Bab 17- Aura

Romance Completed 248237

Tepat pukul lima petang. Fuhh lega! Sarah menapak laju ke arah keretanya. Bagus Jep, punctual!

"Hai sayangku, hari ini kamu syantik. Syantik bagai bidadari ." nyanyi Jep sebaik Sarah tutup pintu kereta. Jep dan lagak cerianya tak pernah hilang.

"setiap hari aku cantik. Bukan harini je. Buta ke tak nampak kecantikan aku sepanjang masa?"

"Na.. Perasan!"

Handbreak dijatuhkan, kereta beransur pergi meninggalkan perkarangan tempat kerja Sarah. Jep memandu dengan tenang.

"kenapa aku rasa kau sangat something? Ini KL tau bukan kampung kau. Kenapa aku tengok kau macam familiar je dengan jalan-jalan dekat sini? Waze pun tak pakai." Sarah pandang jep semacam.

"itu lah.. Jangan biasakan pandang orang sebelah mata. Ini hero kampung lah! Survival skill aku tinggi. Setakat jalan macam ni petik jari je, sikit punya hal. Aku ni keturunan orang hebat. Bukan macam kau, bawa kereta pun terkial-kial. Noob."

Eh mamat ni tak lama. Ada juga aku backhand nanti!

" Amboi.. Full tank minyak?" Meter minyak dijeling. Entah kenapa ada rasa syak dihatinya.

Jep buang keluhan. Teruk betul minah ni sampai tank minyak pun dia check. Tak percaya dekat aku lah tu!

" Ingat laki kau ni sangkak dan cikai sangat ke? Ini Jep lah. sekali mintak kerja, dua kerja terus aku dapat tau."

Sarah tak percaya langsung. Kalau sembang, gajah pun boleh terbang. Tunjuk bukti dulu!

"eh nak pergi mana? Ini bukan jalan balik rumah. Itulah berlagak lagi tak nak pakai waze. Kan dah salah jalan."

"Tak salah lah. Aku nak tunjuk kat kau tempat kerja aku. Nanti kalau jadi apa-apa senang. Kau tahu mana nak cari aku kalau aku tak dapat selalu ada dengan kau."

Sarah diam. Dalam hati tertanya sendiri. Entah betul entah tidak Jep dah dapat kerja. Baru datang KL dah dapat kerja? Macam tak logik tapi tak apa, kita tengok dulu.

Kereta diberhentikan di hadapan sebuah bangunan yang gah. Sarah melopong. Biar betul Jep dapat kerja dekat sini?!

"tutup sikit mulut tu. See my level.. Kau ingat kau seorang boleh kerja office?"

"serious kau kerja sini? Hebat. Kau kerja position apa?"

"Despatch." ujar Jep dengan bangga.

Berterabur gelak Sarah mentertawakan Jep. Bahu Jep ditumbuk perlahan. Sengal lah. Buang karan je aku tunjuk kagum tadi. Gaya cakap macam officer, sekali despatch!

"jangan gelak. Despatch pun kerja juga. Janji halal." Jep tegur dengan muka bengang.

"ok.. Ok.. Tak gelak. Sorry.. Ok, lagi satu kerja yang kau dapat tu apa? Security guard?" Sarah cuba untuk berhenti ketawa tetapi agak sukar. Riak muka bangga Jep benar-benar geletek suis tawanya.

"aku buat grab food."

Sarah diam. Logik lah dia familiar dengan kawasan sini. Buat grab rupanya. Terdetik satu pujian dihatinya untuk Jep. Bagus Jep tak memilih kerja. Kalau lah ramai anak muda yang datang ke kota besar tidak memilih kerja seperti Jep, pasti kadar pengangguran mencapai sifar. Lambakan pendatang asing pun dapat ditangani segera. Tak dinafikan, hero kampungnya layak dipuji.

Hero kampungnya? Kau dah terima dia sebagai hero kau ke?

Sarah diam. Entah! No komen.

"jep.. Aku doakan kau sentiasa dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan. Kerja elok-elok, kumpul duit banyak-banyak sebab perempuan suka lelaki yang berduit."

"emmmm.. Termasuk lah orang yang bercakap tu."

"mestilah!"

"apa lah malang nasib aku dapat isteri mata duitan."

"aku pun malang juga dapat suami miskin macam kau." Sarah jelir lidah sambil kembangkan hidungnya.

Jep menggeleng kepala. Dia ingat dia cantik buat macam tu?

Memang cantik pun! Makin menjadi Sarah buat muka padanya. Geram dengan sarah yang terlalu senang hati mengejek, kepala itu diapit geram di ketiaknya. Menjerit Sarah cuba melepaskan diri. Jep gelak kuat. Padan muka. Cari lagi pasal. Rasakan aura kelelakian ketiakku!

******

Share this novel

September Deria
2021-07-27 01:23:19 

astaga lucu pula part c jep kasi tau kerja apa dia dapat...


NovelPlus Premium

The best ads free experience