Entah apa masalahAlina. Dari tadi pandang dia tak puas hati. Itu lah, lain kali jangan rampas hak orang! Kan hidup tak tenang. Asyik curiga dan cari salah orang je. Kecut perut lah tu kalau suami tercinta berpaling pada cinta lama. Padan muka.
Sarah menapak dengan penuh yakin masuk ke bilik Zarul. Bukan aku saja-saja nak masuk bilik laki kau.
Kami berjumpa hanya atas urusan kerja je pun, tapi Alina punya pandang macam nak terbalik biji mata ke belakang.
"Apa pandang-pandang? Tak puas hati? Alina the loser!" Bilang Sarah sambil berlalu melintasi Alina ke bilik Zarul dengan riak habis menganjing. Sengaja menyakitkan hati Alina. Padan muka, makanya jangan cari pasal dengan aku! Kan diri sendiri yang sakit. Ullala!
"Sudah-sudah lah tu Sarah. Macam budak kecil. Korang berdua ni sama naik, tak nak mengalah. Pening kepala I nak hadap." Tegur Zarul yang menangkap perlakuan keanak-anakan Sarah dimuka pintunya sebelum melolos ke dalam.
Sarah duduk bersahaja di kerusi depan Zarul.
"Sakit hati I perlu diubati. Perangai dia memang kena ajar sikit. suka hati je nak tampar orang. Malu tau muka I ni. Semua staff cakap buruk pasal I."
"I minta maaf bagi pihak Alina. You tahu kan emosi orang pregnant ni tak menentu. You maafkan je lah dia."
"Maaf tetap maaf tapi perang-perang manja kami tetap diteruskan. You tak payah campur lah. Tahu lah kami berbaik nanti."
"Ok baik. Back to work. Macam mana status projek you tu?"
Aura kerja sudah merasuk mereka berdua. Tiada yang lain dibincangkan selain hal kerja. Tekun sekali kedua-duanya. Salah satu sebab Zarul tertarik dengan Sarah satu ketika dulu adalah sikap komited Sarah pada kerjanya dan tak dapat disangkal lagi kebolehan Sarah menjadi gandingan idealnya. Tak salah jika dikatakan sebenarnya seorang Sarah adalah tulang belakang yang banyak menyokong kerjaya dan kejayaan syarikatnya.
Sarah special dalam hati Zarul. Walau takdir tak menyebelahi mereka menjadi pasangan yang berjodoh dalam rumah tangga, dia mahu mereka kekal berjodoh dalam urusan kerjaya. Sarah ada bakat yang besar dalam dunia korporat.
Setelah selesai perbincangan dan hantar report pada ketua, Sarah menapak keluar. Di muka pintu sengaja dia menjengah kembali kepala ke dalam sedikit. Dia bercakap gedik dengan Zarul.
"Thanks Zarul sebab comfortkan I dan sedia tadahkan telinga you untuk dengar masalah I. I really appreciate that. Thanks again. Got to go, bye..."
Sarah berlagak mesra sebelum menutup pintu dan berlalu pergi meninggalkan Alina yang dah panas sendiri.
Sengaja nak Alina panas punggung. Rasakan kau. Tuduh lagi aku goda suami kau, sekarang aku tunjuk bagaimana lagak aku nak merampas sesuatu dari kau. Aku tak main belakang dan sorok-sorok . Depan kau aku bagi. Nah hadap!
Zarul di dalam dah menggeleng lemah. Sarah memang sengaja bakar perasaan Alina sekaligus menghidupkan api sengketa dalam rumahtangganya. Kusut Zarul, tersepit antara dua wanita yang punya tempat tersendiri dalam hatinya.
Pintu dirempuh kasar dari luar.
"You cakap dah tak ada apa-apa perasaan dan hubungan dengan Sarah. Tadi tu apa?" Tempelak Alina berang.
"Memang tak ada apa dah sayang.. We just doing our work. You sendiri tau Sarah tu macam mana. Hari tu you sakitkan hati dia, sekarang dia pula buat pada you. Dia sengaja je nak bakar line. You jangan ambil serious. Asyik nak naik angin je, Kesian dekat baby I."
"Ok fine! Kali ni I percaya. Tapi you jangan berani nak tipu or cari pasal dengan I. Tolong ingat, I dah banyak berkorban untuk you. Jangan lupa!" pesan Alina sebelum menjeling dan pergi. Zarul lepas keluhan.
Alina terkejut bila tutup saja pintu Zarul, terlihat kelibat Sarah santai ditempatnya memandangnya dengan riak menyinis.
Sejak bila Sarah disitu? Bukan tadi Sarah dah berlalu pergi ke floornya ke?
Sarah gelak jahat melihat Alina terkedu. Dia masih bersilang tangan didada bersama kaki yang turut bersilang santai.
"Kau nak apa? Tak puas lagi huru-harakan hubungan aku?" Alina tunjuk muka garang.
"Aku cuma nak bagi kau nasihat dan pesanan sebagai seorang kawan."
"Berambus! Aku taknak tengok muka pengkhianat!"
Sarah mencebik dengan kata-kata halauan dari Alina.
"Cermin cakap dengan cermin balik balik nampak bayang sendiri juga. " perlinya sedas.
Sarah bangun menapak dekat pada Alina yang nampak begitu benci padanya.
"Kalau kau sayang Zarul, tolong percaya pada cinta dia. Trust is the main key in a relationship.
Aku seribu kali lebih kenal Zarul dari kau. Aku tahu setiap kelemahan dan kekuatan dia. Jangan disebabkan cemburu buta, kau hilang sesuatu yang dah ada dalam genggaman kau. Suami bukan hak milik mutlak seorang isteri. Bila-bila masa je kau boleh hilang hak kau pada dia.
Jaga perangai kau. Isteri adalah penenang bagi seorang suami. Jangan sampai suami kau cari perempuan lain sebagai sumber ketenangan dia. Kalau bukan aku perempuan tu, masih ramai lagi perempuan lain yang tergilakan laki kau. Sila hadam. "
Sebaik berbisik perlahan pada Alina, Sarah menjauh ingin berlalu pergi. Rasanya cukup nasihat dan peringatan itu untuk sedarkan Alina tentang sikapnya yang sedikit sebanyak sudah mula menjengkelkan suami dan teman baiknya sendiri.
"Aku tak perlu dengar cakap pengkhianat macam kau."
"Jangan pernah panggil aku pengkhianat kalau kau yang mula-mula mengkhianati kepercayaan dan persahabatan kita. Hubungan kita masih berpaksikan sillaturrahim. Kalau kau berani musnahkannya, jangan terkejut kalau aku jadi lebih teruk dari seorang musuh yang mampu membunuh. Kau bukan lawan aku, jadi jangan berani cari pasal."
Bahu Alina ditepuk perlahan sebelum dia berlalu pergi. Sengaja dia menggertak si teman biar ada akal sikit. Acah je semua tu. Hell no, aku dah move on. Laki kau tak sehebat laki aku.
*****************
Share this novel
tq update