Bab 2 - Reda Allah

Romance Completed 248237

"salam tangan Jep." senggolan tangan Mak Minah menyentak habis khayalan Sarah. Tak sedar diri dah jauh mengelamun.

"boleh pula pengantin baru mengelamun." usikan itu menjemput tawa tetamu yang hadir. Apa yang kelakar nak ketawa bagai? Dengan rasa berat hati, tangan Jep dicapai dan dicium tenang.

Tenang dimata orang tapi tidak dijiwanya. Sebak semakin menghimpit bila terkenangkan Syed Zarul turut melalui detik bersejarah ini bersama perempuan lain dan perempuan itu tak lain dan tak bukan, teman baiknya sendiri. Alina Samirah.

Hati ini sesak bagaikan dilanda garuda. Zarul..Alina.. Why? Sampai hati korang..

"kau menyesal ke?" bisik jep ditelinga. Sarah diam tak membalas.

"aku minta maaf. Aku tak berniat nk susahkan kau. Tak berniat nak rampas bahagia kau. Aku tahu kau ada orang lain. Aku.."

"diamlah. Aku benci kau."

wajah jep yang dekat dengannya dijeling benci. Sungguh aku malas nak hadap muka dia. Berbisik bagai. Dia ingat sweet ke? Rasa macam menjemput malapetaka semua ini!

"ibu.. Awe cayang ibu. Muahh!! Jangan inggal Awe agi au.. Awe indu ibu.. Awe caaaayang ibu.." sambil memeluk kemas si ibu, bibirnya tercebik-cebik sedih nak menangis.

Awe fobia bila ibunya pergi tinggalkannya. Takut sangat bila si ibu tiada disisi. Pipi sarah dicium pula. Sayang sangat lagaknya pada si ibu.

Bukan Awe sahaja yang mencebik nak menangis. Sarah pun ikut sama sekali. Dia sebak kerana perkara lain. Perkara yang tak mampu lagi dia kawal. Setitik air matanya gugur.

Sayang.. Ibu sarah tak kuat. Hati ibu sakit. Ibu kecewa bila cinta ibu tak kesampaian. Ibu cintakan syed zarul. Bukan baba awe..

Lapan bulan zara pergi, lapan bulan juga Awe sibuk menempel dengannya . Ke sana ke mari ingin berkepit. Tidur pun kalau boleh nak berhimpit dengan Sarah dan jep di atas katil. Budak ini memang betul-betul ingat Sarah emaknya. Penat nak layan kerenah dia seorang.

Berulang alik mereka ke KL dan kampung. Kalau bukan Sarah yang balik kampung, familynya yang akan datang ke KL. Sampai demam-demam panas Awe dibuatnya bahana terpaksa berpisah dengan si 'ibu'. Anak mana yang mampu berpisah kasih apatah lagi berjauhan dengan seorang ibu? Awe terlalu rindu pada ibunya.

Awalnya semua terlihat ok sahaja sehingga lah terjadinya satu tragedi kemalangan yang menimpa Awe. Terus mak ajak bersidang. Kalau dah melibatkan nyawa cucu kesayangan, memang mak minah dah tak boleh berkompromi lagi. Tak pasal-pasal Sarah terkena tempias.

"mak! Orang tak setuju. Kenapa orang kena kawin dengan jep? Orang bukan Zara. Orang ada life orang. Orang dah ada kekasih."

"siapa? Budak kaya tu? Tolong sedar diri Sarah. Pipit tak usah berangan terbang tinggi sama helang. Mak mungkin kolot. Tapi apa yang mak buat ini untuk kebaikan semua."

"kuno lah emak nak ber'enggang pipit' bagai ni.. takkan selamanya orang nak jadi pipit? Ini Sarah mak, bukan Zara. Orang mampu berdiri atas kaki orang sendiri. Bukan macam zara. Lembik! Dari kecil sampai mampus, asyik terperuk dalam kampung macam katak bawah tempurung. Sekarang ni mak nak orang jadi macam Zara?

Kawin dengan mamat tak tahu asal usul. Yang kerja kampung entah apa-apa. Mak tolong lah buka mata sikit. Dah ada yang elok macam Syed Zarul tu, kenapa samseng kampung juga yang mak pandang? Jep ni sampah masyarakat. Mak bagi free pun orang takkan kawin dengan dia." sarah melempias rasa tak puas hati bila emak memandai buat keputusan hidupnya.

Kelibat jep yang tenang ikut bersidang sekali dikerling benci. Menyibuk kat sini buat apa?

Darah mak minah meruap dengar bicara si anak. Biadab.

"kamu jangan melampau Sarah. Hormat sikit orang bila bercakap. Kamu ingat dengan perangai sombong kamu ni, mak nak bagi kamu kahwin dengan orang kaya? Jangan mimpi! Makin sombong kamu jadinya. Naik lemak. Mak tak pernah minta apa-apa dari kamu. Hari ni kalau nak mak halalkan susu yang pernah mak beri pada kamu, kahwin dengan Jep."

Mak minah bangkit masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas kuat. Sarah terbata. Dia buka langkah ke bilik si emak. Mak! Pintu diketuk kuat. Tak puas hati.

" mak!! mak tak boleh buat orang macam ni! Orang bukan zara yang akan ikut semua cakap mak! Mak dah hilang Zara. Sekarang mak nak hilang orang jugak ke? Mak buka pintu ni. Mak jangan cabar orang!" pintu terus diketuk kuat.

"sarah..."

"ayah. Sarah tak nak kawin dengan dia! Tolong lah. Orang tak sebaik itu nak hancurkan impian dan masa depan orang sendiri. Tolong lah.. Ini Sarah.. Bukan zara..." sarah dah melutut pegang kaki si ayah. Berharap sangat si ayah dapat menolongnya. Ini bukan hal kecil!

" Sarah.. Sepanjang sarah hidup, pernah tak ayah minta apa-apa dari sarah? Pernah tak ayah tak ikut setiap kemahuan Sarah? Pernah ke ayah kecewakan Sarah baik Sarah kecil mahupun dah besar panjang begini? Pernah ke Sarah?"

Sarah diam. Dia sembamkan muka di lutut si ayah yang kekal duduk dengan tenang mengusap kepalanya lembut. Sarah menangis perlahan. Hatinya tersentuh. Ayah tak pernah hampakan sarah. Tak pernah.

" mak dengan ayah bukan suka-suka putuskan perkara ini. Bukan saja-saja nak merosakkan hidup anak kami. Kami takkan serahkan anak kami pada orang yang kami tak percaya dan harapkan. Percaya lah cakap ayah, Jep boleh jadi imam yang terbaik untuk Sarah. Kalau sarah tak boleh terima Jep setidaknya sarah kasihankan lah Awe.

Awe tu kecil lagi. Satu-satunya peninggalan Zara. Harta mak dan ayah. Nak gugur jantung ayah ni bila Awe dikacau oleh benda yang menyerupai kamu sampai boleh meragut nyawa dia. Nasib baik kemalangan tak teruk. Kalau mati? Sedih mak kamu tetang kematian Zara belum lagi reda. Sekarang nak tambah lagi dengan pemergian Awe? Kamu tak kesian dekat mak kamu ke sarah? Mak dah tua.."

Sarah meraung mendengar bait kata yang keluar dari mulut ayahnya.

Tapi sarah bukan orang yang baik untuk korbankan semua yang sarah ada. Sarah bukan zara. Sarah nak hidup mewah ayah!

" berkorbanlah sarah.. demi mak yang melahirkan kamu.. Ayah rasa seorang mak adalah harta yang paling mewah yang dimiliki oleh seorang anak. Salah ke fahaman dan apa yang ayah cakap ni sarah?"

Sarah menangis tak berlagu. Betul ayah. Apa yang ayah cakap betul. Tapi...

******

" kau okey tak ni? Jom lah keluar. Dari tadi terperuk dalam bilik, apa pula orang kata nanti. Periuk belanga banyak tak basuh lagi tu. "

Sarah yang baru berbaring senang pantas bangkit. Menuju ke arah jep yang sedang melipat sejadah. Kopiah diletak di atas meja solek. Tenang saja riak wajahnya.

Lain pula sarah lihat jep sekarang. Wajah yang selesai solat itu kelihatan bercahaya. Lama sungguh sarah tak melihat wajah jep sedekat ini. Sejak jep kawin dengan zara, jep tidak lagi buat perangai sewel babun sesatnya menggiat sarah. Mereka masing-masing bawa haluan sendiri. Seorang di kutub utara, seorang di selatan. Nama sahaja ipar duai, bercakap hanya dalam mimpi.

Walau perangai jep sudah tak menyakitkan hati namun tetap sahaja sarah tak sudi nak berbaik-baik dengan 'adik iparnya' itu. Jadi lah mereka dua element yang tak dapat digabungkan setiap kali tiba tika dan masa berkumpul anak beranak Pak Karim.

"aku benci kau!"

Jep jongket kening. Dia tersenyum sinis.

"cakap lah sesuatu yang aku tak tahu. Kalau pasal benci bukan aku seorang yang tahu. Satu kampung pun dah sedia maklum."bersahaja dia menapak untuk keluar.

" kenapa dalam reramai makhluk bumi ni, kau mesti kawin dengan adik aku? Kenapa mesti kembar aku sendiri? Kau tak rasa jijik ke kawin dengan orang yang muka sama dengan seteru kau? Sekarang, aku jadi isteri kau. Kau tak geli ke? Aku rasa jijik kau tahu tak?" tempik sarah beremosi.

" aku tak boleh terima yang aku kawin dengan jantan yang tak ada apa-apa macam kau. mungkin aku perempuan yang bodoh sebab permainkan hal rumah tangga. Tapi aku tak pernah rela kawin dengan kau. Seorang Sarah Hayla takkan mungkin jatuh cinta dengan samseng kampung macam kau.

Aku tak suka kampung. Aku tak suka hidup susah. Kau ada apa? Setakat petak sawah kau tu boleh buat aku hidup senang ke? Aku nak hidup kaya - raya. Rumah besar, kereta besar. Kau mampu ke bagi aku semua tu? Kalau tak mampu, bagi aku ruang untuk aku cari bahagia aku sendiri . Aku nak bersama zarul. Perkahwinan ini hanya untuk Awe. Sampai masanya nanti, aku nak kau lepaskan aku." angkuh benar kata-kata seorang sarah yang mencabar hukum Tuhan.

Terhenti langkah Jep di muka pintu. " aku tak pernah anggap kau musuh atau seteru aku. Aku tak pernah benci kau. Jijik apatah lagi. Kau boleh buat apa yang kau nak. Selagi tak melampau, aku akan sabar. Tapi ingat satu benda sarah. Jangan terlalu angkuh dengan aku selama masih bergelar isteri aku. Walau macam mana kau bencikan aku, kau kena tahu satu perkara. Reda Allah terletak pada reda suami."

Pintu ditutup dari luar. Jep tinggalkan sarah sendirian. Sarah bungkam.

Barang hantaran yang tersusun elok ditepi katil ditendang kuat. Tak puas hati. Balik balik, reda mak, reda suami yang kau kirakan. Habis reda aku macam mana???? Aku tak pernah reda dengan kisah rumah tangga yang membebankan macam ni!! Sarah serabut otak. Memberontak teruk dalam diam.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience