Bab 40- pukulan mati

Romance Completed 248237

.
Port Dickson

Tawa Awe yang galak jelas kedengaran. Sarah mengukir senyum senang dari bawah pokok melihat Jep dan Zarul melayan kerenah gedik dan diva si Hawa Najwa.

Kakinya bermain dengan pasir pantai.

Cantik sangat timing family holiday kali ini. Baru lah rasa tenang nak bercuti bila sudah tamat pertelingkahan dahsyat antara mereka itu. Holiday sambil santai bersama keluarga dan sahabat tersayang rasanya lebih bermakna.

"Kau happy Sarah?" Pertanyaan Alina yang duduk disisinya dibalas dengan anggukan.

"Happy. Sangat happy."

"Aku macam tak percaya bahawa ditepi aku sekarang ini ialah seorang perempuan yang bernama Sarah Hayla. What happen to you? What make you change? Aku rasa kau faham apa yang cuba aku maksudkan."

Sarah lepas nafas paling dalam. Semua orang boleh berubah Alina.

"Aku dah tua untuk kejarkan kesempurnaan. Tak semestinya benda yang kita kejar selama ini adalah yang terbaik untuk kita. Sempurna yang sebenar adalah bila kita reda dan terima takdir Allah untuk kita kerana disitu lah teletak makna bahagia yang sesungguhnya."

"Kau cintakan Jep?"

Sarah angguk. Matanya sekali lagi memandang aksi kejar-mengejar suami dan anaknya. Aku cinta lelaki yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaiknya untuk aku.

"Walaupun dia tak sehebat semua lelaki yang pernah mendampingi kau dulu?"

"Jep yang paling hebat."

"Dia tak kaya, tak belajar tinggi, tak ada company macam yang kau impikan selama ini. Kenapa kau boleh cakap dia yang paling hebat?"

" Sebab aku percaya Jep akan pimpin tangan aku masuk ke syurga sang pencipta."

"ok. Itu deep." Alina terus bungkam. Dia ikut menikmati suasana tenang didepan mata. Melihat Zarul ceria melayan kerenah Awe bersama Jep, buat emosi Alina tiba-tiba diserang satu rasa. Sebak.

Terbayang di kotak angannya, suaminya melayan mesra anak mereka. Sayang sekali angan-angan itu masih jauh dari gapaian mereka. Belum rezeki.

**************

"Jep, pastikan kita menang semua acara tau!"

Jep bulatkan mata. Nak menang semua? Kerja gila! Namun dia malas nak membantah. Kalau mood Sarah bertukar, jadi satu kerja pula dia nak menaturalkannya kembali. Ada baiknya kalau diturutkan saja angin tak mahu kalah si Sarah itu.

Permainan untuk santai-santai pun dibuat serius. Jep geleng tak faham.

"Juara dapat duit RM10 ribu. Lumayan kan? Jadi tolonglah menang suamiku.. Aku nak shopping!"

Pipi Jep ditepuk lembut sekilas sebelum dia mendapatkan Awe yang masih menunggu di atas katil. Budak kecil itu masih bertuala comel.

Jep mencebik. Patut pun terlebih semangat. Duit yang jadi taruhan. Zarul memang tak patut. Sengaja nak kenakan aku ke? Dah tahu minah seorang ini pantang pasal duit, yang kau buat hadiah berupa wang ringgit kenapa? Bagi hamper je tak boleh ke?

"Sayang.. family day ni untuk kita santai-santai. Untuk merapatkan ukhuwah, bukan nak dikejarkan duit tu semua." Padangan tajam Sarah mematikan bicara Jep. Cepat sahaja Jep zip mulut dan kunci zipnya itu dilempar ke luar jendela. Tak mahu cari nahas.

Delaila selaku pengelola majlis dah bersiap sedia dengan atur cara majlis. Aktiviti sukaneka berjalan dengan sangat meriah. Masing-masing berkobar-kobar dan bersemangat wajar bagi mendapatkan tempat pertama dalam setiap acara.

"Sekarang aktiviti bola pantai antara couple." Umum Delaila menggunakan speaker. Berpeluh ketiak nak sudahkan game-game yang ada. Satu persatu couple beraksi di gelanggang pantai itu sehinggalah tiba ke couple yang ditunggu-tunggu. Perlawanan sengit antara pasangan Alina dan Sarah.

Sarah dah senyum senget. "Kau akan kalah Alina! Aku akan langsaikan hutang aku masa main nanti." pesan Sarah dengan riak muka jahat membuatkan Alina menelan liur.

"Kau kan dah belasah aku. Kira langsailah hutang tampar tu."

"Belasah haritu untuk kata-kata dan perbuatan biadab kau. Kes kau lempang aku tu hutang lain."

Masing-masing dah ambil tempat. Untuk permulaan, Zarul yang serve bola terlebih dahulu. Sarah tak tunggu lama, dia pantas angkat tinggi dan hentam bola tepat menuju ke wajah Alina. Nasib baik Zarul bergerak pantas menyelamatkan isterinya dari balasan padu Sarah itu.

"Zarul.. I taknak main. Sarah cakap nak langsai hutang. I tak sanggup nak taruhkan muka cantik I untuk bola itu."

zarul gelak. Padan muka. Dulu masa lempang muka orang tu langsung tak memikir. Sekarang tahu pula gentar.

Kesian tengok si isteri yang semestinya bakal dibuli teruk oleh Sarah, Zarul minta tukar partner. Sedang molek Zana offer diri.

Bertambah lebar senyuman Sarah. Ini lagi bagus dari Alina! Aku lagi banyak hutang nak balas pada kau. Silap besar lah kau pergi ganti tempat Alina. Jep yang terpandang riak puas hati di muka Sarah akan penukaran itu pantas kasi amaran mata buat isteri tapi langsung Sarah tak ambil peduli.

Kau tak kan selamat harini Zana!

Pukulan berbalas pukulan. Sarah tak sangka Zana sangat hebat dalam permainan itu. Mereka sama-sama tak mahu kalah. Jep dan Zarul yang jadi mat tegak di gelanggang bagai tiada fungsi menapak ke luar gelanggang. Membiarkan dua makhluk itu bertarung secara sihat.

Siapa kau Zana? Sarah mula tak senang.

Serve bola mati dari Zana buat Sarah tersentak hebat. Dia kaku ditempatnya sendiri bagai tak percaya. Cuma seorang je yang boleh buat macam ni!

Tiba-tiba tangan Sarah terketar tak percaya. Kau? Riaknya berubah.

Zana yang puas melihat reaksi terkejut Sarah sudah mengukir senyuman puas. Akhirnya kau tahu juga siapa aku.

Zana berlalu pergi keluar dari gelanggang.

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience