Bab 4- stress

Romance Completed 251494

Tiga hari jadi isteri Jep bersamaan sejuta tahun di neraka! Jep memang jahat. Dia tahu aku tak suka memasak tapi dipaksa juga aku masuk dapur.

Excuse us Sarah Hayla.. kau dipaksa? Pernah ke ada manusia yang berjaya paksa kau? Bukan kau minah langgar ke? Apa kau peduli dengan ugutan orang? This is so not you! Ejek si hati.

Memang tak pernah ada yang berjaya paksa Sarah selain Jep.

Aku benci Jep sebab dia satu-satunya makhluk atas muka bumi yang selalu lumpuhkan tindak -tanduk aku yang pelbagai. Sumpah aku benci Jep sampai mampus!

"kau mengelamun apa lagi? Bila aku boleh makan? Aku lapar ni.."

Jep menapak dari pintu dapur. Entah baru pulang dari mana si lanun ini. Comotnya dia.. Ya Allah, memang patutlah aku tak kekal jadi suri dia. Sakai!

Malas ambil peduli perihal lelaki selekeh itu, sarah kembali fokus pada kerjanya yang satu. Dari tadi tak settle lagi. Dengan muka habis jijik, Sarah sentuh semula benda alah yang lembik itu. Dah 30 minit dia berusaha selesaikan masalah binatang ini tapi haram tak settle-settle juga. Dah naik hancur dah binatang itu dikerjakan.

Eeee lembik!!

Sarah angkat parang tinggi. You can do it, Sarah! Baik aku masak cepat-cepat sebelum ,malaun selekeh itu huru-harakan hidup aku.

"kau ni muka dah la tak berapa nak cantik, potong ayam pun loser teruk. Malangnya aku dapat bini macam kau ni.."

Jep muncul ditepi. Kepala menggeleng. Muka tak payah cakap, memang muka cari pasal. Dia memang sengaja cari modal nak bergaduh ke apa? Sarah bengang.

"Boleh tak kau jangan menyibuk hal aku? Aku dah masuk dapur mencemar duli pun dah cukup baik. Kau dengan ayam ni sama bodoh. Dua-dua menyakitkan hati aku." parang ditangan dilempar kuat ke dalam sinki. Berdeting bunyinya.

"tak nak masak ke?"

"kau bukan nak makan pun masakan aku. Balik-balik kutuk aku je yang kau tahu. Berambuslah kau. Semak!"

"kau pun tahu apa yang aku nak makan. Dari semalam lagi aku mengidamkan kau, cuma kau je yang sombong acah-acah tak rela."

"kau menag dasar pervert. Aku nak balik rumah mak aku!" Apron yang tersarung ditubuh ditanggal dan dilempar kasar tepat ke muka jep. Dasar miang! Like seriously Zara.. jantan macam ni yang kau gilakan? yang kau terdesak sangat nak buat suami? Once samseng forever samseng. Samseng gatal!

kalau korang nak tahu sangat kenapa Sarah boleh masuk dapur untuk hari ini tak lain dan tak bukan Jep ugut untuk makan Sarah kalau perutnya tak kenyang dengan masakan si isteri.

Memang patutlah Sarah surrender awal-awal. Cepat je dia terjun dari katil pagi tadi selepas Jep berbahasa sepatah dua kata.

zara.. kau jangan gelakkan aku. ye dalam sejarah aku bangun pagi semata-mata untuk masak sarapan bagi laki kau mencekik. Itu pun dia complain macam dia chef wan. mUlut puaka tahap minta pelempang.

"karipap macam ni tak layak bagi suami makan. Kau ikhlas ke tidak masak untuk aku?"

"Makan jelah.. Banyak bunyi. Aku rodok kau dengan sudip ni baru kau tahu." sarah yang masih berperang menggoreng karipap di dalam kuali sudah naik radang. Tak bising mulut tu tak boleh ke?

"apa yang susahnya goreng karipap frozen?Hangit macam ni. Kau memang tak pernah masuk dapur ke?Sekolah tinggi -tinggi, goreng karipap pun tak tahu. Memalukan. Rebus je lah sijil-sijil bodoh kau tu." sembur jep.

sijil-sijil bodoh?biadab!

arghhhhhh!!!" jerit Sarah kuat. Stress. Dia ingat mudah untuk aku hadap semua ini? Bangun pagi memasak bagai, hadap muka samseng, mulut puaka Jep. Ini Sarah Hayla lah! Kau jangan mimpi nak buat aku sesuka hati kau. Kalau aku hidup tak tenang , kau pun akan terima akibatnya!

"dah kenapa tiba-tiba menjerit?"

"Arghhhhhhh!!!!" Jerit Sarah lagi. Zara,... aku nak ikut kau! aku tak sanggup bersuamikan malaun sesat ni!! Aku rela mati dari terus begini.

"woiii! Bising!" Jep pekup telinganya. Tak tahan dengar jeritan nyaring si Sarah.

"Arghhhhhhhhhh!!!" kali ini lebih dahsyat jeritannya.

"keluar kau dari rumah ni sekarang juga! aku tak nak tengok tengok muka kau. keluar!!!" Sebijik macam orang gila. Menjerit sambil kusutkan rambut. Nak tak nak, Jep angkat juga tangan tanda menyerah sambil menapak keluar dari rumah.

gedegang!

Pintu dapur Sarah hempas kuat. Perlahan badannya jatuh melurut ke bawah. Dia menangis sambil memeluk lutut dan menyembam wajah bersama tangisan yang makin meriah. Boleh gila aku hadap perangai hantu ini setiap hari. Stress! Mak.. kenapa mak paksa orang kahwin dengan dia?

Kenapa mak kedekut sangat susu emak? Kenapa mak sanggup haramkan susu yang pernah mak berikan kalau orang tak mahu terima dia sebagai suami? Kenapa.....????? Orang tak bahagia mak...

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience