Bab 31- i love u

Romance Completed 248237

Betul lah kata orang. Apa yang kita nak, tak semestinya terbaik untuk kita. Kadang-kadang yang kita tak suka itu lah yang diciptakan untuk melengkapi kekurangan diri.

Jep.. Thank you!

Dalam perut lif, Sarah dah rasa semacam. Libang libu rasa dihati. Tak sangka Jep datang mempertahankan Sarah disaat maruah dipijak-pijak.

Jep.. aku rasa macam nak jatuh cinta over head pada kau! Muka Jep dipandang dengan riak cute. Jep kerut dahi. Apa kes pula bini aku ni? Jep meraba mukanya sendiri. Ada yang tak kena ke? Tanyanya pelik. Dahi Sarah pula yang diraba. Demam aku berjangkit dengan dia ke?

Sarah tersengih.

"Jep.. nak hug?" Minta Sarah dengan muka habis cute. Jep tergelak. Ini benar-benar luar alam.

Dengan senang hati tubuh Sarah dibawa dalam pelukan. Sarah tiba-tiba jadi manja. Dipeluk tubuh kekar Jep kuat tanpa mahu lepas. Mukanya disembam manja didada nan bidang milik suami. Jep telan air liur.

Semacam pula minah ni. Seram pula aku.

"rilek lah Sarah. Takkan dah terharu level serah diri macam ni? Aku baru keluarkan sikit saja dari skill memikat aku. I can do more for you. Takut kau pengsan je kalau aku keluarkan semua aura yang aku punya." Jep menceceh sambil membalas pelukan erat si isteri.

Aku takkan benarkan kau disakiti.

" jep.. Aku cakap sekali je ni. Tolong dengar betul-betul."

"apa dia sayang?"

"i love you." Muka disembam ke dada Jep. Malu.

Jep bagai tidak percaya tiga patah kata yang selama ini ditunggu dari Sarah kini meniti laju dibibir itu. What a bless day!

"Jep.. you're the best among the best. Saranghae oppa!" Jep gelak lagi tak percaya dapat lihat sisi lain seorang Sarah Hayla hari ini. Gedik! Hati Jep kembang mekar setaman.

"Nasib baik kau datang tahan aku dengan pelukan tadi. Kalau kau tak peluk aku, rasanya mau lebam biji mata si Zarul tu aku kerjakan." sarah mencebik.

Sarah malas layan. Jep sewel. Kalau sembang memang juara. Dia masih kekal dalam pelukan erat di tubuh Jep. seronok berlindung disebalik seorang lelaki yang tak jemu mempertahankan maruah dan membaja rasa cinta yang menggunung di jiwanya.

"Love me untill the last breath of mine?" Sarah pandang tepat mata Jep. Jep hanya senyum. I will love you to the day of here after.

"you're my best hero."

"say something yang aku tak tahu, please.." Jep tersengih. Tak rugi jadi orang yang sabar.

"kenapa kau tak paksa aku kahwin dari dulu? Patutnya lepas SPM, kau culik dan paksa je aku untuk terima kau. Biar kita dapat bercinta dari awal."

Melopong mulut Jep. Sampai macam tu sekali penangan aku padanya ? Kalau tahu dari dulu aku upah Zarul untuk sakitkan hati Sarah. Senang aku buat kerja. Jep simpan sengih.

Ting!

Pintu lif terbuka ditingkat lima. Jep cuba melonggarkan rangkulan kemas Sarah. Segan dilihat orang. memang lah suami isteri tapi tak perlu rasanya ditunjukkan aksi intim nan mesra begini di khalayak umum.

Sarah tak peduli. Dia makin mengeratkan pelukan. Masih belum bersedia mahu melepaskan Jep menjauh. Langsung tak kisah pada mata yang memandang.

Mira dan Zana yang tercongok di depan pintu lif yang terbuka , dah terjojol biji mata melihat adegan tak bermoral laki bini itu. Macam sangap! kutuk Mira.

"Nak masuk tak?" Tanya Jep.

Walau dalam masih berkira-kira antara nak masuk atau tidak, mereka tetap melangkah masuk jua.

Sarah buat tak nampak pada musuhnya. Pandangan jelek jelas terpeta. Lantaklah. Aku peluk suami aku, bukan peluk bos korang pun! Penyibuk!

"Jep, I love you." Bisik Sarah rapat ke telinga si suami. Beria dia jengketkan kaki nak menyamakan ketinggiannya dengan Jep.

"Again? Tadi kata akan cakap sekali je." Giat Jep. Sarah mendongak pandang muka Jep yang tiba-tiba jadi terlalu tampan dimatanya. Aku dah gila ke? Kenapa baru kini aku nampak beruntungnya aku bersuamikan jejaka tampan dan gentleman ini?

"Aku baru sedar cinta hero kampung macam kau yang aku perlukan dalam hidup aku. Kau melebihi segala-galanya yang aku impikan."

Jep sekadar senyum. Sarah eratkan lagi pelukan. Memang melekat habis badannya pada tubuh Jep. Kesat liur yang ditelan Jep. Setiap lekuk tubuh itu terlalu ketara melekap rapat dengannya . Kau memang suka menguji keimanan aku, Sarah. Stop goda aku!

Jep berdehem. Segan pun ada dengan dua wanita yang membelakangi mereka. Nakal betul Sarah hari ini. Sarah kembali sembamkan wajah ke dada Jep. Gemar menggesel hidung dan mukanya ditubuh wangi Jep. Jep hanya biarkan sahaja perlakuan Sarah.

Tiba-tiba dia mengaduh kuat. Muka sarah dipandang dengan riak tak percaya. Sarah gigit nenen aku! Bulat mata Jep bagi amaran pada Sarah. Behave!

Sarah ketawa kuat. Padan muka. Siapa suruh palaukan aku dan acah-acah macho bila aku cakap aku cintakan kau tadi? Kan dah kena sekali dengan aku..

Sarah hanya lepas tawa tengok Jep usap dadanya yang perit. Muka lelaki itu pun dah memerah. Malu ke Jep? Omg.. You're so cute, husband!

Zana dan Mira yang berada dihadapan dah tercuit-cuit sesama sendiri. Dari pantulan dinding lif yang tertutup itu mereka nampak dengan jelas perlakuan sumbang dua manusia di belakang yang saling bercengkerama. Bermulu mata melihat kemesraan yang terlebih itu. Gatal! Get a room lah kalau nak beromance pun!

"Eh. Hormat sikit orang single macam aku. Jangan nak galak sangat !" Marah Zana geram. Sarah gelak sinis. Sangat perlahan. Jealousy detected.

"pembetulan! Bukan single.. tapi 'anak dara tua tak laku!'. Maafkan saya ye. Yang tak laku tu, sila ke tepi. Sila beri laluan untuk Puan SArah yang cantik bersama hero kampungnya keluar mencemar duli mencari kebahagiaan hakiki. Jom sayang!"

Tangan Jep digapai dan dia dengan selamba melalui dua manusia yang masih tercengang. Masih kaku walaupun pintu lif dah lama terbuka. Jep hanya geleng kepala tengok Sarah.

Nampaknya Puan Sarah terlalu cepat move on untuk kali ini. Tadi kemain lagi terbata kaku, statik tak tahu nak menjawab bila ditempelak oleh Zarul. Kini riaknya dah kembali ceria. Siap menyinis dua musuhnya lagi. Mana air mata yang jelas kelihatan di bening indah itu sebentar tadi? Semudah itu Sarah melupakan kejadian yang menimpanya?

Semuanya akan jadi mudah jika hati mula reda dan mensyukuri nikmat dan takdir Illahi. Sarah simpan senyum. Terima kasih Allah, kau berikan nikmat suami yang baik buat ku. Aku bersyukur. Kau limpah ruahkan rezeki untuk suamiku. Sungguh aku ikhlas menjadi isterinya dan aku ikhlas mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya. Angkat darjah suamiku disisimu, Tuhan..

**************

Share this novel

sayang su
2023-03-05 20:44:53 

awer
2022-04-27 22:39:23 

citer besttt

Masinah Lep
2021-01-28 13:07:55 

saya suke cara penulisan ainshasha yg santai termasuk la Janda 2 Bulan.


NovelPlus Premium

The best ads free experience