Bab 8- hijrah

Romance Completed 248233

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Entah apa yang merasuk Jep ketika memujuk Sarah, jep terlepas kata membenarkan Sarah memikat semula hati Zarul. Kerja gila. Tapi apa boleh buat. Kalau itu boleh buat Sarah kembali bersemangat dan bermotivasi, Jep tak ada pilihan. Dahsyat benar gaya Sarah putus cinta kalah meratap laki mati wooo..

Adli pandang Jep bagai tak percaya. Jep nak berhijrah?

Jep buat muka selamba.

"kau biar betul Jep.. kau bukan suka pun suasana bandar tu. Takkan sebab Sarah kau nak ubah prinsip kau selama ni?"

"apa salahnya? Tempat seorang isteri disisi suaminya. Sarah ada tanggungjawab besar dekat sana, aku follow lah dia. Santai. Hidup perlu selalu santai." Jep buat muka minta penyepak sambil angkat kening.

"jep.. Tanggungjawab besar apa? Kau nak tolong dia pikat semula ex balak dia! Aku cukup tak faham. Kalau kau betul cintakan dia, kenapa kau beria nak tolong dan sokong dia dapatkan balik budak bandar tu?"

Adli geleng kesal, langsung tak mengerti. Memang lelaki akan selalu bodoh ke kalau masuk bab-bab cinta ni? Lelaki lain aku tak kisah tapi kalau Jep Zafrel, aku kena kisah.

"saja." balas Jep sambil mengukur pandangan yang seluas saujana.

Adli baran. kalau dah namanya Jep memang jawapannya menyakitkan hati. Habis tu projek lembu kita macam mana? siapa yang kena handle? takkan aku pula? aku pun dah tak menang tangan dengan segala macam projek kampung ni!

"apa guna kau kat sini kalau itu pun kau tak boleh nak uruskan? common lah jangan kecewakan aku. Kasi can lah aku bercinta di ibu kota.." Jep sengih pula.

Ini bukan bercinta Jep. Ini mendayus namanya! Adli merengus tak puas hati. jep.. jep.. sumpah kau dengan sarah tu langsung tak padan. Sarah ingat dia bagus sangat?

suka-suka hati perlekehkan jep. dia tak tahu siapa jep. hero kampung tu! Dia tahu acah diva dia je. jep ni dia pandang sebelah mata pun tidak! sibuk dengan mamat bandar yang jadi kebanggaan dari dulu. Boss lah sangat. CEO lah sangat. choiii!!! merinding bulu mak.

Jep tahan gelak tengok si teman dah berbulu semacam dengan keputusan drastiknya.

Adli..Aku bukan dayus. Ini satu-satunya cara yang boleh buat Sarah bangkit kembali. Kau tak kenal siapa sebenar-benarnya Sarah Hayla. Dia mungkin perempuan paling annoying, paling diva, paling materialistik yang kau pernah jumpa tapi kau tak tahu, isteri aku punya hati yang sangat rapuh. Walau lagaknya hebat tapi jiwanya tak kejam. Dan aku akan buktikan yang Sarah punya kelebihan itu walau dia sendiri tak tahu tentang hal itu.

Aku penat tengok Sarah menangis. Penat tengok dia mengalah. Aku nak dia bersemangat untuk dapatkan apa yang dia nak. Satu masa nanti dia akan sedar yang mana satu kaca dan yang mana permata.

******

Jep mengeluh. nampaknya sarah buat lagi perangai lama. Berkurung macam orang dah tak mahu hidup. Tak faham betul! Asal putus cinta mesti menangis macam nak mati. Dulu haziq, sekarang zarul.

Kalau aku? Rasanya sarah akan meratap macam ni juga ke? Makan tak mahu, mandi tak mahu. Terbaring macam perempuan tak ada pedoman. Entah solat entah tidak.

Jep memang sedia maklum isterinya itu memang culas dan liat sikit bab-bab solat ni. lain dengan zara. Zara minah alim. zikir dibibir. tak payah suruh solat, zara dah tunggu dia ditikar sejadah mahu diimamkan.

api dapur dipadam. Jep kaup nasi goreng ke dalam pinggan . Awe yang menemannya didapur tadi, elok duduk di kerusi meja makan. Bertepuk tangan melihat masakan si ayah. Kepala si anak, diusap lembut.

"Awe makan dulu tau. baba nak tengok ibu."

"ibu ucuk!" awe tutup hidungnya. jep tergelak. mak kau memang.. harap muka je cantik. mandinya tidak. putus cinta pun haru!

Menapak masuk bilik, sekali lagi jep melepas keluhan.

"sarah.. bangun..."

"orang lain kecewa juga tak ada lah teruk macam ni. Bangun mandi, makan, solat. macam mana nak bahagia kalau solat pun culas? Kau dah besar tau bukan kecil lagi nak orang sentiasa ingatkan solat semua." tanpa sengaja jep membebel. simptom ayah-ayah sangat. Sarah yang terbaring lemah hanya pekup telinga.

Jep cekak pinggang bila Sarah membatu diri. Perempuan ni kalau aku tak paksa memang tak jalan! kau memang suka jantan tak guna ke Sarah ? Suka tengok aku naik hantu? baik.. kau jangan menmyesal. Tanpa banyak pilihan., Jep pergi ke arah Sarah dan tubuh langsing itu disaupnya mudah dalam kendongan. Sarah jerit kuat.

"jep turunkan aku! kau nak buat apa ni? jangan paksa aku lah jep. Aku tak suka. turunkan aku! Turunkan!!!! "

Jep tak respon. Tetap melangkah besar ke bilik air. Awe melopong tengok si ayah dah kendong si ibu yang dah meronta macam orang gila.

"Jep lepas! aku tak nak mandi!"

kecebur! kecebur! kecebur!

Tanpa ada kompromi, Jep jirus sarah dengan air kolah yang dingin. Menjerit sarah. dia tak tahan sejuk. Sarah mana mandi dengan air sejuk.

Amarah Sarah usah dicakap, merasa juga Jep makan penumbuknya sekali. Makin Sarah melawan makin laju Jep menjirusnya hingga sarah menggigil sambil memeluk lutut.

Melihat Sarah dah diam tak melawan, Jep keluar dari bilik air. Kerusi disebelah Awe diambil. Sempat dia kenyit mata pada si kecil itu.

"baba mandikan ibu kejap ye."

"emm.. ibu ucuk!" lagi sekali dia tutup hidung. Laju tangan sambung menyudu nasi ke mulut. Jep ketawa.

Baru nak kunci pintu bilik air, Jep dah kembali. beradu tenaga dulu mereka. Sorang tolak dari luar sorang tolak dari dalam.

"kau jangan sampai aku robohkan pintu ni! sia-sia je kau mandi tak berpintu nanti . Tak payah buat degil dengan aku. Buka, bagi aku masuk."

"kau nak apa? pergilah. aku nak mandi!" tadi suruh sangat orang mandi pastu cari pasal pula.

"aku bawa air panas untuk kau ni."

Air panas? sarah mengalah. dia memang perlukan air itu. Rasa sejuk terlalu mencengkam sampai ke tulang. Jep siapkan air mandian untuk sarah. Siap ada 7 jenis bunga lagi!

"Kau nak suruh aku mandi bunga ke?"

"Apa salahnya? Kau pengantin baru kan? Mandi air bunga ni bagus.. biar naik seri sikit. Ini depan laki pun sememeh je. Malu sikit.. Muka dah macam hantu kak limah dah aku tengok."

Sarah buat muka. Membebel nombor satu!

"tunggu apa lagi? berambus lah!" halau Sarah bila Jep tak beranjak pergi.

"aku nak madikan kau." bahu Sarah ditekan selamba untuk duduk diatas kerusi yang disediakan. Dia tahu Sarah tak bertenaga sekarang. Tiga hari tak makan. Memang lembik.

"berangan boleh. Keluar sebelum aku jerit. Jangan cari pasal sekarang, jep. Aku letih lah."

"jerit lah. jerit, aku cabar kau jerit. jerit lah!"

Sarah bengang. Pantang dicabar.

"tolong!!! tolong!! to.." sarah cuba melawan tapi lolongannya senyap bila sesuatu yang hanyat menyentuh bibirnya yang kedinginan. Lawan dengan Jep? Mesti kalah.

Lama Jep mendiamkan mulut sarah. sampai perempuan itu mencebik mahu menangis.

Sarah dah teresak menangis. Jep menjarakkan wajah namun tidak tubuhnya. Sarah masih dalam pegangan eratnya. Kau ni nampak je kasar. baru gertak sikit dah melalak. cengeng!

"ini baru sikit dari hak aku, Sarah. Aku tak minta lebih. Salah ke aku, suami kau sendiri nak mandikan kau? Nak manjakan kau? Aku tahu kau tak cintakan aku, dan aku tahu aku akan kehilangan kau. Tak boleh ke waktu yang sedikit ni kau anggap aku suami kau yang sebenar-benarnya?

Aku tak ada hak ke nak sentuh, nak cium kau? Aku tak ada hak untuk penuhi kebajikan kau ke? Kau sakit. Tak boleh ke aku sebagai suami nak bantu kau? Nak berdiri pun kau tak kuat.

Sampai bila kau nak buat aku jadi dayus? Cukup lah aku setuju kau kejar jantan lain. Takkan hak aku yang sikit ni pun kau nak nafikan?"

Jep bersuara lembut dalam tegas.

Sarah diam. Dia tak pandang wajah Jep . Lebih rela pandang dinding bilik air. Luahan jep buat Sarah rasa serba salah. walau hatinya bukan milik Jep tapi jep berhak. Jep suami. Berdosakah aku? Sekali lagi empangannya pecah. Kenapa bersama Jep aku terlalu rapuh? Mudah benar aku membenarkan lekaki itu menyaksikan tumpahnya air mata berharga milikku ini.

Jep melepas nafas berat yang disimpan tadi. Kau ada hati yang sangat lembut Sarah .

Jep tahu sangat kalau dia tinggalkan Sarah sendiri dalam bilik air ini, Sarah akan termenung lama sambil sambung menangis lagi. Bukan Jep tak tahu. Dia masak sangat dengan perangai Sarah. Tahu benar.

Kau ni sebenarnya lebih lembik dari Zara. Selama ni kau acah je lebih depan orang, sebab tak nak orang tahu yang kau sebenarnya extra manja dari adik kau kan?

Saat tanggan Jep cuba melorotkan baju sarah yang basah disiramnya tadi untuk digantikan dengan kain basahan, gadis itu hanya diam sambil teresak hebat. Jep geleng kepala. Comel pula aku tengok dia ni. Nasib baik aku budiman, bukan kaki terkam. Kalau tidak.. Habis lah kau..

Sarah Hayla, kau ni tak pernah tak comel. Garang tapi manja. Diva tapi innocent. Kau comel sangat sarah. Perangai kau comel walau annoying tahap minta penerajang maut dari aku. I love you, wife..

Pesanan Sarah yang suruh dia tutup mata terpaksa diturutkan. Mata helang itu kemain lagi mengawasi matanya. Jep simpul senyum. Kau bukan perasan pun kalau aku buka mata sekalipun. Ini Jep Zafrel lah. Aku handal mencuri pandang hak aku. Jep menyeringai nakal bila Sarah cubit perutnya kuat. Eh, kantoi ke?

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience