Bab 25- Mawar

Romance Completed 248233

Sarah makan dengan penuh berselera. Jep masak bapak sedap! Sangat suka bila Jep berbaik hati masakkan dia makanan kegemarannya. Mana Jep tahu aku suka nasi Tomato? Dan nasi tomato Jep sangat lah sedap sampai menjilat jari!

"Sarah!"

"Apa?"

"Jangan makan banyak sangat." Tegur Jep. Takut melihat Sarah makan sampai bertambah tiga kali. Bela saka ke apa?

"Dah sedap, makan lah banyak!" Sarah mencebik. Putus seleranya bila ditegur begitu. Awe ketawa saja melihat ibu kena marah.

"Tak oleh makan banyak lah ibu. Nanti ibu demuk cam Mimi." Awe tutup mulutnya sambil tahan ketawa. Membayangkan ibu sebesar Mimi. Tak sanggup!

"Siapa Mimi?"

"Tawan Awe lah."

"Manusia ke?"

Awe diam. Sarah dah tarik nafas berat. Budak ini buat lagi rupanya.

"Ibu dah pesan banyak kali kan? Jangan kawan dengan diaorang. Awe tak sayang ibu ye? Tak dengar cakap ibu."

"Tapi ibu tak tawan Awe pun. Tak main engan Awe pun. Ibu tipu je!" Awe jeling tak puas hati.

Sarah diam jadi serba salah. Betul kata Awe. Sarah tak sengaja ter'capati'kan janjinya sendiri.

Memang tak dinafikan sejak mula kerja, Sarah dah jarang melayan ragam si anak bermain. Pagi buta dah pergi kerja, balik rumah dah penat. Mana ada masa nak luang masa bermain semua. Jep pun begitu, sibuk cari duit.

"Ibu minta maaf. Nanti ibu teman Awe main. Awe tidur dalam bilik ibu lah. Sebelum tidur ibu boleh teman Awe main. Boleh borak- borak, sembang dulu. Ibu boleh baca buku cerita kat Awe. Awe nak? Nanti boleh tidur peluk ibu, peluk baba. Sayang suka kan?"

Ceria terus muka Awe. Terlonjak-lonjak kesukaan dia. Siap bersorak. Sarah senyum puas. Suka lihat si anak riang begitu. Tapi Sarah kaku bila dikerling wajah Jep, lelaki itu dah pandang semacam padanya. Eh dia jeling kita?

Aku salah cakap ke? Sengihan meleret dihadiahkan bila Jep buat muka tak puas hati. Sorry Jep.. Aku lupa pasal kita.

"Ibu nak tahu cerita tak? Mawar pun acam ibu. Kesian mawar. Dia selalu menangis cebab muka dia akit." Awe mula rancak ingin berkongsi cerita.

"MAwar pun macam Mimi ke?"

Awe angguk laju. Aish.. Banyak pula kawan istimewa dia. keluh Sarah .

"Mana Mawar?" sengaja mencipta komunikasi dengan Awe. Sarah perlu melayan celoteh si anak bercakap barulah dia boleh bina bonding yang erat bersama. Barulah Awe rasa dia boleh jadi kawan yang baik untuknya. No need kawan hantu anymore.

"Tu tepi ibu. Dia tengah tengok muka ibu sama dengan dia. Dekat je muka dia dengan muka ibu." Selamba Awe beri maklumat. Sarah yang dengar sudah tegak semacam. Terkedu. Sarah diam, Jep diam. Lama.

"Tipu je lah! " Awe mengekek kuat. Berdesing telinga Sarah dengar tawa dari bibir kecil itu. Dasar anak Jep. Perangai hantu!

"Jep! Tengok anak kau ni!." Sarah bengang. Kecil je dia tengok anak itu sekarang. Rasa nak penyet-penyet! Biasa dia kenakan orang!

Jep terbahak kuat. Tak ketinggalan ketawakan Sarah. Lucu pula rasa bila si anak dah pandai mengusik dan kenakan si ibu. Jep terhibur. Syabas anakku!

"Dulu Mawar duduk cini tapi Mawar dah pergi sebab takutkan baba. Baba garang! Mawar tak uka baba." Awe mula bercerita. Dia sedih kenangkan kawannya itu.

"Kenapa dengan muka Mawar? Apa yang dah jadi dengan dia?"

Sarah tertarik pula nak tahu tentang Mawar. Kenapa dengan mukanya ?

"Mawar kena umbuk lepas tu muka dia ada banyak luka kena picau. Mama Mawar ahat! Dia letak Mawar dalam kolam. Itat kaki Mawar, itat tangan Mawar. Kecian Mawar ejuk. Dia nangis. Dia indu papa dia. Papa dia baik tapi Mawar tak suka baba sebab baba ahat! Baba tak baik. Mawar pergi sebab dia tak suka baba."

Cerita Awe panjang. Sarah pandang Jep lama. Jep bersahaja sambil angkat keningnya sebagai membalas pandangan Sarah padanya.

"Dekat rumah kita dekat kampung ada hantu tak?"

Awe geleng tiada.

"Tapi detat umah opah ade. Dia hilang bila baba datang je. Lepas tu ada balik." Becok mulut itu bagi informasi.

Tiba-tiba Sarah terfikir sesuatu.

"Jep.. sebab ini ke adik aku tergila-gila dan beria sangat nak kahwin dengan kau?"

Dengan muka habis bajet, Jep angguk bangga dan poyo. Mulut Sarah membulat 'O'.

Baru Sarah tahu. Patutlah Zara jadi 'buta'. Mati-mati Sarah fikir si jebon Jep ni dah minyak dagukan Zara. Bodoh dan buta semacam je Zara tika itu. Nasihatnya langsung tak diendahkan.

Rupanya Zara tak buta, Zara tahu apa yang dia perlu. Zara memang perlukan pelindung macam Jep untuk melalui hidupnya dengan aman. Impian Zara dari dulu hanya satu. Dia nak hidup normal macam orang lain.

No wonder adik kembarnya sanggup tinggal di kampung dan tak mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dia perlukan Jep. Kenapa aku tak pernah tahu langsung tentang benda ini semua sebelum ni?

"Apa yang kau buat untuk halau hantu-hantu tu?"

Jep mencebik. Bukan aku, tapi kau!

"Kau juga yang selalu sumpah aku bapak dan ketua segala hantu dan setan. Kau rasa ada ke yang berani lawan dan kacau aku dengan title keramat tu? Rasanya kunci dia bukan pada aku, tapi pada mulut kau. Menyumpah aku macam-macam dari kecil sampai besar. Inilah hasilnya. Bangga tak Sarah?"

Sarah pandang Jep dengan muka tak puas hati. Bukan pasal mulut aku tapi sebab perangai kau memang macam setan dan babun sesat tak jauh beza pun dengan hantu raya!

Nasib baik kau dah bersivik dari dulu kalau tidak, aku lancarkan semula perang antara kita!

"Apa pandang-pandang?" tanya Sarah garang dengan tiba-tiba.

"Aku minta maaf sebab buli kau dulu." Jep sengih buat muka cute.

"Kerengga."

"Sumpah. Aku minta maaf. Aku janji aku tak buat lagi." jep kalut bila tiba-tiba Sarah sebut hal lama. Detik dimana sengketa dan perbalahan antara mereka mula menjadi serius dan Sarah mula mencetuskan perang dan ishtihar sebagai musuh dengannya.

"Sakit tau badan aku kena gigit dengan kerengga masa tu!" Muka Sarah dah berubah lain. Jep cuak.

"Oii sayang kau nak buat apa ni? Ya ampun Sarah! Aku minta maaf! Sarah jangan dera aku. Aku insaf! Adui Awe tolong baba!"

Jep lari menyelamatkan diri. Tangan yang masih bersisa makanan tak dibasuh lagi hanya sempat dijilat sampai bersih. Kalut dia berlari menyelamatkan diri dari bisa sepitan tangan Sarah yang semestinya bagi dia sangat menyakitkan. Sumpah sakit! Tak sanggup nak kena lagi.

Dulu dia pernah kena sekali. Bapak dahsyat sampai demam! Lepas tu sumpah dia cepat-cepat angkat kaki bila Sarah mula nak menyerangnya dengan kuasa sepitan itu sebaik dia cari pasal dan pedajal perempuan itu.

Berkejaran mereka laki bini dengan Awe yang menjadi saksi dan tukang sorak.

Tak cukup tanah Jep cuba menyelamatkan tubuhnya dari dinodai dengan kuasa cubitan dan sepitan ketam Sarah yang membawa derita dan sengsara yang tak terhingga buatnya. Ini memang betul-betul balas dendam ni!

Kuat suara Jep menjerit minta tolong. Seseorang tolong lah bagi bantuan, saya didera. Ini dikira keganasan rumah tangga ni!! Sambil lari memusing ke segenap inci rumah, sambil mulutnya menceceh tak tahu apa. Habis semua akta dan hak asasi manusia dibentangkan.

**********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience