Bab 50- tergoda

Romance Completed 248237

Sarah tenang dapat melepaskan rindu yang menghimpit jiwa selama ini. Siapa tak sayang laki oiii. Indahnya mimpi!

Walau mata masih lagi terpejam rapat, dia puas hati dengan tidurnya yang damai dan permai.

Setelah beberapa ketika tidur Sarah sentiasa resah, kini beransur-ansur ketenangan itu menjemput datang. Alhamdulillah . Terima kasih kerana hadir dalam mimpi saya. Sarah cuba tahan sebak. Ya.. Dia rindukan suaminya. Anaknya juga rindukan kehadiran baba Jep.

Biarlah walau Sarah hanya berangan dalam mimpi untuk tidur bertemankan suaminya lagi. Biarlah! Itu sudah cukup untuk Sarah.

Sarah sedar kalau di alam realiti, Jep takkan mungkin jadi miliknya lagi. Lelaki itu sudah menghilangkan diri sejak peristiwa lalu. Jep sudah tak mahukan Sarah lagi. Kalau Jep masih sayang, pasti Jep munculkan diri walau sekali di depannya. Tapi hampa. Empat bulan, batang hidung pun langsung tak nampak.

Tak mungkin Sarah dapat memeluk erat Jep lagi. Tidur berbantalkan lengan sasa itu. Tidak mungkin. Sarah hanya layak bermimpi saja! Biarlah dalam mimpi yang hebat - hebat diberi pada Jep. Biarlah Sarah mengimpikan Jep jadi orang idamannya kerna tahu sangat, Jep tetap Jep. Jep takkan mampu jadi sehebat seperti yang dia impikan.

Kau memang sengal Sarah! Jep jadi CEO? Dato' H? Dalam mimpi bolehlah direka cerita dan disulam impian begitu. Hakikatnya, Jep hanya hero kampung yang tak ada apa.

Parah kau Sarah. Jep Zafrel kau khayalkan jadi Dato' H? Parah sungguh!

Bangun lah Sarah! Hari ini kau ada meeting penting dengan Dato H. Kau nak datang lambat ke? Kau ingat Dato H tu suami kau, yang boleh beri muka dan diamkan diri kalau kau buat perangai ? Kau memang nak projek itu terlepas ke tangan orang lain ke? Wake up, sleepy head!

Ala.. aku sayang untuk tinggalkan mimpi indah ini.. Aku masih tak puas tidur dilengan Jep..aku masih nak dia belai aku dengan perhatiannya. Aku masih belum puas bermanja!

Sarah berperang sendiri. Walau dalam mimpi pun dah cukup! Aku tak nak bangun lagi.. Dia merengek pula. Tak nak bangun!

"Sayang.. bangun.." Bisikan lembut dan sentuhan sesuatu yang sejuk di pipi dan keningnya buat Sarah berkerut dahi sebelum buka matanya sedikit.

Terkejut! Wajah Jep yang rapat dengan wajahnya ditumbuk dan ditolak kuat menjauh. Sarah sangat terkejut. Mamat sengal ini buat apa disini?

Jep mengaduh kuat. Rahangnya dipegang kesakitan. Sarah besarkan mata, Jep ke ni? Aku mimpi ke? Pipinya sendiri dicubit sedikit. Sakit. Ini bukan mimpi? Perlahan-lahan, kewarasan makin mendekat. Jep memang Dato H? Aku tak bermimpi? Kepala yang masih terasa pening kerana bangun dengan mendadak tadi, dipicit sedikit.

"kenapa ni? Pening kepala ke?"

Jep cuba picit kepala Sarah dengan lembut namun ditepis kasar bersama satu jelingan tajam dari Sarah.

Baru Sarah ingat cerita tengahari tadi. Ya benar. Jep memang Dato H. Sarah menjuih ke tepi. Tak suka! Acah suami mithali konon. Puihh !

Eleh kau perempuan.. Tadi bukan main lagi kau merindu. Siap cakap biarlah walau hanya dapat melepas rindu dalam mimpi sahaja. Kini bila dah ada depan mata, kau acah kekwat tak suka pula. Complicatednya hidup.. Perli dirinya.

Diamlah! Aku perempuan. Kau tahu apa? Ini laki aku, suka hati aku lah nak merajuk-merajuk manja. Lagipun baru rujuk secara paksa kan? Biarlah aku sekolahkan laki aku. Yang kau sibuk nak perli-perli aku kenapa? Sarah menjawab bengang pada kata hatinya yang selalu menyibuk.

"Tak baik jeling suami macam tu." Jep menegur.

Mata aku, ikut suka aku lah! Jawab Sarah hanya dengan pandangan mata.

"Dah pukul 5.30 petang, jom solat?" Jep tarik tangan Sarah bangun ke bilik air bersamanya.

Sarah yang cuba tarik kembali tangannya tak dihiraukan oleh Jep. Sudah lama dia tak solat berjemaah dengan Sarah. Biarlah hari ini mereka berjemaah kembali. Moga yang baik-baik sahaja hendaknya yang terjadi pada rumahtangga mereka selepas ini. Kita jalani bahtera perkahwinan kita dengan aman damai, rukun dan penuh bahagia ye sayangku..

"kau ambil wuduk dulu, nanti aku pula. Kau tunggu aku kat sejadah. Please, jangan buat perangai sayang..Kita nak menghadap Allah. Anak baba mesti excited nak berjemaah dengan baba." perut Sarah disentuh seketika.

Sarah merengus kuat. Macam tahu-tahu je laki aku ni. Aku memang berniat nak palaukan dia. Biar solat sorang-sorang. Tapi Jep lagi bijak daaa..

*******

"Aku nak balik."

Tangan yang dihulurkan Jep tak disambut. Sarah terus lipat telekung dan bersiap untuk pulang.

"Sarah kita bincang dulu. Aku ada benda nak bagitau kau. Tak payah pakai tudung lagi pun tak apa. Orang tak nampak pun dalam bilik aku ni. Lagipun staff aku semua dah balik. "

Ok fine. Sarah kembali melepak atas katil. Dia baring lagi. Penat!

Jep berlalu keluar sebentar sebelum muncul kembali bersama satu fail berisi surat menyurat. Disuakan dokumen itu depan Sarah. Apa ni? Tanya sarah senada.

"Surat pemilikan The Helang."

"Kenapa tunjuk pada aku?"

"Sebab kau pemilik syarikat ini. Aku cuma tolong uruskan aje."

"Aku? Sejak bila?" Sarah terkejut. Apasal pula tiba-tiba aku yang jadi pemilik syarikat? Aku siapa? Deiii kau isteri dia lah deii. Apa selenga sangat?

"Sejak hari pertama kau bergelar isteri aku. Aku hadiahkan kau syarikat ini sebagai hadiah perkahwinan kita. The company is yours. Aku dah buktikan pada kau yang aku lebih kaya dari Zarul and I am so sorry for what had happened to our relationship. Can we start everything all over again?"

Bijak Jep punya permainan. Dia tahu kelemahan perempuan mata duitan macam aku! Bergetar jantung aku beb! Sarah masih diam. Dia mahu lihat sejauh mana Jep mampu beri padanya. Masak lah kau nak pujuk aku Jep. Selagi aku tak tergoda dengan tawaran kau, jangan harap aku akan bagi muka pada kau. Sipi-sipi pun takkan dapat derr! Nak suruh aku sembah kaki kau eh? See my level lah!

Dari baring, sarah dah duduk bersila. Dia agak tertarik dengan informasi terbaru yang dipertontonkan oleh Jep. Emm.. Sejak hari pertama kahwin eh? BukankahJep masih dikampung?

Syarikat ini memang milik Jep sejak dulu ke? Jep memang kaya dari dulu? Habis yang dia kerja part time bagai jadi despatch, cleaner, grab itu semua untuk apa? Dah kaya buat apa lagi susahkan diri untuk kerja teruk macam sebelum ini?

Pelbagai persoalan yang bermain di benak Sarah. Aku 'dikencing' Jep ke? Wei, tak faham!

"Ini kunci Istana Cinta yang aku bina untuk kau. Your mansion and this is your new car with the documents. Kereta sportcar kegilaan kau selama ini. Semuanya atas nama kau. "

Sarah terkaku. Benarkah semua ini? Kunci dan dokumen yang dilambakkan didepannya dipandang dengan lagak keliru. Kau cuba prank aku ke Jep?

"Here is your platinum and the Gold card untuk berbelanja tanpa limit di mall aku. Ini pula senarai anak syarikat yang kau sedang terajui tanpa pengetahuan kau sendiri. Semua ini milik kau. Ini bank statement kau. Check the amount.

Aku harap kau sudi jadi isteri untuk lelaki 'sengkek' macam aku ni. Lelaki yang hidup atas ehsan isteri sendiri. Yang menumpang rumah dan kereta isteri. Aku harap kau lebih dari sudi. Aku tak minta lebih, aku cuma nak kau selalu ada disamping aku saat jatuh dan bangun aku. Aku cuma nak kau lahirkan zuriat aku. Hanya aku satu-satunya lelaki dalam hati kau. Is that possible?"

Jep pandang muka Sarah yang masih terkebil-kebil tak percaya. Sekaya itu kah seorang Jep Zafrel?

Nampak jelas dahi berkerut si isteri. Jep gelak seketika sambil cuba urut lembut dahi Sarah agar hilang kedutan dahsyat itu. Jangan biasakan berkerut macam tu sayang. Cepat kedut nanti kulit tu.

"Kau dah lama kaya, Sarah. Kau je yang tak tahu nilai aset dan kekayaan kau sendiri. Aku tak minta banyak sebagai balasan. Itu je yang aku minta. Stay with me. " Ubun-ubun Sarah yang terkelu seribu bahasa dicium cermat.

"Dalam perut ini bukan anak kau. Kenapa bagi aku semua benda ni? Aku bukan mengandungkan benih kau pun. Ini hak milik jantan lain." sengaja betul Sarah ini! Memang sengaja memancing!

"tak kisah lah anak siapa. Yang penting kau ibunya. Kekal sebagai isteri aku, anak itu anak aku. Kekayaan aku akan jadi milik kau. Selamanya. Deal?"

Kau sejuta kali ganda lebih kaya dari Zarul! Sarah sorak kesukaan dalam hati. Aku dah berlapar dada untuk kalah dengan Alina. Rupanya aku melebihi Alina dari semua sudut. Oh God! I love this hot and steady guy!!

Sarah ketap bibir. Ini bukan baby shark kedodoooo.. ini bapak jerung! Patut lah Jep cakap Zarul cuma ikan bilis sahaja.

Omg! Jep daddy shark! Bermakna aku mummy shark!! Aku dah jadi orang kaya!! Sarah menjerit suka dalam hati. Adakah aku sudah terpujuk??

Nanti dulu kawan.. Kikis sampai habis dulu, baru kau pertimbangkan untuk maafkan dia. Jadi bijak Sarah!

Sarah masih sukar menghadam kenyataan. Jep Kaya tapi macam tak kaya. Sejak bila dia kaya? Kaya acah miskin? Kenapa? Jadi Selama ini Jep berlakon jadi orang biasa? Motif?

"Aku nak kau terima aku seadanya aku. Bukan kerana harta aku tapi kerana cinta yang aku sanjung selama ini."

Sanjung lah sangat..

"kau ceraikan aku."

"Itulah kesilapan terbesar yang pernah aku buat dalam hidup. Demi Allah aku tak pernah tenang setelah lepaskan kau pergi. Kalau kau rasa kau menderita, aku lebih jauh terseksa kerana kau pujaan aku dulu dan selamanya."

" Mana ikrar kau untuk buat aku sembah kaki kau dulu tu? Mudah benar kau melupakannya? Aku tak lupa. Aku masih ingat setiap patah yang kau tulis. Aku dah buat frame lafaz talak kau tu." sinis Sarah.

Aiyak.... Jep garu kepala yang tak gatal.Masak aku! Itulah.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Can we delete that chapter?

"Jom honeymoon!" Ajak Jep ceria. Sengaja tukar topik. Tiket kapal terbang ke Korea ditayang depan muka Sarah. Dia tahu Sarah terlalu suka untuk bercuti ke Korea. Cuma masa dan keadaan sahaja yang tak bersesuaian selama ini. Bukan ke korea sahaja, ada lagi tiket yang boleh Sarah pilih. Kau nak ke mana, Sarah? Akan ku bawa kau kemana saja mahu mu.

"Kau nampak muka aku macam nak pergi honeymoon ke? Kau rasa aku dah maafkan kau? Semudah itu? Kau kan jijik dengan perempuan curang macam aku."

Jep mengeluh. Macam susah je nak pujuk bini aku kali ini. Dah bagi harta sikit punya banyak pun masih tak terlihat riak teruja pun diwajah itu. Ini bukan tanda yang baik ni!

" kau ambil harta kau ni. Semua! Sikit pun aku tak hadap. Sekali orang buang aku, sampai mati pun aku ingat tau! Anak ini anak aku seorang. Kau jangan nak berangan. Tepi! Aku nak balik. Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. Aku benci. Muak! Dokumen bodoh ni kau boleh ambil dan bakar buat halau nyamuk."

Sarah bangun bersiap. Menghadap cermin sambil melilit tudung dan menilik penampilan emak-emaknya. Besar sangat perut aku ni!

Sarah simpan senyum bila melihat Jep kusut saat menerima penolakan mentah darinya. Padan muka kau Jep. Lain kali jangan mudah nak melafaz talak. Kau memang bijak pancing emosi aku. Kau tabur harta depan aku. Memang haruslah aku tergoda.

Tapi nanti dulu. Sakit hati aku selama empat bulan ini perlu kau bayar. Ingat tak penat ke aku bawa perut besar dengan nak hadap mental breakdown lagi, morning sickness yang teruk seorang diri? Kau kena bayar semua. Caranya? Sarah simpul senyum jahat.

Jom baby, kita buli pula baba awak. Hasut Sarah pada si anak. Dia senyum lagi. Padan muka kau Jep. Rasakan! Ada ubi ada batas, ini hari aku balas! Rasain lorhhh!!

Apa apa pun.. Aku kaya!!! Hohohohoho

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience