Jangan ambil adik Awe! Jerit Awe kuat di muka pintu.
"Awe.. Kenapa ni sayang?"
"Dia ni ibu.. Muka buruk! Jahat! Cibuk nak macuk ambil adik Awe!" Sarah telan liur melihat reaksi anak yang sangat marah.
Bonda yang turut berada disitu mula membaca surah menghalau. Seketika kemudian, baru lah muka Awe kembali tenang. Dipeluk tubuh Sarah erat bagaikan melindungi si ibu.
" Jep! Kau bawa bini kau pergi mana tadi?" Tanya bonda garang. Jep ditingkat atas villa menjenguk kepala ke bawah.
"Kenapa bonda?"
"pergi mana tadi? Berapa kali bonda pesan, malam-malam jangan merayap! Dah ada benda yang mengikut. Nasib baik ada Awe. Kenapa susah sangat nak dengar nasihat orang tua? Kamu tak sayang anak bini ke?" bebel bonda Razita panjang.
Jep cemberut pandang Sarah yang buat mata terkebil-kebil lagak tak bersalah. Semua salah sayang! Abang dah tegah tadi, degil! Konon nak lawat kawasan sekali baring atas kita! Tak pasal - pasal bonda marah abang. Padahal kerenah menantu kesayangan!
Kenapa salahkan aku pula? Kau yang lemah sangat dengan kata pujukan dan rengekan aku! Kau lah salah. Kau ketua keluarga. Kau patut bertegas pada aku.
Masing-masing bertelagah dengan bahasa isyarat mata dan muka yang mencebik-cebik dari tadi.
"ibu.. Kat atas tu ada dua baba. Sama." ujar Awe perlahan. Perlahan pun, masih boleh didengar oleh Jep. Pantas dia toleh ke tepi. Kosong!
Biar betul budak ni. Jep telan liur. Bukan hantu takut untuk rapat dengan aku ke? Apakah sekarang sudah ada yang berani ? Aku dah hilang taring ke?
" Bonda! Panggil ustaz!" jerit Jep kuat sambil kaki laju melangkah turun ke bawah. Tiba-tiba terasa seram duduk diatas seorang diri. Pandai pula menyerupai mukanya. Tak aci macam ni!
Keras ke villa yang baru dibelinya ini? Jep beli tanah persendirian ini hanya kerana kawasannya cantik. Dia tidak terfikir pula kalau ada yang kurang beres akan tempat ini. Aduh.. Masak aku!
Kalau benar ada yang berani menyerupainya, biar dia yang dekat dengan anak bininya. Tak mahu andai hantu jahat itu menempel dengan keluarganya. Minta simpang! Kalau dah berani menerupai, takkan tak berani untuk berbuat lebih.
Melihat gelagat penakut si baba, Awe ketawa kuat. Ketawa sampai tepuk tangan. Suka sangat dia dapat kenakan babanya.
" Bang bang boom!! Baba terkena. Dah becar pun tacut! Baba tacut! Baba tacut. Awe nak cakap dekat mawar dengan mimi yang baba tacut. Biar diaorang tak tacut ngan baba dah. Baba tacut! Tak malu!"
Suka Awe mengejek babanya sambil mengelek botol susu cap besarnya naik ke atas. Patung beruangnya dikelek sama.
Riang anak kecil itu memanjat tangga menuju ke bilik baba dan si ibu. Dia tak mahu tidur dengan Tok bonda. Awe harus pantas mencari port tidurnya.
"Awee!!!!!!" jep jerit tak puas hati. Bengangnya rasa dipermainkan oleh anak sendiri. Macam tu je Awe game aku?
Sarah ketawa kuat. Padan muka Jep. Dulu gelakkan aku, sekarang rasakan lah! Bonda Razita cuma mampu menggeleng.
Boleh pula cucu aku bergurau macam tu? Jangan buat begitu pada Tok Bonda wahai cucuku.. Mahu tercabut jantung ni dibuatnya. Hai lah cucu..
*********************
Sayang! Sabar!
Zarul tepuk dahi tengok kalut seorang Alina Samirah. Menonong je jalan ke depan. Laju! Tak ingat agaknya dia sedang bawa perut. Sudah lah kandungannya masih baru lagi.
Habis laju zarul kejar langkah Alina. Apa entah yang dikejarkan sangat. Bukan boleh berlari pun Sarah tika ini. Baru meletup kot.
"baby cepatlah sikit! I dah tak sabar nak jumpa Sarah. Terhegeh-hegeh pasaipa?" keluar dah bahasa penangnya. Zarul geleng kepala. Alina kalau dan dia buat kalut memang boleh bawa gaduh! Sabar lah yang oiiiii.. tak kemana pun si Sarah tu.. Zarul menggeleng lagi.
"Sarah!!" masuk saja pintu ward, Alina terus bertempik. Semangat mendapatkan tubuh Sarah yang masih terbaring. Pipi sahabat dicium mesra. Sarah yang masih lemah hanya tersenyum manis tengok gelagat terlebih gula dari Alina. Hyper! Tak larat Sarah nak terkinja-kinja sama. Biarlah Alina seorang yang terlebih excited dan over.
"Tahniah Sarah. Akhirnya berjaya juga kau surprisekan jep dengan twins ni. Amacam Jep, terkejut beruk tak dapat babies?" wajah Jep dicari.
"gila tak terkejut? Ingat lepas keluar baby, dah boleh tarik nafas lega. Sekali doktor suruh push lagi. Tanjat abang ni dik.." balas Jep ceria.
Patutlah Sarah tak nak pergi check up dengan Jep. Asyik ajak Zana dan Alina sahaja. Rupanya ada udang disebalik batu! Nasib tak pengsan je tadi dek kejutan yang tak terjangka. Patut pun perut Sarah kemain lagi besar. Takut tengok. Bawa dua nyawa rupanya sayangku ini.
"Are you happy, abang?" tangan Jep yang masih memegang jemarinya kemas, dicium sekilas.
"of course I am. Thank you sayang. Me love you so much!" ubun-ubun Sarah dicium lagi buat kali yang ke berapa pun Sarah dah tak terkira. Banyak sangat! Tadi dah cium, sekarang cium lagi. Sarah yakin dan percaya, selepas ini pasti akan ada lagi ciuman-ciuman hangat dan terharu dari lelaki itu. Suka sangat Jep dapat dua orang permata hati kali ini.
"Harini tak ada hadiah untuk sayang ke?" tanya Sarah dalam senyuman.
Jep gigit bibir. Dia terlupa untuk berikan hadiah untuk Sarah hari ini. Panik dengan kelahiran cahaya mata yang tiba-tiba. Habis lupa segalanya.
"hadiah? Sempena melahirkan ke?" Zana yang baru muncul cepat mencelah. Dia pantang dengan hal-hal berkaitan hadiah ni.
"Nope! Bukan hadiah melahirkan tapi my everyday hadiah untuk si mata duitan ni. Katanya itu satu-satunya cara untuk topup kasih sayang dia untuk aku. Nasib badan berjodoh dengan gold digger." Jep pura-pura mengeluh.
"Alhamdulillah. Ada hikmah aku kahwin dengan Alina. Kalau tidak mahu botak kepala aku hadap perangai gila bini kau."
"itu lah rahsia jodoh. Allah tahu siapa yang terbaik untuk setiap hambanya. Siapa sangka gangster kampung boleh jadi Dato' jep Zafrel. Kalau dulu hanya Sarah seorang yang rela mendampingi lelaki 'part time' ini, sekarang petik jari, berduyun yang datang." Zana sambung.
Jep buat muka bangga. Sarah mencebik.
" Ibu!! "Awe rempuh masuk. Dia berjeda di tepi katil. Muka berkerut seribu.
" mana perut ibu? "perut Sarah yang meleper disentuh tak puas hati.
" Dah keluar lah sayang."
"mana?"
Sarah tunjuk katil baby disebelah. Awe tekup mulut sendiri. Tak percaya. Dua? Dua jarinya ditunjuk pada si baba. Muka paling tak percaya campur excited terpeta jelas.
"kenapa adik ada dua? Perut ibu ada catu je."
"ini kembar, sayang."
"kembar?"
"ye sayang.. Kembar macam ibu Zara dan ibu Sarah." sampuk Mak minah. Dia yang baru tiba dengan suami dan besannya Razita, gegas berkerumun disekeliling cucu baru mereka. Pipi merah itu dicuit sedikit.
Mak minah memang takut pegang baby yang baru lahir. Selama ini, suaminya yang banyak tolong dan uruskan semua. Bila usia bayi sudah dua bulan lebih, baru Mak Minah berani untuk pegang sendiri.
"Bang aji.. Comelnya cucu saya bang aji.." pipi bayi di dalam kendongan suaminya, dicuit lagi sekali.
"yelah.. Semua yang comel semuanya cucu awak seorang. Kalau perangai 'elok' sikit semua awak tolak jadi cucu saya." perli Haji Karim sambil menunduk cium si kecil. Seorang lagi cucunya dalam pegangan si besan.
"Apa namanya ni?"
"Uwais dan Ummar, bonda." Jawab Jep senang.
"No! Jebat dan Tuah." sarah membetulkan nama anaknya.
"Sayang.. Haritu kan dah setuju nak letak Uwais ataupun Ummar.."
"Itu kalau yang keluar itu seorang. Namanya Uwais atau Ummar. Tapi sekarang yang keluar dua. Automatik jadi Tuah dan Jebat." putus Sarah enggan berkompromi.
"Sayang.. Kampung sangatlah nama tu.."
"Awak pun kampung juga. Ingat sikit diri awak tu Hero Kampung saya. Biarlah kalau anak saya pun nama kampung. Saya punya suka lah. Dia duduk dalam perut saya, bukan perut awak."
"Sayang.. Tak nak Jebat Tuah. Please..."
"No!" dalam lemah pun Sarah masih mampu bersuara tegas.
Aku ni yang penat mengusung budak berdua ni ke hulu ke hilir, sampai termimpikan Hang Tuah, Hang Jebat, si suami yang senang lenang pula nak claim nama si anak. Banyak cantik! Nak Tuah dan Jebat juga! Aku dah locked lama dah nama tu. Lepas tahu kembar dan jantina, terus nama itu menjadi pilihannya. Tak nak tukar! Tak nak nama lain! Jebat, Tuah. Titik!
"ikut je lah Jep oiii.. Sarah yang beranak. Ikutkan je lah kehendak dia. Jangan berkira dengan isteri. Dibuatnya Sarah tak sudi nak lahirkan zuriat untuk kamu lagi, baru kamu tahu!" bonda Razita bersuara. Sakit hati tengok si anak tak nak mengalah. Nama je pun. Itu pun jadi masalah! Siku kang baru tahu.
*******
Share this novel