Bab 39- tiada kompromi

Romance Completed 248237

.

Muka Jep bengang. Mata dipaksi memandang dinding. Sarah melampau! Tak lawak pun Sarah Hayla... Tak lawak!

Kalau aku tak reda dengan perlakuan kau hari ini, sia-sia je hidup kau. Muka Jep garang menahan rasa marah dan kecewa yang melanda hatinya sejak tadi.

Hati Jep berbahang panas mendengar tawa lepas dan gelak menganjiing dari sang isteri. Jep tak berkenan langsung Sarah bergurau seperti itu. Hampir sahaja dia diserang panik.

"Aku tak suka kau bergurau macam ni. Nak bergurau dengan suami boleh Sarah, tapi perlu beradab. Tolong jangan cakap apa-apa dengan aku hari ni. Aku nak bersendiri."

Jep yang masih melabuh duduk di tepi Sarah dari tadi sudah berdiri ingin melangkah pergi namun tangannya ditarik Sarah perlahan, menghalang.

Jep tarik nafas panjang. Nak apa lagi? Tak puas buat suami sendiri macam badut?

"Aku tak rasa kau patut marah, Jep. Bukan aku yang mulakan gurauan yang macam ni."

"Stop it Sarah. Aku tengah marah. Please excuse me."

"Kau bergurau boleh,! kenapa bila tang aku bergurau, jadi tak boleh pula? Kau tak fikir langsung pasal perasaan aku bila kau nak berbini lain. Kau cakap kau sayang aku! "

"Aku sakat anak je. Kenapa kau perlu ikut campur? Kau tahu tak apa perasaan aku tadi?"

SArah mengeluh melihat Jep meraup mukanya kesal tanda menjemput selaut kesabaran bila dipaksa berbalas cakap dengan Sarah apabila hatinya tak mahu berbuat begitu. Dia mahu redakan rasa amarahnya dahulu tapi Sarah terus mendesak.

"Kalau kau tak boleh terima gurauan, lain kali jangan mengada nak usik orang. Kau yang cari masalah. Ikut kau lah! Lepas ni tak payah bergurau dengan kami anak beranak."

Sarah pula yang dilanda kebengangan. Dia mahu menapak pergi. Entah kenapa barannya muncul.

Jep tiba-tiba keliru. Siapa yang salah sebenarnya?

"Your words Sarah. You're hurting me. Tahu tak apa perasaan aku bila kau berlalu pergi dengan lelaki lain? Kau letak maruah aku bawah tapak kaki kau. Kau tahu tak berapa ramai mata yang pandang aku dengan riak mengejek tadi? Kau tahu tak apa perasaan aku bila bini aku pilih orang lain, rasa lebih selamat dengan orang lain daripada suami sendiri?

Kau sedar tak kau panggil aku apa tadi? Orang yang gila talak! Kau memaksudkan perpisahan dari aku.

Kau tahu tak hati aku luluh macam terhempas ke tanah? Kau cakap, boleh jaga Awe tanpa aku. Kau maksudkan aku ni tak penting langsung dalam hidup kau? Kau buat aku macam sampah.

Depan zarul kau cakap semua tu. Kau langsung tak hormatkan aku, kau perlekehkan status aku sebagai seorang suami, seorang ketua yang patut kau hormat dan taati. Hati aku ni sakit, Sarah.

Kau tahu tak aku tak boleh hidup tanpa kau? Aku terseksa bila kau tinggalkan aku, bawa anak aku pergi dengan lelaki lain. Sakit sangat. Aku dah bagi kau seluruh jiwa dan raga aku tapi kau pergi tinggalkan aku. Tahu tak sakit?"

Sarah diam mendengar luahan hati Jep.

" Aku macam orang gila fikir dalam kereta tadi macam mana aku nak pujuk, macam mana nak buat kau percaya semuala pada aku, bagi peluang untuk aku tebus kelancangan aku tapi kau hadiahkan aku dengan ketawa dan suara nganjingan?

Patut ke aku ketawa sekarang bila isteri aku permainkan aku macam ni? Aku tak layak untuk marah ke Sarah?"

Melihat Sarah hanya kaku terdiam, Jep kembali ingin mengorak langkah naik ke atas. Dia nak pujuk kembali jiwanya yang berkecai tadi.

Sarah pantas berlari mendapatkan Jep. Tubuh Jep dipeluk dari belakang. Dia menangis.

"Aku minta maaf Jep. Aku melampaui batas. Maafkan aku. Aku janji aku tak buat lagi. Jangan marah pada aku terlalu lama. Aku sayang kau, aku cinta kau. Aku takkan tinggalkan kau. Aku janji akan setia hingga hujung nyawa. Maafkan aku. Aku tersilap. Maafkan aku..."

"Aku tak tahu macam mana hidup aku tanpa kau, tanpa Awe. Jangan bergurau macam ni lagi. Aku hampir mati diserang panik. Don't do that to me again. Kau bunuh je lah aku kalau kau berniat untuk pinta perpisahan dari aku. Aku takkan kuat hilang orang yang aku sayang. Kau dan Awe harta aku, nyawa aku." Suara Jep bergetar. Dia turut menangis walau cuba ditahan.

Sarah terkejut. Sedalam itukah rasa cinta kau pada aku Jep? Sarah eratkan pelukan. Lama dia pujuk Jep dengan kata-kata maaf dan janjian. Tak sedikit pun tubuh Jep dielpaskan dari pelukan eratnya.

"Aku takkan tinggalkan kau. Aku janji." Belakang tubuh Jep yang berbalut baju, dicium lama. Berkali-kali. Berharap dapat sejukkan hati Jep walau pun sedikit. Jangan marah aku Jep. Maafkan aku.

Lama Jep diam.

"Betul kau akan setia dengan aku?"

Sarah mengangguk dibelakang Jep tanpa suara.

"Boleh kau janji dengan aku. Setia pada aku walau aku tak kaya. Tak mampu lawan kekayaan Zarul macam yang kau impikan tu? Boleh kau janji untuk setia dan tak tinggalkan aku sampai ajal menjemput? Walau kita hidup dalam kesederhanaan, boleh kau tetap setia dengan aku?"

"errrr.. Itu aku fikir kemudian. Duit dan harta tetap menjadi keutamaan dalam hidup aku." Cepat Sarah meloloskan diri menyelamatkan diri ke tingkat atas. Sarah ketawa kecil melihat wajah frust milik si suami.

"Sarah!" Tempik Jep tak percaya dengan tingkah isterinya yang dalam mood jinak membeli jiwanya tadi dah berubah karakter pula. Dia lupa ke dia minta kemaafan dan sedang pujuk aku untuk maafkan dia tadi?

No way man.. Aku takkan kalah dengan Alina. Sarah geleng kepala tanda tak mahu berkompromi soal itu.

Awe yang jadi penonton dari tadi gelakkan ibu dan babanya. Entah dia faham entah tidak. Ketawa sampai tepuk tangan yang tak tahan tu.

Jep menggeleng pasrah. Apa lah nasib. Terjatuh sayang pada minah mata duitan seperti Sarah Hayla....

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience