Bab 7- bungaku

Romance Completed 248233

Sarah lain sangat kebelakangan ini. Jep bingung. Apa yang mengganggu Sarah? Biasanya Sarah suka marah-marah. Tapi kali ini 'bunganya' itu diam, lagak orang patah hati. Mata itu pula adakalanya sampai bengkak. Sarah menangis ke?

Teruk sangatkah jadi isteri seorang Jep Zafrel? Jep tak senang duduk. Dari tadi si isteri berkurung dalam bilik. Aku ada buat salah ke?

Sarah di bilik pegang telefonnya kemas. Sekali lagi air matanya gugur. Dia cuba sedaya upaya tahan tangis. Aku takkan menangis! Aku perempuan kuat! Aku takkan menangis untuk lelaki! No!!

Walau sekuat mana Sarah cuba tahan diri dari tidak meratapi nasib diri, dia gagal. Air matanya jatuh bagai empangan pecah. Mendayu tangisan kesedihan yang terbit dari dalam diri. Jiwanya serba perit menahan rasa kecewa yang bukan sedikit.

Zarul bahagia bersama Alina. Gambar-gambar bahagia pasangan itu dibelek dari atas ke bawah. Ig milik kekasihnya itu di scroll lagi. Alina bidadari syurgaku? Caption Zarul meranap emosinya. Sudah lah foto-foto bersama Sarah habis hilang dibuang oleh lelaki itu.

Saya ni siapa, Zarul? Siapa? Senangnya awak tukar rasa cinta itu. Awak sengaja nak sakitkan hati saya kan? That was my dream wedding! Angan-angan saya, impian saya. Kenapa mesti awak hina saya macam ni? Awak perlekehkan saya dengan persembahkan impian saya pada Alina? Your honeymoon destination pun tempat yang pernah saya request pada awak! Kenapa awak robekkan hati saya macam ni???!

Wajah ditekup ke bantal. Dia menjerit kuat disitu. Melempiaskan rasa sakit yang ada. Tilam pula dihentak-hentak kuat. Sarah melakukan pemberontakkan dalam diam.

Setelah puas menangis, wajah diangkat dari bantal. Sarah terkejut. Jep memandangnya tepat sambil memeluk tubuh bersandar di pintu bilik. Telefon Sarah kini dalam genggaman Jep. Dia tahu apa yang membuatkan Sarah meroyan dalam diam. Wajah itu sememeh dengan air mata. Rambut pula kusut masai.

"keluar!" sarah menghalau.

"menangis je lah.. Apa guna kau ada suami kalau suami kau tak boleh nak pujuk? Sini, menangis dekat aku."

"Jep. Aku tak perlukan kau. Just leave me alone. Aku tak okey Jep. Jangan cari pasal. Aku tak ada mood nak bergaduh dengan kau. Keluar!"

"jangan tahan, Sarah. Tak loser pun kalau kau menangis depan aku. Air mata bukan lambang kelemahan tapi sebenarnya punca kekuatan. Zara tak pernah malu untuk menangis depan sesiapa pun, kenapa kau nak tahan diri? Even ironlady pun menangis. Kau siapa? Just cry! Aku takkan ejek kau.. "

" aku bukan lembik macam zara! Aku Sarah. Untuk apa aku menangis kerana lelaki? Keluar lah Jep. Pergi tengok anak kau tu!"

Jep tak peduli. Tubuh Sarah dibawa ke dalam pelukan kejapnya. Sarah meronta minta dilepaskan. Tak suka dengan perlakuan Jep. Penyibuk!

" aku minta maaf. Aku penyebab semua ini berlaku. Kau marahlah aku, kau pukul aku. Lepaskan kesakitan yang ada dalam hati kau tu Sarah. Jangan pendam lagi. Lepaskan.."

Sarah diam.

Jep mati kutu. Susahnya nak pujuk minah ni. Dia buat riak beku? Tadi elok je dia melalak. Bila tahu aku disini dia buat macam tak sakit pula. Ego nak mampus.

Kedua belah pipi sarah, jep pegang dengan tangannya. Membawa wajah itu pandang tepat ke mukanya.

"are you that in love with him? Sarah, dalam hidup ni apa yang kau paling mahukan? Zarul? Sebab apa kau nak Zarul? Kenapa kau tak boleh terima aku? Aku boleh jadi lelaki hebat yang boleh kau banggakan, Sarah. " mata Sarah dipandang lama. Ketahuilah Sarah, aku lelaki yang lebih hebat dari Syed Zarul. Aku boleh bagikau semuanya termasuk jiwa dan raga aku.

Sarah diam. Dia tak ada mood nak bercakap. Apa yang dia mahu adalah jantan itu segera berambus. Jangan kacau dia untuk menyendiri.

"sebab aku tak berharta? Sebab aku orang kampung? aku selekeh? Tak kacak bergaya macam lelaki pujaan kau? Itu ke yang buat kau sakit hati? Kau menangis sebab aku tak sehebat Zarul?"

"memang! Itu yang kau nak dengar sangat kan? Aku sendiri tak tahu aku nak marah atau menangis. Aku kecewa sebab berjodoh dengan kau! Aku boleh terima kalau Zarul bukan jodoh aku tapi aku tak boleh terima kalau aku terpaksa hilang Zarul untuk lelaki macam kau! Sekarang kau dah dengar kan? Aku harap kau berpuas hati jadi sila berambus!"

Jep terkedu. Sarah terlalu berterus- terang buat jep hilang kosakata. Sarah makin gagal tahan emosi. Dia hentak kuat dada Jep. Rasa bersalah kerana tuturkan kata-kata sebegitu.

"kau memang sengaja nak nampakkan aku teruk kan Jep? Kau pun sama dengan orang lain. Aku keras kepala bukan bermakna aku tak ada hati! Aku terseksa dengan semua ini. Dari kecil asyik aku yang berkorban. Orang nampak aku selfish sebab aku tak akan mudah berkompromi tapi orang tak tahu berapa banyak aku mengalah demi Zara. Untuk Sally aku korbankan Haziq, sekarang demi Awe, aku kena lepaskan Syed Zarul. Masih jahat lagi ke aku ni? Aku sakit Jep. Hati aku sakit sangat.

Kata-kata kau tu buat aku rasa lebih teruk. Kau tak ada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Zarul. Kejam ke aku cakap macam ni? Tolong lah Jep. Stay away from me kalau kau tak nak terluka dengar apa yang keluar dari mulut aku. I just can't control myself anymore. Keluar jep! Keluar!" tubuh Jep ditolak menjauh hingga ke pintu bilik.

Jep tak berganjak malah makin bawa sarah ke dalam pelukannya.

" it's okay Sarah. Kau berhak untuk marah. Lepaskannya Sarah. Marah aku, maki aku, pukul aku sarah kalau itu boleh legakan hati kau."

Sarah bagai dirasuk setan. Dia bagaikan terhipnosis dengan kata-kata Jep. Air mata yang ditahan tadi tiba-tiba berjujuran. Memang tidak dilepaskan peluang yang ada. Dilaharkan semua rasa yang mencengkam jiwa.

Rasa marah dan kecewa terhadap zarul dan Jep sama seimbang. Dua-dua dimakinya. Sambil memaki sambil tangan menumbuk Jep. Geram. Sakit hati. Semua sebab kau!

Setelah dia puas, dia menggodoi pula di dada Jep. Menangis sesayu habis. Jep yang mendengar setiap rintihan Sarah turut berkaca matanya. Habis basah dadanya dengan air mata si isteri yang meratapi episod lara drama percintaan tak jadinya.

"aku cintakan zarul.. Kenapa dia buat aku macam ni.. Sakit sangat Jep. Sakit sangat bila aku terus-terusan perlu berkorban. Aku nak dia..lima tahun Jep.. Lima tahun aku dengan dia. Ini kesudahnya?

Kenapa terlalu perit untuk aku hadapi perpisahan ini? Kenapa terlalu mudah untuk dia lupakan aku? Dia bahagia dengan sahabat baik aku sendiri. Aku sakit sangat Jep.. Aku nak mengamuk, nak cakap dia curang tapi aku tak layak. Sebab semua ni jadi disebabkan aku setuju kahwin dengan kau. Seksa jep.. Sakit sangat menanggung rasa dalam ni.. Aku gagal lagi.. Dulu Haziq sekarang Zarul..kenapa aku mesti jadi isteri kau? Aku tak nak kau.. " sarah menangis lagi.

Dia dah tak kisah andai terlihat buruk dan loser di depan Jep. Hatinya sangat rawan. Pedulikan apa orang nak kata.

Jep terus memujuk perlahan 'bunganya' walau hati sendiri parah menanggung rasa. Tak apa sarah.. Merataplah episod duka kau ini. Kerana aku, Jep Zafrel berjanji akan lakarkan kanvas bahagia untuk kau. Hari ini kau berduka, satu masa nanti kau akan bersyukur bersuamikan aku.

Satu masa nanti kau lihat sendiri dan jadilah saksi betapa besarnya cinta seorang samseng kampung macam aku ini untuk kau, Sarah Hayla.

Aku bersumpah demi langit dan bumi. Kau 'bungaku' selamanya.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience