Bab 11-first and last

Romance Completed 248237

Jep!!!

Jep penipu! Aku rasa sedikit sisa masakan aku tadi sebelum cuci pinggan Jep. Macam jahanam rasa. Tak layak pun masuk perut sesiapa.

Pinggan makan Jep tadi diletak kasar dalam sinki. Dengan panas hati sarah bawa langkah mendapatkan Jep.Nasib baik aku baik hati untuk offer diri basuh pinggan. Kalau tak, mati-mati aku ingat masakan aku dah ok. Kau teruk lah Jep. Sampai hati mainkan perasaan aku.

Jep!!!! Tembik Sarah lagi. Jep yang baru keluar dari bilik air sedikit tersentak. Tak semena satu tumbukan mendarat di perutnya.

Adui senak! Hantu mana pula yang merasuk bini aku ni? Jep gosok perutnya yang sakit ditumbuk padu tadi. Apa pula salah aku kali ni? Hai lah isteri.. Kasar betul dengan suami..

Jep cuma ikut gerak langkah kasar Sarah yang menariknya masuk dalam bilik. Tak mahu Awe melihat tingkah mereka. Anaknya itu pun dah mamai di sofa sambil melayan mata dengan kartunnya.

"sampai hati kau Jep!"

"apa yang aku buat? Kau terasa hati sebab aku mandi tak ajak kau ke?" tanya Jep blur.

"kau tahu aku pantang orang tipu aku. Kenapa kau tipu ? Masakan aku ok? Not bad? Apa yang ok? Jahanam adalah! "

Jep lepaskan keluhan yang tersekat sejak tadi. Pasal tu je? Aku ingat dia dah tahu plan aku. Choi lah dia ni..

"betul la masakan kau not bad..." jep selamba sambil melangkah ke depan cermin sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala kecil.

"kau hina aku, Jep. Masakan tu, masakan yang paling bodoh yang pernah aku rasa. Jahanam rasa dia. Hanya layak campak dalam tong sampah je."

"tak ada lah teruk sangat pun kau punya sardin tu. Cuma terlebih air, macam sup. Ikan tu kau kacau agresif sangat sampai hancur dan satu lagi terlebih masin je. Tak teruk pun. Masih boleh makan."

"ada rasa pahit juga!"

"ye... Rasa pahit sikit. Sebab tu aku suruh kau makan telur. Dah lah tak payah nak angin sangat. Bukan hal besar pun. Dah selamat masuk dalam perut aku ni hah. Tengok sini perut aku. Seksi kan?"

jep bangga tunjuk perutnya yang berketak. Sempat dia buat aksi ahli bina badan didepan cermin. Jarang lah perempuan tak tergoda tengok body aku ni. Terbaik dari ladang ni. Baka A plus tak ada minus.

"macam mana kalau kau keracunan makanan? Kalau kau mati, apa aku nak jawab pada polis?

Suami saya mati sebab masakan saya encik..? Kau suka buat aku rasa serba salah. Patut aku buang je makanan tadi. Kenapa bodoh sangat telan semua? ."

Jep menapak dekat dengan Sarah. Dia pegang bahu Sarah. Dan minta Sarah pandang wajahnya.

" kau nak masak untuk aku pun aku dah happy. Jarang kau masak dari hati untuk aku. Rasa tu tolak tepi yang penting effort. Aku tak pernah rasa kau hargai aku macam tadi. Thank you isteri.. Kau bagi aku makan kayu pun aku telan asalkan kau ikhlas macam tadi." satu kucupan hangat singgah di dahi Sarah.

" kalau kau mati, aku jadi pembunuh tau. Kau ingat aku boleh dapatkan Zarul, lepas bunuh kau?"

Cis! Sempat lagi minah ni. Dari tadi dia tangkap bengang sangat tu rupanya sebab zarul? Bukan sebab perut aku? Minah ni memang saja bikin panas lah.

"jangan risau lah. Aku takkan mati selagi tak memiliki kau." jep ukir senyuman miang.

Dengan tubuhnya yang seksi dan hanya bertuala, tubuh Sarah ditarik rapat ke tubuhnya. Jadi milik aku sarah..

Merepek lah! Sarah tolak tubuh jep menjauh. Jangan mengarut Jep, aku milik Zarul! Esok aku dah nak tinggalkan tempat ini.

"untuk kesejuta kali lagi kau tolak hak aku. Sampai hati." Jep bersuara lirih sebelum menapak ke almari baju. Sarah serba salah tengok muncung dan muka kelat Jep. Kenapa jiwanya rasa tak senang?

"malaikat takkan melaknat aku selagi kau reda pada aku kan, Jep? Kau maafkan aku kan? Kau tahu siapa dan apa yang ada dalam hati aku kan? Kau takkan paksa aku buat apa yang aku tak nak, kan? Kita kawan, kan? "

Jep diam. Sarah serba salah. Antara tanggungjawab dan hati sendiri yang mana perlu diutamakan? Dia keliru. Sarah mendapatkan Jep yang kaku dibalik pintu almari yang terbuka.

Belakang tubuh Jep disentuh perlahan bila lelaki itu tidak respon pada panggilannya.

"sampai bila kau nak biarkan aku terkapai-kapai sendiri? Ada isteri tapi aku awal-awal lagi dah hilang hak sebagai suami." jep bersuara lirih.

"Aku cuba untuk reda. Cuba terima kau kejar lelaki lain dan abaikan aku. Sebab aku tahu aku ni saling tak tumpah macam suami yang kau tak sudi pun nak anggap. Aku cuba berlapang dada terima semua ni, seboleh mungkin aku taknak sakiti kau, tapi aku tak tahu sama ada hati aku ikhlas atau tidak untuk merelakan semua ini. Kau hak aku sarah. Walau macam mana pun aku cuba berlembut dan tolerate dengan kau, aku tetap ada ego aku sebagai suami."

" Jep.." Sarah jeda. Matanya dikelip-kelip cuba menghalang air mata hangat yang mahu keluar. Liur ditelan.

"Aku minta maaf tapi aku tak boleh.. Lets not harm us. Jep, ceraikan aku.. "

Bergegar jantung Jep dengan kata-kata Sarah.

Terpusing terus tubuh Jep saat itu. Dari riak sedih tadi terus naik mendidih darahnya.

Aku tak berniat kumpulkan setiap kesabaran aku, hadap perangai aneh kau selama ini untuk mendengar permintaan yang macam ni, Sarah! Cerai? Berani kau minta cerai? Kau melampau!

" kau sedar tak apa yang kau cakap? Bergegar Arasy Allah bila seorang isteri minta cerai dari suaminya. Tadi kau tolak permintaan aku, sekarang kau minta sesuatu yang Allah tak suka. Teruk sangat ke aku jadi suami kau Sarah? Apa yang aku tak bagi pada kau selama ini?"

"kau tak faham, jep! kalau perkahwinan ni tak mampu beri bahagia untuk kedua-dua belah pihak, untuk apa kita bertahan? Aku tak bahagia, kau pun akan menderita. Kau tak pernah rela jadi suami dayus. Untuk apa aku seksa kau lagi? Kita takkan bahagia Jep selagi dalam hati aku ada orang lain."

Sebab kau tak pernah cuba untuk buang dia!
Rahang Jep kelihatan bergerak seolah menahan amarahnya.

Sarah malas nak bertengkar. Dia mahu ke bilik Awe. Keputusannya sudah bulat. Lebih baik mereka berpisah.

Baru ingin melolos pergi, tubuhnya ditarik erat masuk dalam pelukan Jep. Sarah meronta ingin dilepaskan. Jep makin mengeratkan pelukannya.

"aku cintakan kau. Bagi aku peluang untuk aku buktikan besarnya cinta aku ini melebihi cinta kau pada zarul. Izinkan aku jadi suami kau malam ni."

"aku tak nak! Aku nak zarul!" sarah menolak kuat.

Jep tak peduli. Ubun-ubun Sarah dikucup lama. Cukup lama sebelum air matanya tumpah tanpa dapat dikawal. Sarah terkaku. Jep menangis?

"jep!"

"aku takkan sakitkan kau Sarah. Aku cuma nak bagi kasih sayang aku pada kau."

Matanya tepat memandang mata Sarah yang tadinya garang kini berubah blur. Sarah yang tidak lagi meronta minta dilepaskan dari pegangannya direnung lama. Aku takkan sakiti kau Sarah. Aku cintakan kau. Aku mungkin gangster dimata kau, tapi aku lah pencinta yang setia.

Sarah terpaku dengan renungan sayu penuh rasa dari mata Jep. Kau pukau aku ke Jep? Dia hanya kaku dan membiarkan bibir Jep singgah di dahi, pipi, mata, hidung, dagu dan akhirnya ke bibirnya.

Lembut, tenang, syahdu dan penuh kasih sayang perlakuan Jep. Buat Sarah makin keliru dengan perasaannya.

Sarah larikan wajah bila ciuman yang menyasar ke bibirnya makin ghairah dan mengasyikkan.

Jep pandang wajah sarah yang keliru. Anak mata isterinya dicari. Am i hurting you? Do you hate me that much?

"jangan paksa aku Jep. Dalam hati aku tak ada cinta untuk kau. Kau mungkin boleh memiliki tubuh aku. Tapi bukan cinta aku."

"cinta perlu dipaksa. Setidak-tidaknya kau cuba. Bagi aku peluang merasai nikmat menjadi suami. Dan bagi diri kau sendiri kesempatan menjadi isteri yang sebenar-benarnya. Zarul dah bahagia dengan Alina. Kenapa kau perlu rebut bahagia mereka kalau kau boleh cipta bahagia kau sendiri? Terima aku seadanya aku, Sarah. Kerana aku lah yang paling berhak." bibirnya di bawa ke telinga Sarah. Berbisik disitu sambil mengucup lembut.

"baik. aku.. Aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri kau. Untuk pertama kali dan terakhirnya. Aku harap lepas ni kau jangan kacau hidup aku. Aku.." belum habis kata, Jep dah curi bibirnya. Banyak cakap lah kau Sarah.. Tubuh Sarah dihimpit ke katil. Tindakannya makin berani.

Setitik air mata Sarah jatuh. Jep yang sedang dilanda badai asmara tersentak. Perlahan dia bangun dari menindih sang isteri yang nampak tidak rela. Bangsat sangat aku kalau aku teruskan. Wajahnya diraup kesal. Lama dia diam.

"aku reda dengan perlakuan kau sebagai isteri. Dan aku bersaksi pada Tuhan yang aku maafkan penolakan kau hari ini. Aku takkan paksa sampai kau sudi. Tidur lah. Aku nak tengok Awe."

Jep bangun menapak ke pintu. Membiarkan Sarah dengan perasaan bolak baliknya.

Sarah termangu melihat Jep pergi. Kenapa Jep? Kau baik sangat. Kenapa kau bukan Jep yang aku kenal dulu? Apa yang perlu aku buat? Jep atau Zarul? Ya Allah.. Beratnya rasa bahu aku ni..

Perlahan Sarah turun dari katil menapak mencari Jep. Kelihatan Jep sedang termenung memandang kosong ke dinding. Aku dah terlalu banyak tolak keinginan kau. Aku isteri kau. Zarul dan Alina? Hatinya tersiat melihat bahagia mereka. Kalau zarul boleh curangi cinta aku, kenapa aku perlu setia?

Ikhlaskan hati Sarah. Pertama dan terakhir kali kau tunaikan hak dia sebelum kau pergi kejar cita-cita dan impian kau.

"Jep.. Jom tidur.."

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience