.
Rasa macam nak menjerit!
Ingatkan hari ini dan hari-hari seterusnya Sarah dah selamat dari mulut-mulut puaka dan menyakitkan hati manusia yang busuk hati padanya. Rupanya tidak! Salah sama sekali.
Kita yang bercakaran, orang lain pula yang melebih. Norma manusia sangat! Lebih sudu dari kuah.
Dengan sisa masa yang masih berbaki 30 minit sebelum pukul 5 petang,sempat lagi kedengaran suara sumbang memalit taik ke mood Sarah Hayla.
"Aku pelik. Macam mana orang yang muka cantik macam kau boleh buat benda yang memalukan diri sendiri? Tak cukup hebat agaknya suami kampung kau tu sampai suami orang pun kau sibuk nak kebas. " zana pamer muka sinis tahap tujuh pada Sarah.
"Kalau tak tahu apa-apa, lebih baik diam, Cik Zana.. "
Sarah malas layan. Tak tahu lah apa malang sangat nasibnya. Semua orang pandang jelek padanya lantaran tersebarnya video viral tempoh hari.
Sarah berkira-kira mahu simpan barang untuk pulang ke rumah dengan segera. Kalau boleh, tepat sahaja jarum jam tunjuk pukul 5, dia nak angkat kaki terus.
Penyibuk je masing-masing. Macam orang tak ada life. Busybody betul!
"Tengok la tu, buat tuli. Sudahlah perangai buruk! Tahu nak menyundal je. Dah salah dating dengan laki orang, ada hati nak belasah isteri orang tu pulak. Sekarang boleh buat bodoh macam tak ada apa. Dasar tak tahu malu! "
Sarah hempas failnya.
"Kau tak ada kerja lain ke? Asyik sibuk hal orang. Tak penat?" Tanya Sarah yang dah mula bosan dengan situasi sama yang berulang- ulang tanpa ada tanda mahu habis.
"Aku tak kan pernah penat kalau hal itu melibatkan kau!"
Berkerut dahi Sarah mendengar kata-kata Zana.
"Apa yang kau sakit hati sangat dengan aku? Aku buat salah apa dengan kau sampai kau suka cari pasal dan nak bermusuh dengan aku? I just don't get it. Apa motif kau nak ganggu hidup aku selama ini?"
Zana gelak jahat. Penuh sinis mendengar pertanyaan Sarah. Jangan pura-pura tak tahu lah! Dasar perempuan bodoh!
"Salah kau cuma satu. Satu je.,. "
"Apa?"
"Kau fikir lah sendiri. Aku tak akan berhenti susahkan hidup kau, selagi kau tak tahu apa salah kau pada aku. Ada otak, tolong fikir. Siapa aku dan apa masalah antara aku dan kau." Zana berlalu selepas menepuk kasar meja Sarah.
"Gila!"
Jerit Sarah pada Zana yang sudah berlalu pergi. Fail di atas meja disusun kasar kembali ke tempatnya. Melempias rasa bengang di hati. Tolong lah aku cepat kaya supaya boleh berambus terus dari sini.
"Ibu!!!!"
Sarah pandang ke kiri. Hawa? Sarah terkejut melihat kemunculan tiba-tiba si anak di situ. Awe sudah menerkamnya masuk ke dalam pelukan. Muka Awe dah sememeh.
"Ibu.. baba jahat! Awe nanak kawan baba!" esak Hawa kuat dalam pelukan Sarah. Sarah pandang Zarul yang memimpin tangan si anaknya tadi.
Macam mana Awe boleh ada di sini dengan you?Mana you jumpa Awe? Jep mana?
Bahasa isyarat mata dari Sarah dijawab dengan bahu oleh Zarul. Dia pun tak tahu mana Jep.
"I jumpa Awe menangis dekat lobby. I terus bawa dia kesini." Terang Zarul ringkas.
"Sayang , kenapa ni? Mana baba? Kenapa Awe menangis?"
"Baba jahat! Awe tak suka baba. Baba dah tak sayang ibu, tak sayang Awe. Baba nak bagi Awe mama baru. Awe nanak mama baru.. Awe nak ibu je. Baba jahat!"
Dalam susah dan tersekat-sekat melayan sendu, Awe cuba menghabiskan kata mengadu pada si ibu. Habis merah satu muka. Air hingus pun dah sama meleleh dengan air mata yang lebat berguguran.
Zarul dah bantai gelak besar. Sarah tahan makian. Jep ni memang lah nak kena! Dengan anak pun nak dibuat sakat.
"Baba gurau je tu sayang. Baba sayang Awe, baba sayang ibu.. "Sarah memujuk.
"Tak.. baba cakap betui. Butan gurau! Awe dah tengok muka mama baru. Cantik. Baba cium gambar mama baru. Awe tak suka! Awe nanak mama baru!"
Mengondoi si anak siap dihentak-hentak kaki tanda protes. Benar-benar menolak mama baru nampaknya.
Sarah panggung kepala. Jep kalau tak buat perangai sakai menyakat si anak memang tak sah. Anak yang masih kecil pun selamba je dia usik. terganggu habis emosi si anak daranya. Apa lah Jep...
Dah tenang sangat ke hidup kau sampai mereka-reka cerita untuk bikin ribut? Nampak gaya, aku kena bagi balasan sikit pada kau supaya lepas ni tak payah lagi kau kacau anak aku dengan perkara tak matang dan tak kelakar macam ni. Ayah siapa lah perangai macam sakai ni?
Aura untuk mengenakan Jep telah merasuk ke jiwa Sarah. Kau tunggu Jep! Aku nak harukan hidup kau. Mama baru? Kau cuba untuk duakan aku ye? Siap kau. Aku nak merajuk!
"dah sayang , jangan nangis. Jom kita denda baba. Awe taknak mama baru kan? Awe geng ibu tau. Ikut je apa yang ibu suruh. Beres?"
pipi Awe yang masih tersisa air mata dilap penuh kasih dan sayang. Ya ALLAH.. comelnya anak aku yang seorang ni. Menangis kerana tak mahu ayah mendua kasih si ibu. Alahai.. So sweet anakku..
Maafkan lah baba awak itu, anakku. Baba awak punya perangai mengusik dan melawak ada kalanya memang langsung tak cerdik. Awak sabar je lah. Terimalah baba awak seadanya dia.
Awe angguk semangat. Dia mahu masuk pakatan ibu. Tangan yang disua si ibu diraih cepat. Berpimpingan tanya mereka dua beranak.
"Zarul, tolong berlakon dengan I, boleh?"
"Nak berlakon apa?"
"Buat Jep sakit hati? I nak ajar si samseng village itu. Berani dia buli anak kesayangan i. You jadi nasi tambah tau. Biar dia terbakar."
"Wow! Sangat menarik. I am ready , Sarah. Camera roll.. Take one and two and three, Action!"
Terlebih semangat Zarul. Dia yang terlebih dahulu mendahului langkah Sarah dan Awe.
Zarul pasang sengih jahat. Aku tak sabar nak tengok kau sasau Jep. Hari itu kau bahasakan aku kan? Sekarang, mari kita lihat siapa yang kena... Kau ejek aku takut bini kan? Sekarang kau tengok aura bini kau pula. Kau rasa kau mampu selamat ke?
Sebaik pintu lif tiba di ground floor, ternampak terus kelibat Jep di luar yang sedang menunggu pintu lif terbuka untuk menapak mencari si isteri di atas. Ceria wajahnya saat bersua mata dengan si isteri .
Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Sarah dari dalam perut lif sudah memandang Jep dengan pandangan yang cukup menakutkan.
"Hai sayang! Aku baru nak naik jemput kau. Jom balik, teman aku. Aku nak bawa kau pergi somewhere special." Jep tersengih kacak.
Sarah berlalu pergi sambil menjeling sekilas. Langsung tak dihiraukan kelibat Jep disitu.
"Sayang, kenapa ni?" Jep membuntuti langkah sarah yang laju memimpin tangan si anak berjalan keluar dari ruangan bangunan SK Holding tanpa menjawab pertanyaan Jep.
"Zarul, apa kena dengan bini aku? Dia gaduh dengan Zana lagi ke?"
Zarul diam. Hanya angkat bahu sahaja. Jep penasaran. Laju menyaingi langkah si anak . Tangan kecil itu cuba digapai.
"Huh!" Desis bibir kecil Awe. Tangan kecilnya yang berada dalam pegangan si ayah direntap kuat sebelum melipat tangan ke dada. Muka dipaling ke tepi. Tak nak tengok muka baba!
Jep terkejut dengan lagak kekwat seorang Hawa Najwa. Siapa yang ajar? Bukan main sombong lagi bak hang. Nasib baik comel! Geram Jep nak picit hidung mancung si anak yang laju mengikut langkah ibunya.
"Over here Sarah. Kereta dekat tepi sini."
Jep menegur Sarah bila nampak langkah Sarah menyonsang dari keretanya. Berjalan tanpa menoleh walau sedikit pun pada si suami. Awe masih setia berpihak pada ibunya. Ya Allah , apa pula kenanya dengan anak bini aku ni?
Tangan Sarah direntap Jep dengan lembut. Muka Jep minta penjelasan dari Sarah. Kau nak pergi mana? Kenapa layan aku macam ni?
"Aku nak balik dengan Zarul."
"What? No way! Aku dah terpacak depan mata kau kan? Balik dengan aku je lah."
"There is always a way. Aku tak perlu lelaki yang tak pernah cukup dengan satu perempuan macam kau. Nak bagi mama baru pada Awe kan? Silakan. Aku boleh jaga anak aku tanpa kau. I see you in court."
Jep tercengang. Weh, apakah? Laju Jep dapatkan Sarah yang sudah meloloskan diri ke dalam kereta Zarul .
"Sayang! It just a joke! Aku cuma melawak dengan anak je. Takkan kau pun sama level selenga dengan budak-budak?" Sarah buat keras. Enggan percaya. Dia tutup telinga, membulatkan hati.
"Sarah, janganlah macam ni.. Aku minta maaf, aku janji aku takkan bergurau macam tu lagi walaupun dengan anak. Sarah, jom balik dengan aku. Kau isteri solehah kan? Kau nak masuk syurga kan?"
"Jalan Zarul. Jangan layan orang gila talak ni."
Zarul angkat bahu. Selamba dia masukkan gear. Goodbye jep.
"Sorry Bro, aku cuma menurut perintah si gangster ni. Selamat maju jaya Jep. Welcome to the world of marriage yang sebenar. Tempoh krisis aku dan Elina dah selamat berlalu.
Untuk kau, aku ucapkan good luck. Tabahkan hati. Sesungguhnya perbalahan dan bunga-bunga perpisahan dalam alam rumah tangga itu adalah benar.
Ketahuilah bahawa hakikat isteri itu sangat menakutkan adalah benar. Bertabahlah kau disaat kau di adili dan dihakimi oleh seorang makhluk bernama wanita. Di saat dia marah, kau katakan I love you.. Dia saat dia menangis, kau katakan you are beautiful.. Bye brother, selamat maju jaya."
Kereta bergerak pergi meninggalkan Jep dibelakang yang tak percaya dengan tingkah Sarah yang berlalu pergi dengan lelaki lain dan meninggalkannya disitu. Sampai hati Sarah!
Awe di bahagian belakang hanya hadiahkan jeliran lidah buat si baba. Padan muka!
×**********×********
Share this novel