Bab 48 - The Helang

Romance Completed 248237

Projek baru. Projek Mega.

Sarah ambil nafas. Dia mengeluh seketika. Melihat bangunan tinggi yang megah terbina di depan mata buat Sarah ingat kenangan lama. Bangunan yang sama tempat Jep menjadi despatch. Semakin dia cuba untuk melupakan si suami yang tidak lagi dianggap, semakin banyak pula kebetulan yang berlaku.

Baru beberapa hari lepas Sarah terserempak dengan Jep dikedai makan. Lelaki itu nampak gembira makan bergelak ketawa dengan Awe dan seorang wanita cantik tanpa pedulikan langsung akan keadaan di sekeliling. Jep nampak bahagia. Sarah terasa hati.

Sarah yang memang mengidam untuk melantak tomyam di kedai itu terpaksa orak langkah pergi. Sarah tak mampu tabahkan hati untuk menahan rasa yang menyiat di kalbu. Kau baik-baik sahaja dengan perpisahan ini? Kau bahagia Jep?

Kau jahat! Kau masih suami aku. Aku kelelahan bawa perut yang memboyot seorang diri, tapi kau elok bersenang -lenang dengan perempuan lain. Sarah sakit hati. Dia simpan dendam. Andai suatu hari nanti Jep kembali, aku akan beri pembalasan yang setimpal.

"Puan, Puan okey? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Sapa pegawal keselamatan itu dengan prihatin.

Lama juga dia perhatikan wanita itu berdiri disitu sambil cuba menenangkan diri. Manalah tahu kalau-kalau wanita itu ada masalah dengan kandungannya. Nak beranak ke apa, boleh dia tolong telefon ambulans dengan segera. "

"Tak perlu tolong, pakcik. Saya okey. Cuma mengah sikit maklumlah bawa perut kan." senyum Sarah manis. Dia berpamitan sopan sebelum melangkah masuk.

Sarah cuba menenangkan diri. Kuat Sarah. Kau bukan orang yang bersalah, sampai takut nak munculkan diri di depan 'bekas' suami. Kalau terserempak pun apa salahnya. Tunjukkan kebahagiaan kau sekarang. Tanpa lelaki pun kau dah boleh capai impian kau. Kau dah jadi COO di SK Holding! Tunjukkan pada dia betapa kau bukan seorang pecundang! Kau pantang mengalah dan putus asa. Kau ada girl power!

Sebelum pintu lif tertutup serapatnya, Sarah ternampak kelibat Jep. Walau hanya dari belakang tubuh Jep sahaja yang kelihatan, Sarah yakin dan percaya itu suaminya. Jep kelihatan kalut menapak pergi dengan membawa segala dokumen dan barang-barang yang perlukan khidmat penghantarannya. Sarah ketap bibir. Rindu.

Jangan mulakan Sarah! Move on! Sarah pasang tekad semula. Sampai sahaja di tngkat 12, Sarah menuju ke meja utama disitu, memaklumkan bahawa dia sudah sampai untuk meeting dengan Dato'.

"We are so sorry Puan Sarah. Dato' lambat sikit. Sekejap lagi Dato' sampai. Puan duduk dulu, saya buatkan air. Puan nak minum air apa? Tea, coffee or milo?"

"Emm.. its okey. Saya tak boleh minum semua tu. Tak apa lah, tak perlu buat air. Saya boleh tunggu tanpa minum. Saya tak dahaga pun." Sarah menolak dengan sopan. Sejak mengandung memang Sarah langsung tak boleh minum atau sentuh air yang biasa dia minum. Anaknya ada citarasa sendiri. Satu jenis minuman je yang dia boleh terima. YAng lain semua tak boleh lepas tekak.

"Takpe puan..tak apa.. saya faham. Puan nak minum air apa, puan cakap je. Saya boleh buat."

Sarah serba salah. Takut menyusahkan pula dengan permintaannya itu.

"Sirap ais boleh? Tapi nak ais ketul, tak nak yang pakai air sejuk. Kalau tak ada, tak payah buat. Saya memang tak boleh minum kalau bukan yang macam saya nak." Tersipu Sarah melihat muka tak percaya si mesra di depannya. Nuha angguk faham sebelum menghilang ke pantry. Anak aku ini selera kampung!

Pantang kutuk sikit mesti anaknya menendang kuat dari dalam. Berkerut sikit muka Sarah bila diasak kuat oleh si anak. Aktif anak ibu harini. Sarah urut perut memboyotnya bagaikan memujuk si anak agar jangan terlalu agresif bergusti di dalam. Ibu awak dah sakit pinggang dilanyak oleh awak. Tahu?

Hampir sejam juga Sarah menunggu. Sampai tertidur! Sebal dalam hati tak usah dicakap, seorang manusia punctual seperti Sarah diminta menunggu selama itu, memang minta makian dalam hati. Harap dia mahu projek ini sahaja, jadi dia masih bersabar. Kalau diiukutkan hati mahu dia angkat kaki dari tadi.

Ini ke Dato' H yang korang puji sangat tu? Masa pun kelaut!

Sekarang Sarah mudah letih. Pantang letak kepala mesti terlelap. Penat bawa perut agaknya. Kakinya juga sering membengkak sakit.

Dia yang baru celik mata sedikit tersentak bila dijamu dengan wajah lembut Nuha.

"Puan, Dato' suruh puan tunggu di dalam. Kalau puan nak baring dekat dalam pun boleh. Sekejap lagi Dato' sampai. Dato' minta maaf sebab buat puan menunggu lama." Nuha minta maaf dari pihak majikannya.

"Lambat lagi ke? Kalau lambat sangat saya cari tarikh lain je lah. Saya datang next appointment." Jam ditangan dikerling sekilas.

"Tak lama dah puan. Mari saya bawa puan ke dalam." Sarah hanya mengekor.

"Saya keluar dulu puan." Sarah hanya mengangguk. Baik betul budak Nuha ini. Sopan-santun sangat. Masuk kali ini dah dua gelas air sirap ais yang Cik Nuha hidangkan untuknya. Naik segan pula Sarah.

Mata Sarah dibawa memandang sekeliling ruangan itu. Elegant, maskulin. Komen Sarah akan konsep bilik Dato Helang. Habis setiap pelusuk bilik dibelek oleh mata galaknya. Dapat di rasakan aura karisma CEO The Helang ini. Siapakah agaknya gerangan Dato yang terlalu digeruni dan disegani oleh orang-orang korporat seantero dunia ini?

Sarah tertanya-tanya. Bukan mudah orang nak berurusan dengan Dato'Kekwat yang dikenali ramai dengan gelaran Dato'H. Sarah kira beruntung kerana diberikan peluang itu. Mungkin rezeki anaknya. Sarah senyum penuh kesyukuran.

Seketika pandangan Sarah tertangkap pada satu frame gambar kecil diatas meja. BAgaikan terpanggil untuk melihat, Sarah mendekat. Entah apa yang merasuk, Sarah tanpa sedar dah berani menceroboh hak privasi Dato' H.

Gila kau Sarah! Kau tak takut dia fikir kau penyibuk dan tak professional ke? Dia bukan orang kaleng-kaleng dalam dunia perniagaan. Dia ada auranya yang tersendiri dan bukan semua orang dapat berjumpa dengan Dato' H edisi terhad itu. Kau tolong behave kalau tak nak dia campak kau dari company dia ini.

Walau sudah dinasihati, Sarah tetap gatal tangan.

Potret yang agak tersorok itu diambil pantas . Kecil mata Sarah. Jep? Awe? Apa ni?

Tak puas hati, Sarah cari bukti lain. Tanda nama yang tertera diatas meja itu buat Sarah melopong luas. Apa semua ini? Dato' Jep Zafrel Bin Zahiril?

Air liur ditelan payah. Potret kecil itu turut diambil sama. Sarah menapak kalut ke meja Nuha.

"Siapa ini? Kenapa gambar ini ada disini? Ini Dato H ke?"

"Ini lah Dato' H. Yang kecil ini puteri tunggal Dato'. Kenapa puan? Puan okey tak ni? Muka puan nampak pucat sangat ini." Nuha cemas melihat perubahan mendadak Puan Sarah.

"Saya rasa saya kena balik office sekarang. I see you next time." Sarah ingin berlalu pergi. Dia tak mahu berjumpa dengan Jep dengan keadaan begini. Tak mahu! Dasar penipu! Tapi Sarah dah terlambat.

"Nuha, saya taknak sebarang gangguan hari ini. Cancel semua meeting saya and meet my wife, Datin Sarah Hayla."

Nuha terbatu, Sarah terkaku. Masing- masing dalam zone yang tak selamat. Seorang dengan rasa takut kerana tak kenal bini bos dan seorang lagi cemas kerana tak suka berdepan dengan Jep di saat ini.

"Sarah, shall we? We got a lot of things to be discussed."

Mata helangJep pandang tepat padanya. Mahu tak mahu, Sarah ikutkan juga kehendak lelaki itu. Enggan Nuha tahu masalah dan kemelut antara mereka.

Pintu bilik dikunci setelah Sarah menapak masuk. Jep pandang garang padanya. Sarah kekal bisu. Apa pandang-pandang??

***********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience