Bab 20- erti sahabat

Romance Completed 248233

Sarah menapak masuk dengan tenang. Sempat dia berbalas sapaan dengan manusia yang bertembung dengannya. Sekarang semuanya dah beransur kembali normal. Macam dulu-dulu.

Sarah bukan lah seorang yang banyak cakap dan mesra, dia hanya fokus berikan yang terbaik untuk kerjayanya. Namun, Sarah juga bukan seorang yang sombong.

Bersama Zarul, Sarah rasa dirinya turut dihormati oleh staff lain. Mungkin bila dia sudah tidak berpasangan dengan Zarul, staff lain jadi ghairah untuk mempersendakannya. Sebab itu ada yang berani menyinisnya saat mula-mula di jejakkan kaki setelah perpisahan tercipta antara mereka.

Agaknya manusia yang pandangnya dengan riak mengejek suatu masa dahulu sudah kembali waras kot. Tak pun dah lali dengan riak tak ambil portnya. Tiada lagi yang memandang sinis pada Sarah. Syukur. Yang ada macam biasalah, sekerat dua yang iri.

"Amboi Sarah, berseri sangat muka hari ini. Ada good news ke? Dah ada baby eh? " Delaila menegur sambil sama-sana menunggu lif.

"Tak ada good news pun. Masih ada seorang anak dan seorang suami. Belum lagi ada tanda-tanda nak tambah anak dan tukar suami." Lebar sengihan Sarah.

"Dah lama kita tak bersembang. Sorry tau Sarah, akak busy sangat dekat atas tu sampai tak sempat nak luangkan masa dengan awak. Kalau dapat jumpa pun berselilih bahu macam ni jelah pun."

"Tak apa.. sarah faham. Macamlah kita tak pernah kerja dekat floor dia."

"Tapi busy-busy akak pun, pernahlah nampak orang tu berkelah dengan family dia dekat taman mini depan tu.. . Kemain lagi sweet berkelah anak-beranak. Hari ni tak berkelah lagi ke?"

Sarah ketawa kuat. Rupanya Kak Laila pun nampak peristiwa itu? Dah lama sangat pun masih diungkit lagi? Lama simpan modal mengusik tu.

"Tu semua laki Sarah punya pasal lah. Dia tu memang, kepala tak berapa nak betul sangat. Tebal muka saya melayan kerenah dia. Rasanya untuk berkelah tu dah tak ada repeat dah kot, sebab Jep sekarang dah bertukar jadi gila kerja. Bekerja tak ingat dunia. Saya yang tengok dia gigih bekerja siang malam pun naik seram."

"Laki kamu kerja apa? Elok je akak tengok dia hantar ambil kamu setiap hari macam orang tak ada kerja je."

Sarah tarik nafas. Susah nak jawab soal kerja Jep. Banyak sangat! Semua kerja dekat Kuala Lumpur ini nak dibuatnya.

"Dia banyak sangat buat kerja part time. Saya nak cakap kerja dia pun saya tak tahu nak mula dari mana. Kerja despatch ada, grabfood, jual burger, cuci kereta dan yang paling saya terkejut, cleaner pun dia rembat sama. Selagi ada kerja, memang dia sapu semua. Kesian saya tengok dia cari duit. Memang menggila,"

"Baguslah kalau betul dia jenis yang rajin cari duit. Kiranya bunyi-bunyi yang bawa mulut kata dia menghabiskan duit kamu tu tak betul lah?" Delaila kelegaan. Sarah kerut dahii.

"Mana ada dia habiskan duit saya. Siapa yang bawa mulut?"

Delaila hanya menjeling pada Zana dan Mira yang turut berada disitu. Bila pula munculnya dua wanita itu bersama-sama menunggu Lif? Saat pintu Lif terbuka, masing-masing menapak masuk. Sarah masih terpinga susah nak hadam. Kenapa kutuk dan fitnah Jep? Motif?

"Morning boss." Sapaan Sufian pada Zarul buat Sarah pandang dekat dengannya. Tak perasan langsung lelaki itu ada disebelah. Zarul dah tukar perfume! Patut lah Sarah tak perasan.

"How are you Sarah?" Sapanya mesra. Sebuah senyuman terukir manis macam selalu.

"Hi, Im good. Where is Alina?" Pelik pula tiada Alina disitu. Biasanya minah tu tak berenggang sikit pun dari suami tercintanya.

"Ouh.. Alina Samira. Morning sickness dia teruk sikit. I am all alone today. Dia tak dapat datang." Zarul masih dalam senyuman cerianya.

"Puan Alina pregnant? Tahniah boss!" Semua yang ada di dalam perut lif itu tak buang masa merakamkan ucapan tahniah buat big boss mereka. Sarah yang dah lama tahu hanya senyum sahaja.

"Thank you semua.. Alhamdulillah." Makin lebar senyuman dibibir Zarul. Tahniah Zarul. Ucapan tahniah hanya terakam di hati Sarah, tidak di bibirnya.

"Sarah bila pula? Encik Zarul dah nak ada anak. Kau bila lagi? Kawin tarikh yang sama kan?"

Sarah senyum membalas saja soalan dari suara yang sumbang itu. Penyibuk! Kelihatan Zarul juga memandang ke arahnya menunggu jawapan.

"I already got one. Hawa Najwa, my one and only cutie pie."

"You kahwin dengan duda ke? I baru tahu hero kampung tu duda. What a big surprise..." Mira bersuara sinis. Serta-merta matanya mencari Zana. Seronok lah tu dapat bahan baru.

"Yes, my hero kampung is duda anak satu. Any problem with that Cik Mira dan Zana?"

Lambat! Dah sah-sah aku makan hari tu ada Awe, patutnya masa tu lagi korang dah tahu status Jep. Slow! Kutuk Sarah dalam hati. Nak jadi mulut jahat tapi otak kurang laju. Sedih!

Ting! Pintu lif terbuka di tingkat lima. Cepat-cepat Zana dan Mira melolos diri diikuti oleh Sarah. Delaila dan Zarul hanya membuang pandang dari dalam lif sebelum pintu kembali tertutup.

"Cantik-cantik, kahwin dengan duda je woi!! Apalah nasib! "

"Sekurang-kurangnya aku ada suami. Duda pun duda lah, asal tak pegang status anak dara tua macam korang. opsss." Laser mulut Sarah membalas perlian sebaik sahaja menapak ke tempatnya.

"Iya lorh.. Sarah banyak betul." Steady lah Susan.. Ini baru boleh buat geng!

Sufian yang ikut menelinga tersenyum saja. Ini baru namanya buku bertemu ruas. Tak sangka dalam senyap-senyap Sarah ada juga bisanya.

Jarang sekali nak nampak Sarah buang masa bercakap benda yang tak perlu. Wanita itu banyak fokus pada kerjanya sahaja sampai budak berdua itu berani pijak kepala membuli.

You go girl! Sekarang dia mahu jadi geng Sarah juga tapi dalam diam. Penyokong pasif.

"Sarah, nanti you join tak family day kita?" Susan bertanya sambil buka laptopnya.

"Tak pasti, tengok keadaan. Suami I tengah mabuk kerja sekarang."

"Alah setakat kerja-kerja kuli pun nak kecoh. Ingat hebat sangat , despatch cabuk je pun." Zana menyampuk sambil tangan sibuk mengoles gincu di bibir.

Sarah diam malas melayan. Cabuk-cabuk laki aku pun, minyak kereta aku, dia isi penuh. Kau tu setakat isi minyak cukup-cukup makan, jangan nak sibuk perlekeh suami aku. Desis Sarah dalam hati.

Sebaik laptop menyala, Sarah terus hilang diserap masuk ke alam projek-projek yang masih lagi on going dan memerlukan penelitian secara khusus darinya. Tentang dua makhluk sengal itu tidak lagi diambil kisah. Lama dia hanyut sampai tersentak teruk bila Kak Laila membuat panggilan padanya.

"Bos panggil naik atas kejap."

Sarah kerut kening. Kenapa? Aku ada buat salah ke? Rasanya sudah tidak ada keperluan untuk aku ke tingkat atas.

"Jangan banyak tanya. Datang je. Bos nampak busy tu. Don't waste his time. Naik cepat." talian mati.

Pintu bilik Zarul diketuk. Sarah masuk bila mendapat kebenaran.

"Sarah you need to help me. Sekejap lagi I ada meeting dengan Mr. Robert Kong. Macam biasa dia bawa spouse dia. So, you kena ikut I."

Laju Zarul memuntah kata sampai Sarah terkebil-kebil.

"Kita keluar berdua? Alina okey ke?"

"She need to be okey. Kerja is kerja lagipun takkan lah I nak paksa juga dia ikut I dengan keadaan dia yang lemah macam tu."

Sarah teragak-agak. Takut andai diri difitnah lagi oleh mulut-mulut jahat rakan sekerja. Apa-apa nanti, aku yang diganggu bukan big boss yang santai memberi arahan ini

" Sebelum tu, tolong I sediakan beberapa dokumen. You know how to do your work kan?Lepas jumpa Mr. Robert dan Madam Celine I akan terus shoot ke Putrajaya. Ada problem sikit dekat sana."

Sarah angguk faham.

"Here is my planner. Have a look takut I ada salah or terlepas pandang apa-apa dan tolong check email I juga. Alina tak sempat nak update schedule I yang paling latest sebab mabuk dia teruk sangat."

Sarah angguk faham dan pantas melangkah keluar.

"Woi dapat position lama semula ke?" tegur Delaila.

"Nampak gayanya macam tu lah. Ada appointment dengan Madam Celine, terpaksalah involve sekali."

Delaila angguk faham. Tahu benar perangai queen control Madam Celine. Sibuk nak mengekor buntut suami tapi takut kebosanan. Dah jadi syarat utama kalau nak berurusan dengan suaminya perlu dibawa peneman untuknya sekali bagi ada partner dan modal idea untuk bercakap dan bergosip.

Perlahan buku planner yang pernah menjadi peneman setia Sarah, dikelek ke hulu dan ke hilir dibuka. Setiap halaman dibelek. Terlalu banyak kenangan.

Penambahan tulisan Alina disitu ditenung lama. I miss you Alina. Sungguh tiba-tiba jiwanya disapa kerinduan buat sahabat.

Tipu lah kalau Sarah kata tak rindukan zaman keakraban mereka dahulu. Aku sayang kau Alina. Aku rindu kau. Untuk kesekian kalinya aku mengalah demi orang yang aku sayang. Kalau kau bahagia dengan dia, aku undur diri.

Aku nak sangat rampas Zarul semula. Tapi kau dah mengandungkan zuriat dia. Kenapa mesti kau yang rampas dia dari aku?

Mulut aku sentiasa menutur untuk ambil semula hak aku. Tapi hati aku takkan sesekali membenarkan itu. Sakiti kau adalah perkara terakhir yang akan aku lakukan. Walau kau khianati kepercayaan aku, kau tetap orang penting dalam hidup aku. Kau sahabat aku.

Kembali ke alam nyata, Sarah kembali fokus pada kerjanya. Apa yang patut dibawa disiapkan terlebih dahulu untuk kegunaan Syed Zarul.

"Ready Sarah? Shall we?"

"Come. Just ignore apa yang orang cakap. Kita buat je kerja kita. Beras diaorang takkan jadi nasi kita. Begitu lah sebaliknya. Focus kerja."

Pesan Zarul sambil melangkah laju. Dia tak punya banyak masa untuk dibazirkan . Sarah angguk faham. Perasaan risau yang bersarang cepat-cepat dibuang ke tepi. Professional Sarah.

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience