Bab 34- cerai

Romance Completed 248237

Genap dua bulan Sarah buat tak endah dengan Zarul dan Alina. Apa sahaja kerja yang melibatkan perbincangan dengan Zarul sudah Sarah serahkan kepada orang lain. Dua manusia itu memang sudah dibuang terus dari hidupnya yang semakin meniti bahagia hari demi hari.

Jep pun dah nampak semakin stabil. Kata Jep tak lama lagi mereka akan bergelar jutawan. Entah betul entah tidak. Jep kan kaki sembang.

Walaupun begitu, Sarah iyakan juga kata-kata Jep. Kalau tak percayakan suami, nak percaya pada siapa lagi? Nak percaya dan kisahkan mangkuk hayun seperti Alina dan Zarul? Buang masa. Dua makhluk itu dah boleh slow-slow berambus dari hidup Sarah. Sarah dah tak mahu ambil tahu. Haluan mereka sudah pun berbeza.

"Apa yang penting sangat?" Sarah mula buka bicara. Riak mesra langsung tak menghiasi wajahnya tika itu.

Buat pertama kali dia kembali bertentang mata dengan Zarul setelah peristiwa makan hati dulu.

Beria Zarul merayu ajaknya berjumpa. Katanya ada yang ingin disampaikan. Dah banyak kali Zarul ajaknya bersua muka namun sering kali Sarah menolak. Untuk apa jumpa suami orang? Nanti dituduh lapar jantan pula.

Kalau ikutkan hati memang Sarah tak mahu jumpa Zarul langsung tapi nak lari kemana? Orang tu boss. Sarah dah mengelak tahap apa pun tetap kena jaga hubungan professional sebagai pekerja dan bos.

"i nak minta maaf tentang hal dulu. I tahu i tak sepatutnya cakap macam tu pada you. I menyesal. Tolong maafkan I? Tolong jangan berhenti Sarah."

Zarul terdesak bila Sarah hantar notis berhenti kerja. Dia tak mahu lepaskan Sarah pergi. Dia mahu Sarah terus kejar impian dan cita-citanya. Soal hati dan perasaan bukan datang dari sarah, tapi dari sikap tak professional zarul sendiri. Dia sudah tersalah langkah dan tersilap percaturan. Sarah tak salah. Langsung tak bersalah.

"ok. I maafkan. Anything else? Kalau tak ada apa lagi, i pergi dulu."

"Are we good?"

"No." Dia dah bulat hati untuk berhenti kerja. Banyak lagi company hebat diluar sana yang boleh janjikan environment kerja yang sihat untuknya. Orang-orang di SK Holding ramai yang toxic.

Sarah berkira untuk bangun. Malas nak berdua-duaan begini. Untuk elak fitnah mereka jumpa ditempat terbuka . Tapi sebenarnya lagi open tempat itu lagi bahaya! Pasti ramai mata-mata. Aku ada lunch date dengan laki aku ni. Sarah tak nak ada sangkut paut lagi dalam masalah Zarul dan Alina. Buang karan.

"I need you." tangan Sarah pantas disambar Zarul. Tak mahu gadis itu pergi tinggalkannya seorang diri di restaurant mewah itu.

Sarah tarik tangannya. Satu keluhan dilepaskan bila melihat wajah mendung Zarul yang sudah jatuh setitik air mata jantannya. Zarul menangis? Apa kena dengan kau, zarul? Teruk sangat ke masalah yang kau hadap sekarang? Kali terakhir dia tengok lelaki itu menangis adalah saat ibu Zarul meninggal dunia. Kini zarul menangis lagi? Sarah lepaskan keluhan berat.

"please jangan tinggalkan I. I need you Sarah. I am totally lost. I kusut, I serabut. I tak tahu mana yang kurang." Zarul terus-terusan merayu.

Sarah jatuh kasihan melihat Zarul begitu. Baik Zarul. Kali terakhir aku pinjamkan telinga untuk kau. Ini semua balasan dari aku, sebab kau terlalu baik melayan aku satu ketika dahulu. Lepas ni, kirim salam lah Zarul. Apa saja masalah kau, sila cari telinga orang lain. I am done with my part!

" i call Jep dulu, minta izin. You tolong orderkan untuk I. I lapar pula tiba-tiba."

Sarah berlalu pergi. Sempat Sarah tangkap pandangan terharu Zarul padanya.

Zarul simpan rasa kecewa. Menyesal dengan tingkahnya yang terburu-buru menggantikan Sarah dengan Alina. Sarah never change. She will always be a good listener to me. Zarul tahan sebak. Oh God, i want her. Hatinya berdetak lain namun cepat-cepat dia beristighfar.

Hati Zarul makin tersiat melihat tingkah mesra Sarah yang sedang menjauh bercakap dengan si suami kampungnya. Walau on the phone sahaja, jelas terpamer ceria diwajah itu. Kau bahagia Sarah? Kau benar-benar move on?

Sarah mendekat dengan riak ceria yang masih bersisa. Jep loklak! Bercakap baru beberapa minit pun sempat lagi Jep usik dia dengan lawak sengal yang entah apa-apa.

"you look happy." komen Zarul. Sarah senyum. Yes i am.

"you look terrible Zarul. Kenapa? Dah tak happy dengan life you sekarang?" sarah tetap sarah. Dia terus shoot sahaja apa yang dia mahu cakap dan tanya. Itu lah sikap yang digemari Zarul tentang Sarah.

Sarah bukan perempuan yang complicated. Dia marah dia bagitau sebab apa, dia menangis mesti bersebab. Tak pernah Zarul pening kepala memerah otak fikir masalah tentang mood sarah yang berubah. Berbeza dengan Alina yang selalu buat dia stress.

Hubungannya dengan Alina hanya harmoni dan bahagia untuk sebulan sebelum Alina berubah laku.

Zarul tertelan air liur yang kelat dengan soalan Sarah. She know me very well. Semakin penyesalan menghimpit jiwanya.

"I tak bahagia dengan Alina. Alina minta cerai." zarul mula membuka cerita. Dia tak tahu nak bercerita dengan siapa. Selama ini hanya Sarah yang selalu ada dengannya. Suka duka di kongsikan bersama.

"So? You bercerai tak?"

"will you marry me? You suruh I tunggu sebab you cakap you akan pilih i dari hero kampung you tu. Kalau i ajak you kawin, you masih boleh kotakan janji you dulu?"

Sarah tergelak.

"Zarul, you tunggu i ke selama ini? Tak kan ? You gantikan i dengan Alina. Sudah lah Zarul, dulu you sendiri cakap seolah bersyukur sangat berjodoh dengan Alina dan bukannya I.

Hari itu i tak sempat balas kata-kata you. I kelu seribu bahasa sebab i terkejut kata-kata kejam itu keluar dari mulut you. Orang yang rapat dan kenal perangai i.

Now i am telling you what is in my heart and in my mind.

I manusia paling bahagia bila you singkirkan I dan berpaling pada Alina. I jumpa cinta sejati I and i will love him to my last breath. You bagi i title millionaire pun, i tetap akan pilih Jep Zafrel. Harta i yang paling bernilai di dunia ini."

Zarul tersenyum puas mendengar kata tegas dari Sarah. This is my girl. Sarah tak pernah berubah. Dia sangat setia dengan cintanya. Sarah perempuan yang ada pegangan kukuh. Sarah dan determination memang tak dapat dipisahkan.

" you tak pernah berubah Sarah. Langsung tak berubah." zarul senyum dalam riak walang. Sungguh jiwanya dibalut dengan satu rasa yang susah digambarkan.

Sarah melepas keluhan. Wajah keruh Zarul dipandang lama.

"i kenal you Zarul. You bukan lelaki yang akan persiakan isteri you. You takkan kembali pada I.

Kenapa you ajak I kahwin sedangkan you lah satu-satunya manusia yang takkan benarkan perpisahan dalam rumahtangga you. You will never repeat your father's step."

Sarah pandang tekun pada Zarul. Aku kenal kau Zarul.

"i stress. I tak tahu pada siapa yang i boleh percaya dan pada siapa i boleh luahkan dan minta tolong. I terpaksa test you untuk buktikan pada diri i sendiri yang i tetap kenal my closest girlfriend walau semua orang sibuk cakap buruk pasal you. I tahu kita dah sama-sama move on.

I tak tahu apa yang merasuk i hari tu sampai i pun jadi sama macam orang lain. I am so sorry. Kalau lah you tahu apa yang tersembunyi dalam hati ini. I tak tenang sejak cakap macam-macam pada you. I tak bahagia langsung. I swear to God."

"you nak ceraikan Alina?"

"I hampir lafazkan talak. Nasib baik my dad ada. Dia yang sabarkan I. Sekarang kami ambil ruang untuk muhasabahkan diri masing-masing."

"kenapa sampai nak bercerai?"

"Alina changed! I langsung tak kenal isteri i. Dia jadi cemburu buta tak tentu pasal. Menyamuk tak tahu apa. I stress. Rumahtangga i tak pernah sunyi dengan nama you. Sarah itu sarah ini. I rimas. I penat nak bertekak setiap masa.

Sebelum ini i diam. Tapi makin i diam makin dia menjadi-jadi. I just cant hold it anymore. I penat!

Dekat pejabat i sendiri, uruskan all things by myself. No Alina, no you. I tak boleh bawa dia ke office dengan perangai kaki amuk dia tu dan i pun tak boleh nak minta tolong you sebab hormatkan kehendak dan perasaan Alina."

"Delaila ada. Dia boleh tolong you."

"Delaila takkan boleh kerja secekap you dan Alina. Dia tak ada bakat korporat. Daripada buang masa check semula kerja yang dia buat, lebih baik i buat sendiri. Lagipun i tak selesa dengan dia seperti mana i selesa bekerja dengan you berdua."

"you masih sayangkan Alina?"

"mesti lah i sayang. Isteri i. Tapi i tak tahu macam mana nak hadap dia sekarang. Kusut dah kepala i ni berfikir. Sampai kadang-kadang i rasa mungkin perpisahan adalah jalan yang terbaik untuk kami.

I dah tak larat setiap hari balik kerja dengan niat untuk berehat dan lepaskan penat bebanan kerja, tapi perlu hadap perangai dia yang selalu cari gaduh. Tak habis-habis insecure dengan you. I pun naik pening nak dengar.

I terhasut dengan kata-kata Alina yang you masih ada hati dengan i dan berniat untuk rampas I dari dia dengan berpura-pura baik dan move on.

Masa Alina gugur, i langsung tak boleh fikir dengan rasioanal. Nak nak bila semua orang salahkan you. I jadi terhasut dan terfikir benda yang sama kononnya You sengaja sakitkan hati Alina supaya dia over thinking dan kami berpecah belah. I am so sorry to think bad and talk bad about you. Maafkan i sarah.. "

********

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-01-30 07:37:10 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience