Bab 59- Ara Mall

Romance Completed 248237

Abang! We are not done yet!

"kenapa kahwin dengan Zara kalau betul cinta mati pada Sarah?"

Jep mengeluh. Tak mahu ingat fasa kekecewaannya tika itu.

"abang.. Why? Kenapa gantikan cinta Sarah pada kembar sarah sendiri? Why? Sarah tak nampak pun tang mana hebatnya cinta abang kalau semudah itu abang ganti kami."

"ada satu ketika kita perlu sedar yang cinta tak semestinya memiliki. Abang kecewa teruk bila dapat tahu sayang bercinta dengan Zarul. Abang tahu kalau sayang dah bawa seseorang jumpa mak ayah, mesti sayang dah pasak dalam hati sayang that he is the one. Abang tahu abang dah kalah. Sayang pun makin benci pada abang. I just could not handle that emotion anymore.

Abang minta pada Allah, setiap hari agar Allah tarik rasa cinta di hati abang untuk sayang. Sakit sangat . Cinta tapi terpaksa lepaskan orang yang kita cinta bahagia dengan orang lain. Setiap malam abang menangis meratapi kekecewaan hati. Abang minta Allah temukan jodoh abang yang sebenarnya. Kalau Sarah bukan jodoh abang, datangkan ilham pada abang supaya abang boleh berhenti selit nama sayang sebagai jodoh abang dalam setiap doa kudus abang.

He did give me the answer. Abang nampak sarah pergi berpimpin tangan dengan lelaki lain dan biarkan abang seorang diri di belakang. Masa tu abang tahu, abang perlu lepaskan sayang. Sakit tapi itu lah hakikat. Abang doakan sayang bahagia dan abang minta pada Allah, gerakkan hati jodoh sebenar abang untuk datang pada abang.

Zara came. She proposed me. The rest is history." Jep tekup mukanya yang berubah merah. That moment is killing me even until now.

"is that too hard for you?"

Jep angguk. Rasa nak mati untuk lepaskan Sarah pergi. Rasa nak gila juga menerima pilihan jodoh dari Allah untuknya. Zara? Tak pernah terlintas langsung untuk ada perasaan pada Zara. Tapi Jep perlu percaya pada rahsia jodoh. Atok banyak kali pesan padanya. Jangan pernah salahkan takdir Allah. Sebab Allah sebaik-baik perancang. Kalau kita buat istikharah, kita perlu yakin dengan petunjuk darinya. Itu lah yanh jep lakukan.

Hebat kuasa percaturan Allah. Selepas bertahun-tahun merawat hati dan berjaya reda dengan takdir hidup, Allah makbulkan setiap doa Jep satu ketika dulu. Doa agar ditetapkan jodohnya bersama Sarah. Dan jodoh itu ditetapkan hanya dengan menjadikan Awe sebagai asbab perkahwinan mereka. Indah? Sangat indah. Zara isteri solehah, Sarah wanita penyejuk jiwa dan kekasih hingga ke sana. Alhamdulillah.. Jep sebak mengenangkan perjalanan jodohnya dengan permainan takdir. Indah.

Melihat suaminya masih berduka, Sarah ubah topik.

"Dont sad.. Emmm boleh Sarah tahu, kenapa abang jadi despatch? cleaner? Sarah pernah nampak abang cuci toilet mall. "

Jep senyum.

"hobi. Auch sayang!"

Sarah jegiil mata sebagai tanda amaran.

"sebab tak ada orang kenal abang. Mudah untuk abang pantau orang-orang disekeliling abang. Sayang tahu tak rules abang untuk berjaya?"

Sarah angkat kening. Apa?

"A good leader is the one who can blend well. Bila kita dekat bawah, kita tahu semua benda. Kita bergaul dengan semua orang. Kita create bonding sesama pekerja. Kita kongsi suka dan duka, jatuh dan bangun bersama. Orang atas perlu ada dibawah supaya dia boleh mentadbir dengan bagus. Abang berjaya sebab abang berpegang pada prinsip ini. I choose my partner, my customer and my surrounding."

" jadi maksudnya menyamar untuk..? "

" untuk kenal pekerja abang. Eliminate pekerja yang tak bagus, tak perform, curi tulang, suka gossip, busuk hati, no manners. Dan beri kepercayaan pada yang telus dan rajin bekerja. Abang cuma bagi peluang untuk orang yang betul-betul nak bekerja. Sorry to say.. Kalau staff macam Latifah, Mira dan bawang rangers tu.. Dah lama dah tak wujud di office abang. Macam tu juga di mall abang."

" mall? "

" i got my own mall. Yang sayang nampak abang jadi cleaner tu.. That's our mall. Why do i invest in a mall? Sebab abang tahu sayang suka shopping."

Jep pecah rahsia. Memang tiada yang lain dalam fikirannya saat dia memutuskan untuk melabur jutaan ringgit bagi membina Mall sendiri. Hanya terfikirkan Sarah yang gila shopping. Membayangkan isterinya masuk dari satu kedai ke satu kedai dengan riang, jep sudah tekad niat untuk berikan segalanya.

Sarah melopong tak percaya. Jadi Ara Mall tu untuknya? Jep angguk kepala. Sempena nama Sarah dan juga penghargaan untuk Zara yang menjadi penawar kedukaan.

" Lain kali kalau sayang jumpa cleaner cantik atau handsome, sayang jangan terus jump to the conclusion yang dia tak rajin belajar, sebab tu dia jadi cleaner or what so ever.. Boleh jadi dia orang besar yang sedang dalam skill penyamaran, macam abang. Ingat tau.. "
Sarah angguk kepala. Dia takkan pandang rendah lahi pada orang lain.

" pekerja abang memang tak kenal abang ke?"

Jep menggeleng. Dia memang tak pernah terlibat secara langsung dengan urusan syarikatnya. Itu pentingnya dia pilih pekerja yang berkualiti. Ringan beban.Apa yang Jep tahu, pekerjanya semua tiptop. Setiap hari Jep cuma perlu lihat progression kerja setiap orang dan monitor yang kurang. Jep hanya bekerja atas nama. Orang tak kenal dirinya. Yang penting, empayarnya dikenali ramai. Itu sudah cukup.

"siapa orang kuat abang?"

"Adli."

"budak kampung tu?"

"Dia yang jadi orang perantaraan dan kepercayaan abang untuk handle semua business abang. Nampak je dia macam tu, he is a great worker. Dan dia bukan budak kampung. Dia terpaksa datang kampung untuk berurusan dengan abang."

"bila masa je abang kerja masa dekat kampung? Dekat rumah kita dulu pun Sarah tak nampak abang monitor apa-apa pun."

"abang kerja je. Kadang- kadang zoom meeting tapi orang bijak.. memang pandai lah sorok. Sayang apa tahu.. Asyik fikir pasal Zarul je. Auch! sakit sayang! Jangan cubit!"

Cari pasal sangat!

"zoom meeting tak nampak muka abang ke?"

"abang seorang je yang boleh tutup kamera. Yang lain kena bukak. Tapi abang bukan yang direct handle meeting. Adli dan top management yang akan handle. Abang cuma taip je apa yang abang nak tambah dekat chat. Misteri kan cara kerja abang? ." Jep angkat kening. Tiba-tiba rasa hebat.

Oooo faham.. Sarah angguk kepala.

" abang dapat Dato tu sebab memang layak atau abang beli gelaran tu? "

" am i that loser? Mesti lah dapat! Tak ada masa abang nak beli gelaran tu hanya untuk nampak hebat. I have so many contribution pada negara kita. Sayang budak kecil, apa yang sayang tahu? Buat penat je cakap banyak-banyak. Dah lah, jom balik. Abang penat lah banyak sangat bercakap hari ni. "

" nanti la dulu! Tak habis lagi.."

"sambung kat bilik lah."

"taknak.. Kat bilik nanti kena fokus aktiviti lain..tak ada masa dah nak tanya bagai."

Jep angkat kening. Lain macam je bunyi .sarah balas dengan sengih sahaja.

Teruskan lah tanya.. Hari ni je abang cerita. Lepas ni, no more!

"abang belajar sampai SPM je ke?"

"Are you kidding me Sarah? Of course not! Abang graduated from oversea kot! Aduh.. Jahanam reputasi.."

"tapi abang duduk dekat kampung je. Mana ada abang sambung study pun."

"you know nothing about me. Hal kerja, hal study dan harta abang, Datin Zara banyak menolong dan ambil tahu. Dia isteri yang banyak motivate, support dan memahami abang. Terlalu banyak yang Zara korbankan untuk tengok abang berjaya hari ini. Dia rawat hati abang yang parah melepaskan cinta terhadap sayang pergi tinggalkan rumah tangga kami sejauh mungkin. "

"i feel envy dengan Zara."

"you should not. Both of you got your own strength and uniqueness. I love both my wives."

"Sarah tak faham satu benda. Kenapa abang kena menipu untuk buat sarah jatuh cinta? Kalau abang bagitau siapa abang, rasanya Zarul tak wujud langsung dalam hidup kita. I will simply ask you to marry me if i know you are this rich!"

"i want you to love me. Not for money, reputation and position. Just me!"

"abang.. Lenguh lah pinggang duduk macam ni.. Nak baring?"

"kita balik rumah lah. Baring atas katil lagi selesa."

"Tak nak.. Nak baring sini juga. Nak tengok dada langit." Sarah berdegil. Dia dah tolak Jep jatuh baring di atas pasir. Serentak, badannya jatuh pula di atas badan Jep. Selamba buat tubuh suami jadi tilam. Jep hanya pasrah.

Sarah memang suka cari pasal. Bawa perut begini masih nak ambil angin dan berlama-lama di tepi pantai. Kalau bonda tahu, tak cukup telinga nak menadah!

Sarah pula sudah berkira-kira ingin shopping sepuasnya di mallnya sendiri! Daebak! Kau tunggu aku lepas beranak! Aku akan jelajah dari bawah sampai atas untuk sepuluh round! Sarah bersorak suka dalam diam. Namun Jep sempat tangkap raut excited itu. That's what i want to see!

Aku suka kau kikis harta aku. Harta aku memang untuk kau gunakan semahu hati kau. Kikis aku je. Jangan harta orang lain. Setidaknya aku ada alasan untuk aku cari wang dengan lebih gigih. Aku ada isteri yang berbelanja macam sakai macam kau. Kikis aku sampai kering, Sarah! Aku suka!

Oh God.. I love this materialistic woman! Puasnya hati, dapat bagi hasil keras kerja kita selama ini pada yang benar-benar memanfaatkannya. I love you wife.. I love you..

*****'**'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience