Bab 41-style

Romance Completed 248237

.

BBQ

Santai. Aktiviti malam ini sangat santai. Mereka habiskan masa dengan makan-makan dan melepak melayan angin pantai yang sempoi-sempoi bahasa.

Tak sangka Sarah berpeluang juga join event family day SK Holding. Dia sudah berkira-kira untuk tidak ikut serta dengan acara tahunan syarikat itu kerana perbalahan yang melanda antara sarah dan beberapa lagi warga SK Holding. Tak ada makna nak berfamily day bagai andai dalam hati masih ada sengketa. Sia-sia sahaja. Buang masa.

Jep datang membawa sepinggan seafood yang sudah siap dibakar. Awe berjoget suka melihat sotong bakar favouritenya elok tersusun dalam pinggan. Bertepuk tangan kesukaan si cilik itu. Jep picit hidung si anak. Geram. Gedik!

Sarah panjangkan tangan ingin mencubit ayam dari dalam pinggan. Jep tepuk tangan isteri perlahan.

"Tangan kau kotor."

"Kejap aku pergi basuh. Jangan habiskan ayam aku." pesannya sambil bangun ingin berlalu. Jep menghalang.

"Tak payah basuhlah. Biar aku suap."

"Taknak lah. Malu orang tengok.." sarah bisik perlahan.

"Tahu malu rupanya. Dekat rumah dah macam orang tak ada tangan. Asyik minta disuap je." jep perli sambil menyuap sepotong sotong ke dalam mulut Awe yang dari tadi sibuk menganga. Sarah hadiahkan cubitan di lengan Jep. Dia sambung langkah untuk cuci tangan.

"Jep, kau ok ke kahwin dengan Sarah?"

Soalan dari Mira yang turut bersama duduk santai disitu buat Jep terkedu seketika. motif bertanya? Jep macam malas melayan tapi dilayankan juga. Tenang, santai.. usah ribut-ribut..

"ok je. Kenapa tanya?"

"Well..Aku harap perkahwinan korang berkekalan lah hendaknya. Kalau jadi apa-apa di kemudian hari, aku nak ingatkan supaya kau jangan patah hati dan kecewa terlalu teruk."

" Apa maksud kau?"

"Actually kami kesian dekat kau. Well.. siapa tak kenal Sarah. Semua orang tahu warna sebenar 'Sarah Hayla'. Sampai mati pun kami tak percaya yang dia pilih lelaki macam kau jadi suami dia. Just look at you. Serabai. Kerja part time. Kami bukan nak menghina tapi ini hakikat. Seorang Sarah cuma nak pergunakan lelaki kampung macam kau ni. Jangan mimpi lah kau akan jadi kegilaan dan kesayangan dia."

Jep terkejut. Rasa macam tak percaya dihina terang-terangan begitu. Melihat betapa lasernya mulut si perempuan itu menutur kata, Jep jadi tak pelik kalau Sarah selalu saja naik hantu di office. Mulut macam longkang. Penyibuk.

"Pergunakan macam mana? Saya tak faham. Untuk apa? Motif?"

" untuk pengetahuan kau, kawan kami mati sebab perangai pentingkan diri Sarah. Dia gunakan kawan kami untuk dapat apa yang dia nak. Sarah bagi harapan palsu pada Hakim sampai hakim bunuh diri sebab kecewa Sarah pilih lelaki yang hebat macam Zarul. Orang yang selama ini banyak tolong dia, banyak berkorban untuk dia, dia tolak macam sampah!

Depan mata aku dia tolak lamaran Hakim secara terang-terangan. Malu Hakim masa tu. Bila Hakim mati, dia lalui hari-harinya macam biasa. Kehulu kehilir macam perempuan tak ada maruah.

Dan percayalah Jep, Sarah cuma gunakan kau untuk tak nampak kalah hari ini. Kau hanya senjata untuk dia kaburkan sisi hitam dia. Semua orang tahu yang dia kecewa teruk bila tak dapat kahwin dengan big boss. Kami percaya satu hari nanti, dia akan rampas semula Zarul dengan tipu daya liciknya. Kesian kau Jep, hidup-hidup kena tipu dengan cinta palsu dia." Latifah buat muka sinis.

Betulkan begitu? Jep mula sangsi. Namun begitu cepat-cepat dia kosongkan fikiran saat Sarah kembali ke sisi dengan riak ceria.

"Lama cuci tangan?"

"Tadi berborak dengan Zarul dan Alina. They look happy."

"They are happy and how about you? Are you happy with me?" Duga Jep. Sarah kerut dahi. Perlu ke Jep tanya lagi? Setiap hari Jep tanya soalan yang sama dan jawapan Sarah semestinya sama.

I am the most happiest women in the world!

Namun dia pilih untuk diam. Segan lah nak bersweet depan orang. Lagipun Jep dah sedia maklum dengan jawapannya itu.

Diam Sarah buat Jep jadi sentap. Riak muka Mira, Latifah dan yang lain disitu bagaikan mengejek Jep dalam diam. Sedaya mungkin Jep cuba bertenang. Enggan diprovok lagi oleh mereka.

Bosan! Sarah tiba-tiba rasa bosan dengan manusia disekelilingnya yang suka sangat sibuk dan jaga tepi kainnya. Dari tadi tak habis-habis ada saja perlian demi perlian untuk Sarah. Jep dan Awe pun turut terkena tempias sama.

Tolonglah! I dah move on dengan episod cinta Zarul dan lelaki-lelaki yang lain. Buat apa nak ungkit-ungkit lagi? Tak faham betul!

"Shall we?" Bisiknya lembut pada Jep. Kasihan Jep dari tadi kena hina. Apalah salahnya jadi orang kampung dan kerja biasa-biasa sahaja? Kerja halal juga. Jep tunjuk isyarat mata nak ke mana?

"Just get away from them. Rimas."

Jep angguk sahaja. Dia pun turut rimas. Berpimpin tangan mereka tiga beranak berjalan di persisiran pantai. Tenang. Tapi dalam masa yang sama berdoa juga. Semoga Awe tak buat mulut lembiknya menegur dan beramah mesra dengan makhluk di alam lain. Nanti haru pula jadinya.

"Kenapa abang tak nak shave?"

Jep terkejut. "Kau panggil aku abang?"

"bukankah itu panggilan selayaknya seorang isteri pada suaminya? Kau tak suka?"

"err.. aku suka tapi aku terkejut. Kekok, sebab tak sangka kau sudi panggil aku macam tu."

"kau suami aku Jep, selayaknya aku hormat kau. Lagipun tak elok kalau anak-anak dengar kita beraku kau. Mak cakap, panggilan suami isteri pun penting juga kalau nak kekal bahagia."

Jep senyum malu. Alah isteri aku ni tahu je nak ambil hati aku. Terubat juga rasa sakit yang dipalit dengan kata-kata puaka dari Mira dan latifah tadi. Diganti dengan bunga-bunga cinta pula.

"Kenapa abang tak shave? Rambut ni tak boleh ke abang potong?"Rambut separas bahu Jep yang ditiup angin itu sarah elus perlahan. Lembut, wangi. Pandai Jep jaga rambutnya.

"Sarah tak suka ke dengan gaya abang?"

"Bukan tak suka, tapi kan lebih kemas kalau abang cantas semua ini. Tak ada lah orang nak mengata macam-macam. Sakit hati Sarah bila mereka perlekekehkan abang.

Depan sarah dia cakap abang sengkek tak mampu urus diri sendiri. Potong rambut pun tak mampu, serabai. It hurts me." Jambang Jep yang tebal namun kemas itu pula disentuhnya.

"Kawan sayang tu buta fesyen. Don't you know that i am fabulously sexy with this looks? Kalau Zarul buat fesyen macam ni mesti tak cukup baldi air liur mereka meleleh. Perempuan itu semua dibutakan dengan status.

Mentang-mentang aku orang kampung, bila buat gaya macam ini disamakan dengan beggar. Kalau Zarul atau jantan kaya lain mesti digelar damn sexy goddem creature. Bosan lah. Balik -balik pandang status!"

Sarah tergelak perlahan. Emosi pula laki aku.

"Shave lah. Tukar imej. For me?"

"Can you just accept me for who i am?" redup mata Jep memandang anak mata Sarah.

"Kalau aku tak terima seadanya siapa kau, hubungan kita takkan jadi semesra ini. Kau akan tetap jadi musuh aku. Sebab aku terima, aku sayang kau lah, aku taknak orang lain perlekehkan kau.

Aku sakit bila tengok maruah suami aku direndah-rendahkan. Aku tahu suami aku handsome. Aku nak diaorang mati terkejut tengok ketampanan suami aku yang dipangil serabai ini." rambut jep dielus lagi. Kini kedua belah pipi Jep dipegang kemas.

Geramnya aku nak cium laki aku ni.. Nasib baik tempat open!

"Hilang dah panggilan abang untuk aku? Dah beraku kau balik?"

"Err.. lantak lah. Susah pula aku nak bercakap kalau nak tukar-tukar bagai. Aku panggil kau abang masa atas katil je lah. Layan projek, baru ada feel."

"eee., kata-kata seorang pervert. Selamatkan telinga anak aku." Telinga Awe ditekup Jep. Sarah gelak bebas. Jep malu lah tu. Apa punya gangster lah pemalu macam tu.

Sarah angkat kening menantikan persetujuan Jep untuk tukar imejnya.

"Ok.. ok.. Nanti abang tukar style ni."

"Kenapa nanti? Kenapa tak sekarang? Sarah tunggu abang dekat bilik . We surprised each other. Sarah ada satu kejutan besar untuk abang. Abang mesti tak jangka benda ini. Sarah nak abang tahu bukti dan tahap cinta Sarah pada abang."

Terjongket kening Jep, teruja.

Tapi dalam masa yang sama dia mengeluh kecil. Mana pula dia nak mencari kedai gunting rambut masa-masa begini? Jarum jam dikerling. Kedai dah tutup dah!

Jangan mengalah Jep! Bukan senang minah sebelah ini nak bagi kejutan. Mesti ada sesuatu yang gempak habis menantinya.

"Kau bawa Awe sebagai peneman. Aku nak prepare kejutan aku dengan teliti."

"Deal." Jep dan Sarah sama-sama senang hati.

Sarah pandang muka Jep lama. Aku sayang sangat pada kau. Cukuplah aku seorang saja yang tahu menilai setiap kebaikan dan pengorbanan kau pada aku. Takkan ada lelaki yang sanggup buat apa yang kau buat semata-mata untuk tengok aku bahagia.

Sarah sebak. Teringat saat Jep kantoi sebagai tukang cuci toilet di mall tempoh hari, Sarah sakit perut, dia yang jarang menggunakan toilet awam terkaku melihat Jep sedang sibuk mencuci mangkuk tandas. Rasa nak menangis Sarah masa itu. Cepat-cepat dia tinggalkan toilet itu dan membatalkan hajatnya nak membuang. Terus tak jadi. Sampai macam itu ke kau cari duit Jep?

Memang kerja itu halal Jep, tapi jangan hina cinta aku begitu. Kau buat aku rasa aku lah manusia yang menekan kau dari pelbagai sudut. Tak payah kaya lah Jep, cukup lah apa yang kita ada ini.

Aku bersyukur dah bersuamikan lelaki macam kau. Jangan buat aku rasa lebih teruk lagi dengan memaksa kau buat sesuatu yang kau tak mampu. Kau takkan mampu kalahkan Zarul kan? Maaafkan aku kerana terlalu bercita-cita tinggi tak cermin diri sendiri.

Kaya bukan segalanya tapi kau segalanya dalam dunia aku yang sementara ini. Kau segalanya bagi aku, Jep.

*********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience