Bab 32- tazkirah cinta

Romance Completed 248233

Kepala Sarah yang masih bertelekung di ribaannya diusap lembut. Nikmat mana lagi yang ingin ku dustakan?

Terima kasih Allah kurniakan aku kebahagiaan ini. Si ketul ais ini dah jadi sebaik-baik penyejuk jiwaku. Tenang, damai dan permai. Sarah.. I love you to the infinity and beyond!

Tangan Jep yang dari tadi mengusap lembut kepalanya ditangkap. Sarah bawa tangan itu ke bibirnya. Tak lama, dilekapkan manja ke pipinya pula. Jep tersenyum senang.

"jep.. I love you.."

"ye tahu.."

"aku nak macam ni sampai hujung nyawa kita. Aku nak jadi isteri kau sampai bila-bila. Stay with me forever and ever."

Dari mengiring di ribaan Jep dengan muka ditekap elok ke perut ketak itu, Sarah dah baring santai sambil menatap ke wajah yang tak jemu memanjakannya itu.

Jambang Jep diusap perlahan. Jep hanya membiarkan. Raba lah aku Sarah kalau itu boleh buat mood kau menjinak dan sebagus ini.

Jep hanya membiarkan tangan isteri menakal sentuh dimana-mana yang dia suka, sambil Jep terus bacakan kisah tauladan kunci kebahgiaan hakiki suami isteri. Tazkirah pendek setelah solat isyak.

Begitulah Sarah setiap kali Jep ingin menyampaikan ilmu rumah tangga atau kisah-kisah isteri solehah padanya. Berpeleset macam kucing parsi. Manja. Comel je tingkahnya dengan masih bertelekung putih.

Awe tak ambil port. Lepas salam baba dan ibunya, cepat sahaja dia ke bawah menerkam buku mewarna yang baru dibelinya tadi bersama Jep. Dia tak cara dah pasal mak ayah yang sedang rukun menyulam bahagia rumah tangga di atas. Baba dan ibu pun bukan suka dia menyibuk. Jadi biar Awe mind her own business.

"jep.. Kalau aku jadi bulan, kau nak jadi apa?"

tanya Sarah sambil bermain dengan jemari Jep. Sebelah lagi tangan Jep masih memegang buku. Walau Jep sedang khusyuk berkongsi ilmu padanya tetap juga Sarah mencelah dengan soalan-soalan merapunya. Dia dah lama hilang fokus.

"aku jadi langitnya."

"kalau aku mati kau akan kahwin lain?"

Jep merengus perlahan. "jangan kacau aku nak bacakan kisah ini pada kau Sarah.." tangan Sarah yang menutup bibir Jep ditolak ke tepi. Aishh dia ni, orang nak sampaikan ilmu pun susah!

"kau sayang aku Jep?"

"sayang.."

"janji dengan aku. Jangan pernah kau persiakan cinta aku. Aku cinta kau Jep.. Lets turn grey together. Janji?"

Sarah angkat kepala dari riba Jep. Dia pandang muka Jep lama. Jeri kelingking disuakan. Pinky promise. Jep hanya turutkan sahaja.

Tak tungu lama, sebaik jari bertaut dia tempatkan pula dirinya diatas riba Jep. Tangannya bergayut di bahu Jep bagai anak kecil dalam pelukan si ayah. Tubuh Jep dipeluk kemas. Pipi itu juga dicium mesra.

"Ya Allah dia minta bermanja pula. Kalau jadi kucing parsi macam ni memang tak habislah chapter yang aku baca hari ni. Sarah, kau tak fokus langsung dengan kisah yang aku sampaikan ni!"

Sarah gelak. Aku tengah praktikkan apa yang kau ajar lah ni. Kau cakap isteri kena taat, kena selalu setia, senangkan hati suami, hormat, pandai layan suami.. Ni aku buat lah ni.

Sarah!

Sarah tak peduli dengan penolakan Jep. Bosan lah buku kau ni Jep. Setiap hari nak kena dengar pasal bini orang, apa kata hari ni kau tengok aksi bini kau pula?

Si sengal Sarah dah angkat kening menyakat Jep. Ada sahaja benda nak digiat pada si suami. Satu Jep cakap, sepuluh dibangkang manja. Naik pening Jep melayan.

Tertutup terus buku rahsia kerukunan rumahtangga yang dibaca Jep tadi bila si isteri dah buka langkah menggoda. Haru sungguh!

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience