Bab 29 - taman indah

Romance Completed 248233

Teruk betul Jep kalau sakit. Rasa macam tak sanggup nak bagi Jep sakit lagi. Tak sanggup nak tengok. Macam orang nazak nak mati sangat dah lagaknya.

Selesai solat, Jep mengengsot naik ke atas katil. Sarah yang melihat hanya mampu menggeleng kepala. Nak mati hari ni ke? Patut aku suruh dia tulis wasiat tak?

"Makan dulu baru tidur."

"Tak ada selera."

"Makan aku kata!"

Jep mengeluh. Nak tak nak dia duduk juga bersandar di kepala katil.

"Nak makan sendiri ke suap?" tanya Sarah sudah ambil tempat ditepi Jep.

"Suap."

Manja! Terjuih bibir Sarah mengejek.Jep makan tanpa banyak bunyi. Sarah melepas kelegaan. Nasib baik orang demam tekak mereka tak ada deria rasa. Selamat aku!

Kalau lah Jep tahu rasa sebenar bubur itu mesti Jep dah menyinis lancang. Kau ni memang teruk lah Sarah . Masak bubur pun tak lepas ke?Masak bubur pun hangit! Nasib baik dia tak dapat rasa. Kalau tidak, bikin malu keturunan je! Marah dirinya sendiri.

Alah.. hangit sikit je. Sebab tu tak rasa. Aku tersilap guna api besar. Dia berkerak dibawah. Tapi nasib baik warna masih kekal putih, kalau tidak mesti kantoi. Sarah memback up diri sendiri.

"Jangan ingat aku tak dapat rasa hangit pada bubur kau ni."

"Jep.." Sarah mula rasa serba salah dengan tiba-tiba. Teruk sangat ke rasa bubur tu? Dah habis dah pun semangkuk bubur yang aku paksa Jep telan walau lelaki itu tak berselera. Kenapa dah habis baru tegur?

"Nanti aku daftarkan kau masuk kelas memasak." Putus Jep nekad. Sarah pasrah.

"Aku dah boleh tidur ke? Aku penat."

"Silakan. Aku tak kacau kau dah. Aku nak tengok Awe pula." Sarah bangun ingin berlalu keluar. Malas mengganggu Jep lagi. Tiba-tiba tangannya disambar lembut.

"Temankan aku."

"Malaslah. Kau rehat, Aku nak tengok Awe."

Jep tarik tangan Sarah sedikit kuat. Terjatuh terus dia diatas tubuh Jep. Jep peluk erat tak mahu lepas. Dia ni tak padan dengan sakit!

"Aku lagi perlukan kau daripada Awe. Biar dia layan TV dia tu."

"Selfish!" Sarah ketuk dada Jep perlahan.

"I need my semangat, my healthy pills." Jep pejam mata rapat. Tubuh Sarah makin dibawa rapat ke dalam pelukan. Selesa bila tubuh itu melekat habis ditubuhnya.

Tubuh Jep masih berbahang panas walau sudah berkurangan sedikit. Sarah yang segar mata pun rasa nak tidur bila tengok Jep begitu pulas dijemput lena. Matanya sudah mengecil namun diganggu. Terasa ada sesuatu yang menyelit di antara mereka.

"Awe pun nak hug juga." bising mulut itu berbunyi tak puas hati bila haknya disisihkan.

"Come.." Sarah beri ruang pada si anak. Kini berpelukan mereka bertiga. Tak lama, Jep dah buka semula matanya. Terkejut melihat Awe join sekaki.

"Awe ni sibuk lah. Kacau daun je. Pergilah tngok kartun tu." Halau Jep.

"Huh! Taknak tawan baba!" Rajuk Awe sambil bersilang dada. Comelnya perangai. Sarah hanya melihat saja.

"Tak nak kawan sudah. Pergi main jauh, jangan kacau baba nak peluk ibu."

"Fine!" Awe bangkit bawa langkah ingin menjauh. Dia merajuk.

"Jep..." Tegur Sarah.

Cepat sahaja tubuh si anak yang baru nak turun katil, Jep rangkul kembali dan dibawa ke posisi tadi. Awe buat muka sombong dan kekwatnya. Muka Baba tak dipandang, hanya hujung mata je yang dihadiahkan jelingan.

"Dengan anak pun berkira." Rungut Sarah. Jep dah tarik Sarah untuk kembali peluknya dan Awe. Sarah hanya menurut. Layankan je lah.

"Diam Puan Sarah. Jangan sampai aku pula yang merajuk macam Awe."

"Merajuk tidur seorang lah. Tak ada masa aku nak layan rajuk jantan tua bangka macam kau. Dengan anak pun tak nak kalah."

Jep buat bodoh namun sempat tangannya menekup mulut Sarah kemas. Enggan biar wanita itu terus berkata-kata. Kepalanya pening.

Sarah geleng kepala. Perangai macam budak kecil . Akhirnya mereka tiga beranak dijemput lena. Elok tidur berkepit.

Awe ditengah, senyum dalam lena. Awe suka sangat!! My complete family! Dia mimpi berkejaran dengan ibu dan babanya ditaman yang indah.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience