Bab 47- gedik

Romance Completed 251494

Dunia belum berakhir..
Saat kau putuskan aku..
Masih ramai teman-teman..
Menyayangiku..

Empat bulan berlalu dengan sangat pantas. Usia kandungan Sarah sudah menginjak enam bulan. Sarah semakin kuat. Hari-hari yang dilalui semakin cerah.

Tiada lagi mulut-mulut jahat yang berani mengata. Berani ke? Zana si laser dah jadi orang kuat Sarah. Sesiapa yang cuba menyinis bakalan kenyang dengan semburan padu tang situ juga oleh si sahabat.

Senang hati Sarah bila dah jumpa balik geng sekutu dan sekapal dengannya. Tiba-tiba terasa macam di zaman sekolah dulu pula. Dua kepala langgar bergabung, habis huru-hara sekolah dibuatnya.

Zanariah mokhtar Binti Hassan Basri. Mana boleh dia lupa dengan pukulan mati dari anak mokhtar itu. Hanya dengan permainan di tepi pantai itu sahaja dapat mengungkap misteri disebalik perangai menjengkelkan Zana padanya selama ini. Tak sangka teman lama yang dianggap sudah mati dalam sebuah kemalangan jalan raya itu ternyata masih elok bernyawa. Panjang umur Zana.

Sumpah dia menyesal tak check nama penuh Zana sebelum ini. Keadaan fizikal tubuh Zana yang sudah slim berbeza dari zaman dulu yang serupa anak gajah menyukarkan Sarah untuk ingat pada kawan karibnya itu. Patut pun Zana selalu cari pasal. Nak aku sedar kewujudannya rupanya. Logik la tak cam. Muka dah berubah, badan berubah, nama pun berubah. Dulu mana pernah Sarah panggil minah itu Zana. Sepanjang masa panggil 'anak mokhtar' padahal mokhtar itu bukan nama bapak Zana pun. Memang nama Zana, mokhtar.

Bila ditanya kenapa Zana selamba sedekahkan pelempang pada Sarah dulu, selepas amukan si Alina, jawab Zana hanya simple, Sarah memang wajar dapat pelempang kerana gagal cam kawan sendiri.

Lagi satu dia bengang kerana Sarah tak melawan macam singa lapar seperti biasa yang dia lakukan di kampung kalau ada yang cuba-cuba cari pasal dengannya. Zana tak puas hati tengok sarah diam diri tak melawan bila ditindas dan diperlekeh orang. Zana sakit hati tengok Sarah didajal oleh orang kepercayaannya.

kenapa Zana bawa mulut tentang Sarah?

Ternyata Sarah salah anggap selama ini. Bukan Zana yang bawa mulut dan menabur fitnah tentangnya tetapi orang lain yang menjadi gunting dalam lipatan. Dan orang itu sangat rapat dengan Sarah sendiri. Sarah enggan percaya tapi itu lah yang terjadi. Zana hanya berpura-pura bencikan Sarah agar dia dapat lihat sendiri warna sebenar 'kawan' Sarah.

"Assalamualaikum Kak Yong." Zarul menegur sambil menundukkan sedikit kepala. Persis seperti anak buah menunduk hormat pada ketua gangster. Sarah ketawa kuat. Sering sekali Zarul bergurau begitu. Kadang-kadang si sengal Alina pun turut meniru tingkah suaminya.

"Macam mana kawasan hari ini? Semua okey?"

Cakap orang! Sarah pun sama sahaja ikut sengal. Maklumlah dia kini bukan pekerja Zarul semata-mata tapi merupakan salah seorang pemegang saham di syarikat itu. Saham Sarah pun lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan saham Alina disitu. Kau ada? Hadiah penghargaan dan tanda minta maaf Zarul untuk Sarah. Bukan kaleng-kaleng tau. Saham terus!

"kawasan semua okey Kak Yong. Semua dah bayar wang perlindungan pada kita."

"Sengal!"

Mereka tertawa serentak. Mana orang tak panggil Sarah sebagai Kak Yong , kemana-mana pergi mesti ada Zana disisi. Sudah lah perangai melindungi Zana itu auranya lain macam. Kalah bodyguard!

"Sarah, I ada projek baru. Yang itu you handle tau. You larat lagi ke nak handle projek besar? Perut you pun besar semacam je I tengok." Perut Sarah dipandang sekilas.

"See the leg lah kawan! Jangan perlekehkan I. I still boleh kerja. Perut ini small matter je."

Lama Zarul diam. Berfikir sama ada patutbatau tidak dia bertanyakan soalan ini. Tapi sampai bila dia boleh tutup mulut dari mempersoalkan hubungan Sarah yang masih tak jelas. Sedikit sebanyak dia turut salahkan dirinya tentang kesusahan yang Sarah terpaksa lalui ini.

"How's Jep? You tak jumpa dia langsung ke? Your baby need his father."

Sarah diam buat-buat tak dengar. Malas nak fikir hal yang tak penting dan tak membina.

Zarul mengeluh. Tak suka tengok Sarah begitu. Dia mahu Sarah bahagia. Rasai bahagia yang sama seperti dia dan Alina.

Tak dinafikan rumahtangga mereka sama bergolak seperti Sarah tapi mereka sudah berbaik, sebaik sahaja disajikan dengan bukti yang membongkarkan muslihat pedajal Delaila.

Siapa sangka Delaila menyimpan dendam pada Sarah semata-mata Sarah curi impian Delaila untuk jadi orang penting dan wanita harapan dan kesayangan Zarul.

Kata Laila sepatutnya Zarul miliknya. Jadi suami untuknya. Bukan sekejap Laila berkhidmat untuk Zarul. Dari dia masih anak dara sampai jadi anak dara tua. Bertahun dia tunggu Zarul. Alih-alih Sarah yang baru masuk kerja pula yang diangkat oleh lelaki itu. Bengkak dan bengang teruk sekeping hati Delaila. Dia memang berdendam dengan Sarah. Kehancuran Sarah adalah matlamat utamanya.

Delaila jadi lebih marah. Sebab Sarah nak kahwin dengan hero kampung, Zarul pilih Alina sebagai pengganti. Sedangkan Alina bukan sesiapa pun.

Makin benci Delaila pada Sarah dan Zarul. Habis diracuni fikiran Alina, disebar fitnah buruk tentang Sarah. Biar semua pandang jelek pada Sarah. Hakim mati bukan sebab kecewa pada Sarah tapi pada dirinya. Hakim cintakan Delaila tapi dipusing cerita konon salah itu terletak dibahu Sarah. Hakim dan Sarah hanya bersahabat baik.

Sarah tolak lamaran Hakim sebab Sarah tahu itu permintaan seseorang yang Hakim cinta. Hakim jadi buta kerana cinta. Demi untuk dapatkan sekeping hati yang dipuja, Hakim sanggup memalukan diri sendiri dan lebih Sarah tak boleh terima, Hakim sendiri yang mintanya untuk tolak dia secara terang-terangan demi membuktikan pada Delaila betapa seriusnya dia mahukan gadis itu.

Hakim mati kerana kecewa dengan tingkah Delaila.

"kalau cintakan aku, buktikan! Jangan tahu bazir air liur sahaja."

"I nak bukti macam mana?"

"Buktikan dengan nyawa kau."

Sarah tahu Hakim tertekan tapi Sarah tak pernah tahu siapa sebenarnya orang itu. Baru kini Sarah tahu. Tapi Hakim dah selamanya pergi takkan kembali . Tewas dengan bisikan syaitan dan dibutakan dengan cinta derita.

Zarul tak sangka langsung Laila begitu. Dia juga hampir pandang serong pada Sarah. Mati-mati Zarul ingat Sarah yang perangkapnya tempoh hari. Rupa-rupanya Sarah juga mangsa keadaan. Lebih sadis, Sarah hilang Jep dan Awe.

Dua bulan Sarah jadi zombie. Langsung tak terurus. Hanya selepas itu dia kembali bersemangat untuk hidup mengenangkan satu nyawa yang dibawanya kini ke dunia . Sarah kuatkan semangat yang dulunya mati dibawa rasa kecewa. Tak pasal-pasal melayang saham aku! Banyak pula tu!

"Sarah you tahu tak apa beza you dengan lampu?" giat Zarul.

"Stop it Zarul. Semenjak you pandai berpickup line, dah naik jemu I melayan you." Sarah malas melayan. Kaki dibawa melangkah ke pantry. Kini Sarah dah jawat jawatan COO dan Zana adalah bodyguard merangkap PA Sarah yang sangat function.

"Hei jawablah!"

tak ada mood Sarah nak layan sikap Zarul yang nak cuba jadi sweet talker dan kelakar. Lelaki itu tak layak jadi pelawak. Sentiasa hambar tapi usahanya patut diberi pujian. Tak putus asa!

"Malas layan. Lapar!"

"Asyik makan je. Gemuk nanti, tak laku baru tahu." ejek Zarul. Sempat dia order air nescafe pada Sarah yang sedang membancuh air.

"Tak pe..Alina dah janji untuk upgrade I jadi madu dia kalau sampai sudah pun I masih tak laku dan tak ada pengganti. ."

"What? Alina bagi greenlight? Yabeda bedooo!!" Zarul bersorak suka.

"Aduh!"

"Gedik! Itu makan dia!" Alina cekak pinggang garang di muka pintu pantry.

"Sayang.. You baling I dengan kasut?" Ujar Zarul tak percaya. Nasib baik tak kena kepala, sayang oii.. boleh bocor kepala baby kalau kena tumit tinggi you ini."

"Asal makin hari you makin gedik ya baby? Dengan I you buat pick up line, dengan Sarah pun sama naik. You memang nak kena dengan I ya baby?" Alina hempas kaki sebelum masuk ke bilik si suami. Hempas duduk di kerusi. Merajuk!

"Excuse me ladies. I nak kena asahkan lagi bakat romantis i. Enjoy your drinks."

Sarah menggeleng. Tak sangka Zarul jadi macam itu. Makin hari makin biul. Dulu elok, bersivik sahaja. Kini rasa macam kenal orang lain pula. Langsung tak sama dengan Zarul yang skema dulu. Tapi perangai takut bini itu masih sama. Kekal.

Mana tak biul kalau tiga perempuan biul bergabung disekelilingnya. Sarah bergabung dengan Zana dan Alina pastinya meletop! Tak pasal-pasal Zarul pun kena tempias sekali.

**************

Share this novel

itsmeaina
2021-02-19 21:07:43 

Bgus la kalau sarah dah berbaik dengan zarul & alina.Hihihi.Sis update lagi ya


NovelPlus Premium

The best ads free experience