Bab 54 - ibu mertuaku

Romance Completed 248233

"kau memang suka memaksa kan?"

Jep angguk mengiakan. Selagi kau masih isteri aku, aku akan paksa kau ikut semua kemahuan aku. Syurga kau kan bawah tapak kaki aku. Seronoknya jadi suami.. Akad milik suami, talak milik suami, rujuk milik suami. Isteri pun milik suami. Beruntungnya jadi lelaki dan suami.

'Tapi kau paling mudah terhumban dalam neraka!' Suara Sarah tiba-tiba mencelah dalam fikirannya. Sibuk je minah ni, tak dapat menjawab depan-depan, sampai dalam benak aku pun dia masuk sekali.

"Kau nak bawa aku ke mana? Tak boleh ke kalau kau biarkan aku hidup tenang sendiri, tanpa kau? Aku ni dah tak hadap tau nak tengok muka kau."

Jep hanya senyum dengar bicara si isteri. Sarah yang menjeling buat kali yang ke enam ratus untuk hari ini ,dibalas dengan kenyitan mata.

"Jom lah masuk dalam. Kau tak nak jumpa Awe ke? Budak kecil itu miss her mother so much. Masuk la sayang.. kesian anak kita."

"Dia anak kau. Bukan anak aku. Kalau dia betul anak aku, kau tak ada sedikit hak pun untuk pisahkan kami. Dah suka-suka kau pisahkan aku dengan dia, sekarang kau buat muka tak malu nak satukan kami semula? Tak nak! Aku dah tak sayang Awe."

"Sayang.. janganlah macam ni.. Awe tak salah pun. Sayang boleh marah abang, tapi jangan libatkan Awe dalam masalah kita. Please.. anak awak sayang sangat pada awak, anak awak tu rindu sangat ibu Sarah dia ni. Sampai sekarang Awe mogok dengan abang sebab pisahkan dia dengan sayang. Boleh tahan keras hati Awe. Sama je dengan maknya."

"Awe mogok apa?"

"Mogok suara, mogok lapar. Semua benda dia nak protes. She loves you so much! Jangan libatkan dia, please. Awe dah cukup menderita dengan tindakan abang yang cetek akal. Ego kita biarlah antara kita saja. Jangan libatkan anak yang masih kecil dan dahagakan kasih sayang kita. Boleh sayang?"

"Fine! Kali ini je aku bagi muka. Lepas ni kalau kau berani lagi pisahkan aku dengan anak-anak.. Bukan kau je yang aku buang, anak-anak pun akan terima nasib yang sama. Faham?!"

"Faham sayangku.. jom masuk."

"Rumah siapa ni?" Sarah enggan turun dari kereta. Rumah besar nan mewah itu dipandang tak suka. Jep nak mengejek dia lah tu! Tahulah Sarah memang suka kemewahan tapi tak payahlah persendakannya dengan bawa ke rumah mewah kalah istana ini. Suka menyakitkan hati betul la dia ni!

"Turunlah. Ini rumah pengasuh Awe. Kau tak pernah sampai ke sini lagi kan? Come, aku kenalkan kau dengan seseorang." Tangan Sarah diraih.

"Tipu! Takkan lah rumah pengasuh sebesar ini. Jangan main-mainkan aku lah! Aku tumbuk kau karang!"

"Betullah..Selama ini memang aku hantar Awe ke sini pun masa kita pergi kerja. Bukan rumah orang lain pun. Rumah bonda aku. Jom jumpa mak mertua kau."

"Tak lawak lah Jep! Berapa banyak yang kau tipu aku? Masa bila pula aku ada mak mertua?"

Jep mengeluh. Bila masa aku melawak? Kau ada je mak mertua cuma aku tak kenalkan pada kau je.

"Apa lagi yang bertarik-tarik tu?! Tak sudi nak jumpa aku ke?!" Jerkah satu suara sangat sarkastik. Kecut juga perut Sarah. Mak kau tak suka aku! Mula-mula jumpa pun dah kena sergah. Suara pula mengalahkan askar wataniah pencen. Sarah membentak tak suka dalam hati.

"Bonda.. Sarah cakap bonda tak suka dia. Betul ke?"

"Memang aku tak suka! Dah lama kahwin, batang hidung aku haram nak dijenguknya. Balik-balik muka kau dengan Awe je yang terpacak kat sini. Dia buat aku macam tak wujud. Menantu apa macam tu? Menantu hantu!" Jerit wanita itu lagi.

Sarah dah rasa nak menangis. Belakang tubuh Jep dicubit kecil. Menggeliat Jep menyelamatkan kulitnya yang pasti akan cedera.

"Masuk cepat. Ingat kau tu Tuan puteri sampai aku nak kena menjemput bagai?" Bonda Razita berbunyi lagi sebelum menapak ke dalam.

"Jep...! Aku nak balik!"

"Dah terlambat sayang. Jom masuk. Jangan bagi bonda naik angin. kita bincang dekat dalam eh?" Pujuk Jep lembut.

Tangan Sarah ditarik lagi dan lagi sampai kaki itu melangkah sedikit. Mahu tak mahu, Sarah turut jua langkah yang dipimpin oleh Jep dengan hati yang melemah semangat dengan teruk. Mak kau ni tak lama Jep, kalau dia buat perangai macam Nyonya Mansor, mendapat juga dia dengan aku nanti. Dia ingat aku ni perempuan yang baik, gaya Cinderella ke?

Jep sedaya upaya tahan tawa. Boleh pula si bondanya bergurau kasar dengan menantu. Sudahlah baru kali pertama bersua muka. Macam-macam betul bonda ni! Nasib baik Sarah tak buat perangai melawan dan mulut puakanya. Kalau tidak, pasti haru. Bonda... Bonda...

"ibu!!!!! Awe indu ibuu!!!" nampak sahaja kelibat Sarah menapak masuk dalam rumah, Awe berlari menerkam. Tubuh Sarah dipeluk erat tak mahu lepas. Sarah yang melutut merendahkan tubuh mendakap si puteri tercinta, hanya ketawa senang bila serata mukanya disentuh dengan bibir kecil itu. Rindu sangat gayanya.

Sarah juga tersenyum bila muka si budak kecil Awe itu pelik tengok perut ibunya yang membesar dengan dahsyatnya.

"ibu sakit?" tanyanya dengan lagak nak menangis.

"no sayang.. Ibu tak sakit. Dalam ni ada adik Awe. Awe nak adik? Awe sayang adik?"

"Nak! Awe nak! Awe ayang adik!! Yeayyy Awe ada kawan.. Awe ada kawan!!" Awe melonjak riang. Terlompat-lompat keriangan dia. Turut diajak babanya melompat riang sekali. Jep ikutkan saja tingkah si anak yang melompat sambil pegang tangannya.

Habis melompat, Awe kembali peluk tubuh Sarah. Rindu!

"Sudah, tak payah berdrama! Naik atas. mandi, bersiap. Kita makan malam sama-sama." suara wanita itu memberi arahan dengan tiba-tiba.

Sarah yang sedang melepaskan rindu terhadap Awe yang kemas dalam pelukannya, sudah agak berang. Cakap tu memang kena senada tegas ke? Cakap la elok-elok sikit. Suka-suka hati je nak arah aku!

Kelibat bonda yang sudah menghilang ke dapur dipandang lama dengan riak muka tak puas hati. Nampaknya aku dah jumpa seteru aku. Tunggu apa? Ayuh berantam!

ingat dosa Sarah.. itu mak mertua kau tu. Apa-apa pun kena hormat.

Taknak!

Puan Sarah.. Neraka tu panas tau.

ok fine!

"Jom sayang, kita naik bilik dulu."

Sarah geleng. "Nak balik......" Dia dah mula merengek.

"Jangan mengada-ngada nak balik! Baru hari ni jejakkan kaki ke sini, dah ada hati nak berambus? Jangan mimpi. Pergi masuk bilik kau sekarang!"

Macam komando tua menjerit memberi arahan. Mencicit Sarah masuk bilik dipimpin oleh si suami.

Sebaik pintu bilik ditutup, Sarah mula menunjukkan ragamnya. Dia mengamuk dalam diam. Tak mahu ibu mertuanya sedar akan tingkahnya, namun dia mahu Jep tahu akan amarahnya yang tertahan. Semua ni sebab kau. Kenapa bawa aku ke sini?

Habis handbag, bantal, buku, baju jep yang elok tersusun dalam almari dan apa sahaja yang mampu digapai dan ditangkap oleh pandangan mata, habis dibaling ke seluruh pelusuk bilik dan ke arah Jep. Sakitnya hati aku ni!!

"Shhh.. sabar sayang.. Sabar! Jangan baling-baling dan mengamuk macam ni. Jangan stress sayang. Istighfar. Tarik nafas, hembus. Calm down.. baby love you. me love you.."

Pang!

Tersenyap terus Jep bila ditempeleng oleh isteri sendiri.

Kesudahnya dia hanya diam dan membiarkan Sarah melepaskan rasa marah dengan berbuat sesuka hatinya. Tak kira amarah itu dilepaskan pada barangan dalam bilik mahupun terhadap dirinya.

Mengamuk lah sepuas hati. Buatlah apa sahaja, janji kau puas. Sepahkan je lah bilik ni. Nanti aku kemas. Jep pasrah.

"Arghhhh..." Sarah terduduk dibirai katil sambil memegang perut.

"Kenapa sayang? Nak beranak ke?"

"Beranak apa? Baru enam bulan." Marah sarah sambil usap perlahan perutnya. Anaknya bergusti lagi. Tangan Jep yang mengusap sama, ditepis laju. Wajah Jep dijeling pula.

"Baby pun marah ibu dia bentak-bentak pada baba. Apa lah ibu ni, baba dah pujuk pun masih nak tunjuk perangai 'comel' dia. Nasib baik tengah sarat, kalau tak dah lama baba denda."

"Aku nak balik. Aku tak nak duduk sini. Semalaman pun aku tak nak! Kau dengan diktator tua itu sama-sama menyakitkan hati."

"Sayang... tak baik cakap macam tu. Darjat ibu mertua itu sama je tarafnya dengan ibu sendiri. Jangan cakap sembarangan. Berdosa."

"Eh dia ni.. Tak payah cakap dengan aku lah. Setiap patah yang keluar dari mulut kau, semua menyakitkan hati. Pergi sana. Aku nak tidur!" Sempat Sarah sepak tepi peha Jep yang dekat dengan kakinya sebelum baring melepas lelah.

Jep menggeleng. Kalau manja, manja sangat. Bila berkasar memang nampak terus tanda-tanda ke neraka.

Jep mengeluh. Nak jadi mak orang pun perangai macam minta kaki. Jep bangun menuju ke bilik air. Dia ingin membersihkan diri yang berlengas dengan tindak tanduk isteri yang tak terkawal. Habis keluar peluh jantan. Penangan Sarah Hayla, huru-hara hidup aku dibuatnya.

"Sayang.. jom mandi. Aku dah siapkan air mandian untuk kau." Kejut Jep perlahan. Sarah menggeliat sambil tukar posisi tidur. Amboi.. liatnya!

"Bangunlah.. asar dah nak habis. Jom mandi, solat."

"Penatlah. Mengantuk nak tidur." Rengek Sarah tanpa sedar. Enggan berkompromi, tubuh itu disauk dalam gendongan. Laju kaki dibawa ke bilik air. Sarah yang masih mamai mula sedar akan bahana yang menantinya.

"Put me down!"

"aku suruh mandi cara habis elok, kau terkiok sana terkiok sini. Biar aku yang mandikan." Putus Jep lagak gangster lapuknya.

"Aku boleh mandi sendiri."

"Diamlah, bukannya tak biasa aku mandikan kau." Tubuh Sarah diletakkan di dalam bathtub yang sudah penuh dengan air suam. Jep bertinggung ditepi Sarah, cuba melucutkan baju dari tubuh itu dengan penuh lembut.

"Aku tak suka kau mandikan aku!" bentak Sarah sambil menolak Jep kuat. Tersimpuh Jep. Bengang, dia kembali mendekat pada Sarah.

"Jangan degil Sarah. Mulut kau je yang cakap tak suka. Hakikatnya kau gila dan ketagihkan setiap perlakuan baik aku pada kau. Kau suka aku manjakan kau macam tuan puteri kan? Kau suka aku layan kau macam baby. You can't deny that. I know you."

Sarah jeling mata ke atas. Dahi Jep dijentik kuat sebelum Sarah berpura-pura buat muka tak bersalah bermain dengan buih-buih yang menutupi tubuhnya. Berdecit bibir Jep menahan geram. Perangai dia...

"Cepatlah mandikan.. kembang nanti badan aku, berendam macam ni." Walau senada, muka itu sudah memerah.

Ingat badan kau tu biskut cicah milo ke? Jep menggeleng namun, cup!

Sarah ketap bibir. Jep masih suka curi ciumnya seperti dulu. Dia kecilkan mata memandang Jep yang ceria dengan riak tak bersalah.

"Apa? Memamg patut mulut kau kena denda. Banyak sangat buat dosa dengan aku." balas Jep kerek.

Jelas sangat Jep nampak Sarah cuba sorok senyum sukanya. Gedik! Tak payah nak acah-acah tak suka dan marah-marah lah isteriku.. Aku ni masak sangat dah dengan perangai kau.

Kau dah maafkan aku kan? Kau sengaja je nak buat perangai, hakikatnya kau rindu dan terlalu mahukan perhatian dari suami kau yang hot ini. Don' deny it. I know you never stop loving me. You love me so much as I do. We do love each other to the infinity and beyond!

Jangan buat perangai lagi sayang.. Terkenan perangai 'elok' kau itu pada anak, masak aku nak melayan nanti. Cukup lah kau seorang sahaja yang 'terencat' emosi dengan perangai yang aneh-aneh. Cukup kau seorang, dunia aku dah habis lintang- pukang!

*****************

Share this novel

Della Adilah
2021-07-13 03:49:52 

hi sis... just to inform you.. dlm cerita ni ... lafaz talak ke atas perempuan mengandung dah jatuh... cume waktu iddahnya panjang... smpi baby lahir .. so Masa utk berfikir n rujuk tu lama sikit


NovelPlus Premium

The best ads free experience