Bab 37- playgirl

Romance Completed 248237

Tawa Alina masih tak mati. Satu persatu memori nakalnya bersama Sarah melayang ke kotak ingatan. Kena belasah dengan Sarah itu perkara biasa! Alina sengih lagi. Mereka memang begitu, lebih memilih bercakaran dan keganasan dari cara yang berhemah.

'aku rindu kau Sarah. Aku percaya kau takkan sanggup khianati aku. Amuk kau semalam membuktikan semua tuduhan itu langsung menyasar dari kenyataan sebenar. Terima kasih Sarah sebab sedarkan aku..'

Alina senyum sambil cakap dalam hati.

"you okey Alina? You ada nak apa-apa?"

"I nak Sarah." pinta Alina pada Zarul yang tak pernah tinggalkannya dari semalam. Zarul setia menemaninya.

"Sarah takkan datang. Dia tak mahu emosi you makin terganggu. You rehat ya? Badan you sakit kan? Pipi you bengkak. I tuam ya, sayang?"

Alina menggeleng. Dia mahu jumpa Sarah.

"Jep tak benarkan Sarah datang sini."

"Sarah akan datang. Dia tahu i perlukan dia sekarang. Dia akan cari I lepas kami bergaduh teruk. I knew my friend!"

Betul katanya. Sarah akan datang. Dengan riak muka masam, Sarah menapak masuk ke ward Alina. Dia duduk di kerusi tepi Alina sambil memeluk tubuh. Wajah Alina dipandang dengan riak yang masih jelas terpeta tak puas hati.

Alina senyum puas hati tapi tak lama sebelum dia juga pandang kerek pada si teman.

Jep dah menggamit Zarul untuk keluar dari situ dan meninggalkan dua manusia pelik itu bersendirian.

Alina di atas katil pandang Sarah. Sarah yang datang melawat pandang juga Alina dengan mata yang mengawasi garang.

Zarul cakap Alina dah mereng. Ketawa seorang diri. Doktor masih mengawasi Alina. Masih mengesan tanda sama ada wanita itu benar-benar sudah hilang kewarasan atau bunga-bunga stress sahaja.

Bagi Sarah pula, langsung dia tak percaya apa yang Zarul kata. Perempuan ni bukan mereng. Tapi senget! Memang kerja dia lepas gaduh teruk dengan aku, akan ketawa sendiri menyesali tingkah buruk dan bodoh yang diambilnya. Itu perkara biasa dalam kamus percakaran mereka. Tak ada yang pelik pun!

Setelah lama merenung Sarah, akhirnya Alina ketawa lepas. Dia puas melihat keadaan mereka sekarang.

"Bodoh lah kita ni. Kau tak rasa kita bodoh?"

"kau sorang je yang bodoh. Kenapa kau gelak dari semalam? Semua orang ingat kau gila. Kau tahu tak?"

"kita memang gila, Sarah. Itu hakikat."

"Kau bawa coklat aku tak?" Alina tanya selamba bagai tiada apa yang berlaku antara mereka.

"kau dah maki aku semalam, kau rasa aku ada masa nak belikan kau coklat? Lambat lagi!"

"Aku tahu dalam beg kau tu ada coklat untuk aku. Keluarkan je lah. I know you love me so much!"

Sarah hanya membiarkan tingkah Alina yang menceroboh handbagnya mencari coklatnya.

Gotcha! Alina riang. Pek Cadbury itu digoyang-goyang happy.

Selamba dia bawa ke mulut. Makan tanpa dipelawa. Elok betul perangai.

" Kau belikan kegemaran aku. Are we good?"

"Bagi hati aku semula baru kita boleh berbaik. Kalau kau tak pulangkan balik, hell NO! We are over."

Alina mencuit bahu Sarah. Bahu itu ditunjal-tunjal lagak ingin memujuk.

"Jangan lah ambil hati dengan apa yang kita cakap. Kita tak sengaja. Kita dirasuk setan, awak. Kita cemburu buta. Kita minta maaf. Kita janji kita tak buat lagi." Alina tunjuk muka comelnya. Cuba memujuk si teman.

"kau tengok lah apa yang kau dah buat." phonenya di sua pada Alina. Aksi gusti mereka dah viral di youtube. Memalukan! Kalau anak cucu aku tengok nanti macam mana? Aku dapat gelaran ratu wrestling tau! Siot betul. Ini semua Alina punya pasal.

'Ratu wrestling and the bimbo wife.' highlight video itu.

"kita dah famous!" Alina teruja.

Famous untuk benda yang tak berfaedah. Sarah menjeling lagi.

Mereka diam lama sebelum masing-masing menghambur tawa bila melihat aksi bodoh dan tak matang mereka yang dipertontonkan di dalam phone itu.

"Aku tak sangka kita boleh bergumpal seliar itu di hadapan khalayak ramai. Malu muka tujuh keturun oiii!"

Sarah yang tak dapat tahan diri dari membayangkan peristiwa semalam turut menghambur tawa.

" kau lah bongok. Cari pasal tiba-tiba. Bukan kau tak tahu aku kaki gaduh. Tak pasal-pasal dapat gelaran ratu wrestling."

"Zarul ingat aku gila sebab gelak dari semalam. I just found it funny. Selepas sepuluh tahun hidup dengan rukun dan damai, kita gaduh semula, Sarah. Sebabnya masih sama. Tetap pasal jantan. Padahal masing-masing dah janji takkan gaduh disebabkan jantan lagi. Sumpah aku rasa kita macam budak-budak sangat."

Masing-masing diam. Begitu lah mereka. Ada masa gaduh sampai tak boleh kawal emosi langsung. Sampai bengkak bengkil muka masing-masing. Tapi selepas itu, masing-masing dah reda, mula lah meleset-leset datang minta maaf cuba nak berbaik semula.

"i miss you, Sarah." Alina senyum nipis. Sungguh dia terlalu rindukan sahabatnya itu. Berbulan-bulan bersengketa dengan Sarah buat dia rasa sebuah kehilangan yang dahsyat. Kenapa aku terlalu tega menuduh kau macam-macam? Apa aku takut dengan bayang-bayang sendiri?

Ini kah balasan kalau membelakangi dan menyakiti hati orang yang banyak berkorban untuk kita?

"Sarah, aku minta maaf. Aku lah kawan yang tak guna tu. Aku buta. Aku lah betina gatal yang merampas hak kawannya sendiri. Maafkan aku sarah. Aku lah watak jahat itu. Aku patut salahkan diri aku sebab aku yang mula-mula merosakkan bahagia kau." Alina menangis.

Sarah tersentak. Perlahan, dia mengangguk dan sama larut dengan air mata.

"Aku rindu zaman jahiliyah kita. Gaduh berebutkan jantan. Haeydar, Naim, Hazimi, Iqbal. How time flies so fast. Terima kasih sebab jadi kawan baik aku, Sarah. I really miss you. Nak hug!"

Alina depang tangan. Sarah yang nampak masih malas nak layannya bermanja ditepinya ditarik masuk ke dalam pelukan. Aku nak peluk juga sahabat aku ni!

" maafkan aku. Aku salah."

Sarah pukul belakang Alina geram.

" Kau selalu macam ni. Nak kena makan penumbuk aku dulu baru kau nak sedar! Berapa kali aku cakap, aku takkan rampas hak kau. Aku sayang kau! Apa susah sangat kau nak faham? Kau tak sayang aku ke? Kau tak percayakan aku? Aku bagi hati aku pada kau, kau ingat jantan pun aku tak boleh bagi ke?"

"aku salah. Aku paranoid. Aku cemburu buta. Aku lupa siapa kawan aku. Jangan ambil hati aku. Sekali kau bagi, selamanya milik aku. Kita berbaik tau. Aku janji takkan cemburu buta lagi. Semalaman aku throwback memori kita. Aku sayang kau Sarah. Sayang sangat. Terima kasih sebab dah belasah aku. Sumpah aku rindu!"

Sarah tolak tubuh Alina. Dia kembali duduk tenang di kerusi. Alina dijeling sakit hati.

" orang panggil aku kaki gaduh tau. Semua sebab kau!"

Alina ketawa kuat. Tak apa lah di cop kaki gaduh dari bini bimbo macam aku? Biar satu dunia tahu betapa ganasnya minah ni. Biasa asyik aku je yang kena lanyak dan tibai dirumah. Sarah sangat pandai, acah cool di depan orang. Nak bergaduh dan berkelahi, dia akan tunggu Alina di rumah.

Masuk sahaja dalam rumah, bercakaran teruk mereka. Apa yang terjadi di restaurant itu hanya sedikit sahaja extreme dari pergelutan biasa mereka. Mungkin sahaja Sarah sudah benar-benar berang agaknya.

"Kau nak simbah aku dengan asid."

"siapa yang izinkan kau makan dengan suami aku? Laki sendiri ada. Makan lah dengan laki kau! Nasib baik aku tak gila simbah asid yang betul."

"laki kau minta tolong aku untuk pujuk kau. Explain yang kami tak ada apa-apa hubungan."

"tak payah explain. Aku dah tahu kau tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Cara kau mengamuk semalam pun aku dah tahu aku silap. Sebab tu aku bagi can kau lanyak aku lebih sikit. Kalau tidak sumpah muka kau pun makan penerajang aku."

"mana kau tahu aku tak salah?"

"bukan sekali dua kita bercakaran. Aku tahu lah beza kau lawan nak pertahankan benang yang basah dan lawan yang pertahankan nasib diri yang tak bersalah. Kalau dah kau pukul aku macam orang gila babi macam semalam memang sah-sah lah kau tak buat pun benda yang aku tuduh tu. Kau lupa kes yang kita gaduh sebab Haeydar?"

Sarah angguk mengiakan kata-kata Alina. Masa mereka bergaduh sebab Haeydar, kejadiannya sama teruk dengan kes kali ini. Sebab Sarah memang betul-betul tak ada hati nak rampas Haeydar dari Alina. Mereka hanya berkawan sahaja. Berbeza pula tika gaduh kerana Naim, Hazimi dan Iqbal. Sarah hanya rilek sebab memang niatnya nak rampas lelaki-lelaki itu dari Alina dan sememangnya Sarah berjaya rampas semua kekasih Alina itu dengan jaya dan hormatnya.

Siapa je yang tak kenal mereka. Dua sahabat yang sama playgirl. Tukar lelaki macam tukar baju. Tapi itu semua dah tinggal sejarah.

"Asal laki kau makin cengeng? Tak terurus pula tu. Kau dera dia ke?"

Alina ketawa bebas sekali lagi. Teruk sangat ke penderaan mental aku terhadap suamiku sendiri? Nanti aku bagi hadiah pada dia.

Wajah Sarah dipandang lagi.

Terima kasih kawan, sebab sedarkan aku dari prasangka buruk aku selama ini. Selalu-selalu lah belasah aku kalau aku makin lupa diri. Sungguh kau je tahu macam mana nak handle emosi bodoh berselirat wayar yang selalu ganggu emosi aku ini. Aku takkan mampu bermusuh dengan kau. Sebab kau pun nyawa aku.

Hati ini aku akan jaga sampai bila-bila. Dan hati ini akan aku selalu hadiahkan pahala zikir untuk kau, kawan yang mengorbankan diri sendiri untuk kawan jahil macam aku.

Terima kasih, sahabat..

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience