Bab 24- to the moon

Romance Completed 251494

.

"Meh sini tengok pipi tu."

Sarah sua pipi dekat dengan Jep. Terdengar keluhan perlahan Jep sebelum beredar ke dapur.

"Kenapa pipi ibu? Ibu akit ter?" Mata bulat Awe terkebil-kebil. Tangan kecilnya naik menyentuh pipi Sarah.

"Auchh! Sakit sayang.." Sengaja Sarah mengada, mengusik si anak. Laju Awe simpan tangannya ke belakang tubuh.

"Akit ter? Solly.. Siapa putui ibu? Baba ter?" Muka yang tadi nampak kasihan pada si ibu kini dah berkerut garang. Nak kena baba ni! Biar Awe putui baba!

"Bukan baba tapi kawan ibu. Dia marah ibu. Pang! Pang! Pang! Dia buat ibu. Sakit.. cuba Awe cium sini biar sakit tu hilang. Kat sini sayang.."

Awe menurut. Satu ciuman kecil, habis berhati-hati singgah di pipi Sarah.

"ibu naughty ter? tacau tawan ibu? Amboi.. amboi.. amboi.. Biasa dia!"

Tergelak Sarah dengan kerenah si anak. Dia amboi-amboikan kita? Dari mana anak dara aku belajar cakap begitu sambil cekak pinggang garang bagai tu? Siapa ajar?

"Ibu good girl lah. Kawan ibu yang naughty kacau ibu. Sayang.. hug lah ibu.. ibu sedih. Pipi ibu sakit sangat." Sarah cebik bibir. Sengaja nak bermanja dengan si kecil itu.

"olololo.. meh Awe eluk! Anjenya ibu Awe." Tubuh kecilnya dah melekat ke tubuh Sarah. Dalam diam Sarah terkejut dengan petahnya mulut Awe menutur kata walau pelat. Bercakap macam orang tua! Tak padan dengan umur baru setahun jagung! Tak sangka Awe dah besar. Dah layak masuk tadika tak lama lagi.

Jep datang dengan balutan ais ditangan. Ais didalam tuala kecil itu dituam lagi ke muka Sarah. Penuh berhati-hati sekali.

"Berapa lama dan berapa banyak kali kau nak tuam muka aku? Dalam kereta tadi dah buat kan?"

Kalut betul mamat seorang ini. Tak boleh bawa rilek. Tadi sambil perkena cendol semangkuk, Jep minta ais batu dari tuan kedai untuk tuam pipi Sarah. Tak cukup dekat kedai, disambung pula dalam kereta.

Nak menikmati cendol pun tak selesa bila Jep keluarkan aura caring yang ke 19. Orang lain pun kemain memandang pelik. Memanglah pelik! Si perempuan elok menyudu cendol, yang lelaki pula sibuk membelek pipi si perempuan. Apo??

Dah gaya pervert pun ada. Kemain lagi teliti dia menuam pipi Sarah. Fokus sangat! Nak buang canggung punya pasal, Sarah sudukan jua cendol ke mulut Jep tapi hanya dua sudu je yang ditelannya. Tak ada selera kata Jep. Selebihnya muka Jep berkerut. Entah apa yang ada dalam kepala Jep pun Sarah tak pasti.

"Kuat sangat ke pelempang diaorang tu? Teruk juga lebam pipi kau." Jep kembali bersuara setelah lama menyepi.

Sarah fikir sejenak. Rasanya macam tak kuat sangat. Sakit pun tak ada sampai tak boleh tahan. Biasa je.

"Mungkin kulit kau sejenis manja kot. Kena sikit kemain lagi membiru jadinya."

"Dah lah Jep. Naik kejang muka aku kau tuam dari tadi. I need my sound sleep right now." Sungguh matanya dah habis kuyu. Diulit pipi dari tadi oleh si suami memang mengantuk habis.

"Dah nak maghrib, tak elok tidur."

"Sekejap je please .. Mengantuk sangat."

"Ok, tapi tak payah tidur dalam bilik. Nanti liat nak bangun. Tidur dekat paha aku je sambil tu aku boleh sambung tuam pipi tu."

"Sudah lah tuam tu. Aku tak nak dah.." Sarah dah pejam mata.

"Kena tuam, cacat dah muka bini aku. Tak lawa dah."

"Biarlah. Aku bangga dengan tanda kesatria di muka aku. Ini lah bukti aku ada keturunan kepahlawanan Tun Teja." Mata dah pejam pun mulut masih nak menjawab kata suaminya. Ada sahaja jawapan yang keluar dari dua ulas bibir itu. Bila lena menjemput baru reti diam.

"Baba.. Awe nak tidur juga, oleh?"

"Tak boleh lah sayang. Dah lewat. Awe pergi mandi ye sayang?"

" tu.. ibu tidur oleh je.." Awe muncung bibir tunjuk si ibu yang santai baring letak kepala di paha baba.

"Ibu sakit. Awe sihat kan?"

"Sihat."

"Kalau sihat, pergi andi. Go! Go my baby! Go take your shower!"

Sorak Jep semangat bila si anak laju berlari memanjat tangga kebiliknya. Beria budak kecil itu berlari bila disorak si ayah.

Jep simpan senyum. Lengkap hidup aku. Sarah sebagai suri hati dan Awe sebagai seri dan pelengkap bahtera keluarga mereka. Aku tak mahu apa-apa lagi selain mereka berdua Ya ALLAH.

Syukur atas rahmat dan nikmatmu. Walau aku terpaksa menunggu cintanya untuk seribu tahun lagi pun aku sanggup berusaha dan menanti sampai saat itu tiba.

Perlahan Jep tunduk menghadiahkan satu kucupan syahdu yang sarat dengan cinta, kasih, sayang dan nilai pengorbanan yang tak dapat disangkal oleh sesiapa di dahi Sarah.

"I love you to the moon and never back!"

****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience