Bab 9 suapan cinta

Romance Completed 248233

Tangan Jep yang dekat tersua di bibir Sarah, dipandang sekilas. Sakit hati. Kalau namanya Jep, perangai tak pernah macam manusia. Selalu macam Jebon!

"Buka mulut. Telan nasi goreng yang aku masak ni! "

"aku tak lapar." sarah menolak.

Tak selesa makan bersuap begini. Sudahlah suap guna tangan. Kalau sudu tahan lagi. Jep ni memang dasar pembuli. Suka buat orang sakit hati.

"aku tak peduli pun kau lapar ke tidak. Yang aku peduli, nasi goreng ni aku yang masak. Bila aku masak, kau kena makan. Faham? Sekarang buka mulut luas-luas sebelum aku buat kau menyesal."

Jep pandang wajahnya dengan lagak semacam. Pasti ada saja otak sengal itu mahu mendajalkan hidup aku.

Mahu tak mahu, mulut dinganga luas. Perlahan nasi dalam mulut dikunyah. Sedap.. Dek ego, Sarah bekukan terus deria rasanya. Tak rasa apa pun!

" sampai bila kau nak duduk atas riba aku ni? Sakit kaki aku. "

" siapa suruh kau degil? Nak suruh makan pun susah."

"aku dah makan.. Bangunlah."

"aku takkan bangun selagi kau tak sudah makan. Bukan aku tak kenal kau. Nanti kau mengelat lagi." selamba jawapan jep sambil jarinya kembali berhenti di bibir indah itu. Makan pun cantik. Aishhh geram nak gigit bibir tu! Sabar jep.. Tak lari gunung dikejar..

Suka-suka hati dia je duduk atas aku! Sarah menjeling. Tahu kalau lawan jep mesti takkan menang. Jadi menjeling je lah yang dia mampu. Dalam hati usah dicakap, memang rasa nak tumbuk je malaun sesat ni kuat-kuat.

Jeling lah Sarah.. Tak luak pun. Yang penting harini aku dapat bermanja dengan kau. Uwerk. Sarah loser.. Ada suami tak reti nak bermanja, nasib baik kau ada suami super sweet. Dapat juga kau merasa manisnya alam rumah tangga. Sweetkan sarah makan bersuap macam ni. Jep merapu sendiri dalam otak. Dia simpan sengih. Malu lah kalau kantoi dengan Sarah yang dia suka posisi rapat mereka sekarang.

"kenapa baba duduk macam tu?" pelik Awe melihat tingkah si orang dewasa. Kerusi itu kan luas, kenapa baba kena duduk atas ibu? Dia terkebil-kebil sebelum mulutnya memuncung jealous. Dia nak duduk macam tu jugak!

"Ibu Awe ni nakal sangat. Baba kena duduk macam ni atas ibu baru ibu nak makan nasi. Awe jangan ikut perangai nakal dan degil ibu ye.. Susah baba nak layan kamu berdua nanti." jawab Jep dengan muka habis confident tanpa rasa bersalah langsung memaparkan aksi sebegitu di hadapan anak kecil. Posisi menempah fitnah ni..

Dia duduk berhadapan dengan tubuh sarah yang sedang menghadap TV sambil kakinya melingkar kemas bahagian pinggang si isteri. Memang Jep kunci terus pergerakan si isteri.

"malu sikit dengan anak tu. Kau ni tak senonoh!" marah sarah sambil tolak dahi Jep yang tiba-tiba mendekat dengan wajahnya. Sengal!

"she will get used with this. Pokok pangkalnya.. Kau jangan degil! Buka mulut besar sikit baru nasi ni cepat habis."

Jep suap Sarah makan sampai habis sepinggan nasi. Sarah tak terkata apa. Nak lawan macam tak mampu. Lagi - lagi dengan perangai tiga suku Jep yang entah apa-apa. Nak melayan, Sarah tak tertahan!

Satu hari nanti kau akan kecundang juga Sarah. Ini bukan sekadar suapan biasa. Ini suapan cinta dari aku. Sedikit demi sedikit kupersembahkan cinta hingga nanti kau kekok untuk hidup tanpa suapan cinta yang membara dari aku. Jep senyum dalam hati. Berpuas hati dengan episod manis rumahtangganya untuk hari ini.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience