Bab 22- kawan tak guna

Romance Completed 248237

Pap!!! Keras bunyi campakan telefon di atas meja Sarah.

Sarah angkat kepala dari terus menghadap document yang sedang diteliti tadi. Sedikit tersentap melihat kelibat Alina berdiri tegak didepannya. Dia happy jumpa Alina tapi kenapa muka wanita itu macam bengang je?

"Kau sihat Alina?"

"Aku hampir sihat tapi jadi sakit balik bila tengok gambar ini." Telefon yang dilempar kasar tadi ditunjuk pula untuk tatapan mata Sarah.

Sarah yang tak mengerti hanya menurut. Telefon bimbit itu digapai. Terkejut! Siapa yang rajin sangat jadi informer tak berbayar kali ini?

"Aku tak sangka kau semurah ini. Kau masih tak boleh terima kenyataan yang kekasih kau dah jadi suami aku? Sanggup kau goda dia dengan tubuh kau? Perangai kau sangat menjijikkan." Tegang suara Alina. Walau tidak sampai menengking tapi cukup keras di pendengaran seorang Sarah.

"Jaga sikit mulut kau. Bukan taraf aku nak buat benda-benda keji macam ni. Kalau aku nak dia, aku bersaing dengan cara sihat, bukan macam ni. Come on.. you know me better."

"I knew you! Sebab tu aku jadi macam ni. Tengok sini! Ini gambar apa? Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin membadai! Kau menggatal dengan laki aku kan?! Sarah, tolong jangan cabar aku. Sabar aku ada hadnya!" Sedikit tinggi suara Alina menarik perhatian orang lain.

Sarah dah mula panas jiwa. PAntang nenek moyangnya orang membentaknya begitu. Sedaya boleh dikumpulkan sabar. Api lawannya air. Kalau masing-masing nak layan amarah, siapa yang akan mengalah?

"Aku tak buat."

"Kalau kau tak buat, macam mana gambar ni boleh ada? Mengaku je lah. Tak payah tipu. Kalau kau nak sangat laki aku, mengaku je lah, sekarang juga aku minta cerai! Itu yang kau nak sangat kan?"

"Aku tak goda laki kau apatah lagi nak runtuhkan rumah tangga kau. Memang aku ada niat nak buat semua tu, tapi itu dulu. Masa aku masih tak rasional.

Kau kawan aku, aku takkan tergamak jatuhkan kau apatah lagi rampas hak kau. Aku masih ada hati dan perasaan."

"Stop pretending! Tak payah berlakon acah baik lah Sarah! Aku kenal kau dah lama. Aku tahu kau sejenis manusia yang takkan mudah menyerah kalah. Kau akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang kau nak." Alina pandangnya tajam.

"Sudahlah Alina. Buat malu je kalau orang tengok kita bertekak sebab jantan. Ingat sikit kau tengah mengandung. Kawal sikit emosi tu."

"Mengaku je lah yang kau masih ada hati dekat Zarul. Kau tak payah nak tunjuk dekat semua orang yang kononnya kau dah move on dan sedang bahagia dengan hero kampung kau tu sebab I know you very well. Lelaki yang kahwin dengan kau tu langsung tak setanding dengan Zarul. Dia bukan taste kau pun.

Kau tu dasar perempuan mata duit. Lapar jantan kaya. Orang lain kau boleh tipu tapi bukan aku! Aku dah masak dengan perangai kau. Sangat masak!"

Terbangun terus Sarah dari duduk. Hilang habis kesabarannya.

"Jangan melampau Alina. Aku masih anggap kau sebagai kawan. Jangan disebabkan mulut biadab kau, aku lupakan persahabatan antara kita dan rampas kembali Zarul. Jangan cabar kesabaran aku Alina!"

"See! Aku dah agak. Kau memang masih belum move on. Kau memang dasar kawan yang tak guna!" Jerit Alina kuat.

Sarah singsing lengan bajunya. Kau nak bergaduh dengan aku, Alina? Baik! Pantang aku kalau orang main jerit-jerit dan tuduh sesuatu yang aku tak buat. Pantang sungguh!

"Cermin diri kau dulu sebelum nak mengata orang. Kau fikir diri kau tu kawan berguna sangat? Kalau betul kau kawan aku dan sayangkan aku, kau takkan bodoh terima lamaran Zarul masa aku dengan dia sedang bermasalah. Siapa dekat sini yang tak berguna? Siapa di antara kita yang menikam kawan sendiri? Orang tu tak lain dan tak bukan. Kau! Kau Alina! Kau kawan yang paling bangang, paling hampeh yang aku jumpa!"

Pang!!

Sarah pandang Alina dengan riak pemangsa. Berani kau lempang aku? Kau siapa? Sarah dah tak fikir apa, dalam otaknya hanya nak lunyaikan Alina sahaja tika ini.

Kalau aku tak ajar kau harini, jangan panggil aku Sarah Hayla! Berangin Sarah mendapatkan tubuh Alina. Tangan diangkat tinggi.

"No..no..no.. Jangan!" Tubuh Alina dipeluk erat. Ditarik agar sedikit menjauh dari Sarah yang dah meruap kemarahan. Nasib baik Zarul tiba tepat pada masanya menyelamatkan si isteri dari dikerjakan oleh Sarah.

"Let me go! Don't touch me! You pun sama tak guna! Dah nak jadi bapak orang pun masih menggatal dengan kekasih lama. I hate you!"Marah Alina dari dalam pelukan kejap Zarul.

"No sayang. Don't say that. I tak pernah duakan you. Sarah is my past and you're my everything. Calm down. Terkejut baby. Kesian baby tengok you mengamuk macam ni." Lembut pujukan Zarul. Perut Alina yang baru menampakan benjolan sedikit diusap perlahan. Memujuk dan menenangkan.

Alina dah mula menangis dan mulai tenang di dada Zarul. Sarah yang melihat dah julingkan mata ke atas. Dia kembali ke mejanya. Kaki meja itu disepak kuat melempias amarah yang masih bersisa dihati sebelum duduk di kerusi menenangkan diri.

Geram! Sakit hati! Tak pasal-pasal pipinya kenyang penampar. Aku akan tuntut hutang pipi aku ini satu hari nanti. Kau tunggu saat itu tiba. Sumpah aku balas! Tekad Sarah dalam hati. Alina melampau.

Zarul bawa isterinya pulang. Sebelum pergi, sempat dia sound pekerja yang sibuk menjadi pemerhati dan pengadil. Buat kerja masimg-masing!

Pada Sarah, dilemparkan pandangan maaf dan mohon pengertian penuh dari wanita itu tentang keadaan Alina yang tempang emosi akibat dari perubahan hormon kerana kandungannya.

Kau seorang je lah yang mengandung dalam dunia ini? Kalau mengandung kau boleh dapat tiket besar untuk mengamuk, maki orang dan lempang orang sesuka hati? Begitu? Kau tunggu Alina. Kau tunggu! Sakitnya hati aku !

Telefon Alina yang masih kekal di atas meja ditarik kasar. Macam mana gambar Zarul menutup pintu rumahnya boleh sampai ke tangan Alina? Kalau aku tahu siapa pelakunya, siap aku cincang lumat. Dasar busuk hati!

Dek sakit hati, telefon itu dilempar jauh. Puas hati. Berkecai pun berkecai lah. Kisah pulak? Tuannya aku tak dapat, telefon pun boleh jadi mangsa.

**********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience