Bab 56- Gelojoh

Romance Completed 248237

Cecah sahaja tubuh atas katil, Sarah tepuk kuat dada bidang Jep. Merah mukanya menahan malu. Selamba sahaja Jep buat perangai gelojoh depan bondanya. Balik- balik kerja , terus angkut bini masuk bilik. Banyak cantik muka Jep?

"Senonoh lah sikit Jep!"

"Apa salah abang? Nak bermanja dengan isteri pun salah ke? Abang dukung sayang, bukan dukung Kak Yam!"

"Yelah.. memang saya isteri awak. Tak ada salahnya.. tapi jangan gelojoh. Memalukan."

" sayang cakap i love you! Berbulan- bulan abang tahan rindu, memang wajib lah gelojoh! Sayang tak kesiankan abang ke? Tadi sayang cakap sayang dan cintakan abang kan? Kasi can lah sayang.. Please.. Kesiankan lah suamimu ini.. "

Sarah menggeleng. Makin hari makin parah perangai tak boleh berenggang si Jep ini. Walau Sarah dalam mood belum mahu berbaik, selamba sahaja dia meleset di tepi bagai tak pernah tercipta sengketa antara mereka. Dasar muka tembok.

Adakala Awe pun naik menyampah dengan perangai babanya. Dengan anak sendiri pun Jep nak berkira. Dia mahu perhatian Sarah sepenuhnya, melebihi perhatian yang diberikan pada si anak. Dengan anak sendiri pun cemburu. Parah! Nampak sangat suaminya itu kurang kasih sayang. Itu lah bahananya kalau sakitkan hati Sarah. Tak pasal-pasal Sarah mendera dengan caranya sendiri. Rasakan Jep.

Bila Awe datang nak bermanja dengan Sarah, pasti akalnya mencari cara agar si anak diambil oleh bondanya. Muncung mulut budak itu. Perangai Jep memang tak boleh dibawa bincang.

Kalau si anak tiba-tiba buat perangai berkawan dengan hantu semula, itu bukan salah orang lain, tapi seratus peratus salah Jep. Andai hal itu sampai terjadi, memang harus ditinju lelaki itu.

"Sarah... nak peluk!"

Ya Allah.. Jep apa yang jadi dengan kau? Clingy mengalahkan apa. Tubuh Sarah , Jep bawa dalam pelukan. Tersenyum riang Jep bila tubuh itu dipeluk erat macam bantal busuk. Dia ingin setiap inci lekuk di tubuh itu melekat rapat ke tubuhnya. Suka merasa pergerakan si anak dia dalam perut. Jep tenang begitu.

"Tak aci! Nak peluk juga!" Awe keluar dari bawah katil sambil hentak kaki. Terkejut beruk Jep. Macam mana budak ini boleh masuk? Aku dah kunci pintu!

Sarah gelak kuat bila Awe tolak babanya ke tepi, mencipta ruang antara mereka agar Awe boleh menyelit peluk ibunya dalam baringan.

"Kalau dah namanya anak jep, pasti akalnya sentiasa panjang. Goodjob sayang. Ibu proud of you." Tubuh Awe, Sarah peluk erat.

Bijak betul anak Jep ni. Dia tahu Jep akan sisihkannya bila dah menghimpit si ibu, cepat sahaja dia muatkan dirinya di bawah katil sebelum ibu dan babanya tiba di dalam bilik. Sayang memang bijak! Tak ada guna kalau Jep kunci pintu tak mahu di ganggu oleh anak. Anak itu sudah pun sedia di dalam bilik! Awe lagi pantas bertindak.

Pipi comel itu dicium berkali-kali sampai Awe menjerit kegelian. Geramnya aku dengan budak banyak akal ni..

Jep jeling tak puas hati. Kalau dengan anak, kemain penuh rasa dan penuh nikmat ciuman yang diberikan. Kalau dengan suami sendiri, tak ada pula cium bagai nak rak begitu.

Tengoklah tu. Jealous lagi. Sarah geleng tak faham. Wujud juga manusia macam ni. Anak sendiri masalahnya.. bukan anak orang lain!

"Dato' Jep,.. hari ini tak ada hadiah ke untuk saya?"Tanya Sarah sambil menggapai tangan si suami yang dah mula ingin melayan rajuk.

Jep bangun dan mencapai kot yang dah dicampak ke tepi katil tadi. Sebuah kotak baldu diambil dan sebentuk cincin berlian disarungkan ke jari manis Sarah.

Terbentang luas senyum lebar di bibir Sarah. Jep tak pernah tak bijak. Yess!!! Dapat cincin berlian pula aku hari ini!!

"Suka lah tu.." Perli Jep perlahan. Tahu sangat dah perangai Sarah. Bersinar elok mata itu bila mendapat barangan yang dia suka.

Kopak poket aku melayan ragam isteriku seorang ini. Setiap hari memang wajib Jep belikan hadiah untuknya. Kalau tidak jangan harap wajah itu nak senyum padanya. Entah macam mana harini mood Sarah agak cerah dan bagus. Belum disua hadiah lagi sudah mengucap i love you. Kau rasa?

Sarah hanya balas dengan senyuman manisnya. Thank you husband!

"Am i forgiven?" begitu lah tingkah Jep memujuk sekeping hati yang pernah dilukainya itu.

Kalau dulu dia tak tahu dan was-was dengan kata yang dikeluarkan dari bibir itu. Tapi hari ini.. Jep yakin kemaafan berpihak padanya.

Walau sudah pun dapat mengagak jawapannya, tetap sahaja Jep mahu dengar pengakuan eksklusif yang meniti di bibir itu.

Setelah berhari-hari Jep mencuba memujuk si isteri, rasanya hari ini dia akan mendapatkan semula si Sarahnya yang sengal dan manja tak boleh brain oleh kepala otak normalnya. Bukan lagi Sarah yang suka main tarik tali.

Sarah tutup muka sebentar. Malu. Biasa jual mahal, harini nak jual murah sikit. Rasa kekok dan segan pula.

"Am i forgiven?".

"Aku dah lama maafkan kau. Tapi harini, kau buat aku rasa tak mahu kehilangan kau lagi. Jep, I love you! Meh nak cium. Nak peluk kau kuat-kuat! " Sarah gamit Jep yang masih duduk di birai katil agar segera mendekat padanya. Hilang terus malu tadi.

Dengan sebelah tangan yang masih memeluk Awe, tangan sebelah lagi rakus menarik kolar Jep yang dah dibuka butang bajunya separuh.

"Sayang! Jangan tarik ganas macam tu. Nasib baik abang tak jatuh atas perut sayang. Senak pula nanti. Cermat la sikit sayang.. Jangan cemerkap sangat.."

"Don't talk too much abang. I want your lips."

Jep pandang si anak yang dah lena sekilas. Awe memang mudah hanyut bila dipeluk erat oleh ibunya. Anak manja, tidur nak dipeluk. Kalau tidak pasti tak lena.

Yakin line sudah clear.

Perlahan Jep mendaratkan bibirnya di bibir si penggoda yang hanya memberi perkhidmatan godaan paling terbaik dan first class sekiranya dia berpuas hati dengan barangan berharga yang dihadiahkan oleh suami tercinta. Materialistik.

Jep terlalu asyik dengan mainan bibir Sarah yang hebat. Hampir-hampir Jep hilang kawalan namun pergerakan kecil dari Awe yang merengek saat pelukan ibu dilepaskan dari tubuhnya, mematahkan hasrat Jep.

Terbantut rencana yang baru bermula. Asmaradana terpaksa ditangguh. suasana dan masa sangatlah tidak sesuai tika ini.

Dahi Sarah dicium kasih sebelum dia baring tenang ditepi wanita pujaannya. Tubuh Sarah dibawa lembut ke dalam pelukan. Sungguh aku gilakan kau. Pipi Sarah dicium pula.

Sarah senyum. Seronok dimanja dan dihargai begitu oleh sang suami.

Untung tak aku? Korang bermimpi dan berangan untuk bersuamikan lelaki seperti Jep Zafrel?

Kau perlu jadi Sarah Hayla dulu kerana Jep hanya layak bersama aku!

Lelaki macam Jep satu dalam sejuta. Jika Jep persembahkan cinta, aku bentang selautan ketaatan. Jika Jep menyemai kasih, aku sambut dengan suara kerinduan yang menyanyi riang di taman yang dipenuhi bunga- bungaan.

Aku ingin menjemput bahagia dan barakah. Berkatilah rasa yang ada di hati.

Kasih dan sayang yang bersulamkan rindu. Cinta, bagaikan bulan madu disetiap waktu.... Moga bahagia kita ini kekal hingga ke akhirnya.

******************

Share this novel

Angah Ajalah
2021-03-02 23:14:28 

mana ni ..tak kan gelojoh lg..apdate pleas..tq☺️


NovelPlus Premium

The best ads free experience