Bab 30- hero

Romance Completed 248233

Stress!

Kenapa setiap apa yang berlalu pada Alina mesti ada sangkut paut dengan aku? Sarah mencampakkan kasar tas tangan di atas meja.

Melampau lah kalau semua benda buruk yang menimpa Alina perlu jadikan aku sebagai punca dan kambing hitam!

Aku sibuk jaga laki aku yang sakit, alih-alih bila masuk office kena sembur dan perli-perli pula dengan orang ramai. Gila tak angin? Apa kes?

"Sebab kau, Puan Alina gugur! Kau tahu tak?"

Wah sedap petik nama! Hei sedara.. makan boleh sebarang makan. Cakap jangan sebarang cakap! Batang hidung dia pun aku dah lama tak nampak, tang mana pula nak salahkan aku bila orang di sana keguguran? Cakap jangan main sedap mulut je. Tunjuk lah bukti.

Sarah cekak pinggang.

What a bad environment! Asal nak sibuk sangat hal orang lain? Tak boleh buat kerja sendiri ke? Memang Zarul hire korang bekerja dekat syarikat ini untuk jadi kepohci ke?

"Satu office dah tahu kau cuba nak goda boss. Kalau tidak, buat apa kau angkut Encik Zarul balik rumah kau? Kau sedar tak.. Disebabkan kau, rumah tangga Puan Alina dan bos bermasalah. Dia gugur pun sebab stress kau kacau laki dia ! Dasar perempuan murah, tak cukup satu jantan !"

Sarah menapak keluar dari ruang itu. Tak guna berlama-lama menyakitkan telinga dengar suara sumbang.

Ada yang mati juga si mulut jahat itu dikerjakan nanti. Baik aku cari Laila. Sekurang-kurangnya Laila berbeza dengan mereka.

Kes Alina keguguran, Sarah pun tumpang simpati. Dia nak sangat berada disamping Alina tika ini, macam dulu-dulu. Beri kata-kata semangat, pujuk Alina, lap air mata dia. Tapi rasanya semua itu tak mungkin berlaku lagi. Antara dia dan Alina bagaikan tercipta tembok yang cukup tinggi. Sarah sendiri tak pasti sampai bila mereka akan berkelakuan begitu.

Kalau dulu Sarah dipandang sinis, kali ini pandangan serong pula yang ditunjukkan oleh manusia di sekelilingnya. Get a sense ! Aku tak buat apa-apa pun dekat Alina. Kenapa nak tuding jari pada aku?

"Sabarlah Sarah. Ini semua ujian." Kak Laila memujuk lembut. Dia nampak wajah keruh Sarah dari tadi.

"Ini pun ujian untuk Alina, tapi kenapa Sarah yang dipersalahkan? Tak adil untuk Sarah! Semua pandang Sarah ni macam Sarah yang bunuh anak dia. Padahal Sarah dah berminggu-minggu tak tengok muka Alina. Tak logik langsung nak letak salah dekat bahu Sarah! Dah bodoh agaknya semua orang dalam pejabat ni."

"Akak faham. Biasalah manusia ni memang suka cari salah orang. Sarah kena sabar banyak-banyak."

"Zarul pun satu hal. Dia dingin dengan Sarah. Pandang muka Sarah pun tak sudi. Apa dia pun sama pemikiran dengan orang dekat luar sana ke? Sarah tak faham lah! Kusut!" Adu Sarah.

Sarah memang terasa hati dengan layanan dingin Zarul terhadapnya.Setiap kali berurusan, muka zarul hanya beku lagak tak suka.

Leceh lah.. Orang dah move on pun payah nak percaya.

"Dia tengah bersedih, baru kehilangan. Otak tak berapa nak betul, emosi pun tak stabil agaknya. Sarah jangan lah ambil hati." Pujuk Kak Laila lagi.

"Sarah sikit pun tak kisah orang lain nak pandang buruk pasal Sarah. Tapi tolonglah jangan Zarul. Sarah tak selesa keadaan jadi macam ni. Lagipun takkan lah Zarul tak kenal hati budi Sarah macam mana. We have been together for so many years. Dia patut tahu apa keutamaan Sarah dalam hidup ini. I give my alls to my family, friends and career. Man? That will never be my top priority."

"Mungkin dia ingat Sarah masih belum move on?"

"Kenapa Sarah tak boleh move on? He can do it. Sarah pun dah move on. Sarah mengaku, Sarah ambil masa untuk terima kenyataan yang Sarah tak berjodoh dengan dia. Alhamdulillah.. After all of the dramas, the up and down, Sarah dah terus melangkah kedepan. Yang lepas biar lepas. I have started the new chapters of my life.

Kenapa semua orang susah nak faham yang Sarah dah tak kisah hilang seorang Zarul? I dont care who Zarul is anymore . How smart dan rich he is because I believe in my rezeki and my husband." Ujar Sarah tak puas hati bila orang selalu cakap pasal sikapnya yang satu itu.

"Sabarlah! Esok lusa ok lah tu. Marah Encik Zarul bukan lama pun. Bagi dia masa."

Sarah angguk. Moga begitulah hendaknya. Lega sedikit hati Sarah dapat bercakap dengan Kak Laila. Dapat meluah sedikit rasa hati dan marah yang meluap dipincang orang tadi sudah semakin beransur hilang api baranya.

Hanya dengan Laila sahaja dia dapat berkongsi rasa gusar, sakit dan peritnya. Dengan orang lain memang kirim salam!

Baru Sarah ingin menapak pergi sambung siapkan mana-mana kerja yang pending di bahagiannya, pintu bilikZarul terbuka dari dalam. Terpacul Zarul disitu. Agak kaku melihat Sarah di floornya. Muka Zarul melakar riak tak senang.

Sarah hanya diam. Tak tahu nak beriak macam mana. Nak senyum macam tak kena pula dengan riak muka yang dipamerkan oleh lelaki itu sekarang. Teruk betul mood orang disana.

"You buat apa dekat sini? Sengaja nak tambah masalah?" Zarul tiba-tiba melempar kata yang menyentak Sarah dari ketenangan.

"Apa maksud you?"

"Jangan pura-pura tak faham. I tak sangka perangai you macam ni. You licik! I rasa bodoh sangat sebab percayakan you.

I thought kita boleh bekerjasama atas urusan business, but I am totally wrong. Perangai you sangat teruk. You better stay away from me.

I tak nak tahu pasal betapa besarnya impian dan cita-cita you dalam kerjaya yang you kejarkan sangat tu. I just dont want your toxinity in my relationship. Stop being selfish. You dah bunuh anak I!"

Sarah ketap bibir. Tak percaya Zarul sanggup tuduhnya begitu. Mata dikerdip berkali-kali menahan air mata dari jatuh. Tahan Sarah.. Tahan! Dont cry. Please dont cry! Sumpah aku terasa Zarul.

"You dah boleh stop dan lupakan taktik basi tu untuk lemahkan I. Air mata you kali ini takkan mampu untuk buat I percayakan you lagi. Sekarang I dah tahu kenapa I berjodoh kahwin dengan Alina dan bukan you. Sebab perempuan yang baik untuk lelaki yang baik and you're totally the opposite of mine. You mata duitan, kebendaan , think only about yourself and I am done with you. You sangat teruk, Sarah!"

Sarah hanya diam. Dah tak mampu berkata apa. Kalau yang bercakap itu Zana atau Mira, rasanya Sarah takkan terdiam seribu bahasa begitu. Bila Zarul yang menutur kata sekejam itu, Sarah tersiat hebat. Hatinya terhiris dahsyat. Sampai hati Zarul.

***********************

"Anak kau mati, tak ada kena mengena dengan bini aku. Jaga mulut kau bila bercakap. Yang kau cakap buruk tu, bini aku, cerminan aku. Kau hina dia bermakna kau hina aku. Aku takkan benarkan kau pijak maruah kami."

Sarah terkejut dengan kemunculan Jep di muka pintu. Sejak bila Jep ada disitu? Setitik air mata Sarah jatuh. Aku sangat perlukan kau Jep.

Kemunculan dan kata-kata Jep membuatkan tumpuan Zarul dan semua yang ada disitu berpusat pada Jep pula. Tidak lagi pada Sarah dan Zarul.

"Anak kau mati bukan salah sesiapa tapi aturan takdir. Kalau kau nak meletakkan salah pada bahu seseorang, seharusnya orang itu adalah diri kau sendiri. Kau ketua keluarga. Salah kau tak pandai jaga bini. Emosi isteri sendiri pun tak boleh nak handle.

Kalau bini kau jealous dan curiga dengan hubungan kau dan Sarah, itu dah jadi tanggungjawab kau untuk buktikan pada dia dan buat dia percaya dengan cinta suami dia. Jangan sebab kau gagal, kau nak tuding jari pada orang lain pula . Aku bukan suami dayus yang hanya akan berdian bila isteri aku difitnah dan dibuli oleh jantan loser macam kau."

Zarul terbata.

"Get a sense. Sarah milik aku. Sekali pun dia nak kejar kau, benda tu takkan berlaku sebab syurga dia ada pada aku. Isteri aku bukan perempuan murah. Jangan hina dia sesedap rasa hanya untuk sedapkan hati kau yang gagal untuk jaga anak bini sendiri."

Semua terpaku dengar bicara tegas seorang hero kampung.

"come Sarah. You have me. Jangan dengar orang bodoh bercakap. Macam orang tak ada iman , tak percaya qada' dan qadar." Marah Jep sambil menggamit Sarah kepadanya.

Sarah meluru mendapatkan Jep. Tubuh Jep dipeluk erat. Sangat berterima kasih diselamatkan lelaki itu. Di saat dia mati kutu dan tak tahu nak buat apa diperlakukan begitu oleh orang yang sangat dia percaya, Jep muncul menjadi hero yang mempertahankan maruah diri yang dipijak lumat. Mengutip sisa-sisa keyakinan diri yang bersepai jatuh ke tanah.

"Dah luunch hour. Jom makan? Aku bawa bekal." Pujuk Jep berbisik. Bertukar terus karakternya. Tadi tegas sekarang habis lembut dengan Sarah. Si isteri angguk dan jemari itu diraih untuk berlalu pergi dari situ.

Mereka menapak jauh meninggalkan yang lain yang masih terkejut dengan kemunculan jep dan bisanya mulut Jep mempertahankan isteri.

Zarul masih terkaku di posisi tadi. Memandang dua manusia itu berlalu pergi. Dalam diam dia mencerna kembali kata-kata yang disampaikan oleh suami sarah sebentar tadi.

Zarul melepas keluhan kesal. Kata-kata yang dilemparkan pada Sarah tadi sangat melampau. Kusut! Zarul membawa langkah ke biliknya semula. Tak ada mood nak makan. Muka diraup. Dia keliru.

Rasa kecewa yang ditanggung buat dia hilang rasional. Sarah.. maafkan I. Alina.. tolonglah percayakan abang.. Muka serabutnya diraup kasar.

*********************

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-01-27 06:35:17 

tq update..best sangat.


NovelPlus Premium

The best ads free experience