Bab 57- Annual Dinner

Romance Completed 248237

Sarah telan air liurnya yang hampir meleleh. Oh my God! This is the most good looking creature in the world!

Hot, spicy, drop-dead gorgeous and knockout husband!

Tiba-tiba Sarah rasa berat hati untuk membenarkan suaminya keluar rumah. Boleh tak kita duduk rumah sahaja? Cancel dinner malam ni? Rasa tak sanggup nak bagi orang lain lihat kekacakan dan ketampanan suami edisi terhadnya. Sarah rasa jatuh cinta seribu kali saat ini. Markah penuh untuk Jep. Lelaki seperti ini yang aku impikan selama ini.

Rasa macam mimpi saat impiannya menjadi realiti. Sarah tidak lagi hanya menyulam angan tetapi ini lah kurniaan dan pemberian sang Maha Pencipta untuknya. Suamiku Mr Hot and Yummy!

"sayang.. Kenapa tak siap lagi? Kita dah lambat ni.." Jep mendapatkan si isteri yang sudah pamer wajah melemau.

Kenapa tiba-tiba sahaja tukar mood tak bersemangat pula? Siang tadi elok sahaja excited untuk majlis malam ini. Alih-alih bila Jep dah bersiap, Sarah pula yang nampak lesu. Pelik!

Tudung Sarah yang hanya dipegang tak dibelit di kepala, Jep ambil dan dibelek seketika. Check dulu mana tahu kalau ada kedut. Orang perempuan bukan boleh kira sangat. Tudung kedut pun mood boleh swing!

"Ok je tudung ni. Tak kedut pun sayang." Jep pandang Sarah tak faham. Apa yang tak kena?

Sarah mengeluh sambil menutup wajahnya dengan tangan.

Isteriku.. Apa lagi yang tak kena tu...

Jep letak tudung sarah dengan penuh berhati-hati di atas katil sebelum menarik tangan yang menutup wajah itu.

Terkejut Jep. Muka Sarah merah dengan tangisan tanpa senduan. Hanya air mata yang mengalir bagaikan empangan pecah.

"kenapa? Cakap dekat abang. Kenapa sayang menangis?"

"Sarah tak nak pergi event tu. Sarah nak duduk rumah je dengan abang."

Jep melepaskan keluhan. Tang panggilan Sarah padanya yang sudah berubah sejak dua hari lepas, Jep dah senang hati. Lembut juga lidah isterinya itu mahu memanggilnya abang, selayaknya permintaan Jep selepas berkali-kali Jep suapkan Sarah dengan tazkirah cinta selepas solat Isyak. Nikmat Allah. Sarah semakin jinak. Jep ketawa geli hati sendiri.

Bab panggilan berubah, Jep dah cukup senang hati. Tapi bab bila tiba-tiba mood berubah dari okey menjadi swing tanpa sebab, Jep mula dilanda gusar.

"kenapa sayang tak nak pergi? Sayang memang nak pergi kan? Ni baju sayang ni, sikit punya lawa di tubuh sayang. Membazirlah beli mahal-mahal tapi tak jadi pakai. Tell me, what is wrong? Majlis nak mula dah ni. Tell me why? Kenapa?" pipi Sarah dielus lembut.

"because you're so handsome! Sarah tak nak orang lain pandang hak Sarah. Sarah jealous. Please abang.. Kita stay at home je lah. Kita buat candle light dinner. Kita dinner berdua je lah. Tak perlu company dinner bagai. Please.."

"sayang.. Abang kan tetamu kehormat hari ni. Mana boleh tak datang.. Rosak lah reputasi abang."

Sarah dah mula merengek. Dia menyembamkan muka di dada Jep. Tubuh Jep tak mahu dilepasnya.

Aku takkan benarkan Jep pergi! Aku tak nak mata lain memandang kagum padanya.

"perlu ke abang simpan rambut panjang semula? Baru sayang tak susah hati macam ni. "

"no!"

"susah lah abang nak buat kerja lepas ni.. Isteri abang dah pandai cemburu." kepala sarang dicium sebentar.

"Sayang.. We are getting late. Shall we? Kalau sayang setuju pergi malam ni, abang janji abang ambil cuti dua hari untuk sayang. Abang tak masuk office. I will give my all attention to you. Deal?"

Betul ke? Mata Sarah bersinar. Dia suka! Jep semakin busy akhir-akhir inu buat Sarah over thinking dan terada kurang kasih - sayang. Haruslah Sarah setuju. Deal!

Makin dekat usia kandungannya memcecah lapan bulan, makin Sarah tak mahu berenggang dengan suami. Kalau boleh dia nak sentiasa berkepit dengan Jep. Duduk bawah ketiak Jep pun dia tak kisah.

Jep geleng kepala bila Sarah dengan riang mengucup pipinya kuat.

Sarah meninggalkan tubuh Jep. Dia mula bersiap. Merias wajahnya dengan sehabis simple.

"abang.. Tolong pakaikan tudung untuk sayang.. Abang pakai lagi kemas."

Jep tak banyak soal. Dia ikutkan saja kemahuan si isteri. Dah biasa manjakan isterinya dengan teruk, Jep tak terasa janggal. Dengan penuh cermat, dia menggayakan tudung di kepala Sarah.

" ok done.. Sayang check dulu. Kalau tak berkenan atau rasa tak okey, bagitau abang. Abang buat sampai jadi dan sampai sayang berpuas hati."

"this is supperb abang. Kemas, gaya elegant dan cantik! Sayang suka. Thank you abang.." hidung Jep pula jadi sasaran bibir Sarah. Dia pusing tubuh di hadapan cermin. Menilik perubahan tubuhnya yang sangat dahsyat.

Jep peluk Sarah dari belakang. Mereka sama-sama mengukir senyuman sambil melihat biasan diri sendiri di dalam cermin.

" i love you.. I am the happiest man in this world bila sayang sudi panggil abang as abang again. Thank you, sayang. Abang rasa dihormati dan disayangi oleh sayang." ciuman Jep hinggap di pipi tembam Sarah.

"kau memang layak disayangi dan dihormati Jep.."

"Jep balik? Aku kau semula? How frust i am."

Jep sembam mukanya kecewa di atas bahu itu. Sarah tertawa lepas. suka mengusik lelaki itu dengan isu panggilan. Bukan tak nak panggil Jep dengan panggilan yang melambangkan rasa hormat, tapi kadang-kadang Sarah suka mengusik suaminya. Bukankah dalam rumah tangga perlu ada gurau senda? Lagipun dia rasa lagi dekat dan selesa kalau beraku kau. Dari kecil sampai besar begitu. Nak ubah pasti kekok. Tapi dengan kuasa cinta, apa pun bisa!

"i am deeply in love with you, abang."

Jep senyum seketika sebelum teringat akan kelewatan mereka. Hampir terleka.

"sayang.. Jom! Dah lambat dah.. Nanti Zarul bising."

"mana ada ikan bilis berani bising pada ikan jerung?"

Shut up.. Jep tarik Sarah keluar dari bilik, menuju ke pintu utama. Sarah kalau dilayan katanya, pasti ada pula nanti yang tak jadi pergi event malam ini. Dalam kalut mengatur langkah, sempat Sarah mengemaskan tuxedo hitam yang membalut tubuh suaminya. Kacak sangat!

*************

"tengok lah tu.. Mengada! Orang lain ada laki juga. Ada bini juga. Tak selok macam kawan kau tu!"

"apa pula kawan aku? Kawan kau lah!" balas Mira tak puas hati pada Latifah yang cuba ajaknya bermulut jahat.

Mira memandang Sarah dengan riak menyampah. Selamanya aku tak suka kau. Kau buat Hakim aku mati! Aku benci kau. Selama ini boleh la kau berlagak sebab Zana ada dengan kau. Hari ni Zana tak ada, kau dengarlah mulut aku menyakitkan kau sampai aku puas!

Dia kembali semula ke meja makan yang dikongsi bersama laki bini itu. Ish berbulunya mata aku! Makan bersuap bagai. Gaya orang cacat tak ada tanya pula. Seronok betul kau babukan suami kau ye sarah?

"aku tak sangka korang masih bersama. Ingat dah bercerai talak tiga."

Sarah tersentap. Dia pandang Mira yang tanpa rasa bersalah menyuap makanan ke mulut.

"Alhamdulillah.. Jodoh masih panjang."balas Jep bagi pihak isterinya.

" Jep kerja apa sekarang? Akak tengok macam lain je sekarang." latifah menyampuk.

" business sikit kak.. "

" jual dadah lah tu.. "

Jep diam. Dia pandang Mira seketika. Masing-masing diam. Sarah cuma berharap mira dan Latifah tak cari pasal dengan Jep. Harap mereka tak menyesali tingkah karut mereka hari ini. Kau tak kenal orang yang kau cakap jual dadah ni..

" akak dengar harini ada jemputan istimewa. Dato'H pun ada sekali." Latifah tukar cerita.

"Jangan mimpi lah nak jumpa Dato H. Tengok tempat VVIP tu, ada ke dia? Batang hidung pun tak nampak. Kita ni hanya layak tahu nama je, gerangan orangnya tak payah la berangan. Aku berani kerat jari, Dato' H takkan datang hari ni. Dia nak bagi projek dia kat company kita pun dah besar rahmat." Mira berkata yakin sambil menyuap mulutnya dengan sepotong buah.

Sarah curi pandang suaminya. Jep santai memotong daging menjadi kepingan kecil. Sudah pasti untuk memudahkan isterinya telan daging yang sudah dipotong kecil itu.

Dari tadi Jep hanya fokus bagi Sarah makan. Berapa suap saja makanan yang masuk dalam mulut Jep. Dia suka tengok Sarah makan. Berselera sekali si isteri. Badan pun kemain lagi elok mengembang. Jep suka. Biar Sarah hilang tubuh langsingnya. Biar Jep hilang persaing. Rak ada langsung pun bagus!

Fokusnya Jep, langsung sedikit pun tak ambil port hal lain. Kata-kata Mira bagaikan angin sahaja.

"Pandai Sarah jaga suami. Makin handsome pula Jep, akak tengok. Terurus. Baru ada rupa manusia." ujar Latifah dengan tiba-tiba. Dari tadi dia menjeling pandang suami Sarah.

Sekali pandang handsome. Dua kali pandang, kacak. Tiga kali pandang, dah tak boleh toleh tempat lain. Aura Jep sangat memukau. Tapi... Jangan mudah percaya dan jatuh cinta dengan orang hensem. Kebanyakannya tak boleh pakai. Macam laki aku!

Jep senyum. Dia senyum senang menyambut kata-kata Latifah.

"kena lah handsome kak. Kalau tidak, isteri saya cari yang lain."

"tahu tak pe.." Sarah mencelah.

Jep mendekat. Dia berbisik sesuatu yang buat Sarah bagaikan tak percaya.

"abang dah beli private beach dekat kawasan Cherating untuk sayang. Sayang pasti ke nak cari jantan lain kalau abang tak handsome?"

Sarah ketap bibir. Jep memang gila!

Aku cakap acah-acah je seminggu yang lepas bahawa kalau mereka ada private beach pasti best. Boleh bercuti dengan family tanpa perlu berkongsi dengan orang lain. Sekali, Jep beli betul-betul! Gila!

Tak boleh jadi.. Aku mesti kena pandai jaga hati Jep. Dia lubuk emas aku, tau?

" kak tipah.. Saya tak kisah pun Jep handsome atau tidak. Saya tetap sayang dia walau siapa pun dia.."Sarah counter semula kata-katanya tadi.

Jep senyum senang. Haaa.. Cakap macam tu lah.. Baru suami sayang.. Baru suami rasa seronok nak bagi hadiah dekat awak..

"Akak rasa Jep bertuah sangat dapat Sarah."

"kenapa akak cakap macam tu?"

"memang Jep beruntung. Dapat isteri yang tak banyak songeh macam Sarah. Terima je Jep seadanya. Kalau Kak Tipah, memang tak sanggup. Akak jadi janda meletop bukan sebab apa sangat. Tapi sebab tak sanggup nak menanggung biawak hidup. Nama aje suami, tetapi sibuk menempel harta isteri. Kerja malas! Nasib baik Jep tak susah nak keluar pergi kerja. Rajin cari duit, kalau tak memang akak nasihatkan Sarah untuk tinggal je lelaki jenis sampah ni! "

Sarah terbata. Errr tak tahu nak cakap apa.

"Eh, Jep jangan terasa hati tau. Akak cuma cakap je.. Walaupun Jep tumpang harta isteri, Jep tetap rajin kerja kan..? One mark lah for you. Kalau tidak, tak ada beza pun Jep dengan bekas laki akak tu ."

Sarah genggam tangan Jep dibawah meja. Jep balas dengan senyuman. Sokey sayang.. Lama wajah Sarah dipandang. Jep tahu sarah cuba memujuknya.

"Am i biawak hidup dalam hidup you?" ceh.. Ber i- you pula seorang Jep Zafrel sekarang. Sarah menggeleng. Menidakkan.

"Abang tak pernah jadi suami yang gagal. You are the best!" jawab Sarah yakin.

Latifah yang melihat dan mendengar dah mendesis. Masa cinta memang kentut pun bau wangi! Kau tunggu nanti..

"aku rasa Sarah ni dah dibodohkan dengan cinta! Kau dah kena bomoh agaknya. Pergi lah berubat. Sedih aku tengok hidup kau jadi macam ni. Sampai sekarang ke laki kau kerja part time?"

latifah memang pandang Jep sebelah mata je. Baginya Jep tak ada beza dengan Arif, cuma dia masih berkias je lagi. Takkan nak cakap Jep jantan tak guna di depan muka terus! Busniess konon. Puih, sikit aku tak percaya.

"padan dengan muka Sarah tu, dapat suami tempelan. Balasan untuk dia sebab pernah kecewakan Hakim." balas Mira.

Sampai mati aku bencikan kau Sarah! Hakim mati sebab kau. Aku cintakan Hakim. Aku tak kisah kalau dia cintakan kau sebab aku nak tengok dia bahagia. Tapi bila dia pilih jalan ke neraka, aku tak boleh terima! Bentak Mira sakit hati. Aku benci kau Sarah!

Sarah gigit bibir. Rahang Jep yang bergerak sedikit, dikerling. Dia tahu Jep sedang simpan bengang. Tangan Jep digapai. Cuba menenangkan. Sarah tahu Jep memang anti dengan angkatan bawang rangers. Dia tak minat.

Latifah pula memainkan watak dengan jayanya. Tolonglah berhenti pandang rendah pada suami aku. Dia tak kacau korang pun. Korang tak kenal siapa Jep! Jerit Sarah dalam hati

Yang korang tak suka tu aku.. Jangan rendahkan laki aku dengan harapan untuk saiko aku dan buat aku rasa sebagai seorang loser. Jangan harap boleh provok aku. Stay my hudband out of this.

Mujur Zarul sudah ke tengah pentas untuk beri ucapan.. Suasana tegang di mejanya diusir pergi. Barulah Sarah boleh tarik nafas lega bila Latifah dan gengnya memberi fokus pada setiap patah yang keluar dari mulut CEO mereka.

Zarul memberikan ucapan penghargaan pada semua kakitangan syarikat yang banyak membantu dan menyumbang kejayaan company. Anugerah pekerja terbaik pun sudah diberikan. Tapi dia ada satu pengumuman yang hendak dibuat.

Zarul sangat excited untuk perkenalkan individu misteri dalam dunia perniagaan. Nama yang gah namun tiada siapa kenal rapat dengan pemilik nama. Dato' H.

"saya tahu ramai yang beranggapan bahawa majlis kita harini hanya indah khabar dari rupa. Ikon dan figura yang kita tunggu tak pun memunculkan diri. Saya tahu ramai antara kita yang berhasrat untuk berjumpa dan berkenalan dengan Dato' H, one of the most wanted person in dunia korporat. Beliau ada disini tanpa anda tahu kewujudannya..

So without any hesitation , kita jemput Dato' H aka Dato'Jep Zafrel, CEO The Helang untuk naik ke pentas dan beri sepatah dua kata. Dipersilakan."

Semua mata tertumpu pada Jep yang sedang membetulkan sedikit sutnya sebelum melangkah gagah penuh karisma ke atas pentas dan berjabat tangan dengan Zarul. Jep dan auranya sedang membunuh mata-mata yang memandangnya sebelah mata sebelum ini.

Saat Jep buka mulut, semua terkaku. Jep bagaikan seorang yang lain. Dia buat semua rasa meremang roma. Auranya terlalu kuat. Serta merta, Jep menempatkan dirinya jauh tinggi dari orang lain hanya dengan ilmu dan keahliannya dalam bidang expertisenya.

Latifah melopong.

Sekarang kau dah tahu siapa sebenarnya hero kampung aku? Sarah menyinis sendiri. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Selepas ini masih berani ke nak buka mulut depan Jep si hero kampungku itu?

********

Share this novel

Syach_Dianriel
2023-04-08 03:46:00 

hahaha... amik ksu.. suka sangat pandang jep tu dgn sebelah mata

Laila Qassandra86
2021-03-04 00:56:28 

terbaik la sarah....harap kak tipah kaki sembang tu zip mulut la yea and mira pon insaf insaf la yea

Angah Ajalah
2021-03-03 13:11:48 


NovelPlus Premium

The best ads free experience