibu pula. Macam-macam lah anak..

"sakit sarah oii.. Aku janji aku takkan cemburu buta lagi. Seksa!"

"padan muka!"

Sarah yang tiba-tiba jatuh kasihan pada Jep, kembali merapat. Kesan cubitannya di tubuh jep. Diusap perlahan. Tumpah pula rasa kasihan. Mesti sakit.

"sakit sayang.."

"sorry.. Meh aku ubat semula."

"ubat dengan apa? Tak bawa minyak pun."

"aku ubat dengan kiss." serentak itu Sarah mula mendaratkan bibirnya di dada dan perut Jep yang penuh dengan tanda merah. Dia cium lembut kulit Jep yang kesakitan. Habis lembut perlakuannya.

Awe dah tutup mata sambil berlari ke TV. Rancangan kartun kegemarannya sudah mula. Persetankan lagak si ibu dan baba yang sentiasa panas dengan aksi mesra. Tadi bercakaran, sekarang bergula pula.

Gasak! Kartun lagi syok!

One two three four, high five!
Dia nyanyi riang sebelum tukar lagu lain.
Wonderpet wonderpet kami datang
Apa yang penting kerjasama!

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience