Bab 44- yang terakhir

Romance Completed 248233

.

"Explain."

Walau dalam marah, Jep masih cuba tenangkan hati. Marah memang marah. Kecewa memang kecewa tapi untuk terus mengikut rasa amarah di hati, Jep tahu dia akan lebih terseksa.

Raut wajah Jep yang serius buat Sarah makin dilanda ketakutan. Rahang Jep yang bergerak-gerak tanda dia sedang menahan diri, Sarah pandang. Dia takut kehilangan Jep.

"bukan aku yang hantar Jep! Aku tak nak cerai."

Jep berlalu dan mengambil telefon Sarah yang berada di sisi katil. Mesej dari phone Sarah ditunjuk tepat ke muka Sarah.

"Siapa yang tulis? Hantu? Hantu Awe yang tulis ke?"

Sarah menggeleng. Dia tak tahu!

"macam mana Zarul boleh masuk dalam ni? Macam mana dia boleh tidur dengan kau atas katil ni?"

"Aku tak tahu Jep. Aku cuma tunggu kau tadi. Aku tak tahu macam mana Zarul boleh tidur tepi aku." sarah merayu. Tangannya cuba pegang tangan Jep. Dia nak minta ampun pada suaminya. Berharap Jep akan berlembut hati.

"Apa yang Zarul dah buat pada kau? Dia rogol kau? Atau kau memang suka dan rela? Seronok malukan aku? Seronok bermesra dengan jantan lain? Sejauh mana perbuatan terkutuk itu Sarah?"

Sarah diam. Aku tak tahu! Tapi melihat keadaan dirinya sendiri dia takut membuat andaian. Apa yang dia tahu, dia tidur dengan Jep. Bukan Zarul!

Jiwa Jep terbakar melihat Sarah yang diam seribu bahasa.

Setitik air mata kegagalannya jatuh ke pipi. Aku gagal didik isteri aku. Sakit sangat! Tengok leher Sarah yang bertompok memerah makin buat dia sakit hati.

Itu hak aku! Kenapa mesti dinikmati oleh orang lain? Aku bukan buka pusat kebajikan! Isteri aku bukan barang wakaf. Egonya menempik tinggi.

"Dekat mana dia sentuh kau?" Riak tegang Jep menakutkan Sarah. Bila lelaki itu dengan garang menapak ke arahnya, sarah bagaikan menikus.

Leher Sarah dibelek kasar.

"Leher ini milik aku. Mudahnya Zarul sentuh kepunyaan aku. Tunjuk, dekat mana lagi dia sentuh kau. Tunjuk Sarah!"

Sarah menggeleng. Dia menapak dua ke belakang. Dia takut melihat raut garang Jep saat itu. Menggigil tubuhnya. Apa yang akan Jep buat? Jep nak belasah aku ke? Jep nak bunuh aku?

" kenapa lari? Kau takut? "

" kau takut dengan suami kau tapi tak takut bila orang lain sentuh? Mana belajar? Tunjuk pada aku mana lagi yang Zarul sentuh? Sampai mana kau bagi?! "

"Aku tak tahu. Sumpah Jep aku tak ingat apa-apa. Dalam otak aku cuma ingatkan kau. Tak ada lelaki lain.. Aku tak tahu... "

Jep tak percaya. Tangan Sarah ditarik menghampirinya. Baju tidur seksi isterinya disingkap kasar mendedahkan tubuh putih itu.

Membulat besar mata Jep bila dipangkal dada itu pun ada satu kesan merah yang sama. Bagai nak pecah kepala Jep. Tubuh Sarah ditolak kasar ke tepi.

Jep berdiri sambil pegang kepalanya yang kusut. Pasu kaca di tepi katil dilempar kuat. Menjerit Sarah melihat amukan Jep. Tak cukup dengan itu dinding pun ditumbuk bertubi-tubi. Jep benar-benar marah.

"Kenapa kau buat macam ni? kau layan jantan lain selain aku. Kau minta cerai dari aku. Aku ni tunggul ke?! Tak cukup apa yang aku bagi selama ini? Apa lagi yang tak cukup?! "

Jep bentak sekuat hati. Dia mengamuk. Habis semua benda dihempas dan ditumbuknya melempias rasa. Kau bodoh Jep! Kau bodoh!

"Jep.. Aku. Aku tak berniat untuk curang. Sumpah! Aku tak tahu macam mana semua benda ni boleh jadi."tergagap Sarah. Lagi sekali dia menjerit takut bila Jep tumbuj hingga pecah cermin bilik itu. Darah yang mengalir di buku lima Jep buat Sarah hilang kata.

Sarah dah teresak kuat. Dia nak terangkan pada Jep tapi dia sendiri pun keliru.

"Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. Kau mandi. Bersiap. Aku hantar kau balik rumah mak ayah kau. Macam mana aku ambil kau dengan cara elok, macam tu aku akan hantar kau semula."

"Jep, kau nak ceraikan aku?" tanya Sarah tak percaya. Cerai? Kau cakap kau akan kekalkan status isteri itu sampai mati untuk aku. Kau tipu! Kau sama je dengan lelaki lain. Kau penipu!

"kalau maruah aku kau tak boleh jaga. Hak aku kau tak boleh nak hormat, kenapa aku mesti simpan kau? Dari dulu pun bukan aku yang ada di hati kau."

"Kau selalu percaya pada aku. Kenapa hari ini kau pilih sebaliknya?" sarah pula beriak kosong.

Entah kenapa dia letih nak menegakkan benang yang benar-benar nampak basah. Biarlah kalau itu yang Jep mahu. Sekali Jep berniat untuk melepaskannya, dia dah tak mampu mengharapkan yang lain. Kau penipu. Lelaki semua sama!

"kau tak nak tahu kebenaran disebalik semuanya? Macam mana kalau aku difitnah? Macam mana kalau ada orang yang perangkap aku?"

"Siapa yang perangkap? Officemate bodoh kau tu? Bukti dah ada depan mata, Sarah. Macam mana Zarul boleh ada dalam bilik kita kalau kau tak buka pintu? Kau yang bagi dia masuk, sekarang kau nak tuding jari pada orang lain? Kau pakai baju ni, leher kau, dada kau, perut kau semua bertanda! Kau nak cakap apa? Kau nak nafikan apa?

Aku boleh check CCTV tapi hati aku akan jadi lebih sakit bila nampak kau benarkan jantan lain masuk dalam bilik kita saat aku tak ada. Aku tak sangka kau permainkan cinta aku macam ni. Tak perlu kau tontonkan kecurangan bodoh begini semata-mata untuk buat aku lepaskan kau. Kau buat aku rasa teruk. "

Jep tekup mukanya. Air mata kecewa itu tak mampu dibendung lagi. Dia menangis teresak-esak bagai anak kecil yang tak mampu dipujuk. Jep gagal. Cintanya dipermainkan dan dibodoh-bodohkan oleh Sarah. Tubuhnya menghadap dinding. Enggan membenarkan Sarah melihat air mata kecewanya. Rasa terlalu kalah saat ini.

Gagal sangat ke aku beri kepuasan dalam hidup kau sampai kau perlu cari lelaki lain? Kenapa perlu aibkan aku begini, depan orang ramai. Kenapa kau bagi aku harapan kalau kau memang berniat untuk mainkan aku?

Sarah ikut sebak melihat Jep menangis hiba begitu. Aku minta maaf Jep. Maafkan aku.

Belakang Jep disentuh perlahan. Tangannya bergetar.

"Jep, lepaskan aku Jep. Ceraikan aku kalau itu boleh ubat kecewa kau hari ini." Dalam payah Sarah menutur kata. Aku sendiri jijik dengan diri aku sebab buat kau menangis begini. Aku memang isteri yang selalu susahkan kau.

Mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Sarah, buat Jep makin sukar nak bernafas. Kau mengaku sekarang? Baru sekarang kau mengaku?

"Bersiap. Aku hantar kau balik." kata Jep tanpa menunjukkan wajahnya.

"Bukan hari ini Jep. Esok. Sekarang dah malam."

Jep diam. Dia lap air matanya kasar. Loser je menangis. Dia mahu keluar dari bilik itu. Keluar tenangkan diri.

"Jangan keluar Jep. Esok kau dah nak lepaskan aku. Malam ini tolong layan aku selayaknya sebagai seorang isteri."

"Kau cakap apa ni?"

"aku nak hak aku. Aku nak kau sentuh aku hari ini." Alang-alang Jep dah salah anggap padanya kenapa tidak dia teruskan? Aku akan pujuk hati kau dengan sentuhan terakhir ini Jep.

"Kau ingat aku apa?"

"Aku isteri kau. Tugas kau bagi aku nafkah batin. Aku nak kau puaskan aku malam ni. Kau boleh bagi kan? Atau perlu aku pergi minta pada jantan lain?!"

"Apa semua ni Sarah?!"

"Puaskan aku malam ni. Aku nak hak aku!"

"kau jangan nak merepek. Tepi, aku nak keluar." Jep tolak Sarah yang dah bertingkah lain. Apa masalah Sarah? Saiko!

"Kalau rumahtangga kita gagal, semuanya sebab kau! Layan aku! Aku nak hak aku!" Macam orang gila Sarah menarik baju Jep. Memaksa Jep menyentuhnya. Tubuh Jep ditarik dan ditolak kasar ke atas katil.

Jep baran. Dia pegang kemas tangan Sarah.

"Kau dah gila ke?!"

"Memang aku gila! Kau nak ceraikan aku. Kau dah jijik nak sentuh aku kan! Ini bukti dia, kau tak nak beri apa yang aku nak. Kau dayus! Keperluan aku semua kau tak tunaikan! Kau dayus!"

"Aku tak dayus Sarah!"

"Kalau tak dayus, berikan apa yang aku mahu! Sentuh aku Jep! Beri hak aku!"

Bergerak rahang Jep menahan rasa. Antara tercabar dan rasa kecewa. Dia kaku dalam kepungan Sarah. Hati menolak. Sungguh dia tak mahu berkeadaan begini.

Sarah dah menggila. Wajah Jep dikucup rakus. Beningnya berair. Namun ditekadkan dalam hati. Dia mahu puaskan Jep dan mahu pujuk Jep dengan caranya sendiri. Jangan marah aku Jep.

Jep yang tadinya hanya kaku, berkerut dahi menahan perlakuan si isteri. Dia tak boleh!

Tubuh Sarah yang mrnghimpitnya, ditolak ke sisi. Penolakan Jep itu buat Sarah makin agresif. Sangat agresif dan mencabar deria kelelakian Jep sehingga Jep tak mampu kawal dirinya sendiri. Berombak dadanya menahan gelora perlakuan Sarah.

Tak mampu bertahan, tubuh Sarah ditolak ke bawah. Dia mengambil tugasannya sebagai suami. Aku akan tunaikan kemahuan kau Sarah. Aku akan puaskan kau lebih dari lelaki lain.

Menjerit Sarah dengan perlakuan Jep yang luar biasa. Sungguh layanan Jep hari ini sangat berbeza. Sarah memberi kerjasama sebaik mungkin. Buatlah semahumu Jep. Sarah sebak mengenangkan ini mungkin kenangan terakhir untuk mereka berdua.

Dalam mengalirkan air mata, Sarah masih melayan tingkah Jep. Dia ikhlas. Dia mahu yang terbaik untuk suaminya.

Tolong jangan ceraikan aku Jep. Aku tak tahu macam mana lagi cara untuk aku pujuk kau. Tolong lah sayang dan cinta aku sampai hujung nyawa. Berikan aku peluang kedua.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience