Pecah tawa Jep. Air mata yang menyibuk di bibir mata, disapu cepat. Tawanya masih bersisa.
Puas hati aku dapat sakat Sarah. Dah lama sangat aku simpan kuku. Akhirnya... aku dapat kacau semula bunga aku. Sarah hayla.. welcome back to dunia Jep Zafrel. Tawa jahatnya kembali kedengaran. Menggeleng kepala bagai tak percaya dengan takdir hidup.
Terima kasih Zara.. tanpa awak, abang takkan dapat gapai pun bunga yang abang puja.
Awak isteri yang baik. Di akhir nafas awak pun awak masih fikirkan lagi tentang abang. Terima kasih kerana titipkan pesan akhir buat emak untuk jodohkan Sarah dengan abang. Abang terhutang budi dengan awak, zara. Semoga syurga itu milik awak.Bersenang-senang lah di taman syurga, bidadariku.. Jep melayan sebak namun tak lama.
Sarah Hayla.. kalaulah kau tahu betapa dalamnya rasa yang ada dalam hati aku ini untuk kau,...
Aku cinta kau Sarah. Dulu kini dan selamanya.
Aku hampir mengalah untuk terus mencintai kau. Aku fikir kita memang tidak berjodoh di dunia ini. Jodoh itu pelik Sarah. Tak terjangkau dek akal yang aku bisa memiliki kau jua. Aku bersyukur pada Tuhan kerana cipta takdir yang serba kaya sejuta hikmah ini.
Sumpah aku tak sangka akan dapat mandat sebesar ini. Jadi suami kau impian aku dari dulu. Impian yang aku kuburkan setelah aku terima Zara dalam hidup aku. Kini impian itu jadi sebuah kenyataan. Jangan pernah bermimpi untuk lucutkan jawatan aku sebagai suami dalam hidup kau, Sarah.
Senyuman kepuasan Jep lontarkan. Aku tak pernah peduli kau bencikan aku. Setidak-tidaknya kau tahu siapa Jep Zafrel. Lelaki yang perlu kau ingat namanya sampai kau mati.
Zarul? eeewww bukan tandingan aku. Jep buat muka geli.
"Dah jadi isteri pun kau nak kekal buli dia lagi ke? Aku cukup tak faham dengan kau. Semua orang tahu kau sukakan Sarah tapi kenapa kau selalu sakitkan hati dia? Dari dulu sampai sekarang kau cari pasal dengan Sarah. Bila kau nak berubah? Kau ingat aku tak dengar suara kena rasuk dia tadi tu?"
Adam yang baru duduk disisi Jep itu mula bersuara. tengok muka ceria jep, buat Adam geram nak sengkeh.
jep sengih.
" kalau aku tak mampu jadi orang yang dia cinta cukuplah aku jadi orang yang dibencinya. setidaknya aku tetap ada tempat yang tersendiri dalam hati dan otak fikiran seorang Sarah yang aku cintai."
"sumpah geli plus loser gila." Adam buat muka nak muntah. Sungguh dia tak boleh terima Jep versi jiwang karat. Tak boleh! meloyakan.
" aku daripada dulu nak tanya kau. Kenapa kau kawin dengan Zara? Sebab muka Zara sama dengan orang yang kau cinta ke? kan mereka kembar?"
Wajah Adam, Jep pandang lama. Perlu ke aku bercerita tentang hubunganku dengan Zara? Kepala digelengkan. Sorry man.. Hal dalam kain aku akan tetap aku jaga rapi. cuba lah kau selak sehebat mana pun, yang sulit biar kekal sulit. Biar kekal jadi hak terpelihara Jep Zafrel buat selama-lamanya.
"kau kawin dengan dia sebab kau tahu kau takkan mampu dapatkan bunga pujaan kau kan??" teka Adam lagi. Jep angkat kening tinggi. Apa benda lah fikir macam tu?
"Zara dan Sarah totally dua orang yang berbeza, Cinta aku takkan beralih arah hanya kerana mereka kongsi wajah yang serupa. Kau ingat aku bacul sangat ke nak permainkan perasaan orang hanya untuk penuhi rasa dalam hati aku sendiri?"
" kalau bukan sebab tu, sebab apa lagi? yang dipuja kakak, yang dikahwini si adik. "
" Tapi aku dapat juga kakaknya kan?"Jep tersengih bangga.
"Jawab yang benar lah brother...Jawapan tolong lah jangan siot sangat. Hormat sikit orang single macam aku ni.."
" sebab zara memang dah dijodohkan untuk jadi jodoh pertama aku dan Sarah jodoh aku hingga ke sana . Benda simple macam ni pun kau tak tahu ke Adam? Kau kena balik pondok semula ni. Buka semula kitab-kitab hukum hakam yang ada."
Adam mencebik. Kena sebiji atas dahi. Padu perlian Jep untuk budak yang mengaji pondok sepertinya. Orang sekadar bertanya, dia beri ayat 'pedih-pedih' pula. Kalau dah namanya Jep memang begitu perangainya. Suka berahsia, susah untuk diramal.
Jep termenung. Adam di tepi tak dihiraukan lagi.
'aku terima zara sebab aku cuba buang kau jauh dari hati aku sarah. Hanya zara yang sudi faham dan nak bantu aku. Dia tak pernah peduli kalau aku samakan dia dan kau. Tak pernah peduli orang ejek dan cakap dia bodoh sebab terima lelaki macam aku. Memang dari dulu aku cintakan kau tapi zara punya tempat istimewa dalam hati aku.
Dia wanita kebanggaan aku.Wanita hebat yang rawat hati aku dengan cinta dan caranya sendiri. Zara tak pernah meminta walau sekali pun untuk aku lepaskan kau dari hati aku ini.
Berkat sabar dia, aku berjaya ikhlaskan hati lepaskan kau pergi bersama orang yang kau cinta dan puja dengan sepotong doa yang selalu meniti kebahagiaan kau.
Aku bahagia dengan Zara. Kalian dua makhluk pelik yang menjadi insan terpenting dalam hidup aku.
Zara boleh nampak hantu. Sarah tak boleh. ketahuilah rahsia kebahagiaan rumah tangga kami. Zara terhegeh-hegeh untuk hidup bersama aku, persetankan apa orang kutuk tentangnya disebabkan satu asbab.
Aku lah pelindung dia.
Tiada hantu yang berani menempel dekat dengan aku. sebab tu zara ajak aku kahwin!
Dia rasa selamat dengan aku. Dia janji macam-macam dekat aku dan tawaran zara semestinya susah untuk aku tolak. Tawaran zara memang hebat dan dahsyat. Seharusnyalah aku setuju untuk tolong dia selesaikan masalah hantunya itu. Sekaligus menjawat jawatan suami zara, bukan sarah . aku takkan share benda ini dengan sesiapa pun sebab korang tak akan faham. Ullalaaa..
******
Share this novel