Bab 45- peluang kedua

Romance Completed 251494

Dengan dada yang penuh debaran dan keresahan, Sarah keluar dari bilik air setelah membersihkan diri. Memandang kosong ke sekitar bilik. Hampa. Jep benar-benar pergi.

Dengan langkah yang sedikit perlahan menahan tidak selesa di bahagian abdomennya, Sarah duduk berteleku di hujung katil. Mentertawakan nasib diri. Kau pergi juga Jep. Tak ada lah hebat sangat cinta kau pada aku. Dia mencebik pula.

Kau nak harapkan apa? Dia kekal disini lagi lepas kau maki dia tadi? Jep pun ada perasaan. Kau ingat kau seorang yang boleh sakit hati? Kau hina dia Sarah!

Sarah mengeluh. Aku cuma nak tengok dia mampu tak terima aku seadanya.

Dia bukan dayus Sarah. Jep pun ada perasaan.

Habis aku bukan perempuan baik ke? Bukan perempuan yang bermaruah? Kau fikir aku sejijik itu ke?

Sarah berlawan kata dengan diri sendiri. Hatinya sakit bila Jep pergi ikutkan kehendaknya. Kalau aku suruh kau mati, kau akan pergi bunuh diri ke Jep? Apa yang bodoh sangat? Tak tahu ke kenapa emosi aku tak betul sekarang? Aku tak berniat nak hina atau minta perpisahan. Aku tengah tak betul. Tak boleh ke kau sabar?

Sehelai kertas yang diletakkan di atas meja sisi itu diambil dan dibaca perlahan. Sudah menduga akan hal itu.

'Aku lepaskan kau dengan talak satu. Mencintai kau adalah kesilapan terbesar dalam hidup aku. Aku tak pernah suka duit tapi perempuan macam kau buat aku sedar sesuatu. Mulai dan saat ini aku akan bertuankan harta keduniaan. Aku akan buat sampai kau sembah kaki aku.'

Sembah abah kau! Kertas itu dironyok dan dibaling kasar ke dinding. Kau bodoh! Jantan bodoh!

Perut yang masih belum menampakkan perubahan, disentuh perlahan. Awak hanya ada ibu. Baba dengan kakak awak dah mati.

Sarah baring di atas katil. Cuba menjemput aura positif kembali. Teringat detik dia bertekak hebat dengan jep pagi tadi. Sungguh emosinya terganggu. Kata-kata Jep yang menolaknya buat Sarah bengang.

"ke mana kau pergi, Jep? Dari semalam kau tinggalkan aku tidur seorang diri. Kau cuba jauhkan diri dari aku. "

Jep diam. Wajahnya kusut.

Sarah tak senang duduk melihat Jep membisu.

"kau jijik dengan aku kan? Sebab tu kau blah. Kau tak percaya pada aku. Dalam otak kau masih nampak aku perempuan curang. "

Sarah berkecil hati. Bukan dia tak sedar Jep keluar semalam setelah dia berpura-pura tidur. Semalaman aku tunggu kau balik, tapi subuh ini baru muncul muka kau. Kau tak pernah buat aku macam ni. Kau tak pernah pisahkan tempat tidur kita. Kau tak pernah tinggalkan aku diranjang sendirian.

"sudah lah Sarah. Aku dah cukup kusut. Jangan tambahkan lagi. Jom kita ke rumah mak dan ayah."

Sarah bengang. Lepas aku pujuk kau semalam, kau masih nak pulangkan aku pada family aku? Kau dah tak sayang aku, Jep?

"kau tak payah nak berlagak baik. Kalau nak ceraikan aku, ceraikan sekarang. Lafazkannya tepat depan muka aku. Mak ayah tak perlu masuk campur dalam urusan kita."

"kau memang kepala batu kan? Suka belakangkan orang. Asyik ikut kepala kau aje!"

Sarah berjeda. Nafas ditarik meredakan rasa yang menggila. Jep pun turut sama berdiam.

"ok fine. Aku minta maaf Jep. Tolong bagi aku peluang kedua. Walaupun aku sendiri tak pasti apa yang berlaku, tapi aku pasti yang aku tak seteruk yang kau fikir. "

Lama Jep diam namun dia menggeleng kemudian. Tidak Sarah. Aku takkan berkompromi dengan perlakuan curang.

"aku dah cuba dapatkan bukti. Aku dah tengok cctv."

"aku tak salah kan? Aku dianiaya."

"aniaya oleh nafsu serakah kau sendiri. Aku cuma nampak Zarul keluar dari bilik dia. Cctv tempat lain semua dialihkan termasuk depan bilik kita. Licik permainan korang. Aku dah tak boleh buat apa-apa dah sarah. Jiwa aku sakit. Tengok kecurangan isteri depan mata, hanya Allah je yang tahu apa dalam hati aku.

Aku tak boleh teruskan hubungan kita lagi. Kau tak tahu bertapa terseksanya aku memaksa diri menyentuh hak aku sendiri yang mungkin dah dinikmati oleh lelaki lain.

Aku jijik dengan perlakuan kita semalam. Tapi kerana masih ada cinta dan sayang aku untuk kau, aku teruskan juga. Aku puaskan kau kerana tanggungjawab aku. Sarah, cukup lah sampai sini. Kau cari lelaki lain yang boleh puaskan kau, ikut semua kehendak kau, yang pasti lelaki itu bukan aku."

Sarah diam. Namun tak lama. Dalam linangan air mata, dia menuturkan kata-kata yang merobek jiwanya sendiri tanpa Jep sedar akan hal itu.

Kalau kau taknak, aku pun takkan tersua-sua! Kau tak nak bagi peluang kedua untuk aku? Baik! Aku akan pisahkan kau dengan anak ini. Kau tak layak merasa bahagia bila kau tuduh perempuan setia seperti aku mencurangi ikatan suci kita!

" bagus lah kalau kau dah cakap macam tu. Aku pun tak tahan hidup terus berpura-pura. Aku tak pernah bahagia dengan kau. Tak ada apa pun yang hebat tentang kau kalau nak dibandingkan dengan lelaki lain.

Aku je yang bodoh hadap jantan macam kau. Sedar lah diri sikit selama ini kau hidup menumpang harta aku je. Rumah, rumah aku. Kereta pun aku punya. Kau ada apa? Kalau ikutkan, kau tak layak langsung jadi suami aku. Dasar tak pandang cermin.."

" Bongkak sungguh kau berkata-kata pada suami ! Betullah kata mereka yang selama ini kau hanya pergunakan aku? "

" memang. Kau dah tahu sekarang kan? Nak tunggu apa lagi, ceraikan aku! Dengar sini Jep, aku nak bila aku keluar dari bilik air ni nanti... aku dah tak nak tengok muka sengkek kau.

Berambus! Pergi cuci mangkuk tandas tu sampai kau mampus! Kalau kau jijik dengan perempuan curang macam aku, aku lagi jijik dengan lelaki yang mengharapkan ehsan hidup dari aku. Pergi!"

Sarah menapak ke dalam bilik air. Pintu ditutup kasar. Dia jatuh terjelopok di lantai. Tangisannya pecah. Benda yang paling perit dihati Sarah bila Jep jijik nak menyentuhnya dan tak mahu padanya lagi. Itu sangat-sangat menyiat hati seorang Sarah yang makin sensitif dari hari ke hari.

"Aku benci kau Sarah!"

Tempik Jep marah dan kuat dari luar. Sarah hanya mampu tadah telinga. Aku pun benci kau Jep. Kali ini aku benci kau sebab kau bodoh!

Macam mana kau tak bagi aku peluang kedua, macam tu lah nanti episod hidup kau. Anak ini, anak aku!

**********

Share this novel

Masinah Lep
2021-02-16 19:14:20 

bila kebenaran akan tersingkap?

itsmeaina
2021-02-16 18:01:04 

update lg sis


NovelPlus Premium

The best ads free experience